Saturday, September 20, 2014

WAJIB AMBIL VITA-LEA KETIKA HAMIL


Setiap kali saya pregnant, masalah utama yang saya hadapi adalah Hb Low atau Hemoglobin rendah. Nurse & doktor selalu nasihatkan saya mengambil berat tentang pemakanan saya. Lebihkan makan kerang, hati ayam, sayur bayam dan lain-lain.

Hb rendah disebabkan kurangnya zat besi untuk menjana penghasilan hemoglobin ibu dan bayi. Kesan kekurangan zat besi akan mengakibatkan ANAEMIA. Anaemia boloeh mengakibatkan keguguran, kelahiran bayi pra-matang, berat lahir rendah atau kebarangkalian ibu meninggal dunia. Nauzubillahiminzaliq.. Antara simptom Hb rendah adalah sakit kepala, telinga berdengung, jantung berdebar, dan kulit pucat. 

Ketika saya mengandungkan anak ketiga (selepas kembar), saya mula mengambil Vita-Lea sebagai vitamin untuk mencegah masalah Hb rendah. Alhamdulillah, bacaan Hb saya semakin lama semakin meningkat atas 11. Saya juga tak ada masalah sembelit ketika hamil. Bagus Vita-Lea ni,membantu sepanjang saya mengandung. 

Vita-Lea diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa. Vita-Lea juga boleh membantu ; 
Meningkatkan kesihatan dan kecergasan menyeluruh
Menyokong jangka hayat, usus dan kesihatan mata
Meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi
Memberikan perlindungan terhadap kerosakan akibat serangan radikal bebas


Jangan pandang ringan apabila ibu-ibu disahkan mengalami hemoglobin rendah tau. Dapatkan nasihat doktor, amalkan pemakanan yang sesuai dan seimbang serta jangan skip makan vitamin sepanjang hamil. Saya pilih Vita-Lea untuk membantu saya kekal sihat sepanjang hamil. Dan pastinya pilihan saya seandainya dikurniakan rezeki untuk pregnant lagi.. Insya Allah..

Puan Seri Azura
sms/whatsapp : 013-6014583
Share:

Friday, September 19, 2014

MEMBELI MEALSHAKES SAMBIL BERAMAL


Alhamdulillah.. bersempena promosi bulan September 2014 ; Mealshakes Beli 3 Percuma 1, Shaklee melancarkan Program Shaklee Cares For Our Children untuk membantu kanak-kanak daripada keluarga yang kurang berkemampuan.

Dengan setiap pembelian set Mealshakes 3+ Percuma 1, 10% daripada pembelian itu akan disalurkan kepada 2000 keluarga kanak-kanak yang kurang bernasib baik setahun akan datang. Shaklee juga mensasarkan untuk memberikan Mealshakes bernilai RM1 000 000 kepada 2000 keluarga setahun.

Salah satu peluang untuk kita mengumpul saham akhirat. Sambil membeli sambil beramal. Badan sihat, keluarga ceria, malah dapat juga membantu keluarga yang lain.

Dapatkan 3 canister Mealshakes dengan harga RM 341.25 beserta 1 lagi Mealshakes secara percuma.. Boleh kumpul stok Mealshakes untuk keluarga dan stok saham untuk akhirat.. Hulurkan bantuan, ringan kan beban.. Insya Allah..  ^_____^


Superummi Zura
sms/whatsapp 013-6014583
Share:

Wednesday, September 17, 2014

TANDA-TANDA SI MANJA BERSEDIA UNTUK MAKANAN PERTAMA



Baby 4 bulan boleh ke diberi makan? Hmm..awal sangat tu kak.. Sebaik-baiknya tunggu sampai dia berumur 6 bulan ke atas.Memang seronok dan tak sabar melihat dia makan tapi bersabarlah dulu ye. Dalam usia 4 bulan, usus bayi masih belum terlalu matang untuk menerima makanan pepejal dan hanya sesuai untuk susu ibu atau susu formula sahaja. 

Macam mana nak tau anak sudah bersedia untuk makan?
Dia melihat anda makan dan cuba mencapai makanan tersebut
Dia boleh menahan kepalanya dan mempunyai kawalan leher dan kepala yang bagus
Dia menyandar ke hadapan dan membuka mulutnya apabila makanan diberi
Dia tidak puas dengan hanya meminum susu sahaja

Makanan-makanan baru akan ditolak pada mulanya, tetapi bayi anda akan menerima makanan tersebut jikalau anda sentiasa menawarkan makanan itu. Anda mungkin peerlu menawar sesuatu makanan sebanyak lapan sehingga sepuluh kali sebelum si kecil menerimanya. Anda mahukan si kecil menyukai pelbagai makanan, jadi anda haruslah sentiasa mencuba.


