Monday, October 20, 2014

ZINC COMPLEX BUKAN SEKADAR VITAMIN CINTA

Kalau sebut tentang Zinc Complex, mesti akan dikaitkan tentang vitamin cinta khas untuk lelaki. lebih kurang macam vitamin 'power' la gitu. tapi sebenarnya Zinc Complex bukan sekadar untuk itu tau. Meh baca sedikit info tentang Zinc Complex ye..

Zinc  complex dihasilkan daripada zinc glukonat, bes alfafa dan barli panggang. Ianya berasaskan sayuran dan tiada masalah untuk diamalkan oleh vegetarian. Badan kita memerlukan 4-14 mg zinc sehari. 1 tablet Zinc Complex mengandungi 15 mg zinc.

Kepentingan Zinc
Kekurangan zink dalam badan akan menyebabkan
   kuku pecah
       jerawat
 eczema
 sopak
 mati pucuk

Kegunaan Zinc
 memperbaiki sel
     mempercepatkan proses pemulihan luka
 membantu penghasilan enzim untuk metabolisme badan
 membantu pembentukan protein dan kolagen
 membantu mengurangkan 70% pembengkakan prostat
 membantu penguncupan uterus untuk mengembalikan daya ketahanan
 mempertingkat sistem imunisasi
 membantu mencegah kanser
 menormalkan jumlah minyak pada kulit

 mengurangkan rambut gugur

Siapa yang perlukan zinc?
 Ibu mengandung (zink penting untuk pembentukan genetic)
 Pesakit diabetes
 Ibu menyusu
  Ibu berpantang
 Orang yang baru lepas dibedah
 Vegetarian
 Alcoholic
 Pasangan yang kurang subur
  Keguguran rambut
 Rabun malam
 Penghidap buasir

Orang yang tidak boleh ambil Zinc : Pesakit Talasemia

Jadi macam mana? Anda rasa anda perlukan ZINC COMPLEX dalah kehidupan seharian anda? Boleh sms atau whatsapp 013-6014583 untuk tempahan. Kalau anda nak tau, ZiNC COMPLEX adalah antara vitamin Shaklee yang termurah di pasaran. Walaupun murah, tapi tetap berdiri dengan kualiti dan kekuatan tersendiri tau..

Roger-roger lah saya ye...


Puan Seri Azura
013-6014583

Share:

Saturday, October 18, 2014

10 TIPS BERCERAI SUSU

Bercerai susu terjadi apabila kita menghentikan penyususan susu ibu apabila tiba masanya. Ada ibu dan anak yang sukar melalui proses bercerai susu. Mungkin tips berikut boleh membantu.

10 TIPS BERCERAI SUSU

JANGAN TAWAR DAN JANGAN TOLAK
Berikan susu apabila anak minta dan jangan sesekali menolak jika anak mahu menyusu. Jangan paksa dan ambil masa perlahan-lahan.

MENGUBAH RUTIN HARIAN
Anak kita pasti mempunyai rutin harian untuk menyusu. Contohnya dia akan menyusu jika kita berada di sofa yang selalu diduduki. Oleh itu, elakkan diri daripada duduk di sofa itu.

PERTOLONGAN DARIPADA AYAH
Ayah (suami kita) perlu mengalihkan perhatian anak yang mahu menyusu dengan melakukan aktiviti lain seperti menonton TV, bermain permainan kesukaannya, membaca buku atau apa sahaja aktiviti lain yang si anak mahu buat.

ALIHKAN PERHATIANNYA
Apabila si anak leka bermain, adakala nya dia terlupa meminta susu. Gantikan sessi penyusuan yang patut dia terima dengan snek berkhasiat seperti buah-buahan atau roti. Boleh juga ajak dia lakukan aktiviti yang lain pada waktu kebiasaan dia meminta susu.

LENGAHKAN SESSI PENYUSUAN
Melewatkan penyusuan adalah efektif jika anak lebih berusian dan boleh memahami penerangan kita. Tangguhkan waktu menyusu iaitu memberitahunya untuk menunggu sebentar. Gantikan dengan aktiviti lain yang boleh menjadi cara yang berkesan untuk menghentikan penyusuan.

MEMENDEKKAN TEMPOH PENYUSUAN
Cara ini berkesan untuk anak berusia dua tahun ke atas. Memendekkan tempoh penyusuan dengan cara memberitahunya, "Sedikit sahaja mama beri ya sebab abang/kakak sudah besar". Sedikit demi sedikit akan mengurangkan kebergantungannya kepada susu ibu.

MEMBERITAHU SECARA BERHEMAH
Bagi si kecil yang berusia setahun ke atas sudah boleh memahami arahan yang diberikan. Jadi tunjukkan contoh-contoh orang dewasa tidak minum susu ibu. Dia pasti teruja apabila diberi kesempatan menjadi orang dewasa.

