Showing posts with label omega guard. Show all posts
Showing posts with label omega guard. Show all posts

Monday, November 10, 2014

NAK PANJANGKAN RAMBUT DENGAN CEPAT? BACA INI..

Rasa rimas berambut panjang? Potonglah rambut. Tapi bila dah potong rambut, tak sabar pulak nak rambut panjang. Ada ke cara cepat untuk panjangkan rambut? Terdapat beberapa cara semulajadi yang boleh dilakukan bagi mempercepatkan proses pemanjangan rambut. Antaranya ;

UBAHSUAI DIET SEHARIAN
Apa sahaja yang kita makan akan mempengaruhi tubuh badan termasuklah proses memanjangkan rambut. Diet sihat yang merangkumi campuran protein dan nutrien boleh memperbaiki keadaan rambut. Pemakanan seimbang boleh memperkuatkan folikel rambut daripada menjadi rapuh dengan mudah.

JANGAN LAKUKAN SECARA BERLEBIHAN
Menurut Pakar Perubatan Kosmetik & Dermatologi, Dr. Gervaise Gerstner, jika ingin rambut yang sihat, sebaik-baiknya makan makanan yang mengandungi minyak omega-3 seperti ikan salmon ataupun kacang almond. Penting juga untuk menjaga berat badan idea. Ini kerana, cara hidup dan pemakanan yang melampau, di samping tekanan dan peningkatan hormon boleh mempengaruhi kesihatan rambut.

TATARIAS DENGAN BIJAK
Selain menjaga kesihatan melalui pemakanan dan gaya hidup, cara penggayaan rambut juga mempengaruhi kesihatan rambut. Seperti yang kita tahu, penggunaan haba seperti alat pengering rambut, alat melurus rambut dan sebagainya boleh merosakkan rambut. Oleh itu, hadkan penggunaan alatan sebegini dan jangan terlalu kerap penggunaannya. Selain itu, kita juga disarankan agar kurang
mendedahkan rambut kepada sinaran cahaya matahari kerana ia boleh membuatkan rambut menjadi kering.

VITAMIN DAN RAMUAN PERAPI
Phytantriol, arginin, minyak ikan dan biotin merupakan elemen yang membantu dalam pengeluaran enzim dan hormon. Elemen-elemen ini penting bagi membantu merangsang pertumbuhan rambut.

Omega Guard , ESP,  Vita-Lea, Collagen Powder pun boleh membantu memanjangkan rambut rupa-rupanya. Sebab apa? Perasan tak bahan-bahan yang saya boldkan di atas? Semua tu terdapat dalam produk Shaklee iaitu ESP, Collagen Powder, Omega Guard dan Vita-Lea,  Patut lah rambut anak saya cepat sangat panjangnya (anak makan Omega Guard) . Sama la jugak macam rambut saya.. Saya makan Collagen Powder & ESP ..Hehehehe..


Puan Seri Azura
013-6014583
mysuperhealth@yahoo.com.my
Share:

Thursday, November 6, 2014

28 KEISTIMEWAAN OMEGA GUARD YANG ANDA PERLU TAHU

Shaklee Omega Guard diekstrak dari ikan laut air sejuk iaitu sardin, mackerel, herring dan anchovies di perairan negara Jepun. Ia bukan dari minyak hati ikan yang biasanya terdapat dalam produk omega di pasaran. Omega Guard Shaklee menggunakan minyak ikan dimana ianya 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan minyak hati ikan.Berbanding produk omega di pasaran, Omega  Guard merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spektrum penu 7 jenis asid lemak Omega-3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi

Shaklee menggunakan kaedah ultratulen bergred farmaseutikal teknologi terkini untuk menghasilkan Omega Guard.Ia dihasilkan melalui satu proses penyulingan proprietari tiga molekul untuk mengekstrak asid lemak omega-3 yang paling tulen dan  paling semulajadi sementara menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB (POLYCHLORINATED BIPHENYL- merupakan bahan kimia industri yang sangat toksik)

