Thursday, August 28, 2014

TAMPAK LEBIH MUDA DAN CUN MELECUN DENGAN SCP


Semakin kita tua.. errrr bertambah umurnya, semakin kuranglah tubuh kita menghasilkan kolagen. Sebab tu kulit semakin banyak kedut dan garis halus dan semakin kendur. Tau tak apa itu kolagen?

Kolagen adalah sejenis protein yang ada pada tubuh setiap manusia. Sebahagian besar kulit kita mengandungi protein kolagen ni. Bila semakin bertambah usia, semakin kuranglah kolagen kita. Nak senang, cuba bayangkan kulit kita dengan baby dan kanak-kanak.. Jauh kan beza halus mulus tu. Sebab tu ada produk kulit dengan tagline, SEHALUS KULIT BAYI.. ada ke tagline SEHALUS KULIT NENEK KEBAYAN?? Haa..confirm takde orang nak beli..

Selain daripada faktor umur, kekurangan atau kerosakan kolagen boleh juga disebabkan oleh faktor luaran seperti matahari, radikal bebas di udara, air dan nutrisi, merokok dan lain-lain. 

Oleh itu, Shaklee Collagen Powder hadir (ayat tak nak kalah kan..) untuk membantu kulit kita mengekalkan elastisiti semulajadi dan memperlahankan kehadiran kedut-kedut.


Selain daripada itu, SCP juga membantu kita ;

menguatkan rambut dan merangsang pertumbuhan semula
menguatkan kuku
mengingkatkan elastisiti kulit
melembapkan kulit
menghilangkan tanda penuaan
menguatkan tulang
mengurangkan kerapuhan tulang
mengurangkan kesakitan dan geseran di sendi-sendi
mengekalkan otot mata supaya tetap anjal
membekalkan nutrisi kepada otak

Memang best la Shaklee Collagen Powder ni. Selamat pun iya jugak.. Bukannya kena suntik kan.. Hanya makan satu sachet sehari je.. Macam saya nak jimat, saya makan satu sachet selang sehari.. Hehehe.. Nak buat masker pun boleh tau.. 

Saya baru je makan 3 sachet.. Alhamdulillah, setakat ni saya rasa kulit saya semakin halus dan jerawat seketul atas pipi dah lenyap lepas je makan satu sachet. Tinggal parut je.. Sekarang dalam usaha menghapuskan parut ni..

Yang saya perasan juga, SCP membantu mengatasi sakit pinggang yang saya alami baru-baru ni. Tak tau la kenapa sakit pinggang dan belakang.. Mungkin sebab kerap mendukung si baby umur setahun yang ada masanya tak nak terletak tu.. Alhamdulillah syukur sangat.. Memudahkan saya untuk membuat kerja-kerja rumah tanpa ada masalah sakit-sakit ni lagi..

Nak tau lebih lanjut mengenai Shaklee Collagen Powder ni, hubungi je saya pada bila-bila masa.. Insya Allah saya sedia berkhidmat melayan pesanan dan soalan anda.. ^___^



PS Azura
sms/whatsapp : 013-6014583

Share:

Wednesday, August 27, 2014

PRODUK SHAKLEE TAK BERKESAN


"Saya makan SET KURUS SHAKLEE dah berbulan-bulan.. tak turun pun berat badan saya.. bertambah ada lah"

"Aku makan SET CANTIK SHAKLEE tu.. Macam tu je muka aku..jerawat tak surut pun.. tak cantik-cantik pun?"

Mesti ada yang merungut macam ni kan? Betul ke produk Shaklee ni tak berkesan?

Sebenarnya, produk Shaklee MEMANG tak berkesan JIKALAU anda tak menghormati peraturan (peraturan gituuu...) tersebut di bawah...

 TAK NAK MINUM AIR MASAK 2-3 LITER SEHARI
Tapi minum teh tarik, air bergas, ice blended sehari 2-3 gelas pun tak apa.. Tapi nak minum air masak 2, 3 botol tak mau.. Tak boleh macam tu. Air masak ni penting untuk badan kita.. bukan sahaja membantu menyeimbangkan pengambilan vitamin tambahan, malah juga membantu dalam sistem pencernaan kita tau.
MAKAN APA SAJA DEPAN MATA..APA ADE HAL.. SUPLIMEN ADA
No no no no.. Pemakanan tetap kena jaga.. Kurangkanlah makanan segera, makanan ringan, makanan manis, berlemak, berminyak.. Tak kisah la apa yanga ada depan mata, sebat saje.. Semua tu memang makanan tak sihat kan.. Bukanlah tak boleh makan terus.. Cuma kurangkan saje.. Makanan apa pun kaalau makan secara berlebihan, boleh mendatangkan penyakit.. ish ish ish..
TAK PAYAH NAK BERSENAM BAGAI.. MAKAN SUPLIMEN, CONFIRM SIHAT
Jangan macam tu.. Senaman tu penting untuk mengekalkan kesihatan badan.. Kalau tak mampu nak berjogging 10 kali round padang pun tak apa, buat yang termampu je lah.. Contohnya, kerja-kerja rumah pun boleh jadi salah satu bentuk senaman. Mengemop lantai, melap tingkap dan sebagainya. Naik turun tangga tu pun dah boleh jadi salah satu aktiviti senaman.

Tapi customer saya belum ada yang komplen macam tadi tu lah.. Alhamdulillah.. Nak sihat, nak cantik, nak kurus, mesti lah mulakan dengan gaya hidup yang sihat. Suplimen apa pun termasuk Shaklee hanya membantu meningkatkan kesihatan anda dengan syarat anda juga mengamalkan gaya hidup yang sihat. Jangan anggap makan suplimen je, terus cantik dan kurus. Kalau tak cantik, tak kurus, terus salahkan produk sedangkan diri sendiri tak nak berusaha ke arah itu.. Jangan macam tu ye kawan-kawan..

Produk Shaklee merupakan produk yang selamat dan dipercayai lebih dari 50 tahun. Selamat, mesra alam dan bebas bahan kimia. Jom lebih sihat dengan SHAKLEE!

^______^
PS Azura
013-6014583
mysuperhealth@yahoo.com.my
Share:

Tuesday, August 26, 2014

SHAKLEE SOKONG ISRAEL??

