Showing posts with label nutriferon. Show all posts
Showing posts with label nutriferon. Show all posts

Sunday, May 4, 2014

Kenapa kembar selalu demam serentak?

Menjawab Pertanyaan “Kembar ni kalau seorang demam, lagi seorang mesti demam jugak kan?”

Sebagai seorang emak kepada pasangan kembar, selain soalan “Ni kembar ye?”, antara soalan yang sangat kerap saya terima ialah, “Kembar ni kalau sorang demam, lagi sorang mesti demam jugak kan?” . Bila difikir-fikirkan, betul jugak yang kembar saya kalau demam mesti berturut – turut. Tapi bila dah ada baby ni, bukan setakat kembar je demam berturut – turut, si baby pun akan join jugak demam. Kenapa ye?

Sebelum tu, adalah penting ibu-ibu ketahui tentang punca demam. Punca-punca demam biasanya disebabkan oleh jangkitan bakteria dan virus. Terdapat perbezaan bagi mengenali kanak-kanak yang demam akibat jangkitan bakteria atau virus. Kajian menunjukkan 80 peratus kanak-kanak mengalami jangkitan kesan daripada virus. Gejala jangkitan virus seperti selesema, batuk, demam dan cirit-birit. Jangkitan bakteria pula selalunya memperlihatkan kadar suhu demam lebih kuat dan tinggi.

Apabila seorang kanak-kanak demam disebabkan jangkitan bakteria, keadaanya lebih lemah dan tak bermaya. Ini bergantung kepada jenis bakteria yang merebak dalam badan.

Jika anak anda demam tetapi dalam masa yang sama masih aktif bermain, ia diketagori sebagai demam biasa. Kebiasaannya demam biasa akan pulih selepas tiga atau empat hari, tetapi jika melebihi tiga hari sehingga mencecah seminggu dan disertai dengan muntah, cirit-birit atau batuk berterusan ia adalah petanda anak tidak sihat dan perlu berjumpa dengan doktor segera.

Bila seorang anak dah demam, kenapa anak yang lain pun akan demam selang beberapa hari lepas tu? Kalau ikutkan pengalaman saya sebagai ibu anak tiga, dah tentulah kebarangkalian untuk diorang demam berturut-turut adalah disebabkan virus tu berlegar di sekeliling diorang je. Seorang berhingus, lap hingus kat towel, yang lagi seorang main towel.. Physical contact antara adik beradik adalah punca utama demam berturut-turut dalam adik beradik ni.. Apa pun, kena lah standby..

Nak tau macam mana saya rawat anak saya ketika demam? Ini ada Tips Merawat Anak Demam untuk perkongsian bersama.. :-)
Share:

Monday, March 24, 2014

NUTRIFERON Pencetus Interferon Anda

Bila cakap tentang Nutriferon, mesti kita terus ingat Nutriferon ni bagus bila demam, selsema, batuk, untuk resdung kan.. tapi sebenarnya ada BANYAK LAGI faedah Nutriferon ni..

Faedah utama:
Menguatkan sistem imun dalam 3 hari - ia adalah satu-satunya interferon semulajadi di dunia. kajian telah menunjukkan bahawa interferon mampu untuk merangsang dan meningkatkan keseluruhan sistem imun badan dengan menghubungi pembunuh semulajadi dalam badan untuk tindakan: T-sel, B-sel, dan macrophage.

Melawan kanser dan tumor - interferon semulajadi mengandungi polisakarida aktif yang merangsang dan mengaktifkan immunoglobulin untuk melawan tumor dan sel-sel kanser. Juga, ia boleh mengurangkan ketidakselesaan semasa rawatan kemoterapi.

Melindungi terhadap influenza - ia mengimbangi reponses imun alahan alam sekitar dan pencemaran udara, berkesan melindungi kemudaratan oleh pelbagai virus, mikrob, yang termasuk demam, selsema, alahan, keradangan dan influenza.

Meringankan tekanan dan kelesuan - membantu mengatasi  kelesuan yang disebabkan oleh kebimbangan, tekanan, keletihan, dan gaya hidup aktif.

Kelewatan Penuaan - formula unik Nutriferon merangsang pengeluaran macrophage dalam usaha untuk mengurangkan radikal bebas, virus dan kuman pesat. Oleh itu, sel-sel menjadi lebih sihat.

Mengurangkan jangkitan pesakit Hepatitis B & C - keberkesanan Nutriferon dalam memerangi virus boleh mengurangkan jangkitan dan mengurangkan sebarang ketidakselesaan, misalnya, kembung, mual, dan lain-lain muntah pesakit Hepatitis B dan C.

Meningkatkan Menopaus - Membantu masalah yang timbul kerana menopaus seperti darah tinggi, kolestrol tinggi, peredaran darah dan pelbagai masalah lain.


Membantu masalah PMS - Terbukti secara klinikal untuk meningkatkan gejala-gejala yang disebabkan oleh ketidakseimbangan endokrin sistem iaitu menstrual cramps, sakit-sakit belakang, tender breasts, jerawat, keresahan, masalah tidak dapat tidur dan mood swing.

Nutriferon ni rasa dia sedap tau.. Orang kata, manis-manis buah gitu.. apa taknya, anak kembar saya pun suka makan camtu je.. Siap kalau jatuh atau langgar kerusi pun,nak makan nutriferon.. Hebat tak hebat la penangan sedapnya nutriferon ni.. hehehehe...