Antara manfaat Omega Guard yang perlu kita ketahui ialah
mengimbangi perubahan dalam kepekatan hormon wanita yang menyebabkan PMS,
menjadikan kulit licin dan kemerah-merahan (pinkish)
mencegah penyakit saluran darah & strok
menormalkan tekanan darah tingi
melincirkan saluran darah & peredaran darah
merendahkan kolesterol
menghindari pembekuan darah dalam badan
mengawal masalah obesiti
mencegah arteriosclerosis
membantu mengurangkan risiko penyakit jantung
membantu tumbesaran & perkembangan otak janin
membantu perkembangan memori
meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran
mencegah penyakit Alzheimer
memelihara penglihatan dan pendengaran
mencegah migrain
mengawal sistem imun
memperbaiki alahan kulit, psoriasis, bronkitis, lelah, hepatitis, SLE dan penyakit buah pinggang
mencegah kanser
merangsang kesihatan hati selepas pembedahan
membantu pankreas pesakit kanser berfungsi lebih efektif
memelihara fungsi-fungsi sendi
mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan
mencegah arthritis
memelihara fungsi sendi
mencegah serangan gout
menstabilkan emosi
membantu perkembangan kesihatan mental (kemurungan, tekanan,insomnia, autisme, hiperaktif, schizophrenia)

Banyak kan manfaat Omega Guard ni? Saya sendiri memberikan Omega Guard kepada anak-anak saya ketika mereka demam, batuk atau selsema. Memang cepat sembuh. Omega Guard juga saya berikan kepada mereka 2-3 kali seminggu untuk merangsang memori mereka, Alhamdulillah, mereka semakin bijak dari hari ke hari.

Omega Guard juga saya berikan kepada ayah saya yang mempunyai masalah asma. Alhamdulillah, syukur jugak sebab dah lama ayah saya tak ke wad kecemasan akibat serangan asma. Sejak konsisten makan Omega Guard, memang jarang sangat la ayah saya lelah2 dan tercungap-cungap macam dulu.

Bulan November ni jugak Shaklee menawarkan promosi Omega Guard tau.
Dua set promosi pulak tu;
              ✔Promosi Omega Guard : Beli 6 Percuma 1 + Keahlian Percuma

                   ✔Promosi Omega Guard : Beli 2 dengan diskaun 5%

Memang jauh lebih murah dan berbaloi. Jadi jangan lepaskan peluang yang jarang-jarang datang ni. Cepat sms/whatsapp 013-6014583 untuk info lanjut ye..

Puan Seri Azura
013-6014583
mysuperhealth@yahoo.com.my
Share:

Friday, May 16, 2014

AIR MASAK PUTIH TINGKATKAN KECERDASAN IQ

Air masak putih boleh cerdaskan IQ? Betul ke fakta ni?

Pembaca yang hensem dan cantik belaka, otak kita adalah organ kimia yang memerlukan bekalan air yang cukup. Macam bateri yang perlukan air bateri. Sebab itu, kita disarankan untuk minum air sebanyak 8-15 gelas sehari. Minumlah air sebelum mula belajar, semasa belajar dan selepas belajar.

Juga minum sebelum tidur dan sejurus selepas bangun dari tidur. Jangan makan "berulamkan air". Ini akan mencairkan asid - asid (peptic, hydrochloric acid) yang diperlukan untuk menghadamkan bahan - bahan makanan. Minumlah selepas habis makan, kira-kira 5-10 minit selepas makan.

Air juga amat penting untuk aliran ndarah, proses penghadaman, perkumuhan, pelincir dan pemecahan lemak. Ia juga amat penting untuk proses detoksifikasi ( melalui peluh, pembuangan air kecil dan besar, menangis, batuk lendir, dan lain-lain) Air juga amat penting untuk mengawal suhu badan dan pelbagai proses yang menyebabkan kenaikan suhu badan.

Galakkan anak-anak kita membawa botol air masak ke sekolah. Gunakan botol gelas atau botol BPA Free. Jangan gunakan botol plastik(botol mineral atau botol minuman bergas) kerana kimia dari plastik boleh diserap oleh air. Jangan minum air yang ada gula, perasa, pewarna atau pengawet.

