Monday, July 8, 2013

Fungsi Utama Shaklee Collagen Powder

Semakin umur kita meningkat, tubuh kita menghasilkan semakin kurang kolagen, mengakibatkan lebih banyak kedutan dan garis halus, di samping kulit yang semakin kendur. Umur bukanlah hanya satu faktor yang menyebabkan kekurangan kolagen di dalam tubuh kita. Kerosakan kolagen juga boleh dipercepatkan dengan faktor luaran seperti matahari, radikal bebas di udara, air dan nutrisi, merokok dan lain - lain. Justeru itu, Shaklee Collagen Powder, mampu membantu kulit kita mengekalkan elastisiti semulajadi dan memperlahankan kehadiran kedut - kedut .

Antara fungsi Shaklee Collagen Powder ialah;

•Menguatkan rambut dan merangsang pertumbuhan semula
•Mengurangkan kedutan dan garis halus
•Menyihatkan kuku
•Mengurangkan kekeringan pada kulit dan menambahbaik elastisiti
•Membantu menghilangkan tanda penuaan
•Mengurangkan parut
•Membantu menguatkan tulang
•Mengurangkan kesakitan dan geseran di sendi - sendi
•Baik untuk mata, bantu mengekalkan otot mata agar tetap anjal
•Memastikan otak sentiasa sihat


Untuk konsultasi, pertanyaan atau pesanan ;

Shaklee Independent Distributor,
Azura,
FB Page : MY Super Health
sms/call/whatsapp/line : 0196241209
Share:

Sunday, July 7, 2013

Tips Atasi Mabuk (morning sickness) Ketika Mengandung

Time first pregnancy & second pregnancy ni, memang saya mengalami morning sickness yang agak teruk jugak. Tak boleh kata morning je lah, kadang the whole day mabuk.. huhuhu.. dah nasib saya la tu..

Waktu mengandung si kembar dua tahun lepas, 3 bulan pertama adalah waktu yang sangat menduga kesabaran. Saya mengalami loya and muntah yang sangat teruk sampai berat badan turun dgn mendadak. Makan apa pun tak boleh sebab sure akan muntah semula.. Minum air kosong pun boleh muntah. Kata orang, pregnant kembar berisiko untuk alami morning sickness yang lebih teruk sebab tahap hormon kehamilan yang lebih tinggi.

Pregnant kali ni pun teruk jugak sickness ni. Still loya and muntah sampai berat  badan turun. Dua kali pregnant, dua kali juga kena masuk wad untuk drip air sampai rasa okey.. Apa pun, ni bukan lah alasan untuk tak nak pregnant lagi next time.. Cuma mungkin ambik masa yang lagi panjang la untuk anak seterusnya… Hihihihi…

Dalam  entry ni jugak, saya rasa nak share tips yang saya amalkan untuk kurangkan rasa morning sickness ni. Sepanjang pengalaman mabuk hamil or morning sickness ni, adalah dinasihatkan supaya ibu – ibu :

·         *Makan sedikit tapi kerap – walaupun takde selera nak makan, kena lah paksa diri untuk makan sebab baby perlukan makanan dari kita untuk survive kan? So, ambik biskut tawar atau apa – apa makanan ringan  sebelum waktu makan sebenar. Makan dalam kadar sedikit tapi kerap untuk elakkan perut kosong.

·        * Minum air banyak – untuk elakkan rasa loya berpanjangan

·        * Elakkan makanan yang bergoreng atau pedas-ni boleh menambahkan rasa loya

·        * Elakkan makanan yang berbau atau rasa yang menambahkan rasa loya and muntah

·        * Makan makanan berkanji seperti roti bakar atau bijiran

·         *Banyakkan rehat – mintak kerjasama dari orang lain terutamanya suami dengan melakukan kerja rumah atau menjaga anak ketika anda berehat

·         *Ambil vitamin tambahan bagi menggantikan nutrisi yang hilang selepas muntah

Pregnant kali ni, saya amalkan vitamin Vitalea, Ostematrix dan ESP untuk membantu sepanjang kehamilan. Alhamdulillah, setakat ni kandungan berada dalam keadaan yang sihat dan saya pun kurang rasa penat walaupun kena menguruskan si kembar tu.. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan… Aminnn…


Untuk konsultasi, pertanyaan atau pesanan,
Shaklee Independent Distributor,
 AZURA
FB Page : MY Super Health

Sms/call/whatsapp/line : 019-6241209
Share:

Kelebihan Susu Ibu

“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak – anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itumenurut cara yang sepatutnya…”                     - Surah Al-Baqarah ayat 233.

