Tuesday, December 31, 2013

Silica Gel

Adakah anda tahu apa itu Silica Gel? Ianya sejenis bahan yang berfungsi untuk menyerap kelembapan bagi mengelakkan pertumbuhan kulat. Silica Gel sering di temui di dalam kotak/bungkusan barangan kulit, bungkusan peralatan elektrik dan juga di dalam pembungkusan sesetengah suplemen.



"Silica gel is a granularvitreous, highly porous form of silica made synthetically from sodium silicate. Despite its name, silica gel is a solid. It is a naturally occurring mineral that is purified and processed into either granular or beaded form. As a desiccant, it has an average pore size of 24 angstroms and has a strong affinity for water molecules.
Silica gel is most commonly encountered in everyday life as beads packed in a vapor-permeable plastic. In this form, it is used as a desiccant to control local humidity in order to avoid spoilage or degradation of some goods. Because of poisonous dopants (see below) and their very high absorption of moisture, silica gel packets usually bear warnings for the user not to eat the contents. If consumed, the pure silica gel is unlikely to cause acute or chronic illnessFood-grade desiccant should not include any poisons which would cause long-term harm to humans if consumed in the quantities normally included with the items of food."
Sumber dari http://en.wikipedia.org/wiki/Silica_gel

Jadi apa maksudnya jika sesetengah produk makanan, ubatan atau makanan tambahan (Suplemen) di sertakan dengan paket Silica Gel ni? Of course la its not genuine kan...Jika terdapat Silica Gel dalam sesetengah suplemen ia menunjukkan suplemen tersebut tergolong dalam kategori bahan sintetik yang mengandungi bahan pewarna/perasa/pemanis/pengawet tiruan.

Produk dari Shaklee tidak mengandungi Silica Gel kerana sudah pasti la produk dari Shaklee di perbuat dari bahan asli tanpa bahan artifisial pon tau..kecuali bagi produk untuk kanak-kanak sahaja iaitu Chewable Vita-C dan Vita-lea for Children. Itu pon kerana di khuatiri kanak-kanak akan mengambil suplemen mereka dengan tangan yang basah maka itu akan merosakkan kualiti suplemen tersebut. Tetapi harus di ingat Silica Gel yang terdapat dalam produk kanak-kanak Shaklee ini amatlah berlainan dan unik berbanding Silica Gel yang ada dalam produk suplemen yang lain tu.

Maaf la tak bole upload gambar Silica Gel Shaklee tau, kalau nak tau jugak macam mana rupa ia kena lah beli Chewable Vita-C atau Vita-Lea for Children untuk anak-anak anda :)

Jika kita mampu untuk memilih apa yang terbaik untuk kita, anak-anak, keluarga dan alam sekitar, why not to choose the better one kan? Pilih lah Shaklee, produk kesihatan yang terbaik tanpa bahan artifisial. MY Super Health sentiasa di sisi untuk membantu :)

FB page : MY Super Health
Hotline : 0136014583

Share:

Sunday, December 15, 2013

Thursday, December 12, 2013

Resipi cantik dengan Susu!

Pengunaan susu dalam bidang kecantikan sebenarnya dah mula diamalkan sejak zaman dulu lagi. Buktinya, ratu Mesir, Cleopatra telah memilih susu sebagai salah satu resepi rahsia kecantikannya.


Susu menjadi pilihan untuk tampil cantik kerana mengandungi pelbagai khasiat yang mampu memberikan keserian pada wajah seperti kandungan gizi (protein, kalsium, zat besi, potassium dan banyak lagi.) Kulit juga akan bertambah mulus kerana susu mampu memudarkan noda hitam pada wajah.
Hari ni saya nak share beberapa resipi (resipi gitu..) untuk kecantikan wajah dengan bahan utamanya SUSU… Cekidaut eh..

RESEPI 1
Rendam kapas dalam semangkuk susu. Kemudian, tepuk-tepukkan kapas tersebut ke serata wajah. Biarkan selama lebih kurang satu jam setengah, kemudian bilas wajah dengan air yang bersih. Hasilnya, korang akan mendapati wajah akan lebih berasa segar dan lembut selepas itu.