Seriously? Shaklee menyokong Israel? Oh Omak Den! So kita kena boikot la Shaklee ni, ye tak?

Okey, wait semenit ye.. Sebenarnya, isu tentang Shaklee menyokong Israel ni dah lama kedengaran . Baru-baru ni hot semula isu ini sejak rakyat Malaysia sangat sensitif dengan perkataan BOIKOT ni.. Okey, saya terangkan sedikit info. Isu ini bermula apabila satu website organisasi bebas, iatu Keneseth Israel yang meletakkan logo Shaklee  sebagai penyokong dana kegiatan Israel. Tapi bila klik logo Shaklee tu, ia akan terus dilinkkan kepada website salah seorang Shaklee Independent Distributor iaitu Dave Miller dan bukannya website rasmi Shaklee. Maknanya, mamat Dave Miller ni lah penyokong Israel atau mungkin menyokong dana Israel. Dan bukannya Shaklee. Shaklee takde kena mengena dengan apa-apa kegiatan Israel.

Ini adalah penyataan rasmi dari pihak Shaklee.. Dan dikhabarkan yang website KI telah pun menurunkan logo Shaklee daripada website mereka.


Lepas tu timbul pulak isu Shaklee mengadakan urusan perniagaan dengan Shaklee.. huhuhuhu..

Dan isu terbaru,  CEO Shaklee iaitu Sir Roger Barnett yang dikaitkan dengan Ellie Wiesel Foundation.

Ini pula ulasan daripada salah seorang Master Coordinator Shaklee ;


Roger Barnett juga telah membuat kenyataan berlisan yang Shaklee tidak menyokong mana-mana kegiatan keganasan di dunia.



Heboh juga di Facebook tentang isu ini. Ramai yang menyebarkan info-info yang tak betul tanpa usul periksa. Mungkin mereka berniat untuk mencari kebenaran. Nah, Shaklee dah sertakan bukti. Tapi masih ada yang jugak yang tak puas hati. So, saya anggap orang-orang  macam ni bukannya mencari kebenaran tapi nak mencari salah. Oleh itu, malas nak layan.. heheh..

Saya tiada alasan untuk memboikot Shaklee kerana bagi saya Shaklee bukanlah satu benda yang memudaratkan. Shaklee adalah produk kesihatan yang telah membantu saya dan keluarga sihat, dengan izin Allah.. Shaklee tak memudaratkan seperti makanan segera atau rokok yang memang patut kita boikot dari dulu..

Alhamdulillah, jangan lah risau ye. Anda  teruskan lah menjadikan Shaklee sebagai suplimen kesihatan anda. Shaklee jugak disahkan HALAL oleh Islamic Service of America (ISA). ISA adalah salah satu badan halal Amerika Syarikat yang diiktiraf oleh JAKIM. Gunakan tanpa was-was tau..

Semoga kita lebih jelas tentang kebenaran. Jangan membuat keputusan melulu tanpa bukti yang sah. Insya Allah, jika kebenaran yang kita cari, Insya Allah akan jumpa. Kalau kesalahan yang kita cari, sebenarnya masalahnya daripada kita sendiri. 

#prayforGAZA
#prayforMH370
#prayforMH17

Wassalam..

AZURA
SMS/WHATSAPP : 013-6014583
Share:

KESAN PENYAKIT MELALUI KUKU

Tahukah anda bahawa kuku boleh membantu mengesan penyakit? Tanda-tanda nya mudah kelihatan pada keadaan kuku termasuk ada kalanya hilang sinar. Kuku yang tidak sihat biasanya kelihatan putih dan kuning. Malah bagi jangkitan kulat yang teruk, warna kuku boleh berubah menjadi lebam atau hitam.

Kuku yang sihat pula, lazimnya dapat tumbuh dengan cepat. Apabila pertumbuhan kuku terjejas, tanda-tanda penyakit semakin menjadi jelas mengikut ketebalan dan garis di kuku.

Seperti rambut, kuku juga mengandungi kerotin iaitu protein utama terbentuk dalam saluran di bawah kulit kuku. Hanya tisu hidup di matrix dan bawah kuku menonjolkan kesan akibat penyakit atau masalah fizikal.

Jom kenali kuku kita.. Sihat ke tidak la kita ni?

KUKU KEHITAMAN
Mungkin disebabkan oleh serangan fungus. Jika berubah kehitaman dengan pantas, ia juga tanda-tanda awal kanser kulit.

KUKU PUCAT KEBIRUAN
Tubuh mengalami masalah pengaliran darah dan oksigen. Juga petanda penyakit paru-paru dan jantung.

KUKU KUNING
Kuku menjadi tebal kekuningan, hijau atau coklat. Mungkin ada tanda bengkak dalam badan seperti himpunan cecair di sekeliling paru-paru atau masalah resdung.

KUKU MEMUTIH
Perubahan warna begini menunjukkan kesihatan anda terjejas. Buat pemeriksaan doktor kerana mungkin membabitkan masalah paru-paru.

PENIPISAN KUKU
Kekurangan zat besi.

KUKU RAPUH
Kuku keras tetapi mudah pecah? Boleh jadi tanda kekeringan atau hiptiroidisme.

KUKU BANYAK KESAN GARIS ATAU TIDAK RATA
Petanda penyakit paru-paru, masalah jantung, buasir, penyakit hati dan sakit kerongkong teruk.

KUKU RENGGANG ATAU TERANGKAT
Keadaan kuku yang buruk ini menandakan penyakit psoriasis atau ekzema, penyakit yang boleh menyebabkan kuku berubah bentuk.

KUKU BERGARIS SELARI
Jarang berlaku dan biasanya disebabkan keracunan dan tekanan atau trauma. Ia juga boleh menunjukkan kesan bendalir dalam saluran di bawah kulit kuku atau kekurangan zat galian.

KUKU ADA GARIS MELINTANG
Ini biasa berlaku dan ketara bila umur meningkat. garis berlebihan disebabkan ketidatentuan keadaan kulit dan masalah ini boleh dikurangkan dengan sapuan losen khas.

TANDA PUTIH ATAS KUKU
Bukan disebabkan kekurangan zat kalsium, tetapi kesan pengaliran bendalir dalam kulit bawah kuku yang tumbuh.

sumber : Berita Harian

Scary kan kalau kuku macam ni. Sebab tu penting untuk kita amalkan gaya hidup sihat. Jaga kebersihan diri dan persekitaran. Kuku yang sihat, bersinar dan kuat bukan je melambangkan kesihatan diri secara menyeluruh, tetapi juga melambangkan kebersihan, tidak kira lelaki atau perempuan.