Menyusu bayi dengan susu ibu adalah langkah penting ke arah perkembangan dan pembesaran bayi yang sihat. Tiada alasan susu tidak ada kerana Allah telah menjadikan susu ibu bermula sebaik sahaja kelahiran bayi. Melainkan si ibu yang ditakdirkan untuk menghidapi sebarang masalah yang tidak dapat dielakkan. Maka, kepada ibu yang bernasib baik, susuilah bayi anda dengan susu ibu semampu yang boleh. Apa kelebihan susu ibu?
  • ·         Susu awal ibu mengandungi kolostrum yang tinggi khasiatnya untuk si manja;  melindungi bayi dari jangkitan dan alahan kerana kaya antibody, mencegah jangkitan dan penyakit mata kerana mengandungi vitamin A & E, mencegah jaundis.
  • ·         Mengandungi khasiat zat yang lengkap bagimemenuhi keperluan bayi
  • ·         Mengandungi protein, lemak dan asid lemak yang tinggi dan mudah dihadam.
  • ·         Melindungi bayi dari kolik, lelah, penyakit kulit, hidung dan alahan kepada makanan
  • ·         Mengurangkan penyakit seperti batuk, jangkitan telinga, bronchitis, pneumonia, meningitis dan cirit birit
  • ·         Mengurangkan risiko penyakit jantung, kencing manis, kanser dan obesity kanak – kanak bila mereka dewasa
  • ·         Mengurangkan risiko sindrom kematian bayi
  • ·         Mengurangkan risiko karies gigi, penglihatan, pertuturan dan menguatkan pertumbuhan rahang
  • ·         Mengurangkan risiko pencemaran berbanding penyusuan yang lain
  • ·         Susu ibu tersedia bila – bila masa dan sentiasa steril
  • ·         Melindungi kesihatan ibu, merendahkan risiko terhadap barah payudara dan ovary
  • ·         Mengelakkan pendarahan selepas bersalin
  • ·         Menjarakkan kelahiran kerana penyusuan susu badan adalah cara perancang keluarga semulajadi
  • ·         Mempercepatkan proses pengurangan berat badan dan pengecutan rahim
  • ·         Mengeratkan kasih sayang ibu dan anak
  • ·         Menjimatkan perbelanjaan untuk membeli susu formula
  • ·         Penyusuan ibu boleh dilakukan pada bila – bila masa dan di mana sahaja.


Untuk konsultasi, pertanyaan atau pesanan,
Shaklee Independent Distributor,
AZURA
FB Page : MY Super Health

Sms/call/whatsapp/line : 019-6241209
Share:

Petua hilangkan jerawat

Siapa suka jerawat, angkat tangan!! Memang tak la kan… Meh sini saya nak share beberapa petua lama cara untuk menghilangkan jerawat.

-Campurkan bedak sejuk dan asam jawa. Berselawat 3 kali dan sapu di muka dan tempat jerawat. Insha Allah, jerawat akan beransur hilang.


-Belah dan lumurkan buah tomato ke seluruh muka sekurang – kurangnya satu jam dan kemudian bilas dengan air suam. Amalkan juga makan tomato.. :)
-Ambil kulit kayu manis dan asahkan pada batu lesung dan campur dengan madu. Guna sebagai masker pada muka sebelum tidur dan bilas keesokan harinya. Tapia was, masker ni sedikit panas & bau rempahnya kuat..
-Sebelum tidur letakkan ubat gigi pada jerawat. Biar semalaman dan bilas dengan air suam keesokan paginya.
-Ambil putih telur dan jadikan masker muka selama 15 minit. Kemudian cuci dengan air suam. Putih telur boleh buang blackhead & whitehead jugak. Rendam tisu dengan putih telur then tepek pada hidung. Tapi putih telur ni bau hanyir skit la..
-Ambil segenggam pucuk jambu batu dan gulung pada tangan. Gosok pada muka dan biar sampai kering di muka. Bilas dengan air suam.
-Air  basuhan beras pun boleh juga menghilangkan jerawat. Selawat ke atas nabi 3 kali dan basuh muka dengan air basuhan beras tu. Biar kering sendiri dan bilas dengan air suam.

Untuk muka, nak kata kulit saya ni cantik sangat tak la.. hehehe.. Apa pun,kena jaga jugak.. Saya cuma cuci dengan krim pencuci waktu pagi dan petang.. Sesekali tepek masker ESP+yogurt+Vita E dari Shaklee… Ada juga Set Vitamin untuk Kecantikan Muka dari Shaklee tapi saya cuma amalkannya sebagai masker sebab tengah pregnant kecuali ESP tu la yang boleh diminum..