RESEPI 2
Campurkan dua sudu makan susu dan satu sudu teh garam. Sebatikan dan sapu pada keseluruhan wajah sebelum waktu tidur. Hasilnya, kulit wajah akan menjadi lebih halus pada keesokan paginya. Marvelous!

RESEPI 3
Ambil segenggam kacang almond dan tumbuk sehingga halus.  Gaulkan dengan susu secukupnya. Sapukan pada wajah sebelum kamu masuk tidur. Wajah kamu cerah menjadi lebih cerah dan bintik – bintik hitam pada wajah akan mulai hilang kalau korang rajin mengamalkan resepi ini.

RESEPI 4
Gaulkan satu sudu makan susu, satu sudu teh lobak parut, perahan limau dan madu yang telah dipanaskan. Kacau sehingga sebati dan sapukan pada permukaan kulit wajah seperti masker. Biarkan kira-kira 15 minit sebelum membilasnya dengan air. Resipi ini sesuai untuk mereka yang berkulit kering dan mahukan kulit wajah lebih tegang dan cerah. Tak payah nak botox-botox.. hihihi..

RESIPI 6
Campurkan satu sudu susu, satu sudu yogurt, satu sudu ESP dan satu sudu Vita-E. Semestinya dari Shaklee ye. Gaulkan dan sapu pada muka sebelum tidur.  Keesokan harinya, bilas muka anda dengan air suam dan rasailah kesan wajah yang segar , cerah dan halus.

Selamat mencuba!


Superummi Zura
Share:

Tuesday, December 10, 2013

Shaklee di Hatiku

Ada apa dengan Shaklee?

Hmm.. Saya sebenarnya pernah mengamalkan Set Trial Menyusu Shaklee lepas habis pantang si kembar 2 tahun lepas. Masa tu, ambik vitamin tanpa ilmu dan tanpa panduan yang betul dari penjual. So keberkesanan tu tak nampak sebab tak guna konsep yang betul.. Rugi jugak rasanya..

Tapi waktu mengandung kali kedua, nekad untuk amalkan pengambilan vitamin yang betul. Saya cuba vitamin Vita-lea, ESP dan Ostematrix. Kebetulan, kawan saya merangkap upline sekarang dah jadi SID so lebih mudah untuk buat pesanan dan dapatkan panduan yang betul.

Alhamdulillah, kandungan kali ni memang saya rasa lebih sihat dan kuat. Seminggu sebelum bersalin, saya masih kuat menjalankan tugas harian sebagai guru, isteri dan ibu. Ketika bersalin juga dipermudahkan. Anak juga sihat dan sempurna sifatnya. Berpantang kali ni pun saya lebih relax dan tenang. Semestinya saya berpantang dengan Shaklee. Hari kedua dan seterusnya berpantang, saya mampu menguruskan mandi, makan dan kerenah si kembar yang dah berusia 2 tahun lebih. Yang baby, mak saya yang mandikan sebab saya tak berani nak pegang baby waktu mandi.. Hehehe...

Sepanjang berpantang, saya memang tak amalkan jamu atau set bersalin khusus. Saya hanya ambil ESP, Zinc Complex, B Complex, Alfafa dan Ostematrix. Alhamdulillah, dengan pengambilan vitamin yang konsisten dengan panduan yang betul, saya mampu menyusukan baby sepenuhnya dengan susu badan sampai sekarang (baby dah 4 bulan lebih).

Disebabkan saya yakin dengan Shaklee selepas menggunakannya, jadi saya sign up jadi ahli. Dengan bayaran yuran RM75 seumur hidup, saya kini lebih mudah untuk mendapatkan vitamin pilihan saya dengan harga ahli selain banyak manfaat lain yang telah dan bakal saya terima.

Pembaca yang budiman, dengan panduan yang betul dan ilmu yang kita sendiri cari tentang penyusuan susu badan dan hal keibubapaan, Insha Allah, pengambilan vitamin juga akan berkesan kepada kita.

Jangan mengharapkan makan vitamin selambak, terus susu badan melimpah2, terus luka bersalin sembuh on the spot, terus badan kurus on the spot.

Maka dengan itu, adalah penting anda mendapatkan suplimen Shaklee dari pengedar Shaklee yang sah dan dia SENTIASA BERSEDIA memberikan konsultasi tentang produk Shaklee yang anda beli daripadanya pada bila-bila masa.

