Tuesday, December 31, 2013

Silica Gel

Adakah anda tahu apa itu Silica Gel? Ianya sejenis bahan yang berfungsi untuk menyerap kelembapan bagi mengelakkan pertumbuhan kulat. Silica Gel sering di temui di dalam kotak/bungkusan barangan kulit, bungkusan peralatan elektrik dan juga di dalam pembungkusan sesetengah suplemen.



"Silica gel is a granularvitreous, highly porous form of silica made synthetically from sodium silicate. Despite its name, silica gel is a solid. It is a naturally occurring mineral that is purified and processed into either granular or beaded form. As a desiccant, it has an average pore size of 24 angstroms and has a strong affinity for water molecules.
Silica gel is most commonly encountered in everyday life as beads packed in a vapor-permeable plastic. In this form, it is used as a desiccant to control local humidity in order to avoid spoilage or degradation of some goods. Because of poisonous dopants (see below) and their very high absorption of moisture, silica gel packets usually bear warnings for the user not to eat the contents. If consumed, the pure silica gel is unlikely to cause acute or chronic illnessFood-grade desiccant should not include any poisons which would cause long-term harm to humans if consumed in the quantities normally included with the items of food."
Sumber dari http://en.wikipedia.org/wiki/Silica_gel

Jadi apa maksudnya jika sesetengah produk makanan, ubatan atau makanan tambahan (Suplemen) di sertakan dengan paket Silica Gel ni? Of course la its not genuine kan...Jika terdapat Silica Gel dalam sesetengah suplemen ia menunjukkan suplemen tersebut tergolong dalam kategori bahan sintetik yang mengandungi bahan pewarna/perasa/pemanis/pengawet tiruan.

Produk dari Shaklee tidak mengandungi Silica Gel kerana sudah pasti la produk dari Shaklee di perbuat dari bahan asli tanpa bahan artifisial pon tau..kecuali bagi produk untuk kanak-kanak sahaja iaitu Chewable Vita-C dan Vita-lea for Children. Itu pon kerana di khuatiri kanak-kanak akan mengambil suplemen mereka dengan tangan yang basah maka itu akan merosakkan kualiti suplemen tersebut. Tetapi harus di ingat Silica Gel yang terdapat dalam produk kanak-kanak Shaklee ini amatlah berlainan dan unik berbanding Silica Gel yang ada dalam produk suplemen yang lain tu.

Maaf la tak bole upload gambar Silica Gel Shaklee tau, kalau nak tau jugak macam mana rupa ia kena lah beli Chewable Vita-C atau Vita-Lea for Children untuk anak-anak anda :)

Jika kita mampu untuk memilih apa yang terbaik untuk kita, anak-anak, keluarga dan alam sekitar, why not to choose the better one kan? Pilih lah Shaklee, produk kesihatan yang terbaik tanpa bahan artifisial. MY Super Health sentiasa di sisi untuk membantu :)

FB page : MY Super Health
Hotline : 0136014583

Share:

Sunday, December 15, 2013

Thursday, December 12, 2013

Resipi cantik dengan Susu!

Pengunaan susu dalam bidang kecantikan sebenarnya dah mula diamalkan sejak zaman dulu lagi. Buktinya, ratu Mesir, Cleopatra telah memilih susu sebagai salah satu resepi rahsia kecantikannya.


Susu menjadi pilihan untuk tampil cantik kerana mengandungi pelbagai khasiat yang mampu memberikan keserian pada wajah seperti kandungan gizi (protein, kalsium, zat besi, potassium dan banyak lagi.) Kulit juga akan bertambah mulus kerana susu mampu memudarkan noda hitam pada wajah.
Hari ni saya nak share beberapa resipi (resipi gitu..) untuk kecantikan wajah dengan bahan utamanya SUSU… Cekidaut eh..

RESEPI 1
Rendam kapas dalam semangkuk susu. Kemudian, tepuk-tepukkan kapas tersebut ke serata wajah. Biarkan selama lebih kurang satu jam setengah, kemudian bilas wajah dengan air yang bersih. Hasilnya, korang akan mendapati wajah akan lebih berasa segar dan lembut selepas itu.

RESEPI 2
Campurkan dua sudu makan susu dan satu sudu teh garam. Sebatikan dan sapu pada keseluruhan wajah sebelum waktu tidur. Hasilnya, kulit wajah akan menjadi lebih halus pada keesokan paginya. Marvelous!

RESEPI 3
Ambil segenggam kacang almond dan tumbuk sehingga halus.  Gaulkan dengan susu secukupnya. Sapukan pada wajah sebelum kamu masuk tidur. Wajah kamu cerah menjadi lebih cerah dan bintik – bintik hitam pada wajah akan mulai hilang kalau korang rajin mengamalkan resepi ini.

RESEPI 4
Gaulkan satu sudu makan susu, satu sudu teh lobak parut, perahan limau dan madu yang telah dipanaskan. Kacau sehingga sebati dan sapukan pada permukaan kulit wajah seperti masker. Biarkan kira-kira 15 minit sebelum membilasnya dengan air. Resipi ini sesuai untuk mereka yang berkulit kering dan mahukan kulit wajah lebih tegang dan cerah. Tak payah nak botox-botox.. hihihi..