KURANGKAN PENYUSUAN
Dalam sehari mula kurangkan sessi penyusuan terutamanya di waktu malam. Ini membolehkan penghasilan susu ibu berkurangan secara semulajadi dan pada masa yang sama membolehkan anak anda menerima perubahan itu.

JANGAN MENGHENTIKAN PENYUSUAN SECARA TIBA-TIBA
Hal ini akan menggangu emossi anak malah menjadikan diri kita sendiri tidak selesa. Kita mungkin mengalami masalah seperti bengkak susu atau mastitis sebab susu ibu tidak dikosongkan. Jadi lakukan secara berhemah dan ambil masa.

PETUA LAMA-LAMA
Terdapat banyak petua lama yang membolehkan anak bercerai susu.Apa pun, dapatkan pandangan pakar supaya cara yang kita gunakan tidak memudaratkan kita mahupun si anak.

Pengalaman saya bercerai susu dengan si kembar? Alhamdulillah sangat dipermudahkan oleh Allah. Kebetulan pulak masa tu saya mengandung. Saya masih menyusukan si kembar sampai umur mereka setahun 11 bulan dan kandungan saya 4 bulan. Saya pun tak ada niat nak berhenti menyusu ketika itu, tau-tau je kembar dah berhenti menyusu. Mungkin jugak perubahan hormon ketika hamil menyebabkan susu badan tu rasa lain dan kembar tak berapa suka kot? Hehehe..

Apa pun, jangan memaksa diri dan anak. Just go with the flow. Saya memang kurang percaya petua macam contoh letak asam jawa pada puting dan lain-lain. Tapi tak tau lah nanti nak wean off Aysar besok-besok macam mana. Yang pasti, saya tak meletakkan target bila Aysar patut berhenti menyusu badan. Just go with the flow lah..

Selamat mencuba kepada ibu-ibu yang sedang berusaha bercerai susu. Kuatkan semangat. Chaiyokk!!
Share:

Wednesday, October 15, 2014

5 NUTRISI PENTING UNTUK SI MANJA

Adakah anda yakin makanan yang anda sediakan untuk si manja mampu memberikan mereka khasiat yang secukupnya? Cuba semak kembali. Pastikan 5 nutrisi ini ada dalam menu yang anda hidangkan untuk anak anda setiap hari agar tumbesaran mereka tidak terjejas.

KALSIUM
Kalsium sangat baik untuk tubuh kerana berfungsi untuk menguatkan otot, mengekalkan penghasilan tenaga dan menguatkan jantung. Selain itu, kalsium juga dapat menguatkan tulang dan mengelakkan anak daripada risiko tekanan darah tinggi. Kalsium juga boleh didapati daripada susu, produk tenusu, buah-buahan dan sayur-sayuran.

MAGNESIUM
Sebagai salah satu nutrien yang penting, pengambilan magnesium yang mencukupi banyak faedahnya. Antaranya ialah memperbaiki kemampuan jantung, mengekalkan sistem imunisasi tubuh, meningkatkan penghasilan tenaga dan membina tulang yang sihat. Untuk memastikan anak mendapat magnesium yang mencukupi, berilah mereka makanan sayuran hijau, kekacang dan gandum.

SERAT
Pengambilan makanan yang kaya serat baik untuk membantu sistem penghadaman anak. Bukan itu sahaja, malah serat dapat membantu mengelakkan anak daripada serangan penyakit jantung, masalah kolesterol, tekanan darah tinggi dan memastikan berat badan anak berada dalam lingkungan yang sepatutnya. Antara makanan yang tinggi kandungan serat ialah bijirin sarapan pagi, sayur-sayuran dan buah-buahan.

VITAMIN D
Vitamin D sangat baik untuk sistem imunisasi anak agar dia tidak mudah dijangkiti penyakit. Vitamin D juga membantu meningkatkan pertumbuhan dan kekuatan tulang anak. Vitamin jenis ini boleh didapati dengan mudah daripada ikan dan susu.

VITAMIN E
Untuk mengelakkan daripada serangan radikal bebas, pastikan anak mendapat vitamin E yang secukupnya. Vitamin ini juga membantu membina sistem imunisasi badan dan mengekalkan metabolisme. Vitamin E terdapat dalam makanan sayuran hijau seperti bayam.

Sebagai ibu, saya juga risau tentang pemakanan anak saya. Saya tetap masak untuk anak-anak walaupun kadang2 ada juga sesekali makan di luar. Tapi untuk menjamin kesihatan anak saya, saya campurkan MEALSHAKES dalam susu si kembar dan si baby mengikut dos yang sesuai.

Asalnya jodoh saya dengan Mealshakes adalah ketika si kembar berumur setahun lebih. Kerap sangat sembelit dan sangat cerewet bila tiba waktu makan. Buntu. Saya mulakan pencarian melalui Google cara untuk mengatasi masalah ni. Sampailah saya jumpa blog tentang Mealshakes dan nekad je lah nak cuba..