Saya, pengedar Shaklee yang sah dan bersedia memberikan perkhidmatan terbaik untuk anda sesuai dengan harga yang anda bayar pada bila-bila masa. INSHA ALLAH, semuanya akan dipermudahkan dengan izin Yang Maha Esa. Jika anda berminat untuk menjadi ahli, saya juga boleh mendaftarkan anda sebaik sahaja anda membuat bayaran yuran. Hanya di hujung jari, semuanya mudah.

Jika anda ada sebarang pertanyaan atau pesanan, sila hubungi ;
Zura (SID.  NO. 930120)
Sms/whatsapp 0136014583
FB : MY Super Health


Posted via Blogaway
Share:

Wednesday, December 4, 2013

Kekal Segar dan Hebat ketika Haid

Datang bulan? Biasanya bila tengah alami haid, mesti mood ke laut kan? Sebenarnya, perubahan hormon yang terjadi sewaktu menstruasi menyebabkan wanita sedikit sensitif. Hari ni, saya nak kongsi tips kekal segar ketika haid.

  • Gunakan pakaian longgar
Memakai pakaian ketat ketika haid hanya akan menyebabkan tubuh berasa tidak selesa. Ketika haid, tubuh memerlukan ruang yang cukup untuk bernafas dengan selesa setelah kehilangan banyak darah dalam proses berkenaan. Oleh itu, kenakanlah pakaian longgar ketika ini.

  • Jauhi daging merah
Elakkan makan daging merah ketika datang bulan kerana boleh menambah rasa sakit serta pengeluaran darah yang banyak ketika menstruasi. ambillah makanan yaang lebih sihat seperti buah-buahaan dan sayur-sayuran bagi membuatkan diri lebih segar dan bertenaga.

  • Kurangkan garam
Garam perlu dikurangkan pengambilannya terutama ketika menstruasi. Masalah kembung perut mudah berlaku ketika ini maka kurangkanlah garam.

  • Mandi air suam
Segarkan tubuh yang keletihan dengan mandi menggunakan air suam. Selain memberikan rasa selesa, tubuh juga menjadi lebih bersih. Nikmati ketenangan sepenuhnya ketika air hangat menyiram tubuh yang tidak bertenaga dan rasailah perbezaannya.

  • Tidur waktu siang
Cubalah tidur pada siang hari ketika anda sedang menstrausi. Pada waktu berkenaan, tubuh mudah merasa penat dan lemas kerana kehilangan banyak zat besi dalam darah. Oleh itu, tubuh memerlukan istiraehat yang selesa bagi mengembalikan tenaga yang hilang sekaligus membuatkan diri lebih bersemangat untuk aktiviti lain.

  • Lakukan senaman
Jangan jadikan menstruasi sebagai alasan untuk menghentikan aktiviti bersenam. Lakukan dengan betul dan konsisten supaya tidak menambahkan kesakitan

Dengan Shaklee, anda boleh mengurangkan kesakitan ketika haid dengan Set Anti Senggugut;  GLA Complex dan Ostematrix.

GLA Complex digunakan untuk memelihara kesihatan sepanjang kitaran haid setiap bulan.
Ostematrix  yang mengandungi kalsium, vitamin D, magnesium, membantu mengurangkan simptom-simptom senggugut seperti perut kembung, kekejangan, retensi air, mudah meradang dan kemurungan.

Untuk sebarang pertanyaan/informasi/tempahan, sila hubungi ;

Azura
SID. 930120
sms/whatsapp : 0136014583
FB :
https://www.facebook.com/mysuperhealth
emel : mysuperhealth@yahoo.com.my
Share:

Tuesday, December 3, 2013

Rawat asma dan lelah dengan Omega Guard Shaklee

Penyakit asma adalah salah satu penyakit yang dialami oleh segelintir rakyat Malaysia. Ayah saya juga merupakan salah seorang penghidap asma. Sepanjang dua kali kehamilan saya, doktor juga bertanyakan sejarah penyakit keluarga kerana anak yang dikandung mungkin akan mewarisi penyakit asma juga. Nauzubillahiminzaliq. Beberapa orang anak buah saya juga mengalami asma juga.