RESIPI 6
Campurkan satu sudu susu, satu sudu yogurt, satu sudu ESP dan satu sudu Vita-E. Semestinya dari Shaklee ye. Gaulkan dan sapu pada muka sebelum tidur.  Keesokan harinya, bilas muka anda dengan air suam dan rasailah kesan wajah yang segar , cerah dan halus.

Selamat mencuba!


Superummi Zura
Share:

Tuesday, December 10, 2013

Shaklee di Hatiku

Ada apa dengan Shaklee?

Hmm.. Saya sebenarnya pernah mengamalkan Set Trial Menyusu Shaklee lepas habis pantang si kembar 2 tahun lepas. Masa tu, ambik vitamin tanpa ilmu dan tanpa panduan yang betul dari penjual. So keberkesanan tu tak nampak sebab tak guna konsep yang betul.. Rugi jugak rasanya..

Tapi waktu mengandung kali kedua, nekad untuk amalkan pengambilan vitamin yang betul. Saya cuba vitamin Vita-lea, ESP dan Ostematrix. Kebetulan, kawan saya merangkap upline sekarang dah jadi SID so lebih mudah untuk buat pesanan dan dapatkan panduan yang betul.

Alhamdulillah, kandungan kali ni memang saya rasa lebih sihat dan kuat. Seminggu sebelum bersalin, saya masih kuat menjalankan tugas harian sebagai guru, isteri dan ibu. Ketika bersalin juga dipermudahkan. Anak juga sihat dan sempurna sifatnya. Berpantang kali ni pun saya lebih relax dan tenang. Semestinya saya berpantang dengan Shaklee. Hari kedua dan seterusnya berpantang, saya mampu menguruskan mandi, makan dan kerenah si kembar yang dah berusia 2 tahun lebih. Yang baby, mak saya yang mandikan sebab saya tak berani nak pegang baby waktu mandi.. Hehehe...

Sepanjang berpantang, saya memang tak amalkan jamu atau set bersalin khusus. Saya hanya ambil ESP, Zinc Complex, B Complex, Alfafa dan Ostematrix. Alhamdulillah, dengan pengambilan vitamin yang konsisten dengan panduan yang betul, saya mampu menyusukan baby sepenuhnya dengan susu badan sampai sekarang (baby dah 4 bulan lebih).

Disebabkan saya yakin dengan Shaklee selepas menggunakannya, jadi saya sign up jadi ahli. Dengan bayaran yuran RM75 seumur hidup, saya kini lebih mudah untuk mendapatkan vitamin pilihan saya dengan harga ahli selain banyak manfaat lain yang telah dan bakal saya terima.

Pembaca yang budiman, dengan panduan yang betul dan ilmu yang kita sendiri cari tentang penyusuan susu badan dan hal keibubapaan, Insha Allah, pengambilan vitamin juga akan berkesan kepada kita.

Jangan mengharapkan makan vitamin selambak, terus susu badan melimpah2, terus luka bersalin sembuh on the spot, terus badan kurus on the spot.

Maka dengan itu, adalah penting anda mendapatkan suplimen Shaklee dari pengedar Shaklee yang sah dan dia SENTIASA BERSEDIA memberikan konsultasi tentang produk Shaklee yang anda beli daripadanya pada bila-bila masa.

Saya, pengedar Shaklee yang sah dan bersedia memberikan perkhidmatan terbaik untuk anda sesuai dengan harga yang anda bayar pada bila-bila masa. INSHA ALLAH, semuanya akan dipermudahkan dengan izin Yang Maha Esa. Jika anda berminat untuk menjadi ahli, saya juga boleh mendaftarkan anda sebaik sahaja anda membuat bayaran yuran. Hanya di hujung jari, semuanya mudah.

Jika anda ada sebarang pertanyaan atau pesanan, sila hubungi ;
Zura (SID.  NO. 930120)
Sms/whatsapp 0136014583
FB : MY Super Health


Posted via Blogaway
Share:

Wednesday, December 4, 2013

Kekal Segar dan Hebat ketika Haid

Datang bulan? Biasanya bila tengah alami haid, mesti mood ke laut kan? Sebenarnya, perubahan hormon yang terjadi sewaktu menstruasi menyebabkan wanita sedikit sensitif. Hari ni, saya nak kongsi tips kekal segar ketika haid.

  • Gunakan pakaian longgar
Memakai pakaian ketat ketika haid hanya akan menyebabkan tubuh berasa tidak selesa. Ketika haid, tubuh memerlukan ruang yang cukup untuk bernafas dengan selesa setelah kehilangan banyak darah dalam proses berkenaan. Oleh itu, kenakanlah pakaian longgar ketika ini.

  • Jauhi daging merah
Elakkan makan daging merah ketika datang bulan kerana boleh menambah rasa sakit serta pengeluaran darah yang banyak ketika menstruasi. ambillah makanan yaang lebih sihat seperti buah-buahaan dan sayur-sayuran bagi membuatkan diri lebih segar dan bertenaga.

  • Kurangkan garam
Garam perlu dikurangkan pengambilannya terutama ketika menstruasi. Masalah kembung perut mudah berlaku ketika ini maka kurangkanlah garam.

  • Mandi air suam
Segarkan tubuh yang keletihan dengan mandi menggunakan air suam. Selain memberikan rasa selesa, tubuh juga menjadi lebih bersih. Nikmati ketenangan sepenuhnya ketika air hangat menyiram tubuh yang tidak bertenaga dan rasailah perbezaannya.