Dah tau kan kenapa anak-anak bangsa lain selalu bawa botol air masak besar-besar dan minum air yang banyak bila ke sekolah kan? Even di universiti pun kita boleh jumpa diaorang bawak dan minum air yang banyak. Tengok je lah macam mana prestasi diaorang dalam pelajaran. Patut copy paste tu...

Cerdaskan IQ anda dan anak-anak anda sekarang. Practices Make Perfect, kan.. Tingkatkan kecerdasan otak dengan Omega Guard dan Lecithin. Juga membantu meningkatkan kecerdasan IQ selain air masak putih.


Hubungi saya untuk info lanjut;

iR Zura
CALL/SMS/WHATSAPP : 013-6014583
Share:

Sunday, May 11, 2014

Tips Sihat dan Cantik untuk Wanita 30-an

Dalam usia 30 tahun ni, umur semakin matang, gaya hidup juga 100% berubah berbanding 10 tahun lalu. Sekarang dah bergelar isteri, ibu, pekerja dan ahli perniagaan, jadi selalunya akan kesuntukan masa untuk diri sendiri. Penjagaan diri pun ala kadar  atau mana sempat je. Betul tak kawan-kawan 30-an semua?

Alhamdulillah..tanggal 9 Mei 2014 lepas, genaplah umur saya 30 tahun.. Biasa je rasanya.. Tak rasa tua pun..Okey je..hahaha..
30 tahun, 3 anak, happy me.. :-)

Okey, hari ni saya nak kongsi tips sihat dan cantik untuk golongan wanita 30-an. Power & steady gitu..

KAWAL PEMAKANAN
Proses penuaan dapat dilambatkan jika kita mengamalkan pemakanan yang seimbang. Banyakkan makanan berserat tinggi, sayur dan buah-buahan. Kurangkan makanan berlemak, minuman yang mengandungi kafein, minuman ringan dan makanan ringan.

GUNA PELEMBAP YANG SESUAI
Apabila umur kita menjangkau 30-an, keanjalan dan kelembapan kulit semakin kurang. Oleh itu, penggunaan krim pelembap sangat diperlukan. Carilah pelembab yang sesuai dengan kulit muka masing-masing. Jenama popular tak semestinya sesuai dengan jenis kulit kita.

ELAKKAN PANCARAN MATAHARI
Jangan biarkan muka anda terdedah kepada cahaya matahari dalam jangka masa yang panjang. Boleh buatkan kulit gelap dan mengurangkan kelembapan kulit.

SENTIASA BERSENAM
Tak ada masa? Cuba gunakan masa bermain dengan anak untuk bersenam. Maain kejar-kejar dengan anak. Dukung anak sambil berjalan-jalan ke. Itu kan salah satu cara senaman ibu-ibu zaman sekarang. Saya la tu.. :-)

MINUM BANYAK AIR
Air adalah aset penting untuk kesihatan badan terutamanya kulit muka. Kurangnya air boleh menyebabkan kita mudah diserang penyakit. Air juga penting untuk proses penghadaman dan penyingkiran toksin dalam badan.

MAKANAN TAMBAHAN
Penggambilan vitamin adalah DIGALAKKAN untuk wanita 30-an. Kesibukan dengan tugas seharian menyebabkan wanita jarang mengamalkan pemakanan seimbang. So, pilihlah vitamin yang sesuai dengan keperluan anda. Saranan saya? Mestilah dari SHAKLEE...


ELAKKAN MEKAP TEBAL
GUnakan lah mekap yang nipis dan sederhanan. Jangan tepek bedak setebal 3 inci dengan lipstick merah mak ngah.. Mesti nampaak lagi tua dan garang.. tetttttt...

POSITIF & CERIA
Selalulah bersama keluarga tersayang dengan mood yang positif dan ceria. Amalkan sikap always positive sebab kita ni kan menjadi contoh kepada anak-anak. Ini dapat mengelakkan superwoman macam kita ni membina keyakinan diri dan menghilangkan stress...