Apa itu penyakit asma/lelah?
Penyakit Asma atau lelah merupakan penyakit immunologi yang menyebabkan kesukaran bernafas. Ini adalah kerana ketika pesakit diserang asma, keradangan dan spasma pada selaput dinding laluan udara menyebabkan bronkiol di dalam paru-paru menjadi sempit. Pesakit asma mungkin mengalami pernafasan bersiul (wheezing), sesak nafas, dan sukar untuk bersenam.
Ketika otot mengejang, saluran udara mengecil dan menghalang pernafasan. Apabila ini terjadi,paru-paru akan berkurangan udara. Akibatnya, pesakit boleh pengsan.

Simptom Asma
Tanda-tanda atau simptom penyakit asma adalah seperti nafas berbunyi, sesak nafas, nafas berbunyi, sakit dada dan batuk. Bukan semua pesakit asma yang akan mengalami semua simptom tersebut. Hanya Hampir 20 peratus pesakit sahaja mengalami batuk yang berlanjutan.

Serangan asma berlaku apabila saluran udara menjadi sempit akibat pengecutan otot di sekeliling saluran udara serta tersumbat kerana inflamasi dan rembesan cecair yang banyak dari saluran udara yang membengkak tadi. Ini akan menyebabkan serangan asma akan berterusan dari beberapa jam sehinggalah kadangkala berbulan-bulan.

Simptom-simptom ini juga mungkin lebih teruk pada waktu subuh dan malam. Walaupun asma tidak boleh sembuh, ia boleh dikawal dengan ubat-ubatan yang ada pada masa sekarang.
Setiap pesakit boleh menjalankan aktiviti seperti biasa seperti orang lain jika mereka mematuhi arahan doktor dengan baik.


Apakah punca asma?
Walaupun punca sebenar asma tidak diketahui, namun punca serangan asma lebih diketahui seperti inflamasi dan saluran udara pesakit asma yang menjadi sempit disebabkan oleh beberapa faktor.
Penyakit asma juga adakalanya berpunca daripada genetik atau keturunan, udara kotor seperti asap rokok, kereta dan debu, udara yang mengandungi debu, debunga, bulu kucing atau anjing, alahan sesetengah ubat atau makanan serta cuaca yang tidak menentu


Adalah penting supaya pesakit asma mengelak dari terdedah kepada semua faktor tersebut. Pesakit juga perlu mengetahui jenis alahan (alergi) masing-masing kerana ia berbeza mengikut individu.

Rawat Asma dan Lelah dengan Omega Guard Shaklee

Salah satu manfaat OMEGA GUARD ialah membantu menangani penyakit asma. Satu kajian yang dijalankan oleh Indiana University mendapati golongan dewasa yang mempunyai tahap asma ringan ke sederhana, yang mengambil suplemen Omega-3 setiap hari dalam masa 3 minggu menunjukkan pengurangan penggunaan inhaler sebanyak 31%.

Bagi kanak-kanak yang menghidap asma , ia boleh dikurangkan dengan pemakanan yang betul. Makan ikan lebih dari sekali seminggu dapat mengurangkan risiko asma. 

Bagi mereka yang menghidap asma kronik pula, pengambilan dos tinggi minyak ikan dapat mengurangkan serangannya. Ikan atau minyak ikan mengadungi Omega-3 yang kaya dengan Asid Lemak Essential (EFA) dan Asid Docosahexanoic (ODHA). Omega-3 inilah yang bertindak mencegah penyakit asma ketika kaanak-kanak serta dapat mengurangkan serangan bagi mereka yang menghidapnya.

Dapatkan Omega Guard Shaklee dari Pengedar Shaklee yang sah.

Cadangan produk Shaklee yang lain ; Mealshakes, Nutriferon. 

Untuk sebarang soalan/informasi/pesanan pembelian, hubungi saya;

Azura
SID 930120,
sms/whatsapp : 0136014583
FB  : www.facebook.com/mysuperhealth
Emel : mysuperhealth@yahoo.com.my

Share:

Saya Azura

Bonjour & Welcome

Saya ibu kepada 3 orang putera dan seorang puteri. Menyertai Shaklee sejak tahun 2013 dan berada dalam rank Supervisor. Saya bersedia memberikan perkhidmatan terbaik untuk anda..

Follow Azura

Paling diminati