Alhamdulillah, lepas seminggu si kembar consume Mealshakes, memang ketara sangat perubahan. Yang penting lawas je bila masa diorang membuang tu. Selera makan pun bertambah. Suap apa pun, makan je.. Alhamdulillah.. Saya tau saya dah buat pilihan yang tepat..

Tapi, ingat ye.. Saya tak bergantung semata-mata dengan suplimen tau. Saya tetap jaga pemakanan anak saya. Saya cuba untuk masak sendiri makanan anak2.. kadang2 lah makan luar.. hehehe.. Junk food pon saya hadkan untuk anak2 saya..Kalau anda juga punya masalah macam saya ni, meh hubungi saya untuk kongsi pengalaman. Saya cuba sedaya upaya membantu anda. Insya Allah.

SMS/WHATSAPP 013-6014583
Share:

Tuesday, October 14, 2014

5 CARA TINGKATKAN SISTEM IMUNISASI IBU HAMIL

Lazimnya, ibu hamil sangat mudah diserang demam atau selsema. Kenapa? Ia adalah kerana sistem imunisasi ibu hamil adalah rendah. Ini salah satu faktor kenapa ibu hamil tidak digalakkan melawat pesakit berpenyakit (berjangkit) di hospital dan juga todak digalakkan menjalankan sesetengah jenis rawatan. 

Jadi, penting sangat untuk kita jaga kesihatan untuk meningkatkan sistem imunisasi ketika hamil. Ikuti cara tingkatkan sistem imunisasi ibu hamil ini.

MAKANAN ELAK DEMAM
Makan lebih banyak bawang putih segar, sayur-sayuran berdaun hijau, buah sitrus segar dan minum banyak air kosong.

MAKANAN TAMBAHAN
Amalkalah pemakanan suplimen tambahan khusus untuk ibu hamil mengikut dos yang disarankan oleh doktor.

BERSENAM
Mengamalkan senaman secara tetap memperbaiki sistem kardiovaskular, aliran darah, menyingkirkan toksin, merangsang antibodi dan memastikan sistem endokrin berfungsi dengan baik.

BEREHAT
Mengelakkan tekanan perasaan dan sentiasa berfikiran positif membantu anda merangsang sistem imunisasi yang baik.

VAKSIN
Jika anda terlalu kerap mengalami demam ketika hamil, anda berisiko tinggi mengalami komplikasi. Jadi, anda digalakkan untuk mendapatkan vaksin bersesuaian. 


Puan Seri Azura
013-6014583
Share:

Friday, October 10, 2014

13 RESEPI ESP PART 2

Sebelum ni ada saya senaraikan resepi esp di sini.


Hari ni nak sambung lagi senarai resepi esp yang sedap dan membangkitkan selera anda.

1. esp+yogurt drink +mealshakes
2. esp+mealshakes+vico
3. esp+nesvita
4. esp+sirap bandung
5. esp+mealshakes+madu
6. esp+oat+milo+banana
7. esp+oat+kurma+madu
8. esp+horlicks
9. esp+susu dutch lady strawberi/coklat
10. esp+performance drink
11. esp+nestum
12. esp+vitagen
13. esp+vivix

Ha... boleh la cuba kalau rasa dah jemu dengan resepi esp yang anda minum sekarang. Masih tak ada lagi ESP? Berita baik untuk anda!!

Sepanjang bulan Oktober 2014 ni, promosi ESP beli 6 percuma 1 akan berlangsung. Beli 6, dapat 7, dapat pulak keahlian percuma dan bulan depan confirm akan dapat bonus RM. Boleh share beli dengan kawan2. Nak beli untuk stok sendiri selama setahun pun boleh kan?


Sila sms/whatsapp 013-6014583 untuk reply pantas.

Share:

Thursday, October 9, 2014

NON GMO ESP? APA KEBENDA NON GMO TU?

Non GMO ESP? Mesti kita selalu terdengar atau terbaca tentang non GMO Energizing Soy Protein kan? Apa maksudnya non GMO tu? Haaa.. hari ni saya nak ceritakan sikit tentang non GMO ESP.

Non GMO atau non Genetically Modified Organism di mana soya diproses pada suhu yang rendah. Soya yang menjadi bahan utama dalam ESP tidak dihasilkan secara genetik. Kerana pada umumnya, soya dari jenis genetik adalah murah dan tidak bermutu. Kebanyakkan syarikat menggunakan soya yang dihasilkan secara genetik untuk menjimatkan kos. Menurut seorang saintis Brazil, Dr. Louis J. Pribyl, toksin akan dibina tanpa disedari apabila gen baru dimasukkan di dalam sel tumbuhan.

Energizing Soy Protein ini diiktiraf seluruh dunia dengan mempunyai kajian klinikal yang sangat ekstensif dan komprehensif serta memiliki kualiti protein yang tinggi yang pernah dihasilkan.  Setiap 850g (1 canister ESP) dihasilkan daripada 30 kg kacang soya bermutu tinggi dan memberikan sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama.