Nak sihat dan cantik dengan Shaklee? Hubungi saya sekarang. Jom kita borak-borak.. hehehe..

Azura
SMS/WHATSAPP : 013-6014583
FB : MY Super Health
EMAIL : mysuperhealth@yahoo.com.my
Share:

Tuesday, April 22, 2014

Saturday, April 12, 2014

Omega Guard : Vitamin Untuk Jantung

Penyakit jantung kekal menjadi salah satu punca utama kematian di dunia. kenapa? gaya pemakanan tak sihat dan malas bersenam antara faktor utamanya. So, apa kata kita sokong jantung kita dengan senaman yang teratur, pengurusan emosi yang bijak, diet rendah lemak dan kolesterol serta disokong juga dengan produk Shaklee yang terbaik dari ladang.. hihihi..


Omega Guard adalah salah satu vitamin Shaklee sesuai untuk kesihatan jantung. OG membekalkan asid lemak omega-3 yang berpotensi ultratulen dengan spektrum penuh bergred farmaseutikal.

Omega Guard membantu 
  • mengurangkan risiko penyakit jantung koronari
  • memperbaiki kesihatan kardiovaskular
  • memelihara tekanan darah dan paras trigliserida yang normal
  • memelihara kesihatan otak, 
  • memelihara penglihatan dan fungsi-fungsi sendi
  • mengembangkan fungsi-fungsi otak
Omega Guard mengandungi satu rangkain penuh 7 jenis asid lemak omega-3 iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. Satu hidangan Omega Guard menyediakan 990mg asid lemak omega-3.

Bezanya minyak ikan Omega Guard berbanding dengan jenama yang lain adalah OG dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi. Serta menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat dalam kebanyakan ikan.

Satu botol Omega Guard mengandungi 90 kapsul dan sesuai untuk penggunaan selama 3 bulan. Berbaloi-baloi dengan harganya. 

Berminat untuk cuba?
Sila hubungi 013-6014583 untuk sebarang soalan atau pertanyaan.. :-)


Share:

Sunday, January 26, 2014

Petua Sayuran Kangkung



     Baru-baru kita dok heboh dengar cerita pasal kangkung..turun harga la apa la.Meh kita fikir positif apa khasiat kangkung ni ye?ada kegunnan lain ke selain makan buat lauk tu?

Berikut ini adalah beberapa manfaat khasiat kangkung untuk kesihatan tubuh manusia untuk dijadikan herba atau ubat tradisional serta cara ramuannya :


  • Mengatasi sembelit dan mual pada ibu hamil: Ibu hamil dianjurkan untuk sering mengambil tumisan sayur kangkung, kerana banyak mengandungi vitamin untuk pertumbuhan bayi di dalam kandungan.

  • Merawat hidung berdarah: Ambil seikat daun kangkung, cuci kemudian ditumbuk sampai halus, tambah sedikit gula, lepas tu campur dengan air panas, setelah sejuk tapis dan minum ramuan tersebut sebanyak 2 kali sehari.

  • Mengubati sakit kepala: Seikat daun kangkung segar direbus dengan 1 atau 2 gelas air, kemudian minumlah hasil air rebusan tersebut.

  • Mengurangkan kesakitan haid: Sediakan kira-kira setengah kilogram daun kangkung, kemudian ditumbuk sampai halus dan  tambah air setengah gelas, kemudian tapis dan tambah satu sudu makan madu. Minum satu kali sehari.

  • Merawat buasir: Sediakan segenggam akar kangkung, rebus dengan 3 gelas air hingga tinggal setengah. Setelah sejuk, minum setengah gelas sebanyak 2 kali sehari.

  • Mengatasi insomnia: Bagi anda yang susah tidur malam, segeralah makan daun kangkung yang ditumis tanpa batang.

  • Merawat sakit gigi: Sediakan segenggam akar kangkung, tambahkan cuka sebanyak setengah sudu teh, kemudian rebus dengan air sebanyak 1 gelas. Minum air rebusan tersebut 1 kali sehari.

