Wednesday, December 31, 2014

WELCOME 2015!

Salam akhir tahun semua.. Insya Allah, dengan izin-Nya, kita akan melangkah ke tahun baru 2015 esok, 1 Januari 2015.. Selamat Tahun Baru semua pembaca..

Tahun 2014 menyaksikan pelbagai peristiwa sedih dalam dunia, amnya dan di Malaysia sendiri khasnya. Paling saya ingati adalah kehilangan pesawat Malaysia Airlines, MH 370, MH 17 yang ditembak jatuh, kejadian banjir yang berlaku di hampir semua negeri di Malaysia juga kehilangan pesawat Air Asia Indonesia QZ8501.

Keluarga saya sendiri diuji dengan pemergian Allahyarham abang sulung saya, Mohd Asri Yaakob yang terlibat dengan kemalangan jalan raya. Al-Fatihah..

Pastinya setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Pastinya Allah sedang mengingatkan kita tentang segala kesilapan yang manusia lakukan. Allah Maha Mengetahui. Apa pun, jom kita sama-sama kembali kepada Allah. 

Semoga tahun 2015 menjadi tahun yang cemerlang untuk saya dan anda semua. Semoga 2015 lebih baik dari 2014 dan semoga tahun 2015 kita lebih dekat kepada Pencipta.

Selamat Tahun Baru Pembaca semua!! ❤❤❤

Share:

Saya Azura

Bonjour & Welcome

Saya ibu kepada 3 orang putera dan seorang puteri. Menyertai Shaklee sejak tahun 2013 dan berada dalam rank Supervisor. Saya bersedia memberikan perkhidmatan terbaik untuk anda..

Follow Azura

Paling diminati