ESP merupakan satu-satunya produk di dalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Ia turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. Sangat sesuai untuk semua peringkat umur tua dan muda. Kandungan Indeks Glisemik (GI) yang rendah iaitu 39, menjadikan ianya sesuai untuk penghidap diabetes.

Satu hidangan ESP bersamaan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu, rendah lemak, tiada kolesterol, tiada asid uric dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia.

Apa bezanya ESP dengan soya kotak? Dah tentulah kuliti nya yang sangat jauh berbeza. Produk soya yang menggunakan soya yang diproses secara genetik (GMO) hanya akan memudaratkan kesihatan dalam jangka masa yang panjang. 

SMS/WHATSAPP 013-6014583 untuk info lanjut.
Share:

INFO : ESP


Apa istimewanya tentang ESP Shaklee? Di sini ingin Saya kongsikan sedikit informasi tentang ESP yang boleh dijadikan panduan untuk anda. Teruskan membaca ye.

Shaklee adalah syarikat pertama yang mewujudkan suplemen protein berasaskan kacang soya. Sebenarnya, pengasingan soya pertama yang pernah dihasilkan adalah dicipta oleh Dr. Forest C. Shaklee pada tahun 1970an. Selang beberapa tahun kemudian, beberapa ujian klinikal telah membuktikan apa yang ditemui oleh Dr. Shaklee sebelumnya iaitu protein soya merupakan sebuah blok binaan utama bagi membina kesihatan jangka panjang.

Perbezaan ESP Shaklee dengan yang lain.
Sesetengah protein soya diproses dengan alkohol. Cara pemprosesan ini bukan sahaja menghilangkan isoflavon yang bermanfaat, malah membentuk kontaminasi bersilang dengan bahan-bahan kimia yang digunakan dalam pemprosesan. Energizing Soy Protein dicuci dengan air untuk mengekalkan isoflavon genistin dan daidzin yang kritikal demi membekalkan anda dengan keseluruhan kebaikan soya.

Shaklee Menggunakan Protein Soya Bukan-GMO (non GMO soy)

Shaklee menggunakan proses pensijilan tersendiri yang dikenali Identity Preserved Program (IPP). Program ini memastikan kacang soya kita bebas daripada pendedahan perubahan genetik. Daripada benih sehingga penyimpanannya, anda boleh yakin dengan komitmen kami dalam penggunaan ramuan-ramuan yang semulajadi dan berkualiti.

Membekalkan tenaga berkekalan dengan protein berasaskan tumbuhan yang berkualiti tinggi

Kandungan rendah lemak bukan GMO (Genetically Modified Organism) iaitu tidak merubah kandungan genetik organismanya, dan lengkap dengan protein yang mengandungi sembilan asid amino penting ini sesuai untuk seisi keluarga.Bagi setiap satu hidangan Energizing Soy Protein Shaklee memberikan kandungan14 gram soya protein yang diperlukan oleh hati yang sihat.

Satu hidangan ESP ini bersamaan dengan 2 kali ganda daging,4 kali ganda telur,12 kali ganda susy,rendah lemak,tiada kolestrol,tiada asid uric dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia.

7 kriteria terbaik yang ada dalam ESP Shaklee.
  • Kacang soya itu sendiri mesti tumbuh membesar secara organic~ Kenapa soybeans mesti ditanam secara organic….sebab kajian penananam secara kimia (bukan organic) akan menyebabkan nutrisi makanan berkurangan.. Dan dari segi kajian..sudah terbukti ada hubungkait antara cancer dan nitrates.. Jadi amatla penting pesticides, fungicides, and herbicides tidak digunakan disepanjang proses pembesaran soybeans ni.
  • Soybean tu mestilah Non GMO ( tak dihasilkan secaragenetic)~Kenapa soy protein mestilah non genetik engineered?sebab secara umumnya..soybean yang dari jenis genetic ni adalah murah utk dihasilkan (ni lebih kurang vitamin sintetik danvitamin natural..)…dan kebanyakkan syarikat akan mencari cara utk menjimatkan kos..dan semestinya menggunakan soybean yg dihasilkan secara genetic. Dr. Louis J. Pribyl, a Brazilian government scientist menekankan yang berdasarkan kajian... toksin akan dibina tanpa disedari apabila gen baru dimasukkan didalam sel tumbuhan
  • Soy Protin tu mesti mengandungi 9 asid amino perlu- Ni ciri yang amat penting..Badan memerlukan kesemua 9 ni untuk menghasilkan hormone,jus penghadaman,antibodi, enzyme. If one essential amino acid is missing, the immune system can be depressed 30%, and many important body functions are delayed or stopped.
  • Dalam proses pembuatan soy isolate, soyflakes mesti dibersihkan dgn air bukan dgn alcohol-Alcohol tu haram yelah satu hal gak ..tapi kalau dicuci dgn alcohol..ianya akan memusnahkan kandungan isoflavone..... up to 88%! Sedanglan isoflavone itu diperlukan utk mengurangkan risiko cancer paru2,etc..Isoflavones juga bermanfaat dlm penyeimbangan hormon dan menaikkan berat tulang
  • Bahan anti-thyroid/anti-growth substance mesti disingkirkan- Soy yang mentah mengandungi "anti-growth", "anti-tyrosine" substance. sedangkan kalau kekurangan bahan2 ni akan menyebabkan low blood pressure, low body temperature, and restless leg syndrome. Find a brand that uses an extracting process that removes this substance, yet keeps the soy in a raw form in order to maintain the HIGHEST LEVEL OF AMINO ACIDS and ISOFLAVONES which are very sensitive to heat.
  • Proses pembuatan soy protein sebaiknya tanpa pemanasan-Amino acids sgt sensitive dgn suhu yg panas.. In some studies, cooking protein has been shown to destroy up to 50% of some ESSENTIAL AMINO ACIDS. If an individual consistently consumes a diet that is lacking in all of the essential amino acids, inadequate brain development and hormones, or other body tissue development can be the result
  • Soy isolate itu mesti ditambah dgn unsur calcium..kenapa?~ Kajian /artikel melaporkan bahawa serbuk soy adalah sangat berasid dan boleh mnyebabkan kerapuhan tulang.Dan oleh yg denikian unsur calcium yang secukupnya mesti ditambah dalam soy protein tu untuk meneutralkan kembali serbuk soy tu.Kebanyakan pengusaha/pengeluar protin tidak menambah cukup kalsium
Faedah Energizing Soy Protein Shaklee yang utama:

Kekal Muda – Asid Amino membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain. Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan otot serta memastikan kita sentiasa bertenaga.

Hormon Berasaskan Tumbuhan Semulajadi – kacang soya adalah tumbuhan yang hanya kaya dalam isoflavon yang sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dan mencegah osteoporosis dan penyakit jantung.

Memulihkan Fungsi Prostat Lelak- genistein dalam kacang soya telah membuktikan bahawa ia mempunyai keupayaan untuk menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser daripada merebak. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel-sel kita sebelum radikal bebas bermutasi DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga menjaga rahim dan ovari, kitaran haid dan prostat.

Kulit berseri dan anjal – Merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan-lembutan otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka danmenghilangkan  parut.

Pemberi tenaga segera – Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, dengan itu ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan, dll.

Memulihkan Pigmentasi – Melambatkan proses uban, rambut gugur, masalah keadaan rambut, pigmentasi, freckles.

Memperbaiki Memori – Menguatkan ingatan, kecergasan, keupayaan seksual, dan sebagainya

Fakta ringkas ESP:
-Ini adalah makanan utama dalam program Shaklee. Amat penting dalam diet harian kita. Ia merupakan minuman berkhasiat, sumber lengkap protein secara biologi yang bermutu paling tinggi yang dihasilkan dari kacang soya.

- memberi tenaga yang berpanjangan dan membaikpulih sel-sel dan tisu-tisu yang rosak.

- mengandungi 14 gram protein soya BUKAN GMO berkualiti tinggi 

- Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein.

- tidak mengandungi kolesterol dan laktosa.

-Ia mengandungi semua asid-asid amino yang diperlukan oleh tubuh anda bagi mengekal tisu-tisu yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya.

-Produk Protein Soya ini adalah sumber-sumber kalsium dan zat besi yang baik. Selain itu ia tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, pewarna dan bahan pengawet

SUMBER DARIPADA GROUP LADY BOSS (FB)
Share:

Wednesday, October 8, 2014

RESIPI RINGKAS IBU BERPANTANG

Orang kata waktu berpantang, macam-macam tak boleh makan. Ini tak boleh, itu tak boleh. Hazaaabb katanya.. Tapi hakikatnya, waktu berpantang adalah waktu di mana kita perlu teliti tentang penjagaan makan kita.

Sepanjang saya berpantang, mak saya lah chef saya. Mak sayalah yang masakkan lauk yang simple tapi sedap di tekak saya setiap kali makan tu. Meh saya kongsikan antara resepi lauk sepanjang saya berpantang.

1. Ikan bilis goreng Lada Hitam
Senang sangat. Goreng ikan bilis sampai garing, masukkan bawang merah sikit dan lada hitam. Siap. Jangan banyak sangat minyak tu. Nak goreng tanpa minyak pun boleh tapi jenuh la sikit nak kacau dengan sudip.

2. Ikan Tenggiri Gulai Lada Hitam
Tumbuk kunyit hidup dengan lada hitam. Letak periuk berisi ikan tenggiri dan santan (jangan banyak sangat santan) atas api sederhana. Masukkan kunyit hidup dan lada hitam yang dah ditumbuk tadi. Siap!

3. Jantung Pisang Lada Hitam
Tumis bawang merah, bawang putih dan lada hitam(tumbuk kasar). Masukkan jantung pisang yang dah dipotong kecil. Kacau sampai jantung nampak lembut. Done!