  • Tidur waktu siang
Cubalah tidur pada siang hari ketika anda sedang menstrausi. Pada waktu berkenaan, tubuh mudah merasa penat dan lemas kerana kehilangan banyak zat besi dalam darah. Oleh itu, tubuh memerlukan istiraehat yang selesa bagi mengembalikan tenaga yang hilang sekaligus membuatkan diri lebih bersemangat untuk aktiviti lain.

  • Lakukan senaman
Jangan jadikan menstruasi sebagai alasan untuk menghentikan aktiviti bersenam. Lakukan dengan betul dan konsisten supaya tidak menambahkan kesakitan

Dengan Shaklee, anda boleh mengurangkan kesakitan ketika haid dengan Set Anti Senggugut;  GLA Complex dan Ostematrix.

GLA Complex digunakan untuk memelihara kesihatan sepanjang kitaran haid setiap bulan.
Ostematrix  yang mengandungi kalsium, vitamin D, magnesium, membantu mengurangkan simptom-simptom senggugut seperti perut kembung, kekejangan, retensi air, mudah meradang dan kemurungan.

Untuk sebarang pertanyaan/informasi/tempahan, sila hubungi ;

Azura
SID. 930120
sms/whatsapp : 0136014583
FB :
https://www.facebook.com/mysuperhealth
emel : mysuperhealth@yahoo.com.my
Share:

Tuesday, December 3, 2013

Rawat asma dan lelah dengan Omega Guard Shaklee

Penyakit asma adalah salah satu penyakit yang dialami oleh segelintir rakyat Malaysia. Ayah saya juga merupakan salah seorang penghidap asma. Sepanjang dua kali kehamilan saya, doktor juga bertanyakan sejarah penyakit keluarga kerana anak yang dikandung mungkin akan mewarisi penyakit asma juga. Nauzubillahiminzaliq. Beberapa orang anak buah saya juga mengalami asma juga.

Apa itu penyakit asma/lelah?
Penyakit Asma atau lelah merupakan penyakit immunologi yang menyebabkan kesukaran bernafas. Ini adalah kerana ketika pesakit diserang asma, keradangan dan spasma pada selaput dinding laluan udara menyebabkan bronkiol di dalam paru-paru menjadi sempit. Pesakit asma mungkin mengalami pernafasan bersiul (wheezing), sesak nafas, dan sukar untuk bersenam.
Ketika otot mengejang, saluran udara mengecil dan menghalang pernafasan. Apabila ini terjadi,paru-paru akan berkurangan udara. Akibatnya, pesakit boleh pengsan.

Simptom Asma
Tanda-tanda atau simptom penyakit asma adalah seperti nafas berbunyi, sesak nafas, nafas berbunyi, sakit dada dan batuk. Bukan semua pesakit asma yang akan mengalami semua simptom tersebut. Hanya Hampir 20 peratus pesakit sahaja mengalami batuk yang berlanjutan.

Serangan asma berlaku apabila saluran udara menjadi sempit akibat pengecutan otot di sekeliling saluran udara serta tersumbat kerana inflamasi dan rembesan cecair yang banyak dari saluran udara yang membengkak tadi. Ini akan menyebabkan serangan asma akan berterusan dari beberapa jam sehinggalah kadangkala berbulan-bulan.

Simptom-simptom ini juga mungkin lebih teruk pada waktu subuh dan malam. Walaupun asma tidak boleh sembuh, ia boleh dikawal dengan ubat-ubatan yang ada pada masa sekarang.
Setiap pesakit boleh menjalankan aktiviti seperti biasa seperti orang lain jika mereka mematuhi arahan doktor dengan baik.


Apakah punca asma?
Walaupun punca sebenar asma tidak diketahui, namun punca serangan asma lebih diketahui seperti inflamasi dan saluran udara pesakit asma yang menjadi sempit disebabkan oleh beberapa faktor.
Penyakit asma juga adakalanya berpunca daripada genetik atau keturunan, udara kotor seperti asap rokok, kereta dan debu, udara yang mengandungi debu, debunga, bulu kucing atau anjing, alahan sesetengah ubat atau makanan serta cuaca yang tidak menentu


Adalah penting supaya pesakit asma mengelak dari terdedah kepada semua faktor tersebut. Pesakit juga perlu mengetahui jenis alahan (alergi) masing-masing kerana ia berbeza mengikut individu.

Rawat Asma dan Lelah dengan Omega Guard Shaklee

Salah satu manfaat OMEGA GUARD ialah membantu menangani penyakit asma. Satu kajian yang dijalankan oleh Indiana University mendapati golongan dewasa yang mempunyai tahap asma ringan ke sederhana, yang mengambil suplemen Omega-3 setiap hari dalam masa 3 minggu menunjukkan pengurangan penggunaan inhaler sebanyak 31%.

Bagi kanak-kanak yang menghidap asma , ia boleh dikurangkan dengan pemakanan yang betul. Makan ikan lebih dari sekali seminggu dapat mengurangkan risiko asma. 