Sharing is caring.. :-)


AZURA
013-6014583
mysuperhealth@yahoo.com.my


Share:

AMALAN KECANTIKAN WANITA CHINA

Setiap wanita dilahirkan dengan wajah berbeza mengikut bangsa dan keturunan. Ada yang memiliki hidung mancung dengan mata bundar dan ada juga yang bermata sepet serta hidung kembang. Walau apa pun paras dimiliki, hakikatnya kecantikan itu adalah subjektif. Kecantikan terletak kepada mata yang memandang.

Berbicara mengenai kecantikan, anata yang dikagumi ialah wanita di China yang mempunyai kulit mulus berseri. Wanita di China dikatakan mewarisi kecantikan tradisional turun temurun. Menarikya, amalan harian mereka begitu dekat dengan budaya masyarakat itu sendiri. Kos menjimatkan dan mudah dicari.

Ada empat amalan kecantikan masyarakat China yang boleh kita contohi..

TEH HIJAU
Masyarakat China percaya teh hijau dan teh oolong dapat mencegah penuaan, selain membantu mengurangkan berat badan. Teh juga adalah minuman yang mampu menghangatkan tubuh ketika cuaca dingin.

MINYAK KACANG CAMELLIA
Minyak kacang jenis ini digunakan masyarakat Asia untuk kecantikan. Minyak kacang dikatakan memiliki pelbagai khasiat seperti membantu pertumbuhan rambut, mengatasi masalah kulit daripada bintik hitam, luka terbakar, kesan regangan dan kulit kering.

URUTAN REFLEKSOLOGI
Masyarakat China percaya dengan kekuatan refleksologi. Ia meningkatkan aliran darah, mempercepat proses penyembuhan, mengatasi gejala yang muncul akibat tekanan seperti sakit kepala dan gangguan tidur.

GINSENG
Masyarakat China percaya ginseng mengurangkan letih, meningkatkan stamina, mencegah diabetes, sakit kulit dan mengeluarkan racun daripada badan.

Macam susah je nak cari bahan-bahan ni? Mungkin boleh didapati di kedai-kedai tabib Cina. Nak lagi mudah, amalkan sahaja makanan yang seimbang dan gaya hidup sihat. Kalau selalu makan makanan segera, memang cepat lah kulit tampak tua.

SET CANTIK SHAKLEE juga boleh membantu anda kekal sihat dan cantik. Tak renyah, tak leceh malah harga juga berpatutan. Yang penting, mudah didapati. Nak dapatkan daripada saya pun boleh. Hubungi je nombor yang tertera tu.. heeee...

Azura
sms/whatsapp 013-6014583
Share:

Friday, August 22, 2014

PENGEDAR SHAKLEE TERHEBAT KUALA PILAH

Apo khabar orang kampung di seluruh kawasan Kuala Pilah? Ando warih2  yang nak cubo suplimen Shaklee? Tak kiro lah nak carik Set Menyusu Shaklee ko, Set Berpantang Shaklee ko, Set Cantik Shaklee ko, Set Kuruih Shaklee ko.. Apo-apo jo lah produk Shaklee, carik lah ese yo..


Apo yang warih2 dapek kalau berurusan dengan ese? Insya Allah , ese akan bagi perkhidmatan yang terbaik..

☺ Penghantaran toruih ke rumah atau tompek yang sesuai (Giant ko, Medan Selero ko, Bus stand ko)
☺ Penghantaran secopek yang boleh sebaik sajo warih confirm boli.. Insya Allah..
☺ Konsultasi muko ke muko (face to face) dan khidmat nasihat secaro percumo..

Insya Allah, sonang berurusan mo ese ni.. Kito samo-samo la permudahkan urusan masing-masing yo.. Ese pun niat nak nolong warih sihat sambil kongsi pengalaman kan..


Bilo-bilo maso jo warih buleh lah SMS/WHATSAPP nombor ese 013-6014583.. Selagi ado kudrat ese, ese akan menjawab pertanyoan warih semuo yo.. Ese buleh jugak menghantar order Shaklee warih kek kawasan Kuala Pilah, Bahau, Somban, Senawang dan kawasan yang sekitar eh..

Timo kasih daun keladi, kito jumpo kok ado joki..


Zura
SMS/WHATSAPP : 013-6014583
mysuperhealth@yahoo.com.my
www.facebook.com/mysuperhealth
Share:

SELAMAT KEMBALI KE MALAYSIA

Alhamdulillah, selesai sudah Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH17.. Saya sempat  menonton Siaran Langsung Istiadat Penghormatan di TV3 (Live Streaming).. Walaupun begitu, kesayuan tu tetap terasa. Takziah diucapkan kepada waris-waris mangsa. Semoga tabah menghadapi ujian daripada-Nya..


Hiba terasa tapi bersyukur Alhamdulillah sebab jenazah mangsa tragedi MH17 selamat sampai ke tanah air Malaysia.. Selamat kembali ke Malaysia.. Syukur dan terharu juga apabila melihat mereka diberi penghormatan sebegini. 

20 jenazah tragedi MH17 yang diberi penghormatan pada hari ini

Damai lah kamu semua di sana..

Kepada jenazah Islam, semoga ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman.. Al-Fatihah..

Seluruh negara berduka. Bagaimanapun, kepada yang masih hidup, teruskan kehidupan kita.. Jangan pernah berhenti membuat kebaikan supaya dikenang yang baik-baik sahaja bila kita tiada kelak.. Insya Allah..

#prayforMH17
#prayforMH370
#prayforGAZA

Share:

Thursday, August 21, 2014

PANDUAN MENYUSUKAN ANAK ANGKAT


Wanita mampu untuk merangsang penghasilan susu walaupun beliau tidak pernah hamil atau melahirkan anak. Antara kategori wanita yang boleh menyusui bayi walaupun tidak pernah hamil antaranya ialah ;

  • Wanita yang tidak mempunyai ovari atau kilang telur 
  • Wanita yang tidak mempunyai rahim atau peranakan
  • Wanita yang tidak pernah hamil atau tidak pernah melahirkan anak
  • Wanita yang sudah menopaus
  • Wanita yang hamil tetapi keguguran
  • Wanita yang hamil tetapi bayi mati di dalam kandungan atau mati selepas dilahirkan
Semua wanita yang disenaraikan di atas, mampu untuk menghasilkan susu jika dibantu dengan teknik yang betul.Sebenarnya, faktor yang mempengaruhi penghasilan susu bukanlah faktor anatomi, iaitu mempunyai rahim atau faktor kelahiran bayi itu sendiri.