4. Ikan tenggiri goreng
Goreng macam biasa cuma kurangkan minyak. Lebih sedap kalau goreng garing. Nak letak lada hitam pun boleh.

6. Sup ayam
Tak payah nak tumis2 sangat. Panaskan air dan rebus ayam. Lagi bagus rebus lama supaya ayam lebih lembut. Masukkan bawang merah+bawang putih+halia..

7. Sup lobak putih
Sup lobak putih pun senang je caranya. Rebus lobak putih bersama bawang putih+bawang merah. Letak garam secukup rasa. Siap!

Kenapa asyik guna lada hitam je? haaa..lada hitam (dan lobak putih)  ni salah satu makanan yang menambahkan susu badan tau. Tapi ada juga yang kata tak sesuai untuk baby. Takut kembung perut. So far saya makan lada hitam, baby okay. Apa pun, biarlah berpada ye apa pun yang kita nak makan. Dah nama pun berpantang kan?

Tak lupa juga sewaktu berpantang anak ketiga, minuman faveret saya of course la ESP Milo. Bukan sahaja beri saya tenaga segera. Yelah kan, bila si baby menangis nak susu, dah tentu terkejar2 kan. Nak uruskan si kembar lagi. Nak makan pun tak sempat. Jadi, saya sempatkan lah diri minum esp milo je. Alhamdulillah, susu badan pun banyak. Sempat juga buat stok sewaktu berpantang.

Memang seronok berpantang dengan ESP dan Set Berpantang Shaklee. Kalau waktu kembar dulu, anak dalam hari pun saya dah mula bagi susu formula sikit untuk top up susu badan yang memang malu-malu nak keluar. Tapi berpantang kali kedua, si Aysar memang tak merasa susu formula sampai umur 7 bulan . Alhamdulillah, sekurang-kurangnya pencapaian ni amatlah membanggakan saya sendiri sebagai seorang ibu..

Ibu yang lain mesti lebih hebat daripada saya kan? So, teruskan menyusu badan sehingga anak berusia 2 tahun. Pedulikan lah apa orang nak cakap tentang kita. Berikan yang terbaik untuk anak2. Hanya ibu je yang tau apa yang terbaik untuk anak2.

Dah berkira-kira untuk beli SET BERPANTANG? Jom berpantang cara moden dengan Shaklee.. Saya sedia memberikan khidmat nasihat dan berkongsi pengalaman saya sepanjang berpantang dengan Shaklee.

SMS atau WHATSAPP 013-6014583 untuk info lanjut.
Share:

Tuesday, October 7, 2014

KENAPA IBU HARUS MENYUSU BADAN?

Kita sedia maklum tentang kebaikan susu ibu kepada anak. Baca kebaikan susu ibu kepada anak di sini..

Tapi tahukah anda kenapa ibu harus menyusu badan? Sebelum saya pregnant, saya pun tak pasti kebaikan menyusu badan kepada ibu. Yang saya tau, susu ibu bagus untuk anak.

Disebabkan kurangnya ilmu tentang penyusuan susu ibu, saya banyakkan membaca dan mencari ilmu penyusuan susu ibu.. Alhamdulillah, saya berjaya menyusukan si kembar sehingga berumur 1 tahun 11 bulan dan masih menyusukan anak ketiga yang berusia 1 tahun 2 bulan..


Pembaca yang budiman, di sini ingin saya senaraikan 7 kebaikan menyusu badan kepada si ibu.

MENGERATKAN KASIH SAYANG DI ANTARA IBU DAN ANAK
Pihak hospital selalu menegaskan tentang kepentingan penyentuhan kulit di antara ibu dan bayi sebaik sahaja selepas kelahiran. Selain bertujuan mengeratkan kasih sayang di anata ibu dan anak, ianya juga berfungsi untuk merangsang pengaliran susu badan. Terbukti juga anak yang menyusu badan lebih rapat dengan ibu.

MENGECUTKAN RAHIM DAN MENGURANGKAN PENDARAHAN
Penyusuan susu badan sememangnya membantu mengecutkan rahim yang mengembang selepas melahirkan sekaligus mengurangkan pendarahan selepas bersalin.

MENJARAKKAN KEHAMILAN DENGAN PENYUSUAN SECARA EKSLUSIF
Menyusu badan juga merupakan salah satu cara semulajadi untuk merancang keluarga. Walau bagaimanapun, sesetengah individu mungkin mengalami keadaan yang berbeza.

MENGEMBALIKAN BENTUK BADAN KEPADA BENTUK ASAL
Menyusu badan juga merupakan salah satu cara untuk menurunkan berat badan selepas bersalin. Menyusu badan menggunakan 200 sehingga 500 kalori setiap kali. Bagaimanapun, ibu harus menjaga pemakanan.