Sementara menantikan umurnya 6 bulan, sebaiknya berilah susu ibu yang berkhasiat. Tetapkan pendirian anda untuk menyusu secara eksklusif selama 6 bulan. Niatkan dalam hati untuk menyusukan anak sejak mengandung lagi. Kalau dapat menyusu sampai 2 tahun, lagi lah Alhamdulillah kan?

^_______^
Azura
013-6014583
Share:

Monday, September 15, 2014

AIR BERSIH DAN SEDAP DENGAN GET CLEAN WATER PITCHER


Cuba buka paip di rumah anda. Lihat air yang keluar. Air nampak bersih tapi setakat manakah ianya selamat untuk diminum?

Sebenarnya,bahan kimia seperti racun perosak, logam berat dan bahan cemar industri yang boleh membahayakan kesihatan mungkin terdapat dalam air yang anda sekeluarga minum saban hari. Tambahan pula, 20% daripada punca pendedahan plumbum terhadap manusia datangnya daripada air minuman.

Istimewanya, air yang lebih dan sihat datangnya dari sebuah JAG AIR sahaja!

Air yang lebih bersih dan sihat tersedia untuk 365 hari. GET Clean Water, merupakan sistem penapisan air multipaten yang baru. Berbanding dengan Jag Air yang lain, Get Clean Water menggunakan sebatang blok karbon padu untuk membersihkan air anda serta mengurangkan bahan-bahan cemar yang sukar disingkirkan termasuklah kandungan plumbum sehingga 99%.

Get Clean Water merupakan sistem penapis jag air yang pertama yang menggunakan blok-karbon yang boleh diisi semula. Jadi kuranglah botol plastik yang perlu dibuang. Iajuga berupaya menapis 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan.

ADA APA DENGAN GET CLEAN WATER 

Disahkan dapat mengurangkan kandungan plumbum, merkuri, kadmium dan bahan-bahan cemar lain disamping mengekalkan kandungan mineral air yang sihat.

Disahkan dapat mengurangkan klorin, jadi ia dapat mengurangkan ancaman kesihatan yang disebabkan oleh bahan sampingan klorin

Disahkan dapat menuras 303 liter air bagi setiap turasan-dua kali ganda lebih daripada jenama terkemuka.

Sistem Penuras Jag Air berblok- Karbon Isian Semula yang pertama

KELEBIHAN GET CLEAN WATER

Hanya RM 1.30 bagi setiap liter
Air yang lebih sihat dan rasanya yang enak
Jag Air bermeter automatik pertama yang menunjukkan jumlah gelen air yang telah dituras-tidak memerlukan kuasa elektrik.
Ringan dan mudah dibawa ke mana sahaja
Menjimatkan kos-tanpa perlu dimasak

KLIK SINI UNTUK ORDER SHAKLEE GET CLEAN WATER PITCHER

Sayangi keluarga anda. Berikan air yang berkualiti untuk keluarga anda supaya anda hidup sihat sepanjang hayat.

AZURA
☏ 013-6014583
✉ mysuperhealth
Share:

Wednesday, September 10, 2014

NYAH TOKSIN DENGN SHAKLEE

Pernah dengar tak tentang DETOKSIFIKASI?


Detoksifikasi adalah proses penyingkiran toksid yang terkumpul dalam tubuh badan kita terutamanya di hati, kolon, ginjal, darah dan sistem limfotik.

Apabila mula mengambil sebarang suplimen, ada yang mengalami suatu jangkamasa penyesuaian. Simptom-simptom ini kelihatan seperti penyakit, tetapi sebenarnya bukan. Ianya adalah tindakbalas oleh tubuh kerana kekurangan khasiat disebabkan tabiat pemakanan kita. Apabila makanan berkhasiat dibekalkan dengan mengejut oleh suplimen, krisis pemulihan atau healing crisis terjadi diaman proses detoksifikasi bermula..

Pada waktu detoksifikasi, ada kemungkinan kita mengalami pening, kelesuan, sakit kepala, ketidakhadaman (perut kembung, lapar), cirit-birit, kahak berlebihan, kencing keruh, berasa hangat, berpeluh dan lain-lain. Simptom ini berbeza antara individu dan akan berlalu selepas 1 -2 minggu.