  • Melancarkan buang air kecil: Ambil segenggam akar kangkung, lalu rebus dengan 2 gelas air hingga hingga tinggal 1 gelas je. Minum air rebusan tersebut satu kali sehari.

  • Menghilangkan kelemumur: Ambil seikat daun kangkung, lalu rendam dengan air secukupnya selama 1 malam, gunakan air tesebut untuk mencuci ketika mandi, sebaiknya dilakukan setiap hari.


  • Merawat kulit yang gatal kerana ekzema: Ambil daun kangkung yang segar,rebus dengan air secukupnya selama 5 minit, lepas panas pakai air rebusan tersebut untuk mencuci bahagian yang terkena ekzema tersebut, lakukan setiap hari hingga sembuh.

  • Mengatasi gusi bengkak: Ambil 200 gram akar kangkung yang dicuci bersih, tambah sedikit je cuka, rebus dengan dengan air sedikit je air. Air rebusan tersebut boleh digunakan untuk berkumur, lakukan setiap hari hingga sembuh.

  • Menghilangkan kematu: Bahagian kulit yang menebal boleh dihilangkan dengan menyapu getah kangkung.
Hehehe haa...tu adalah antara petua kegunaan sayur kangkung untuk kesihatan. Bole la kalau nak cuba kan tapi agak leceh betul tak?

Dah ada cara yang mudah, moden dah skarang ni kan...guna je produk Shaklee :) Macam-macam ado...hehe :)

Meh cecepat kontek MY Super Health, penjimatan hebat, servis pelanggan yang bagus, ada hadiah percuma pulak tu... Calling2 la we all k 


Hotline :
0136014583 / 0196241209

FB Pages:
MY Super Health


Share:

Tuesday, December 3, 2013

Rawat asma dan lelah dengan Omega Guard Shaklee

Penyakit asma adalah salah satu penyakit yang dialami oleh segelintir rakyat Malaysia. Ayah saya juga merupakan salah seorang penghidap asma. Sepanjang dua kali kehamilan saya, doktor juga bertanyakan sejarah penyakit keluarga kerana anak yang dikandung mungkin akan mewarisi penyakit asma juga. Nauzubillahiminzaliq. Beberapa orang anak buah saya juga mengalami asma juga.

Apa itu penyakit asma/lelah?
Penyakit Asma atau lelah merupakan penyakit immunologi yang menyebabkan kesukaran bernafas. Ini adalah kerana ketika pesakit diserang asma, keradangan dan spasma pada selaput dinding laluan udara menyebabkan bronkiol di dalam paru-paru menjadi sempit. Pesakit asma mungkin mengalami pernafasan bersiul (wheezing), sesak nafas, dan sukar untuk bersenam.
Ketika otot mengejang, saluran udara mengecil dan menghalang pernafasan. Apabila ini terjadi,paru-paru akan berkurangan udara. Akibatnya, pesakit boleh pengsan.

Simptom Asma
Tanda-tanda atau simptom penyakit asma adalah seperti nafas berbunyi, sesak nafas, nafas berbunyi, sakit dada dan batuk. Bukan semua pesakit asma yang akan mengalami semua simptom tersebut. Hanya Hampir 20 peratus pesakit sahaja mengalami batuk yang berlanjutan.

Serangan asma berlaku apabila saluran udara menjadi sempit akibat pengecutan otot di sekeliling saluran udara serta tersumbat kerana inflamasi dan rembesan cecair yang banyak dari saluran udara yang membengkak tadi. Ini akan menyebabkan serangan asma akan berterusan dari beberapa jam sehinggalah kadangkala berbulan-bulan.

Simptom-simptom ini juga mungkin lebih teruk pada waktu subuh dan malam. Walaupun asma tidak boleh sembuh, ia boleh dikawal dengan ubat-ubatan yang ada pada masa sekarang.
Setiap pesakit boleh menjalankan aktiviti seperti biasa seperti orang lain jika mereka mematuhi arahan doktor dengan baik.