MENJIMATKAN MASA DAN WANG
Tak perlu mengeluarkan belanja yang besar untuk susu formula. Masa juga dapat dijimatkan sebab tak perlu penyediaan botol susu, air dan segala macam peralatan susu formula. Selak saja baju, bayi pun kenyang.. Gitu lah konsepnya..

MENGURANGKAN RISIKO KANSER PAYUDARA & OVARI
Banyak faedahnya menyusu badan kepada ibu. Ibu juga dapat mengurangkan risiko penyakit.

MENGURANGKAN RISIKO KERAPUHAN TULANG & ANEMIA
Bagi mengelakkan kerapuhan tulang, amalkan pemakanan yang seimbang sepanjang menyusu badan.

Tahukah anda yang ESP juga membantu meningkatkan pengeluaran susu ibu? ESP membantu mengalakkan dan mengekalkan penghasilan susu ibu. Pengambilan ESP secara konsisten juga membantu perkembangan fizikal anak secara sihat.


Puan Seri Azura
013-6014583
Share:

CANTIK GEBU GEBAS DENGAN ESP

Halululu.. Hari ni tak nak tulis panjang-panjang la.. Nak belanja testimoni ESP je hari ni.. Konsepnya kulit cantik dengan ESP.. Terbaiklah kak wok... >____<








Saya sendiri amalkan ESP untuk merawat masalah kulit saya. Minum ESP secara konsisten sememangnya membantu kulit bertambah cantik. Parut jerawat semakin kurang dan akan bertambah-tambah glowing. 

Tak ada ESP? Meh dapatkan daripada saya sekarang. Dapat free gift dan dapat khidmat nasihat dan panduan pengambilan secara percuma lagi. 

Nak order sendiri? Ehh boleh sangat..  Hanya RM 150 satu canister dan tahan sehingga 2 - 3 bulan.. 


Silalah SMS/WHATSAPP 013-6014583 untuk info lanjut tentang ESP ni. Saya sedia membantu anda pada bila-bila masa dan di mana sahaja. 



PUAN SERI AZURA
013-6014583
Share:

TIPS TAMBAH BERAT BADAN

Terlalu kurus? Bosan sangat bila orang gelarkan anda 'papan lapis', 'rangka bergerak', dan ada yang lebih teruk gelaran 'drug addict'? Ish ish ish... gemuk susah, kurus pun susah.. Kalau lah ada vitamin untuk si mulut laser, mesti ramai yang nak beli kan? hehehe..

By the way, saya nak kongsikan sikit TIPS MENAMBAH BERAT BADAN.. Mungkin sesuai diamalkan untuk anda yang terlalu kurus.


BANYAKKAN MINUM AIR
Minum air masak sememangnya membantu kita lebih sihat. Semakin banyak air kita minum, semakin baiklah proses pencernaan kita sehingga gizi makanan boleh diserap ke tubuh kita secara sempurna. Jadi, biasakan minum 3 sehingga 5 gelas air masak setiap kali bangun tidur.

KUNYAH MAKANAN SEHINGGA HALUS
Mengunyah makanan sampai halus membantu proses penambahan berat badan kerana dapat memudahkan tubuh kita dalam mencerna makanan. Jangan makan terlalu gopoh. Makan dengan perlahan dan kunyah sehingga makanan anda hancur sempurna.

MAKAN SECARA TERATUR
Makan dengan teratur. Jangan abaikan sarapan, makan tengah hari dan makan malam. Makan juga snek ringan yang berkhasiat di antara waktu makan utama tapi jangan makan secara berlebihan dan tak seimbang pulak ye.

REHAT YANG CUKUP
Tubuh kita bukannya robot. So jangan terlalu bekerja keras tanpa rehat. Terlalu sibuk bekerja hanya menambahkan tekanan dan menyebabkan anda gagal mendapat berat badan yang ideal.

MINUM SUSU SECARA RUTIN
Susu penuh krim membantu anda menambah berat badan.Minum susu penuh krim 2 kali sehari bukan sahaja membantu menambah berat badan malah membantu tulang anda menjadi lebih sihat dan kuat.

BERHENTI MEROKOK
Merokok hanya menjadikan anda kurus secara tidak sihat. Hentikan merokok kerana hanya akan memudaratkan kesihatan anda.

SENAMAN SECARA BERKALA
Jadikan amalan untuk meningkatkan berat badan secara sihat. Oleh itu,walaupun anda berniat untuk menambahkan berat badan, sila lakukan secara sihat.Jangan sekadar makan banyak tapi senaman tak buat. Alamatnya, anda pasti berjaya menaikkan berat badan dan berpenyakit.

PROTEIN
Pastikan anda menyertakan protein dalam diet seharian anda. Protein akan mengisi jaringan otot sehingga otot dapat mengembang. Sumber tenaga yang baik biasanya didapati daripada daging dan telur. Boleh juga didapati dalam suplemen atau multivitamin.


Nota : ESP dan Mealshakes merupakan antara produk Shaklee yang mempunyai kandungan protein yang tinggi. Ya, ESP juga membantu menambahkan berat badan. Nak tau caranya? SMS/WHATSAPP 013-6014583 untuk ketahui cara makan ESP untuk menaikkan berat badan anda.