Penghasilan susu juga bukan sepenuhnya bergantung pada kehadiran hormon, walaupun hormon penting untuk merangsang penghasilan susu. Tidak mustahil untuk wanita yang disenaraikan dalam kategori di atas boleh menghasilkan susu tanpa sebarang tambahan ubat-ubatan atau hormon.

Merangsang penyusuan (induced lactation) merupakan satu kaedah penghasilan susu ibu. Ia biasa dilakukan oleh wanita yang tidak hamil tetapi berhasrat untuk menyusui anak angkat. Hakikatnya, tubuh wanita berkenaan tidak melalui perubahan fisiologi semasa hamil dan payudaranya tidak melalui fasa memogenesis, laktogenesis dan galaktopoisis.Namun tedapat ubat-ubatan yang boleh diambil untuk membolehkan tubuh mengalami perubahan yang serupa dan seterusnya merangsang penghasilan susu ibu.

Susu yang dirangsang tidak mengandungi kolostrum tetapi mengandungi susu matang. Walau bagaimanapun, segala khasiat yang terdapat dalam kolostrum, juga terdapat dalam susu matang, cuma yang membezakannya ialah kuantitinya sahaja. Bayi masih lagi mendapat khasiat kolostrum walaupun tidak dihasilkan dalam susu yang dirangsang.

Apabila ibu bertekad untuk merangsang penyusuan, dia haruslah bersedia untuk memperuntukkan masa yang agak panjang, iaitu 1-2 bulan dalam persiapannya. Untuk berjaya, ibu yang merangsang penyusuan perlu memberikan sepenuh tumpuan dan keyakinan bahawa mereka mampu melakukanya. Sokongan emosi dan galakan daripada suami atau pasangan amat penting dalam situasi begini.

Terdapat ubat-ubatan yang boleh membantu merangsang penghasilan susu. Ubat ini ialah sejenis hormon yang membantu merangsang kelenjar susu untuk menghasilkan susu. Dapatkan nasihat dan maklumat ini daripada doktor anda.

Penggunaan ubat sahaja tidak mencukupi. Ibu perlu merangsang hisapan susu. Rangsangan hisapan dan keyakinan ibu amat penting untuk menghasilkan kejayaan penghasilan susu ibu.

sumber : 100 Persoalan Mengenai Penyusuan Susu Ibu

Memang murni niat ibu-ibu yang berusaha untuk menyusukan anak angkat. Saya kagum dan salute sangat dengan ibu-ibu ni. Semoga Allah permudahkan ibu-ibu untuk menyusukan anak-anak syurga tersebut. Aminnnn...

Jika perlukan sokongan kesihatan dan keceriaan bagi membangkitkan semangat, boleh cuba SET MENYUSU SHAKLEE.. Kita berusaha, doa dan tawakal. Segalanya mungkin dengan izin Allah.. Insya Allah.. Salam sayang semua..


Hubungi saya untuk info lanjut;

Zura
013-6014583
Share:

CARA SIMPAN SUSU PERAHAN

Lagi sebulan, ibu-ibu perlu kembali bekerja setelah mengambil cuti bersalin. Sudahkah ibu-ibu bersedia secara fizikal dan mental? Sudahkah ibu merancang bagaimana cara untuk membuat stok susu ibu? Bagaimana pula cara menyimpan susu perahan? Seharusnya ibu-ibu telah pun melengkapkan diri dengan ilmu penyusuan susu ibu bagi ibu yang bekerja..


Saya nak fokuskan tentang CARA MENYIMPAN SUSU PERAHAN sahaja kali ni. 
  • Susu perahan mesti disimpan di dalam bekas yang bersih dan telah disterilkan (rendam air panas)
  • Kuantiti susu dalam satu-satu bekas mestilah mencukupi untuk satu penyusuan supaya tidak berbaki
  • Bekas menyimpan susu tidak boleh diisi sehingga penuh. Sedikit ruang udara perlu ditinggalkan di dalam bekas tersebut bagi membolehkan proses pengembangan berlaku apabila susu dibekukan
  • Setiap bekas susu perlu dilabelkan dengan jelas untuk memudahkan proses pemberian susu perahan ; ( nama bayi, tarikh dan masa mula pemerahan)
  • Selain daripada botol susu perahan, ibu boleh menggunakan plastik khas untuk susu perahan bagi menjimatkan ruang dalam peti sejuk
  • Suhu perahan boleh disimpan sehingga satu tempoh yang tertentu. Berikut ialah garis panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia mengikut tempoh masa penyimpanan susu perahan mengikut kriteria tertentu

CARA MEMBERIKAN SUSU PERAHAN KEPADA BAYI
  • Ibu perlu memberikan susu yang paling awal diperah, iaitu mengikut tarikh perahan yang telah dicatatkan pada bekas penyimpanan.
  • Susu beku perlu diletakkan pada bahagian rak bawah terlebih dahulu (thaw) supaya mudah dicairkan. Bagi bayi yang sihat, boleh dibiarkan dalam keadaan begitu selama 24 jam manakala bagi bayi yang sakit pula sehingga 12 jam sahaja.
  • Bekas berisi susu perahan tersebut seterusnya direndamkan di dalam air suam apabila tiba masa penyusuan
  • Ibu dilarang memanaskan susu tersebut dalam gelombang mikro atau di atad dapur kerana ia boleh merosakkan kandungan nutrien yang terkandung dalam susu tersebut serta mungkin boleh menyebabkan mulut bayi melecur
  • Susu yang telah direndam dalam air suam ini mesti digunakan dalam masa satu jam.
  • Susu yang telah direndam dalam air suam tidak boleh disimpan semula sekiranya masih berbaki selepas bayi menyusu


^______^
Azura
013-6014583
www.facebook.com/mysuperhealth
Share:

Wednesday, August 20, 2014

LAMBATKAN PENUAAN DENGAN VITA-E COMPLEX


Vita-E Complex Shaklee adalah salah satu vitamin yang terkandung dalam SET CANTIK SHAKLEE.. Kenapa Vita-E Complex dipilih sebagai pelengkap kepada SET CANTIK SHAKLEE? Okay, mari sini saya nak terangkan kenapa.