Pada waktu krisis pemulihan, minumlah banyak air masak yang bersih, rehat secukupnya dan makan lebih sayuran dan buah-buahan. Selagi mana kita memahami ini adalah simptom pemulihan, kita akan mudah melalui fasa ini.

Alfafa Complex dan Herb-lax adalah antara produk Shaklee yang berfungsi sebagai menyahkan toksin dalam badan kita. Jom buang toksin dalam badan kita sekarang. Jangan kumpul racun dalam badan sampai ke tua. Bertindak sekarang!!


SuperUmmi Zura
013-6014583
mysuperhealth@yahoo.com.my
Share:

BEZA GLA COMPLEX SHAKLEE DENGAN EPO


"GLA Complex dengan EPO sama ke?"

Tanya seorang customer kepada saya. Mari saya ceritakan sikit perbandingan di antara GLA Complex Shaklee dan Evening Primrose Oil. 

Suplimen Evening Primrose Oil (EPO) diekstrak dari tumbuhan Evening Primrose.
evening primrose

Suplimen GLA Complex Shaklee diekstrak daripada tumbuhan Borage yang mengandungi lebih dari 2 kali ganda GLA dalam EPO. Borage juga 3 kali lebih dari segi bioavailabilti dan 3 kali lebih berkesan berbanding EPO. 
borage

PERSAMAAN?
Kedua-duanya mengandungi gamma-linolenic acid (GLA) yang diperlukan oleh badan.

*Gamma-linolenic acid adalah asid lemak yang terkandung dalam minyak tumbuhan. Dan digunakan dalam suplimen kesihatan untuk membantu pelbagai masalah kesihatan berkaitan.

info tentang GLA rujuk di sini .

PERBEZAAN?
GLA Complex Shaklee mengandungi gamma-linolenic acid (GLA) yang lebih tinggi daripada kandungan dalam EPO.
Digabungkan dengan minyak bunga matahari, omega-6 dan vitamin E untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya. 

MANFAAT GLA COMPLEX?

Ingin mendapatkan manfaat GLA Complex untuk badan anda? Sila hubungi saya terus untuk konsultasi atau pesanan. GLA Complex hanya RM 91.25 dengan 60 kapsul di dalamnya.



Share:

Saturday, September 6, 2014

AWASI TIDUR SI MANJA

SUDDEN INFANT DEATH SYNDROME (SIDS) adalah satu kematian mendadak atau tiba-tiba berlaku di kalangan bayi yang berumur kurang 12 bulan. Biasanya bayi ini adalah sihat dan tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan dan tanpa sebarang sebab kematian nyata atau sebaliknya dipastikan selepas bedah siasat. Selalunya berlaku apabila bayi didapati telah meninggal dunia ketika dibangunkan dari tidur.

Oleh itu, ibu-ibu hendaklah sentiasa awasi dan berjaga-jaga ketika anak tidur.

Peraturan-peraturan tidur yang selamat yang boleh diikuti :

Jangan menyusu bayi ketika dia baring terlentang tidak kiralah menyusu botol mahupun menyusu badan
Buaian seharusnya digunakan di bawah pemantauan ibu atau penjaga
Jangan letakkan bayi di atas katil atau tilam bersama-sama ibu bapa
Letakkan bayi anda dalam katilnya sendiri
Pastikan tilam tidak lembut
Jangan gunakan bantal
Jangan letakkan alat permainan yang lembut di dalam katil bayi ketika tidur
Jangan selimutkan bayi anda melebihi paras lehernya ketika tidur

Mengimbau kembali Aysar(1 tahun 1 bulan) waktu umur dia 3-4 bulan, pernah saya tinggalkan tidur dengan abang-abangnya. Tak lah lama sangat, tapi bila saya check balik, tengok-tengok sebiji bantal (ringan) dan tutup seluruh badan Aysar. Tergamam rasa. Mungkin si abang-abang tidur lasak dan tertolak bantal tu. Cepat-cepat saya angkat bantal tu, tengok Aysar senyum2 je.. Sayu hati mengenangkan kecuaian diri yang boleh memudaratkan anak tu. Dapat pulak anak yang jarang sangat menangis.. Huuhuhuhu..

Apa pun, ibu-ibu tolonglah alert dan berhati-hati. Jangan terlalu selesa bila bayi anda tak berbunyi atau terlalu senyap ketika tidur. Sekurang-kurangnya jenguklah setiap 15 minit. Biarpun leceh tapi itu lah yang mungkin boleh menyelamatkan nyawanya.