Puan Seri Azura
SMS/WA : 013-6014583
Email : mysuperhealth@yahoo.com.my
FB : MY Super Health
Share:

Saturday, October 4, 2014

BERAT BADAN TURUN SEBAB ESP

Boleh turunkan berat badan dengan ESP ke? Boleh la.. apa tak bolehnya kan? 

Minum segelas ESP setiap pagi boleh membantu kita kenyang lebih lama. Jadi tak perlulah ambil sarapan yang berat yang biasanya berminyak dan berlemak. Contoh macam nasi lemak, roti canai dan lain-lain. Kan berminyak dan berlemak tu kan?

ESP juga mempunya indeks glisemik yang rendah. Indeks glisemik menempatkan kedudukan karbohidrat berdasarkan karbohidrat berdasarkan impaknya terhadap paras gula dalam darah. Karbohidrat yang memecah dengan cepat mempunyai indeks glisemik (G.I) yang tertinggi manakala karbohidrat dengan G.I rendah pula memecahkan gula dengan perlahan-lahan sambil membebaskan glukos ke dalam sistem badan anda. 

Mengekalkan paras gula dalam darah yang rendah amatlah penting dalam pengurangan berat badan dan penjagaan kesihatan dalam jangkamasa panjang.

ESP juga membekalkan tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun, maka ia juga sangat baik untuk kekal bertenaga.

ESP juga membantu membina otot yang pejal daripada bahagian badan yang menggelebeh akibat kehilangan berat badan.

ESP sarapan pilihan saya setiap hari. Lebih kenyang, lebih jimat belanja.. hehehe... Save duit untuk sarapan.. Makan berat pada waktu tengah hari je.. 

Kalau anda berminat untuk ketahui lebih lanjut tentang ESP ni, sila hubungi saya. Konsultasi percuma untuk anda sepanjang masa. Insya Allah..

SMS/WHATSAPP 013-6014583


Share:

Thursday, October 2, 2014

PROMOSI OKTEBER 2014 : ESP BELI 6 PERCUMA 1

Promosi ESP datang lagi bulan ni.. Macam biasalah la, BELI 6 PERCUMA 1.. Meh saya nak explain apa kelebihan kalau anda beli ESP bulan Oktober  2014 ni..



Beli 6 ESP, anda bakal dapat........
1 lagi ESP (beli 6 dapat 7.. best kan?)
keahlian percuma
cash rebate (cash bonus)
kulit yang halus mulus
kenyang lebih lama.. boleh turunkan berat badan

1 ESP berharga RM 150..
6 ESP berharga RM 900..
Dapat lagi 1 ESP bernilai RM 150 + Cash bonus RM 36..

Wahh... Memang lebih jimat lah kalau beli bulan ni kan.. Boleh lah pakat-pakat share beli dengan kawan-kawan dan saudara mara..  Terbaik....  apa tunggu lagi??

Meh cepat hubungi saya sebelum ESP kehabisan stok..Yelah.. barang baik, tambah pulak promosi terhebat bulan ni.. Cepatlah sold out tu nanti..

SMS/WHATSAPP : 013-6014583 (Azura)

Share:

Wednesday, October 1, 2014

SET CANTIK IDAMAN KALBU

PEREMPUAN... Memang tak lari dengan kecantikan.. Semua ingin tampil berseri-seri di depan orang tersayang..

Sama lah macam saya pun.. Saya inginkan kulit berseri-seri, halus mulus dan bebas cela.. Biar nampak menawan di hadapan suami dan anak-anak. Sebab tu saya pilih SET CANTIK Shaklee ni.. Antara set kegemaran saya sepanjang masa.,

Saya mula mengamalkan SET CANTIK SHAKLEE ni sejak beberapa bulan yang lalu. Masalah kulit saya sebelum ni adalah kulit kusam, jerawat dan parut. Sejak mencuba Set Cantik Shaklee, kulit saya rasa lebih cerah, jerawat semakin jarang wujud dan parut pun semakin pudar. Suka sangat.. Yang penting, suami pun perasan perubahan kulit saya.

Set Cantik Shaklee terdiri daripada ESP, Vita E Complex, Vita C Plus dan B Complex.. Saya juga add on GLA Complex untuk menghapuskan jerawat. Saya memang suka lah set ni sebab ia menjadikan kulit saya lebih cantik berseri berbanding dulu. Orang sekeliling pun ingat saya masih 20-an.. Hehehe.. Malu aiii....


 >______<
PS Azura
013-6014583
Share:

Saya Azura

Bonjour & Welcome

Saya ibu kepada 3 orang putera dan seorang puteri. Menyertai Shaklee sejak tahun 2013 dan berada dalam rank Supervisor. Saya bersedia memberikan perkhidmatan terbaik untuk anda..

Follow Azura

Paling diminati