Vita-E Complex dibuat daripada minyak soya organik dan minyak biji gandum yang kaya dengan vitamin E, diekstrak d-alpha tocopheryl, d-alpha tocopherol yang aktif secara fisiologi dan digabung dengan 8 jenis vitamin E (alpha, beta, gama, delta). Ianya adalah vitamin E yang paling lengkap di pasaran.

Vita-E Complex mengandungi 10mg selenium semulajadi yang membantu tubuh kita menyerap vitamin E, memelihara membran sel-sel, sel darah merah dan tisu-tisu otot. Ianya juga adalah penyahtoksik semulajadi logam berat seperti raksa, kadmium dan mengukuhkan anti-oksidan dan melindungi retina.

Vita-E Complex membantu melambatkan penuaan. 1 kapsul Vita-E Complex sehari membantu mengurangkan kedut, garis halus, parut, akne dan bintik penuaan. Ianya mampu memulihkan tekstur kulit dan ton muka, dada dan otot peha.

Antara khasiat lain Vita-E Complex ialah ;

  • Melindungi jantung
  • Melindungi sel darah merah
  • Mengurangkan tekanan darah
  • Menghalang platlet darah melekat di dinding arteri
  • Menghalang anemia
  • Meningkatkan kiraan sperma lelaki
  • Meningkatkan kesuburan
  • Memulihkan kemampuan reproduktif
  • Membantu melawan kanser
  • Mengukuhkan sistem imunisasi
  • Menghalang atau melambatkan pertumbuhan tumor
  • Mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas
  • Memperbaiki masalah penglihatan
  • Meningkatkan kelestaarian seksual dan tenaga
  • Meningkatkan keanjalan salur darah
  • Memperbaiki kitaran darah
  • Merawat bahu kejang, buasir, urat varikos dan sakit sendi
  • Memperbaiki parut
  • Memperbaiki bengkak dan ulser kulit
Saya mengamalkan Vita E Complex sejak hamil kali kedua. Saya tak makan pun sebab Vita-E Complex tak sesuai untuk ibu mengandung. Ia merupakan vitamin dengan anti-oksidan tinggi. Jadi, saya cuba guna sebagai masker muka. Campur dengan sedikit ESP dan air je..Memang membantu mengembalikan seri wajah saya sebab setiap kali pregnant, kulit muka saya mesti banyak jerawat.. hehehe..

ketika pregnant kembar 
(sebelum ambil apa-apa produk Shaklee)

kulit saya sekarang.. Alhamdulillah..

Apa pun, Vita-E Complex memang terbaik dalam membantu melambatkan penuaan. Saya masih mengamalkan Vita-E Complex sehingga sekarang.. Alhamdulillah.. saya dapat rasakan perubahan terhadap kulit saya. Parut jerawat semakin pudar, jerawat pun dah jarang singgah..

Kalau anda berminat untuk mengetahui tentang Vita-E Complex dengan lebih lanjut, jangan segan silu untuk menghubungi saya. Boleh COD di kawasan Kuala Pilah, Bahau, Senawang & Seremban (Negeri Sembilan) dan pos ke seluruh Malaysia.


^______^
Azura
sms/whatsapp : 013-6014583
Share:

SETIAP ANAK PEMBAWA REZEKI

Mula-mula saya dapat tau yang saya pregnant buat kali kedua, bercampur baur rasa dalam diri.. Rasa marah, stress, sedih dan macam-macam lagi.. Astagfirullahalazim.. Kenapa saya rasa macam tu? Sebab saya rasa saya belum bersedia menambah anak. Penat membesarkan kembar (ketika itu baru setahun lebih) pun belum hilang lagi.. Agak lama juga saya jadi down ditambah pulak mabuk-mabuk teruk sebaik sahaja sah pregnant.. Huhuhu..

Alhamdulillah, tak sampai 3 bulan pun sickness saya macam waktu mengandung kembar dulu.. Dan yang lebih melegakan, mengandung kali kedua ni sangat mudah. Walaupun si kembar sedang aktif dan lasak, tapi jarang saya rasa penat. Saya boleh menguruskan kembar dan diri sendiri walaupun suami saya tak duduk bersama kami. Proses kelahiran anak ketiga ni pun dipermudahkan. Syukur..

Waktu berpantang pun rasa senang jugak. Disebabkan luka dalaman saya tak perlu dijahit (sebab takda koyakan yang besar), saya boleh bergerak bebas sedikit. Saya boleh menguruskan kembar, mandi, masak dan kerja-kerja ringan. Alhamdulillah.. Si baby pun tak banyak meragam. Awal kelahiran, banyak tidur. Terkena jaundis sikit tapi tak perlu masuk wad. Saya hanya treat dengan penyusuan susu ibu yang kerap je..

Si baby sekarang dah pun berumur setahun. Sepanjang setahun ni, sangat mudah menjaga dia. Tak banyak ragam, tak banyak songeh. Boleh main sendiri. Pendek kata, Allah permudahkan. Sampai saat ni pun, walaupun si baby dah semakin lasak, saya masih boleh handle.. Mungkin naluri keibuan menjadikan saya kuat semangat.

Sesungguhnya saya sangat menyesal sebab awal-awal mengandung dulu, saya hampir-hampir tak boleh terima kehadiran anak dalam kandungan.. Huhuhu.. Astagfirullahalazim.. Waktu tu saya terlupa sekejab, yang setiap anak tu pembawa rezeki..

Aysar, kalau satu hari nanti Aysar baca blog ummi ni, ummi nak Aysar tau yang ummi sangat sayangkan Aysar dan tak sanggup kehilangan Aysar walau sesaat pun.. Semoga Aysar menjadi anak yang soleh, anak yang baik dan sentiasa dalam lindungan Allah..