Wassalam..
Share:

Friday, September 5, 2014

10 KESILAPAN CUCI MUKA


Pernah terfikir tak cara berkesan merawat wajah? Adakah kita pasti cara kita itu membuahkan hasil yang memuaskan dan bukan merosakkan kulit? Jom lihat 10 kesilapan yang sering kita lakukan tanpa sengaja ketika mencuci muka. Lupakan mitos kecantikan yang hanya akan merugikan kita.

PILIH PRODUK SALAH
Pembersih yang betul menghapuskan kotoran dan tidak terlalu mengeringkan kulit wajah, malah tidak menghilangkan minyak semulajadi kulit. Minyak semulajadi yang hilang akan menyebabkan kulit kusam dan tidak bersinar.

KERAP MEMBASUH
Kurangkan mencuci muka terlalu kerap kerana hanya akan menyebabkan kerengsaan kulit. Jika anda tidak memakai make-up, krim pelindung matahari atau tak banyak berpeluh, cukup sekadar mencuci muka sekali sehari.

SUHU AIR SALAH
Gunakan air suam kerana ia membersih secara mendalam

GEMAR KULIT MENGGELUPAS
Jangan terlalu kerap membuat pengelupasan. Ianya memang bagus untuk membuang sel mati tetapi perlu secara sederhana. Pengelupasan sepatutnya adalah seminggu dua kali. Bukan setiap hari.

TIDAK MEMBILAS SEBERSIHNYA
Bilas dengan teliti. Pastikan bahagian utama seperti dahi, garis rambut dan hidung bersih sempurna.

GUNAKAN BAHAN TOKSIK
Sentiasa pilih produk penjagaan kulit yang tidak mengandungi bahan toksik. Jangan terlalu percayakan produk yang bertindak terlalu cepat.
GOSOK MUKA
Jangan gosok muka kerana boleh menarik keluar kulit dan menjadikannya lebih kasar. Gunakan tuala lembut yang bersih supaya kulit wajah kekal segar.
TUNGGU LEMBABKAN KULIT
Selepas cuci wajah, teruslah sapu pelembab pada kulit untuk hasil maksimum. Jangan tunggu kulit kering kerana akan membuatkan kulit lebih berminyak dan melekit.
MEMBAZIR
Tak semestinya produk mahal sesuai untuk kita. Keserasian itu penting. Jadi, pastikan produk anda selamat dan berkualiti.
TAKUT MINYAK
Pakar kulit mengatakan, produk berasaskan minyak adalah yang terbaik merawat wajah kerana ia mudah menyerap. Ini kerana, minyak mudah larut untuk memusnahkan bakteria dan mengimbangi kulit. Cari produk pembersihan semulajadi, seperti minyak badam, aprikot, zaitun, bunga matahari mahupun benih anggur.

Saya memilih NUTRIWHITE - GENTLE DEEP FOAMING CLEANSER sebagai pencuci muka saya. Kalau u ols nak tau, saya mula guna pencuci muka Nutriwhite ni sejak Februari 2014 sehingga sekarang. Masih tube pencuci muka yang sama dan belum ada tanda-tanda nak habis. Boleh tahan sampai setahun kalau macam ni. Apa taknya, isi kandungannya 150ml, dan kita guna pun sikit je di hujung jari tapi berbuih banyak.

Istimewanya Nutriwhite Cleanser;
ღMembersihkan dan menyegarkan kulit
ღRumpai laut menghilangkan kekotoran, membuang sel-sel mati dan menegangkan kulit
ღAlga hijau menyahtoksin dam melembapkan
ღStrawberi Begonia mencerahkan dan mengimbangkan pigmen
ღLembut dan menyegarkan

Secara peribadi, saya dapat rasakan perubahan yangsangat ketara selepas guna Nutriwhite Cleanser ni tau. Yang pasti kulit semakin cerah dan halus mulus. Jimat penggunaan pulak Nutriwhite Cleanser ni. Satu tube untuk setahun kauuu.. Produk pun selamat dan berkualiti tanpa bahan kimia berbahaya.. Tak caya, cer test dulu..

Meh sms/whatsapp 013-6014583 untuk info lanjut yang lebih best..
Share:

Thursday, September 4, 2014

PERSEDIAAN MENYUSUKAN ANAK ANGKAT

Assalamua'laikum semua.. sebelum ini ada saya highlightkan Panduan Menyusukan Anak Angkat, kan? Hari ini saya nak sambung sedikit tentang penyusuan anak angkat. Kita fokuskan kepada persediaan menyusukan anak angkat. Bakal ibu-ibu angkat perlu sentiasa bersedia secara mental dan fizikal sebelum menunaikan tanggunjawab memelihara anak angkat dan menyusukannya.