Untuk sebarang pesanan atau pertanyaan, sila hubungi saya ;

iR Zura
#starworldSID
013-6014583
Share:

Monday, October 21, 2013

TIPS MUDAH ATASI SAKIT TEKAK



Adakah anda mengalami simptom berikut???

  • Rasa perit di kawasan tekak akibat batuk berterusan.
  • Sukar tidur kerana terganggu ketika menelan air liur.
  • Mengalami bengkak kelenjar limfa di sekitar bawah rahang dan leher. 
  • Berlaku sedikit lepuh kecil pada lelangit lembut dan juga tonsil.
  • Kesakitan di kawasan telinga 
  • Suara menjadi serak
  • Tonsil bengkak dan bersalut dengan warna yang sedikit keputihan. 
  • Rasa nak demam, sakit kepala dan muntah-muntah

Jika kebanyakan simptom berlaku tehadap anda, maka anda sedang mengalami sakit tekak. 

Apa kata anda cuba beberapa tips mudah berikut bagi mengurangkan sakit tekak.

  • Campurkan jus perahan limau nipis dan kicap makan. Usah terlalu masam, samakan sukatan bagi kedua-dua bahan tadi. Kemudian minum satu atau dua sudu besar campuran tadi. Ulangi tiga kali dalam seminggu.
  • Air garam juga boleh membantu. Caranya, kumur dengan air garam sekerap yang boleh. Hal ini bagi mematikan bakteria dan mengurangkan pembentukan lepuh baru di dalam mulut.
  • Minum jus atau air asam jawa untuk melegakan tekak. Air asam jawa sangat sesuai diminum, lebih-lebih jika peti suara kamu turut mendapat kesan daripada sakit tekak yang sedang anda alami.
  • Minum air masak sekerap yang boleh. Jangan paksa tekak kamu yang sakit itu mengeluarkan batuk untuk mendapatkan kelegaan. Sebaliknya, minum air masak untuk tujuan tersebut.
  • Buat jus daripada campuran madu dan perahan lemon. Sebaik-baiknya, minum ketika air masih lagi suam. Minuman ini juga mampu memberikan rasa lega pada tekak kamu dan mengurangkan rasa perit di sekitar tekak.
  • Nutriferon Shaklee merupakan campuran ekstrak tumbuhan semulajadi. Ianya menguatkan fungsi sistem imunisasi badan, melindungi dari jangkitan demam, selsema, sakit tekak dan lain-lain. 
Okey, selamat mencuba tips di atas ye kawan2!!.
Hubungi saya untuk info/soalan/pesanan.
Superummi Zura
SID. 930120
FB : My Super Health
sms/whatsapp : 0196241209
email : mysuperhealth@yahoo.com.my
Share:

Wednesday, October 9, 2013

Tips Merawat Anak Demam Dengan Shaklee


Anak demam? Muntah – muntah? Cirit birit? Mesti risau kan.. Anak yang aktif main tiap hari, bila tak sihat, jadi pasif. Merengek dan melepet je. Mak mana la yang tak sentap kan? Baru – baru ni anak kembar saya umur 2.5 tahun demam. Mula – mula si adik, sehari 2 lepas tu abang pulak. Memang dah lama tak demam. Last demam bulan 2. Allah nak bagi ujian kecil kan kat ibu la ni. Okay, ini ada beberapa tips yang saya nak kongsikan dengan anda yang saya praktikkan kat kembar.
  • Kalau dah perasan yang suhu badan si anak lebih panas dari biasa, terus basahkan kepala dan badannya. Teruskan lap badan dan kepala dia dari masa ke masa. Waktu anak tidur tengah malam pun lap jugak badannya terutama sekali kepala. Insha Allah, cepat turun suhu badan dia. Ingat, bacaan suhu badan harus dicatatkan setiap 2 3 jam
  • Saya campurkan 1/3 sachet Nutriferon dalam susu anak. Sekali sehari pun dah cukup. Interferon yang terkandung  dapat merangsang dan mempertingkat secara keseluruhan sistem imun tubuh.
  • Teruskan beri anak Mealshake. Campurkan dalam susu setiap pagi. Sekali je sehari.
  •  Beri minum air masak yang banyak supaya kandungan air dalam badan dapat dikekalkan . Boleh juga beri air jus.
  •  Tenangkan diri si anak dan beri perhatian kepada rengekannya. Sentiasa peluk dan cium anak supaya dapat mengalihkan rasa ketidakselesaannya sepanjang tempoh tak sihat tu.
Alhamdulillah, si adik demam satu malam je. Si abang pulak demam 2 malam. Demam kali ni memang ummi tak bawak pegi klinik pun. Muntah dan cirit-biritpun cepat kurang. Anak2 pun lebih relax dan main macam biasa walaupun tak sihat. Cuma ada ketika, nak manja – manja tu ummi layankan aje la.


Anak – anak anda selalu demam?Mungkin boleh cuba beri set vitamin Shaklee untuk kesihatan anak yang lebih baik. Hubungi saya untuk info/soalan/pesanan.

Superummi Zura
SID. 930120
FB : My Super Health
sms/whatsapp : 0196241209
email : mysuperhealth@yahoo.com.my
Share:

Saya Azura

Bonjour & Welcome

Saya ibu kepada 3 orang putera dan seorang puteri. Menyertai Shaklee sejak tahun 2013 dan berada dalam rank Supervisor. Saya bersedia memberikan perkhidmatan terbaik untuk anda..

Follow Azura

Paling diminati