Bagi mereka yang menghidap asma kronik pula, pengambilan dos tinggi minyak ikan dapat mengurangkan serangannya. Ikan atau minyak ikan mengadungi Omega-3 yang kaya dengan Asid Lemak Essential (EFA) dan Asid Docosahexanoic (ODHA). Omega-3 inilah yang bertindak mencegah penyakit asma ketika kaanak-kanak serta dapat mengurangkan serangan bagi mereka yang menghidapnya.

Dapatkan Omega Guard Shaklee dari Pengedar Shaklee yang sah.

Cadangan produk Shaklee yang lain ; Mealshakes, Nutriferon. 

Untuk sebarang soalan/informasi/pesanan pembelian, hubungi saya;

Azura
SID 930120,
sms/whatsapp : 0136014583
FB  : www.facebook.com/mysuperhealth
Emel : mysuperhealth@yahoo.com.my

Share:

Friday, November 29, 2013

Vitamin Cantik dan Sihat Semulajadi

Tubuh kita memerlukan pelbagai jenis vitamin untuk kesihatan dan kecantikan semulajadi. Sumber vitamin yang paling mudah diperolehi adalah melalui makanan. Hari ni saya nak share sikit tentang vitamin-vitamin yang boleh diperolehi dari sayur-sayuran dan buah-buahan.


Vitamin A
Menjadikan kulit lebih halus dan membantu mengekalkan kesihatan mata
Sumber : tembikai, anggur, aprikot, lobak merah, brokoli, keledek, bayam, labu dan telur

Vitamin B
Mencegah kulit daripada terlalu berminyak dan berjerawat. Selain itu, vitamin B juga dapat membantu meningkatkan kualiti rambut serta kulit selain metabolisme badan
Sumber : pisang, avokado, kacang, telur,susu, bijirin, ayam, tuna dan kerang

Vitamin C
Mengurangkan kemunculan parut, luka dan lebam kerana berupaya menghasilkan kolagen secara semula jadi yang baik untuk kulit. Malah vitamin C juga baik untuk sistem imun tubuh.
Sumber : buah-buahan sitrus, beri, epal, tembikai, nanas, tomato, bayam, kubis, capsicum, brokoli

Vitamin D
Membantu kulit memerangi masalah kekeringan, selain membantu kamu mendapatkan tulang dan gigi yang sihat.
Sumber : produk susu dan tenusu, tuna, salmon, sinaran matahari pagi(10-15 minit tiga kali seminggu)

Vitamin E

Membantu mengurangkan parut, radang dan rengsa pada kulit. Selain itu, vitamin E juga kaya dengan anti oksidan yang baik untuk menangani kulit kering dan tidak bermaya.

Sumber : Jus buah-buahan, asparagus, bayam, brokoli dan kekacang

Vitamin K
Membantu mengatasi masalah lingkaran gelap di bahagian bawah mata
Sumber : Bayam, sawi, parsli, daun salad hijau, tauge, kubis dan brokoli

Walaubagaimanapun, tahukah anda bahawa buah-buahan dan sayur-sayuran mungkin tercemar akibat racun serangga atau bahan kimia lain? Tak semua lah. Bukan lah kata tak bagus makan buah-buahan dan sayuran tapi pastikan sumbernya adalah semulajadi tanpa bahan-bahan berbahaya , okey? 

have a nice day, peeps.. :-)

Superummi Zura,
SID 930120
FB : MY Super Health
0196241209 / 0136014583
Share:

Saturday, November 23, 2013

Kecantikan : Antara Mitos dan Logik


Mitos : Hanya menggunakan losen pelindung ultra ungu ketika panas terik
Logik : Walaupun cuaca kelihatan mendung, sinaran ultra ungu tetap terpancar menembusi awan yang membahayakan kulit. Oleh itu, gunalah pelindung ultra ungu walaupun cuaca kelihatan redup

Mitos : Jarang cuci muka menyebabkan jerawat timbul
Logik : Cuci muka dengan kerap akan membuatkan kulit wajah menjadi lebih kering, malah menggalakkan lebih banyak minyak dihasilkan secara semulajadi. Jadi, cukuplah dengan mencuci wajah dua kali sehari menggunakan pencuci muka yang sesuai dengan kulit

Mitos : Mencukur bulu kakimembuatkan bulu roma tersebut tumbuh lebih lebat
Logik : Teknik bercukur yang salah membuatkan bulu roma baru kelihatan lebih banyak kerana potongan tidak sampai ke hujung akar. Umumnya, bilangan bulu roma tidak akan bertambah atau berkurang tanpa menggunakan ubat-ubatan khas atau berlakunya perubahan hormon

Mitos : Potong rambut pendek akan membuatkan rambut lebih cepat panjang
Logik : Tentu sekali tidak benar kerana pusat pertumbuhan rambut berada pada akar. Apabila rambut dipotong sama panjang, kadar pertumbuhan menjadi serata yang mana kelihatan seperti lebih cepat panjang

Mitos : Semakin banyak buih, tanda syampu berkualiti
Logik : Penghasilan buih yang banyak sama sekali tidak boleh dijadikan kayu pengukur untuk menentukan kualiti sesuatu syampu tersebut. Sebaliknya, penggunaan syampu yang kurang menghasilkan buih mempunyai kesan lebih lembut untuk kulit kepala


Superummi Zura,
SID 930120
FB : MY Super Health
0196241209
Share:

Wednesday, November 20, 2013

Sedapnya coklat!!