PERSEDIAAN MENYUSUKAN ANAK ANGKAT

Persediaan Yang Kurang Daripada 6 Bulan

Makan pil perancang (Yasmin atau Microgestin) setiap hari selama 30 hingga 60 hari bersama 20 mg Domperidone empat kali sehari. Penggunaan pil perancang pada peringkat awal ini bertujuan merencat penghasilan susu ibu sebagaimana proses yang berlaku pada awal kehamilan.

Selepas 30 hari, jika berlaku perubahan pada payudara (saiz bertambah, tegang dan penuh), hentikan pengambilan pil perancang tetapi kekalkan dos Domperidone 20 mg empat kali sehari

Seterusnya anda boleh mula mengepam. Gunakan pam elektrik berganda. Makan makanan penggalak susu seperti halba, oat dan minum banyak air. ESP dan Alfafa Complex juga boleh membantu meningkatkan pengeluaran susu.

Persediaan Dalam Masa 6 Bulan

1. Enam bulan sebelum jangkaan menerima bayi angkat, makan pil perancang (Yasmin atau Microgestin), setiap hari bersama 10mg Domperidone, empat kali sehari selama 1 minggu.

2. Selepas seminggu, tingkatkan dos Domperidone kepada 20 mg empat kali sehari. Payu dara akan mengalami sedikit perubahan saiz namun hal ini adalah normal.

3. Terus kekalkan dos yang sama sehingga enam minggu sebelum tarikh jangkaan menerima kehadiran bayi.

4. Enam minggu sebelum mahu mengambil bayi,hentikan pengambilan pil perancang tetapi teruskan dos 20mg Domperidone.

5. Dua minggu selanjutnya, anda boleh mula mengepam setiap tiga jam. Sebaiknya, gunakan pam elektrik berganda.

6. Peringkat ini, susu ibu sepatutnya sudah hadir tetapi dalam kuantiti sedikit.

sumber : Soal Jawab Doktor, Panca Sihat


Semoga ibu-ibu akan terus berusaha dan tidak berputus asa. Menjadikan anak angkat sebagi anak susuan adalah perkara yang sukar tapi amat bermakna dalam hidup. Saya doakan susu ibu akan meriah dan banyak supaya dapat diberikan kepada si manja yang amat memerlukannya. ^____^
Share:

Wednesday, September 3, 2014

PROMOSI BERGANDA SEPTEMBER 2014


SHAKLEE DOUBLE PROMOTION!!

Wahhh... memang RARE ni.. Ini kali pertama dalam sejarah, Shaklee buat promosi sebegini rupa tau.. Dua promosi dalam satu bulan..

Baru je saya cerita tentang Collagen Powder sebelum ni kan? {rujuk di sini). Tup-tup bulan ni promosi Shaklee Collagen Powder pulak..  Macam petanda pulak kan? Hehehe... Inilah masanya kalau anda nak cuba Collagen Powder.. Beli 6 Percuma 1 + Keahlian Percuma.. Boleh lah pakat-pakat dengan kawan-kawan untuk beli sekali.. Kalau untuk diri sendiri, 7 kotak ni memang cukup penggunaan sehingga 7 bulan kalau kena gayanya..

Mealshakes pun ada jugak promosi. Anda boleh rujuk di sini untuk manfaat mealshakes.. Beli 3 Percuma 1..  Memang sesuai lah untuk sekeluarga.. Saya sendiri consume Mealshakes dengan anak-anak kembar saya. (rujuk TESTIMONI MEALSHAKES) Makanya, 3 + 1 canister Mealshakes ini memang boleh bertahan sehingga 8 bulan.. Memang menjimatkan..

Beli 1 je pun boleh.. Tak ada masalah.. Jangan lepaskan peluang untuk mencuba Shaklee Collagen Powder dan Mealshakes tau.. Pembelian anda tentunya berbaloi-baloi..

SMS/WHATSAPP 013-6014583 untuk info lanjut ye... ^____^
Share:

Tuesday, September 2, 2014

HAPPY BELATED BIRTHDAY AYSAR..

Alhamdulillah.. akhirnya terlaksana juga perancangan untuk meraikan hari lahir Aysar yang pertama. Setelah sebulan perancangan tertangguh. 31 Julai yang lepas Aysar genap setahun. Tapi disebabkan masih dalam mood raya, hari tu pulak Aysar check up + imunisasi setahun di klinik, makanya postphone lah jawabnya.. Sambutan yang pertama kali ni pun sambutan berkembar dengan sepupu Aysar.. 