Alhamdulillah.. hati senang dengan anak tiga orang walau belanja semakin meningkat. Saya yakin Allah akan sentiasa murahkan rezeki kami anak beranak. Ada hikmahnya juga bila dah ada anak tiga ni, membukakan hati saya untuk menceburi bisnes SHAKLEE yang banyak merubah hidup saya.. Yang pasti, saya jauh lebih positif daripada dulu.. Diri saya sekarang jauh lebih baik dari diri saya dulu.. Alhamdulillah syukur kepada Allah..

Kepada ibu-ibu yang berada dalam keadaan dilema sebab hamil lagi ketika anak masih kecil, redha lah.. Dan kepada yang masih belum dikurniakan zuriat, bersabar dan teruskan usaha.. Rezeki tu ketentuan daripada Allah.. Allah lebih tau sama ada kita mampu atau tidak..Allah Maha Mengetahui..

^_____^
Azura
013-6014583
mysuperhealth@yahoo.com.my
www.facebook.com/mysuperhealth
Share:

ELAK STRESS DENGAN PISANG

Rupa-rupanya banyak manfaat buah pisang ni tau. Bukan setakat membantu melawas sahaja, malah pisang adalah penawar pelbagai penyakit. Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi - sukrosa, fruktosa, dan glukosa yang digabungkan dengan gentian.

Kajian menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Pisang sangat sesuai untuk diamalkan dalam pemakanan seharian.

MENGURANGKAN TEKANAN ATAU STRESS
Pisang mengandungi tryptopan, sejenis protein yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia yang menyebabkan seseorang tenang, mengembalikan perasaan hati dan membuatkan rasa gembira.

MENEUTRALKAN PARAS GLUKOSA
Vitamin B6 dalam pisang mampu meneutralkan glukosa dalam darah yang menyebabkan hati tenang.

MENGATASI ANEMIA
Pisang membantu mengawal hemoglobin dalam darah kerana mengandungi zat besi yang tinggi.

PENGHADAMAN
Gentian tinggi, membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan usus besar.

MENGURANGKAN KELETIHAN
Pisang menyejukkan perut dan membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan kerana letih.

PANAS JANTUNG
Membantu memulihkan rasa panas pada jantung.

DEMAM PAGI
Membantu memelihara kadar gula dalam darah yang menyebabkan demam pagi.

GIGITAN NYAMUK
Gunakan lapisan dalam kulit pisang untuk disapu pada bekas gigitan nyamuk.

SARAF
Vitamin B dalam pisang membantu menenangkan sistem saraf.

ULSER
Peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut.

PENYAKIT KULIT
Menghilangkan pelbagai masalah kulit termasuk jerawat, kudis, parut, kurap dan sebagainya. Ambil sekeping kulit pisang, tampal sebelah dalam kulit pisang pada tempat bermasalah dengan plaster luka biasa atau plaster bedah.

AWAS : Pisang tidak sesuai bagi pesakit kencing manis. Ini kerana kandungan gula di dalam pisang adalah tinggi. Terdapat 25 gram gula setiap 126 gram pisang (19.85%)

sumber : BH

Dah tau manfaat pisang? Hebat kan? Mampu mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit.. Buat snek ringan waktu tengok TV pun bagus jugak. Lebih baik daripada makanan ringan yang tiak sihat.. Selamat mencuba.. 
Share:

Tuesday, August 19, 2014

MILK BOOSTER : Perlu atau tidak?

Milk Booster.. Perlu atau tidak? Sebenarnya terpulanglah kepada individu.. Soalnya sekarang, adakah MILK BOOSTER membantu meningkatkan pengeluaran susu ibu? Jawapannya TIDAK kalau kita tak mengamalkan konsep DEMAND-SUPPLY..

Sebenarnya banyak makanan yang boleh dijadikan penggalak susu ibu. Antaranya, kurma, longan, lobak puti, jantung pisang dan banyak lagi. Biasanya waktu berpantang, mak saya banyak sediakan lauk-lauk yang ada campuran penggalak susu ni. Lada hitam, jantung pisang, lobak putih la selalunya.. Sedap pun sedap..

Tak kisahlah apa pun milk booster ibu-ibu sekalian, PENTING untuk amalkan konsep DEMAND-SUPPLY ni.. Kalau ada demand dari si manja, Insya Allah adalah supply daripada ibu. JAdi, haruslah kita kerapkan menyusu badan. Mengikut nasihat dari doktor, kerapkan menyusu 2 -3 jam sekali.. Itu je lah yang saya buat semasa berpantang dulu..

Alhamdulillah, lagi kerap kita menyusukan baby, lagi banyaklah susu yang terhasil. Penting juga untuk kita banyakkan minum air dan jangan skip makan. Ibu-ibu perlukan makan sebagai sumber tenaga dan sumber susu ibu.

SET MENYUSU SHAKLEE juga bukan bertujuan untuk membanyakkan susu ibu tanpa sokongan konsep penyusuan. SET MENYUSU SHAKLEE adalah bertujuan untuk meningkatkan kesihatan ibu, meningkatkan tenaga ibu, meningkatkan mood 'happy' ibu.. Bila badan sihat, bertenaga dan gembira, CONFIRM susu ibu akan meriah bak air paip gitu. Tapi mesti kena amalkan konsep DEMAND-SUPPLY tu lah ye.. Kerapkan menyusu atau pam setiap 2 jam.. Kena plan masa dan buat jadual penyusuan/pengepaman..


Bagi saya sendiri, saya ambil SET MENYUSU SHAKLEE bertujuan untuk meningkatkan kesihatan saya. Meningkatkan tenaga saya. Yelah kan, bila badan asyik penat je, kadang-kadang sampai stress. Susu badan pun boleh merajuk kalau kita stress.. Alhamdulillah sepanjang berpantang, saya fully breastfeed tanpa topup susu formula.. Syukur sangat-sangat..

So, kita janganlah salah faham yang makan vitamin SET MENYUSU SHAKLEE je, confirm susu badan akan mencurah2.. Tak boleh macam tu.. Tapi terapkan bahawa SET MENYUSU SHAKLEE membantu meningkatkan kesihatan dan mood supaya pengeluaran susu ibu meningkat.. Insya Allah..