Anda nak tau lebih lanjut tentang vitamin kulit cantik Shaklee? Jangan malu, jgn segan.. Hubungi saya sekarang…


Untuk konsultasi, pertanyaan atau pesanan,
Shaklee Independent Distributor,
AZURA
FB Page : MY Super Health

Sms/call/whatsapp/line : 019-6241209
Share:

10 tanda awal anda hamil

Jika anda sangat peka dengan sebarang perubahan dalam badan anda, anda mungkin mula menjangka anda mengandung tidak lama selepas bersama suami. Tapi ada jugak yang tak mengalami sebarang simptom awal hamil sehingga telur yang berjaya disenyawakan melekat pada dinding uterus, a few days selepas bersama suami.

Ada juga yang tak perasan sebarang tanda hamil kecuali bila tak didatangi period. Berikut ni adalah beberapa tanda awal pregnant. Anda mungkin mengalami semuanya, sesetengah daripadanya, atau takde langsung simptom berikut.

  •  Mengidam


Bunyi macam klise, tapi mengidam boleh jadi satu tanda hamil. Tapi jangan terlalu bergantung kepadanya sebagai tanda yang pasti anda mengandung. Boleh jadi ia suatu yang cuma mind-set sahaja. Tapi kalau terdapat symptom lain yang anda alami dalam senarai ini, mulalah mengira hari pertama haid terakhir anda.
  •  Warna aerola menjadi gelap


Sekiranya kulit di sekeliling puting payudara anda menjadi lebih gelap, ini mungkin bermakna proses persenyawaan telah berjaya. Walau bagaimanapun, ini mungkin juga tanda ketakseimbangan hormon  yang tidak berkaitan dengan kehamilan.
  •  Pendarahan atau kekejangan akibat implantasi

Tanda ini hanya berlaku kepada sesetengah wanita. Keadaan ini adalah sama seperti menjelang kedatangan haid anda. Kira – kira lapan hari selepas ovulasi,anda mungkin mengalami pendarahan implantasi, iaitu terdapat tompok – tompok darah berwarna merah jambu atau coklat, serta sedikit kekejangan. Ini disebabkan telur membenam masuk ke dalam lapisan endometrium.
  • Kerap membuang air kecil

Sebaik embrio melekat dan mula menghasilkan hormon human chorionic gonadotropin (HCG), anda mungkin perlu membuang air kecil dengan kerap.
  • Payudara melembut dan membengkak

Simptom ini berlaku seperti jugak anda period di mana keadaan payudara yang lebih senditif terhadap sentuhan. Tetapi ketika hamil, ia berlaku dengan tahap yang lebih sedikit. Namun begitu, apabila badan anda telah biasa dengan peningkatan hormon ini, kesakitan akan hilang.
  •     Keletihan

Tahap hormon progestron yang tinggi boleh membuatkan anda rasa letih walaupun hanya melakukan kerja yang ringan sepanjang hari.
  • Deria rasa berubah

Deria rasa mungkin sedikit berubah. Ada yang merasa sedikit payau di mulut, atau tidak dapat tahan rasa makanan yang biasanya mereka suka.
  •    Mabuk hamil pagi (morning sickness)

Morning sickness tidak semestinya berlaku pada waktu pagi sahaja. Ia boleh jadi berlaku pagi, petang atau malam. Sesetengah wanita mengalami sickness seawal dua hari selepas persenyawaan. Bagaimanapun, ada yang bernasib baik tidak mengalaminya langsung sepanjang kehamilan.
  • Tidak datang haid

Jika kebiasaannya anda mempunyai kitar haid yang teratur tetapi tidak kali ini dimana ia lambat atau tidak period langsung, elok juga jika anda membuat ujian kehamilan. Mana tau rezeki anda kali ni.
  •  Ujian kehamilan yang positif

Jika pregnancy test kit menunjukkan dua garis yang bermaksud positif, tahniah! Anda bakal menjadi ibu. Alhamdulillah… jumpalah dengan doktor untuk pengesahan lanjut.. :’)


Sumber dari www.babycenter.com.my


Untuk konsultasi, pertanyaan & pesanan ;
Shaklee Independent Distributor,
AZURA
FB Page : MY Super Health

Sms/call/whatsapp/line : 019-6241209
Share:

Saya Azura

Bonjour & Welcome

Saya ibu kepada 3 orang putera dan seorang puteri. Menyertai Shaklee sejak tahun 2013 dan berada dalam rank Supervisor. Saya bersedia memberikan perkhidmatan terbaik untuk anda..

Follow Azura

Paling diminati