Nampak remeh kan nak sambut birthday anak segala? Memang lah bukan kewajipan pun.. Sambutan hari lahir sebenarnya salah satu cara untuk menunjukkan kita ambil berat. Saya pernah terbaca satu artikel keibu bapaan. Saya kurang ingat sumbernya. Tapi menurut artikel itu, salah satu cara menunjukkan yang kita ambil berat perasaan anak adalah dengan memberikan hadiah sewaktu hari lahirnya. Mahal atau murah bukan ukurannya. Kita sebenarnya nak mendidik anak-anak supaya tahu menghargai orang lain. 

Apa pun, ummi nak ucapkan SELAMAT HARI LAHIR, MUHAMMAD AYSAR HASIF.. Setahun yang sangat mengujakan dan menggembirakan ummi. Keletah Aysar yang manja tetapi berdikari memang menjadi pengubat duka ummi dan abang-abang kembar. 

kek birthday Spiderman request by abang kembar
 ummi & birthday boy.. sambutan yang simple tapi tetap meriah
 abang2 besar.. seronok sebab ramai kawan main
 nak sikittt... birthday boy yang takde can makan kek sendiri
 sambutan serentak.. Happy belated birthday Aysar & Hadi

Catatan suka-suka je ni.. Nampak macam tak ada kaitan dengan Shaklee kan? Tapi jujurnya sambutan hari lahir ni, sumbernya daripada bonus Shaklee yang saya dapat setiap bulan. Baju raya anak2 tempoh hari pun, saya belanjakan daripada duit bonus Shaklee juga..

Bukan lah nak kata dengan duit gaji hakiki, saya tak mampu nak berbelanja. Mampu tapi terhad sangat disebabkan komitmen lain. Tapi kalau dapat lebih dengan bonus SHAKLEE, kenapa nak menolak rezeki kan?

Saya bersyukur kerana telah melibatkan diri dengan bisnes SHAKLEE.. Walaupun menjalankan secara part time, saya tetap perlu komited. Nak juga menjana pendapatan tambahan? Tanpa perlu modal besar, tanpa perlu kesana-kemari cari stok, tanpa perlu meninggalkan keluarga? Semuanya senang dengan SHAKLEE asalkan anda punya semangat, wawasan dan cita-cita yang tinggi. Jangan lupa, rajin dan tak banyak alasan, MESTI ada kalau nak mula part time Shaklee..

Sila hubungi 013-6014583 jika anda betul-betul MAHU... ^____^
Share:

Monday, September 1, 2014

BAYI SUSU IBU, BAYI YANG HEBAT

Beruntung lah bayi yang menyusu dengan susu ibu. Banyak benefit sebenarnya menyusukan bayi dengan susu ibu. Gambar di bawah sebagai rujukan bersama..


Bagi ibu-ibu cantik yang mampu menyusukan bayi,  teruskan. jangan mengalah. Jangan jadikan alasan susu tak ada untuk menafikan hak si anak. Setiap ibu pasti mampu dan berupaya menyusukan anak kecuali atas sebab-sebab tertentu seperti penyakit.

Jom berusaha untuk terus menyusukan anak sehingga berumur 2 tahun. Jika ibu-ibu mahukan sokongan suplimen untuk penyusuan, mari cuba SET MENYUSU SHAKLEE.. Saya juga salah seorang pengguna SET MENYUSU SHAKLEE sejak anak saya lahir dan sekarang berusia 1 tahun 1 bulan.. masih lagi menyusu badan.. Insya Allah akan diteruskan sehingga usia 2 tahun seperti abang-abang kembarnya..

Jika ingin mendapatkan tips-tips eksklusif tentang penyusuan susu ibu atau info lanjut tentang SET MENYUSU SHAKLEE, sila SMS/WHATSAPP 013-6014583. 

Saya sedia membantu anda. Saya sedia berkongsi pengalaman mengamalkan SET MENYUSU SHAKLEE. Insya Allah.. ^______^


PS Azura
013-6014583
Share:

Saya Azura

Bonjour & Welcome

Saya ibu kepada 3 orang putera dan seorang puteri. Menyertai Shaklee sejak tahun 2013 dan berada dalam rank Supervisor. Saya bersedia memberikan perkhidmatan terbaik untuk anda..

Follow Azura

Paling diminati