Sedapnya coklat! Yummyyy!

Coklat menjadi snek kegemaran segenap lapisan masyarakat di seluruh dunia. Pun begitu, pernahkan anda terfikir tentang khasiat yang terkandung dalam coklat?
  • Coklat mengandungi theobromine dan kafein yang membantu membekalkan tenaga. Dikatakan 15 gram coklat mampu menyimpan tenaga bersamaan dengan berjalan kaki sejauh tiga kilometer.
  • Kandungan anti pengoksidaan dalam coklat dikatakan tiga kali lebih tinggi daripada teh hijau. Malah, coklat juga kaya dengan vitamin A, B1, C, D, E serta zat pemakanan seperti zat besi, kalium dan kalsium.
  • Makan coklat dikatakan dapat mengurangkan kesakitan semasa datang haid. Malah menikmati sekeping coklat juga boleh menyebabkan seseorang itu berasa lebih tenang dan gembira.
  • Bagi yang sedang berdiet, coklat hitam adalah snek yang sesuai untuk kamu kerana tidak mengandungi lemak tepu, kurang gula serta mempunyai jumlah kalori yang rendah.
  • Khasiat sekeping coklat hitam standing dengan empat cawan teh hijau atau enam biji epal yang mana sangat sesuai bagi kamu yang sedang berusaha mengurangkan berat badan.

Telah dibuktikan bahawa tiada makanan tertentu yang boleh menggemukkan atau sebaliknya. Peningkatan berat badan adalah bergantung kepada jumlah yang dimakan.

Bagaimanapun, jika tidak dikawal boleh mengundang kepada peningkatan berat badan terutama kepada penggemar coklat susu dan putih yang mengandungi gula tinggi berbanding coklat hitam. Jadi, makan lah coklat secara berpada-pada ye.. 

Superummi Zura,
SID 930120
FB : MY Super Health

0196241209
Share:

Thursday, November 14, 2013

Healing Crisis Suplimen

Assalamua'laikum semua..
Seperti yang dijanjikan dalam entri sebelum, kali ni saya nak highlight 
sikit pasal Healing Crisis..

Healing Crisis adalah kesan sampingan sementara yang berlaku apabila
baru sahaja mengamalkan pengambilan suplimen tertentu. Di antaranya :

MATA DAN TELINGA

  • mata merah, gatal - toksin tinggi di jantung
  • penglihatan kabur - jantung sedang mengawal selia
  • menitiskan air mata - emosi tak stabil
  • tahi mata - keasidan tubuh yang tinggi
  • tekanan di kelopak mata dan bergerak - tanda stress
  • tahi telinga - tahap toksin yang tinggi di ginjal
  • tinnitus - mengawal selia ginjal yang lemah
HIDUNG DAN TEKAK

  • Selsema dan demam - keasidan tinggi
  • Bersin - proses detoksifikasi oleh tekak
  • tekak kering - detoksifikasi
  • hidung tersumbat - kadar toksin tinggi di peparu
  • batuk - (batuk berkahak) ; detoksifikasi oleh tekak,
  • (batuk kering) ; detoks oleh tekak dan peparu
  • sakit tekak - tahap toksin tinggi
KULIT
  • jerawat - detoksifikasi oleh hati, usus dan endokrin  
  • rambut gugur - fungsi ginjal yang lemah
  • peluh berbau atau masin - tahap toksin dan tahap asid urea tinggi
  • kulit luka dan berair - detoksifikasi
KAKI DAN TANGAN
  • sakit sendi - tubuh sedang mengawal selia dan menyerap nutrien
  • sakit bahu - peredaran dah yang lemah
  • sakit tumit - sistem reproduktif yang lemah
  • kebas - peredaran darah yang lemah
  • tapak kaki rasa terbakar - insomnia
  • ibu jari kaki gatal - terlalu banyak makanan MSG
  • atau ubat - ubatan
KEPALA
  • pening - mengawal selia anemia
  • sakit kepala & rasa angin meniup dalam telinga - mengawal selia migrain
  • bernanah di kepala - detoksifikasi
  • teramat pening - tekanan darah yang serius
KENCING
  • kerap kencing - sisa berlebihan dalam ginjal
  • kencing mengandungi bahan berserbuk - pengeluaran batu karang
  • kencing berminyak - sisa lemak berlebihan dalam ginjal
  • warna kencing keruh kuning - detoksifikasi
  • kencing berdarah - batu karang atau ginjal rosak (ambil lebih Alfafa, 
  • Omega guard dan lecithin)
NAJIS
  • najis berdarah - akibat proses detoks terlalu pantas  
  • cirit birit - reaksi detoks normal usus
  • najis berwarna hitam - pengeluaran najis dan toksin dalam usus
  • sembelit - metabolisma terlalu cepat atau kurang bendalir
  • kentut - simptom peningkatan bakteria baik
TUBUH
  • sakit sebahagian tubuh - mengawal selia nadi dan saraf
  • kejang tiba - tiba - organ lain mengawal selia
  • tubuh rasa ketat - proses peredaran asas
  • selera kuat - tanda jangka pendek sel menjadi lebih sihat
  • penat dan malas - tahap keasidan tubuh yang tinggi
  • insomnia - kawal selia sel - sel tubuh
  • tubuh rasa panas - tahap keasidan tubuh yang tinggi
Simptom - simptom ini berbeza antara individu dan akan berlalu 1 hingga 2 minggu.
Dalam jangka masa healing crisis ni, minumlah banyak air bersih, rehat
secukupnya dan makanlah lebih sayuran dan buah - buahan. 



