Tuesday, August 26, 2014

KESAN PENYAKIT MELALUI KUKU

Tahukah anda bahawa kuku boleh membantu mengesan penyakit? Tanda-tanda nya mudah kelihatan pada keadaan kuku termasuk ada kalanya hilang sinar. Kuku yang tidak sihat biasanya kelihatan putih dan kuning. Malah bagi jangkitan kulat yang teruk, warna kuku boleh berubah menjadi lebam atau hitam.

Kuku yang sihat pula, lazimnya dapat tumbuh dengan cepat. Apabila pertumbuhan kuku terjejas, tanda-tanda penyakit semakin menjadi jelas mengikut ketebalan dan garis di kuku.

Seperti rambut, kuku juga mengandungi kerotin iaitu protein utama terbentuk dalam saluran di bawah kulit kuku. Hanya tisu hidup di matrix dan bawah kuku menonjolkan kesan akibat penyakit atau masalah fizikal.

Jom kenali kuku kita.. Sihat ke tidak la kita ni?

KUKU KEHITAMAN
Mungkin disebabkan oleh serangan fungus. Jika berubah kehitaman dengan pantas, ia juga tanda-tanda awal kanser kulit.

KUKU PUCAT KEBIRUAN
Tubuh mengalami masalah pengaliran darah dan oksigen. Juga petanda penyakit paru-paru dan jantung.

KUKU KUNING
Kuku menjadi tebal kekuningan, hijau atau coklat. Mungkin ada tanda bengkak dalam badan seperti himpunan cecair di sekeliling paru-paru atau masalah resdung.

KUKU MEMUTIH
Perubahan warna begini menunjukkan kesihatan anda terjejas. Buat pemeriksaan doktor kerana mungkin membabitkan masalah paru-paru.

PENIPISAN KUKU
Kekurangan zat besi.

KUKU RAPUH
Kuku keras tetapi mudah pecah? Boleh jadi tanda kekeringan atau hiptiroidisme.

KUKU BANYAK KESAN GARIS ATAU TIDAK RATA
Petanda penyakit paru-paru, masalah jantung, buasir, penyakit hati dan sakit kerongkong teruk.

KUKU RENGGANG ATAU TERANGKAT
Keadaan kuku yang buruk ini menandakan penyakit psoriasis atau ekzema, penyakit yang boleh menyebabkan kuku berubah bentuk.

KUKU BERGARIS SELARI
Jarang berlaku dan biasanya disebabkan keracunan dan tekanan atau trauma. Ia juga boleh menunjukkan kesan bendalir dalam saluran di bawah kulit kuku atau kekurangan zat galian.

KUKU ADA GARIS MELINTANG
Ini biasa berlaku dan ketara bila umur meningkat. garis berlebihan disebabkan ketidatentuan keadaan kulit dan masalah ini boleh dikurangkan dengan sapuan losen khas.

TANDA PUTIH ATAS KUKU
Bukan disebabkan kekurangan zat kalsium, tetapi kesan pengaliran bendalir dalam kulit bawah kuku yang tumbuh.

sumber : Berita Harian

Scary kan kalau kuku macam ni. Sebab tu penting untuk kita amalkan gaya hidup sihat. Jaga kebersihan diri dan persekitaran. Kuku yang sihat, bersinar dan kuat bukan je melambangkan kesihatan diri secara menyeluruh, tetapi juga melambangkan kebersihan, tidak kira lelaki atau perempuan.

Sharing is caring.. :-)


AZURA
013-6014583
mysuperhealth@yahoo.com.my


Share:

0 comments:

Post a Comment

Saya Azura

Bonjour & Welcome

Saya ibu kepada 3 orang putera dan seorang puteri. Menyertai Shaklee sejak tahun 2013 dan berada dalam rank Supervisor. Saya bersedia memberikan perkhidmatan terbaik untuk anda..

Follow Azura

Paling diminati