Selebihnya, berdoa dan tawakal lah kepada Allah.. Saya doakan ibu-ibu supaya istiqomah dan jangan sesekali give up ye.. Jumpa lagi nanti..
Share:

Monday, August 18, 2014

TESTIMONI SET KURUS SHAKLEE

Alhamdulillah.. dah ramai yang berjaya menguruskan berat badan secara sihat dan selamat dengan SET KURUS SHAKLEE.. Sebab nak kuruskan berat badan bukan lah semata-mata nak nampak cantik, tetapi sebaiknya kuruskan badan supaya badan lebih ringan untuk melakukan ibadah dan kerja-kerja lain. 


Nak main dengan anak pun tak mengah.. Nak join aktiviti sukan pejabat pun tak da masalah.. Penting untuk turunkan berat badan tanpa mengamalkan diet ekstrim seperti berlapar atau sengaja muntah selepas makan yang kemudian hari akan memudaratkan badan sendiri..

Apa pun boleh tengok dan baca testimoni set kurus shaklee ni daripada pengguna yang gembira dengan perubahan mereka. Yelah, dah dapat turunkan berat badan, sihat dan cantik pulak sebagai bonus..















Ini hanya sebilangan sahaja daripada berjuta-juta pengguna SHAKLEE.. Alhamdulillah, seronoknya bila produk Shaklee membantu para penggunanya ke arah kesihatan yang lebih baik..

Semoga memberikan manfaat dan panduan untuk anda memilih produk yang selamat untuk diri anda dan keluarga.. Insya Allah..


Zura
013-6014583
mysuperhealth@yahoo.com.my

Share:

RESEPI MASKER MAHAL SHAKLEE

Salam kawan-kawan.. Hari ni nak share pulak resipi masker mahal shaklee.. Ngeh ngeh ngeh.. Mahalnya sebab melibatkan VIVIX, produk termahal SHAKLEE tapi kesannya superb dan berbaloi-baloi dengan harga.. Tapi kalau takda VIVIX pun, masih boleh buat jugak masker mahal ni.. SET CANTIK SHAKLEE pun dah cukup dah.. (Set Cantik Shaklee terdiri daripada ; ESP, Vita C Plus, Vita E Complex, B Complex)

Okay, tanpa melengahkan masa, kita tengok bahan-bahannya dulu. Apa yang u ols perlukan ialah
-Vivix (1-2 titik)
-Vita E Complex (1 kapsul)
-Vita C Plus (1 tablet)
-sedikit air




Caranya? Sonang je kak jemah oiii.. Pecahkan Vita E Complex tu dan campurkan isi kapsul tu dengan Vivix, Vita C Plus dan sedikit air. Vita Plus tu hancurkan je, penyekkan dengan sudu pun boleh.. Jadilah macam kat bawah ni..

Lepas tu, tepek je lah secukup rasa di seluruh kawasan muka dan leher... Memang la muka tu nampak sedikit scary sebab warna merah kan? Tapi bila pakai tu memang rasa nyaman je..

Biarkan selama 2-3 jam.. nak hasil yang lebih jelita, biarkan semalaman pun boleh.. Biasanya i ols amalkan pemakaian masker ni sebaik sahaja lepas solat Isyak, pakai masker dan tidur..

Besoknya, cuci dengan Nutriwhite Cleanser.. Alhamdulillah, sejak mengamalkan masker ni, kulit semakin cerah dan parut pun semakin pudar. Saya pakai masker ni pun hampir setiap hari.. paling kurang pun seminggu 2 3 kali..

Sekali sekala, amalkan juga skrub muka selepas membilas masker tadi. Sekurang-kurangnya 2 kali seminggu bagi menanggalkan kulit mati dan kotoran pada wajah..

Ni lah kulit muka i ols lepas menggunakan SET CANTIK SHAKLEE dan masker mahal secara konsisten.. EKSKLUSIF ni.. jarang kan i ols nak tepek muka sendiri dalam blog.. hehehe..Kalau dulu, creepy jugak tengok jerawat dan parut anak cucu jerawat tu.. Memang ambik masa nak pulihkan kulit saya yang agak menakutkan dulu.. mungkin sebab pemilihan produk yang salah.. Nanti i ols share kulit yang dulu..

Alhamdulillah, walaupun takde la jelita mana, tapi perubahan yang saya terima amatlah menakjubkan.. tak sangka kulit muka saya boleh menjadi lebih sihat dan halus berbanding dulu.. Terus terang, muka saya dulu memang penuh dengan jerawat batu tau.. sobsss... sedey kalau tengok gambar dulu..

Okey la.. nanti-nanti i ols cerita lagi.. Kalau nak dapatkan khidmat nasihat, boleh SMS/WHATSAPP 013-6014583.. i ols bersedia membantu anda.. Jangan lupa juga cuba resipi masker mahal ni tau.. Kalau takda VIVIX, boleh buat masker Vita E + Vita C Plus je.. Kalau takde jugak, jawabnya kena la order dengan i ols.. Hehehehe.. Salam sayang semua..
Share:

KENAPA PERLU PILIH B-COMPLEX SHAKLEE?

B Complex Shaklee mengandungi 8 komponen penting vitamin B, termasuklah 100% biotin dan asid folik. Kesemua 8 komponen ini perlu ada pada vitamin Bkompleks untuk mendapatkan kesimbangan dan keberkesanan yang sempurna. 8 Komponen itu ialah ; B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin.

Vitamin B adalah vitamin larut air, sebarang lebihan tidak akandisimpan sebaliknya disingkirkan melalui sistem pencernaan. Oleh itu, sangat penting untuk mengambil vitamin B Complex setiap hari.

Apa yang akan anda dapat daripada B Complex Shaklee?

  • Menukar makanan kepada tenaga - membantu penghadaman, mengurangkan keletihan
  • Melawan tekanan - memastikan kesihatan fungsi saraf, meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia. Ini salah satu sebab mengapa B Complex digalakkan kepada ibu berpantang, membantu mencegah penyakit meroyan
  • Membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru
  • Membantu mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang janin
  • Membaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, uban
  • Mengurangkan keletihan pada mata
  • Mencegah anemia
  • Meredakan senggugut
  • Mencegah jangkitan pada mulut
  • Meredakan alahan
  • Mencegah sakit kepala
  • meningkatkan kualiti memori
  • Meredakan masalah penghadaman
Ini serba sedikit tentang B Complex yang mampu saya sharekan. Kalau nak bertanya dengan lebih lanjut. Hubungi saya pada bila masa.. Ingat nombor saya ya.. 013-6014583..
Share:

CARA MUDAH MENJAGA KULIT


Bagaimana agaknya cara untuk menjaga kulit? Yelah kan, kehidupan masa sekarang yang semuanya nak cepat je, menyebabkan kita jarang menitikberatkan penjagaan kulit. Sebenarnya, ada beberapa cara mudah dan ringkas supaya kulit kita kekal sihat walaupun kita terlalu sibuk dengan kehidupan seharian.