Untuk sebarang konsultasi/pertanyaan/pesanan, sila hubungi :
Zura (SID. 930120)
sms/whatsapp : 019-6241209/013-6014583
FB Page : MY Super Health
Email : mysuperhealth@yahoo.com.my



Share:

Thursday, November 7, 2013

Pantang Larang Vitamin


"Ish...aku makan vitamin ni dah lama tapi takde apa2perubahan pun..membazir duit je.."

Ada tak yang rasa makan vitamin tapi takda apa2 manfaat kepada diri sendiri? Mungkin ada yang rasa macam ni.Okay, apa kata kalau kita check dulu list pantang larang vitamin ni...

Minum air kosong secara konsisten
Jangan abaikan pengambilan air kosong apabila mengambil vitamin ye kawan2. Kenapa? Kita perlukan air kosong supaya penyerapan vitamin oleh tubuh berlaku dengan lebih baik selain mengurangkan kesan Healing Crisis. Apa itu Healing Crisis? Saya akan kongsi dengan anda dalam next entry ye.

Elakkan makan vitamin bersama ubat
Seandainya anda sedang mengambil sebarang ubat atas nasihat doktor, elakkan dari makan ubat bersama vitamin. Makan vitamin bersama ubat akan menyebabkan darah bercelaru dan tidak dapat menyerap vitamin dengan baik. Cuba sediakan jadual untuk makan vitamin dan ubat secara teratur atau pun mengambil jarak masa makan ubat dan vitamin di antara 2 ke 3 jam.

Kurangkan kafein
FYI, pengambilan kafein boleh merosakkan vitamin sedia ada dalam badan. Dengan itu, pengambilan minuman berkafein yang tinggi secara berterusan boleh membazirkan vitamin yang kita amalkan.

Elakkan makan vitamin sekaligus dalam satu masa
Apabila makan vitamin sekaligus, ini akan meningkatkan kepekatan darah hanya pada masa-masa tertentu sahaja. Ramai yang suka amalkan perkara ini sebelum waktu tidur sedangkan masa masa itu, kita akan kurang minum air. Seperti tadi, saya sarankan agar anda buat jadual makan vitamin secara teratur. Ini bagi mengelakkan buah pinggang dibebani pada satu-satu masa tertentu sahaja.

Pantang larang makan vitamin
Vitalea (zat besi) tidak boleh diambil dengan air susu/ostematrix/esp /pil kalsium kerana boleh menggangu penyerapan zat besi itu.

Vita E dan GLA Complex (dalam GLA Complex ada vitamin E) tidak boleh diambil dengan alfafa kerana alfafa boleh mengganggu penyerapan vitamin E dalam tubuh badan manusia.

Pesakit dan keadaan di mana TIDAK BOLEH mengambil vitamin dan suplimen seperti berikut
Pesakit SLE atau lupus : Alfafa

Pesakit Talasemia : Vitalea

Ibu Mengandung : Vita E, Alfafa, GLA Complex, Vivix, Cinch, Carotamax, Lecithin, Nutriferon (kecuali atas saranan doktor. Vitamin yang tinggi antioksidan tidak digalakkan diambil di awal kandungan kerana dikhuatiri berisiko untuk keguguran. Imunisasi ibu memang rendah pada awal kehamilan untuk memberi laluan bayi membesar dalam rahim si ibu. Maka vitamin yang tidak boleh diambil seharusnya dihentikan sebaik sahaja mengetahui diri hamil.

Ibu Menyusu : Cinch (disarankan diganti dengan ESP kerana kandungan kalori yang rendah dalam Cinch tidak cukup untuk keperluan kalori ibu menyusu) dan juga Vivix.

Untuk sebarang konsultasi/pertanyaan/pesanan, sila hubungi :
Zura (SID. 930120)
sms/whatsapp : 019-
6241209/013-6014583
FB Page : MY Super Health
Email : mysuperhealth@yahoo.com.my
Share:

Sunday, November 3, 2013

Promosi November : VIVIX Beli 6 Percuma 1

Alhamdulillah, bulan November datang lagi.. Pejam celik pejam celik, dah nak masuk tahun 2014 tak lama lagi kan.. Apa pun, hari ni saya nak inform kepada semua yang bulan November 2013 ni, Shaklee mempromosikan produk terhebatnya iaitu Shaklee dengan pembelian 6 botol akan mendapat sebotol Vivix secara percuma..


Mesti pembaca semua tertanya-tanya, apa yang istimewanya tentang Vivix ni kan? Ini ada beberapa kebaikan Vivix yang saya nak kongsikan dengan semua..

  • Merendahkan tekanan darah
  • Meningkatkan tenaga
  • Membaiki kehidupan seksual
  • Meningkatkan pengeluaran sperma
  • Memutihkan kulit dan mengurangkan pigmentasi
  • Mengurangkan kedutan kulit
  • Membantu melawan dan mencegah kanser
  • Merendahkan paras kolestrol
  • Menguatkan tulang
  • Melambatkan penuaan
  • Mengawal dan mengatur paras gula
  • Anti depressi
  • Menstabilkan emosi
  • Mengatur estrogen
  • Mengurangkan tanda penuaan
  • Membantu menangani glaukoma
  • Membantu mengurangkan kesakitan akibat artritis
  • Anti radang
  • Menguatkan memori
  • Mencegah pertumbuhan tumor
  • Mengurangkan uban dan rambut gugur
  • Mengurangkan alahan dan asma
  • Menyihatkan sel badan
  • Membantu mengurangkan jaundis
  • Mencegah Alzheimer
  • Mencegah penyakit prostat
  • Meningkatkan kualiti tidur
  • Kulit yang elastik dan cantik
Banyak betul manfaat Vivix ni dalam sebotol tu kan?  Kalau anda  beli 2 botol, anda akan dapat menjadi ahli Shaklee secara percuma! Jangan lepaskan peluang ni tau. Bukan selalu Shaklee buat promosi Vivix ni.. :-)

Untuk sebarang pertanyaan/pesanan, sila hubungi :
Azura (SID. 930120)
sms/whatsapp : 0136014583
FB :  MY Super Health
email : mysuperhealth@yahoo.com.my
Share:

Thursday, October 31, 2013

Doa menambahkan susu badan

Assalamua'laikum semua.. Saya nak kongsi doa untuk menambah susu daripada seorang teman ni.. :-)

Doa untuk menambahkan susu:

"Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan..
Ya Allah seberapa banyak susu yang aku perolehi hari ini , penuhilah dengan rahmatMu dan keberkatan di sisiMu. Semoga dengan keberkatanMu, susu yang sedikit menjadi banyak dan kenyang buat anakku"

Sambil baca letakkan tangan pada payudara dan doa semoga Allah murahkan rezeki untuk ibu dan anak menyempurnakan penyusuan hingga 2 tahun.

Amalkan Surah al-Hujurat & al-Kauthar

Zikir Ya Matin (70x) setiap malam & subuh atau  hembuskan pada air & minum.


Surah Yasin ayat 72-73
Baca Selawat dan Bismillah sebelum menyusu dan mengepam

Tetapkan niat yang betul untuk menyusukan anak.. Insha Allah.. Sama-sama kita berdoa ye.. :-)

Share:

Friday, October 25, 2013

Testimoni Energising Soy Protein

Salam Jumaat semua.. Hari ni saya nak share sikit testimoni Energising Soy Protein (ESP) yang super duper hot selling tu..



Saya sendiri dah amalkan ESP ni sejak akhir pregnancy dan teruskan sampai sekarang (3 bulan selepas bersalin). Alhamdulillah kulit muka pun dah lebih baik daripada dulu. Parut jerawat pun semakin kurang.. yelah, parut ni pun sejak zaman remaja 10 tahun lepas kot.. Mesti lah ambik masa nak hilang terus.. Yang penting mesti konsisten dan ikut konsultasi yang betul..

Apa kata anda pulak cuba kalau nak tau berkesan ke tidak. Harga pun berpatutan sebab ESP boleh tahan 2 ke 3 bulan tau..

Hubungi saya untuk info/soalan/pesanan.

Superummi Zura
SID. 930120
FB : My Super Health
sms/whatsapp : 0196241209
email : mysuperhealth@yahoo.com.my
Share:

Monday, October 21, 2013

Kenapa perlu ambil suplemen?

Suplemen? Perlu ke ambil? Hm.. bergantung lah kepada diri masing-masing. Tak semestinya yang makan suplemen takkan sakit dan yang tak ambil suplemen mesti sakit.. Yang penting, amalkan gaya hidup yang sihat. Di sini saya nak kongsikan sikit kenapa perlu ambil suplemen..cemaran
  1. Kita sering terdedah terhadap pencemaran alam sekitar dan radikal bebas yang menjejaskan kesihatan badan(jerebu, pencemaran, banjir dll)
  2. Badan kita memerlukan dos yang lebih tinggi bagi sesetengah nutrien. Hakikatnya nutrien hanya boleh didapati dari pemakanan.
  3. Buah-buahan dan sayur-sayuran mungkin terjejas dan tercemar akibat racun serangga atau bahan kimia lain.(Tahu tak ada sesetengah buah-buahan di pasaran disalut dengan lilin supaya kekal cantik kulitnya?)
  4. Mengamalkan gaya hidup tidak sihat seperti kurang bersenam atau bersukan dan merokok.(Yang tak merokok pun dapat jugak kan bahaya tu kalau dekat2 dgn si perokok?)"
  5. Rutin pemakanan kebanyakan rakyat Malaysia yang tidak hiraukan diet yang seimbang.
  6. Gangguan penyerapan nutrien dari makanan, akibat dari pengambilan kafein, gula dan garam berlebihan.
  7. Kehilangan nutrien dalam makanan, terutamanya di kedai makan, restoran makanan segera dan sebagainya. 
Adakah anda rasa anda perlukan suplemen untuk diri sendiri dan keluarga? hanya anda sendiri yang boleh menjawabnya.. Peace No War! :-)

Hubungi saya untuk info/soalan/pesanan.
Superummi Zura
SID. 930120
FB : My Super Health
sms/whatsapp : 0196241209
email : mysuperhealth@yahoo.com.my
Share:

TIPS MUDAH ATASI SAKIT TEKAK



Adakah anda mengalami simptom berikut???