  • Untuk kulit berseri, makan sayur-sayuran berdaun hijau, sayur dan buah berwarna kuning, bijirin, kekacang, daging dan makanan laut yang mengandungi vitamin A, C dan B6 serta mineral zink.
  • Lindungi kulit anda daripada sinaran matahari dengan pakaian yang sesuai atau gunakan loseyen perlindungan matahari. Terlalu banyak sinaran UV matahari boleh menyebabkan kanser kulit
  • Jangan merokok. Merokok hanya akan menyebabkan kulit anda menjadi pucat, berkedut dan akan melambatkan keupayaan kulit untuk sembuh.
  • Jangan sekali mencucuk, memicit atau mengorek jerawat. Ia akan menyebabkan keradangan merebak dan akan merosakkan tisu halus di bawah kulit anda.
  • Amalkan pemakanan seimbang dan berkhasiat.
  • Kita juga boleh mengamalkan suplimen untuk kulit sebagai pelengkap keseimbangan dan kesihatan badan. Pastikan anda memilih suplimen yang selamat dan semulajadi seperti SHAKLEE.
Dapatkan khidmat nasihat dan konsultasi anda melalui SMS/WHATSAPP 013-6014583. Kami sedia membantu anda...
Share:

NYAH KAU JERAWAT!

Masalah jerawat sememangnya agak sinonim di kalangan orang Malaysia. Bukan setakat remaja, malah orang dewasa dan warga tua pun ada masalah jerawat juga. Masalah jerawat boleh berlaku disebabkan oleh pelbagai perkara. Masalah hormon, faktor pemakanan, faktor cuaca dan lain-lain. 

Ada beberapa produk Shaklee yang sememangnya sangat sesuai dalam membantu menghapuskan jerawat. Saya ringkaskan beberapa produk serta manfaatnya dalam membantu menghalau jerawat yang nakal itu. 

GLA COMPLEX 
Membantu memulihkan kulit rosak.
(Oh ye, bulan Ogos ni ada promosi GLA Complex beli 6 Percuma 1 tau.. rugi kalau tak grab)

VITA E COMPLEX
Membantu menghilangkan parut jerawat. 

B COMPLEX
Membantu mencegah jerawat sebab salah satu punca jerawat adalah disebabkan kurang vitamin B6.

VITALEA
Metabolisma gula yang tidak stabil boleh menyebabkan jerawat. Chromium dalam Vitalea membantu menstabilkan metabolisma gula.

ZINC COMPLEX
Membantu mengurang dan mencegah jerawat. Zinc juga membantu memulihkan kesan-kesan luka akibat jerawat.

Selain itu, jaga pemakanan anda dan mulakan gaya hidup sihat.. Tingkatkan keyakinan diri anda dengan kulit bebas jerawat. Wassalam.. ^_____^

Hubungi saya untuk info lanjut. Anda boleh SMS/WHATSAPP : 013-6014583 untuk konsultasi percuma.. 
Share:

TIPS PENGGUNAN BASIC H

Basic H adalah apa yang kita perlu dalam rumah kita. Mampu membantu mencuci hampir keseluruhan rumah. Nama pun cecair pencuci serba guna kan? Menariknya Basic H ni sebab tanpa toksik, tanpa gas beracun, tanpa bahan kimia berbahaya, tanpa bahan pewangi, lembut pada tangan dan tanpa klorin. Senang cakap SELAMAT, BERKESAN & MESRA ALAM.. 

Meh nak share apa yang kita boleh buat dengan Basic H ni...


Mencuci & membersih tempat dan peralatan memasak (terutama yang berminyak)
Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h dan gunakan untuk mencuci peralatan memasak

Mencuci & membersih bilik air, tandas, tangki, sinki, cermin tingkap, rak buku, almari dsbnya
Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h kemudian mopkan atau lapkan tempat yang hendak dibersihkan kecuali bilik air dan tandas perlu diberus

Mencuci badan, tangan dan kaki daripada daki kotoran, pijar lada, dakwat marker pen, minyak 
Basahkan tangan dengan air kemudian tuangkan 2-3 titik kemudian digosok-gosok serta bilas

Mencuci & membersih lantai serta alat permainan
Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h kemudian cuci alat mainan dan dibilas manakala cucian lantai tidak perlu dibilas selepas lantai dimop kerana ia mudah kering dan tidak melicinkan lantai

Menanggalkan gula-gula getah pada baju 
Titikkan 5 titik di sebelah belakang baju yang terkena gula getah kemudian digosok-gosok hingga tertanggal

Mengasah pisau
Titikkan 4-5 titik pada pisau dan asah pisau seperti biasa sehingga tajam

Membersih dakwat pen pada tangan, baju 
Titikkan 4-5 titik di tempat terkena dakwat, digosok dan kemudian dibilas

Saya pun menggunakan Basic H ni kat rumah. Buat mop lantai, padam whiteboard, bersihkan segala cermin kat rumah dan kereta, bersihkan tingkap, sinki.. Pendek kata hampir keseluruhan rumah dilindungi dengan Basic H ni.. Yang paling bestnya, hanya gunakan beberapa titik je campur ke dalam air dan boleh bertahan sampai 3 -4 bulan. Kepekatan Basic H ni tinggi, sebab tu kita tak perlu guna banyak untuk membersih. Jimat kan? Jimat pun ye, selamat, berkesan dan mesra alam pun ye jugak. Kalau sayangkan keluarga, tak salah kan kalau kita memilih produk pembersihan yang menakjubkan ni?

Untuk info lanjut, sila SMS/WHATSAPP : 013-6014583
Share:

Saya Azura

Bonjour & Welcome

Saya ibu kepada 3 orang putera dan seorang puteri. Menyertai Shaklee sejak tahun 2013 dan berada dalam rank Supervisor. Saya bersedia memberikan perkhidmatan terbaik untuk anda..

Follow Azura

Paling diminati