  • Rasa perit di kawasan tekak akibat batuk berterusan.
  • Sukar tidur kerana terganggu ketika menelan air liur.
  • Mengalami bengkak kelenjar limfa di sekitar bawah rahang dan leher. 
  • Berlaku sedikit lepuh kecil pada lelangit lembut dan juga tonsil.
  • Kesakitan di kawasan telinga 
  • Suara menjadi serak
  • Tonsil bengkak dan bersalut dengan warna yang sedikit keputihan. 
  • Rasa nak demam, sakit kepala dan muntah-muntah

Jika kebanyakan simptom berlaku tehadap anda, maka anda sedang mengalami sakit tekak. 

Apa kata anda cuba beberapa tips mudah berikut bagi mengurangkan sakit tekak.

  • Campurkan jus perahan limau nipis dan kicap makan. Usah terlalu masam, samakan sukatan bagi kedua-dua bahan tadi. Kemudian minum satu atau dua sudu besar campuran tadi. Ulangi tiga kali dalam seminggu.
  • Air garam juga boleh membantu. Caranya, kumur dengan air garam sekerap yang boleh. Hal ini bagi mematikan bakteria dan mengurangkan pembentukan lepuh baru di dalam mulut.
  • Minum jus atau air asam jawa untuk melegakan tekak. Air asam jawa sangat sesuai diminum, lebih-lebih jika peti suara kamu turut mendapat kesan daripada sakit tekak yang sedang anda alami.
  • Minum air masak sekerap yang boleh. Jangan paksa tekak kamu yang sakit itu mengeluarkan batuk untuk mendapatkan kelegaan. Sebaliknya, minum air masak untuk tujuan tersebut.
  • Buat jus daripada campuran madu dan perahan lemon. Sebaik-baiknya, minum ketika air masih lagi suam. Minuman ini juga mampu memberikan rasa lega pada tekak kamu dan mengurangkan rasa perit di sekitar tekak.
  • Nutriferon Shaklee merupakan campuran ekstrak tumbuhan semulajadi. Ianya menguatkan fungsi sistem imunisasi badan, melindungi dari jangkitan demam, selsema, sakit tekak dan lain-lain. 
Okey, selamat mencuba tips di atas ye kawan2!!.
Hubungi saya untuk info/soalan/pesanan.
Superummi Zura
SID. 930120
FB : My Super Health
sms/whatsapp : 0196241209
email : mysuperhealth@yahoo.com.my
Share:

Wednesday, October 9, 2013

Tips Merawat Anak Demam Dengan Shaklee


Anak demam? Muntah – muntah? Cirit birit? Mesti risau kan.. Anak yang aktif main tiap hari, bila tak sihat, jadi pasif. Merengek dan melepet je. Mak mana la yang tak sentap kan? Baru – baru ni anak kembar saya umur 2.5 tahun demam. Mula – mula si adik, sehari 2 lepas tu abang pulak. Memang dah lama tak demam. Last demam bulan 2. Allah nak bagi ujian kecil kan kat ibu la ni. Okay, ini ada beberapa tips yang saya nak kongsikan dengan anda yang saya praktikkan kat kembar.
  • Kalau dah perasan yang suhu badan si anak lebih panas dari biasa, terus basahkan kepala dan badannya. Teruskan lap badan dan kepala dia dari masa ke masa. Waktu anak tidur tengah malam pun lap jugak badannya terutama sekali kepala. Insha Allah, cepat turun suhu badan dia. Ingat, bacaan suhu badan harus dicatatkan setiap 2 3 jam
  • Saya campurkan 1/3 sachet Nutriferon dalam susu anak. Sekali sehari pun dah cukup. Interferon yang terkandung  dapat merangsang dan mempertingkat secara keseluruhan sistem imun tubuh.
  • Teruskan beri anak Mealshake. Campurkan dalam susu setiap pagi. Sekali je sehari.
  •  Beri minum air masak yang banyak supaya kandungan air dalam badan dapat dikekalkan . Boleh juga beri air jus.
  •  Tenangkan diri si anak dan beri perhatian kepada rengekannya. Sentiasa peluk dan cium anak supaya dapat mengalihkan rasa ketidakselesaannya sepanjang tempoh tak sihat tu.
Alhamdulillah, si adik demam satu malam je. Si abang pulak demam 2 malam. Demam kali ni memang ummi tak bawak pegi klinik pun. Muntah dan cirit-biritpun cepat kurang. Anak2 pun lebih relax dan main macam biasa walaupun tak sihat. Cuma ada ketika, nak manja – manja tu ummi layankan aje la.


Anak – anak anda selalu demam?Mungkin boleh cuba beri set vitamin Shaklee untuk kesihatan anak yang lebih baik. Hubungi saya untuk info/soalan/pesanan.

Superummi Zura
SID. 930120
FB : My Super Health
sms/whatsapp : 0196241209
email : mysuperhealth@yahoo.com.my
Share:

Saya Azura

Bonjour & Welcome

Saya ibu kepada 3 orang putera dan seorang puteri. Menyertai Shaklee sejak tahun 2013 dan berada dalam rank Supervisor. Saya bersedia memberikan perkhidmatan terbaik untuk anda..

Follow Azura

Paling diminati