Apakah punca asma?
Walaupun punca sebenar asma tidak diketahui, namun punca serangan asma lebih diketahui seperti inflamasi dan saluran udara pesakit asma yang menjadi sempit disebabkan oleh beberapa faktor.
Penyakit asma juga adakalanya berpunca daripada genetik atau keturunan, udara kotor seperti asap rokok, kereta dan debu, udara yang mengandungi debu, debunga, bulu kucing atau anjing, alahan sesetengah ubat atau makanan serta cuaca yang tidak menentu


Adalah penting supaya pesakit asma mengelak dari terdedah kepada semua faktor tersebut. Pesakit juga perlu mengetahui jenis alahan (alergi) masing-masing kerana ia berbeza mengikut individu.

Rawat Asma dan Lelah dengan Omega Guard Shaklee

Salah satu manfaat OMEGA GUARD ialah membantu menangani penyakit asma. Satu kajian yang dijalankan oleh Indiana University mendapati golongan dewasa yang mempunyai tahap asma ringan ke sederhana, yang mengambil suplemen Omega-3 setiap hari dalam masa 3 minggu menunjukkan pengurangan penggunaan inhaler sebanyak 31%.

Bagi kanak-kanak yang menghidap asma , ia boleh dikurangkan dengan pemakanan yang betul. Makan ikan lebih dari sekali seminggu dapat mengurangkan risiko asma. 

Bagi mereka yang menghidap asma kronik pula, pengambilan dos tinggi minyak ikan dapat mengurangkan serangannya. Ikan atau minyak ikan mengadungi Omega-3 yang kaya dengan Asid Lemak Essential (EFA) dan Asid Docosahexanoic (ODHA). Omega-3 inilah yang bertindak mencegah penyakit asma ketika kaanak-kanak serta dapat mengurangkan serangan bagi mereka yang menghidapnya.

Dapatkan Omega Guard Shaklee dari Pengedar Shaklee yang sah.

Cadangan produk Shaklee yang lain ; Mealshakes, Nutriferon. 

Untuk sebarang soalan/informasi/pesanan pembelian, hubungi saya;

Azura
SID 930120,
sms/whatsapp : 0136014583
FB  : www.facebook.com/mysuperhealth
Emel : mysuperhealth@yahoo.com.my

Share:

Wednesday, October 9, 2013

Tips Merawat Anak Demam Dengan Shaklee


Anak demam? Muntah – muntah? Cirit birit? Mesti risau kan.. Anak yang aktif main tiap hari, bila tak sihat, jadi pasif. Merengek dan melepet je. Mak mana la yang tak sentap kan? Baru – baru ni anak kembar saya umur 2.5 tahun demam. Mula – mula si adik, sehari 2 lepas tu abang pulak. Memang dah lama tak demam. Last demam bulan 2. Allah nak bagi ujian kecil kan kat ibu la ni. Okay, ini ada beberapa tips yang saya nak kongsikan dengan anda yang saya praktikkan kat kembar.
  • Kalau dah perasan yang suhu badan si anak lebih panas dari biasa, terus basahkan kepala dan badannya. Teruskan lap badan dan kepala dia dari masa ke masa. Waktu anak tidur tengah malam pun lap jugak badannya terutama sekali kepala. Insha Allah, cepat turun suhu badan dia. Ingat, bacaan suhu badan harus dicatatkan setiap 2 3 jam
  • Saya campurkan 1/3 sachet Nutriferon dalam susu anak. Sekali sehari pun dah cukup. Interferon yang terkandung  dapat merangsang dan mempertingkat secara keseluruhan sistem imun tubuh.
  • Teruskan beri anak Mealshake. Campurkan dalam susu setiap pagi. Sekali je sehari.
  •  Beri minum air masak yang banyak supaya kandungan air dalam badan dapat dikekalkan . Boleh juga beri air jus.
  •  Tenangkan diri si anak dan beri perhatian kepada rengekannya. Sentiasa peluk dan cium anak supaya dapat mengalihkan rasa ketidakselesaannya sepanjang tempoh tak sihat tu.
Alhamdulillah, si adik demam satu malam je. Si abang pulak demam 2 malam. Demam kali ni memang ummi tak bawak pegi klinik pun. Muntah dan cirit-biritpun cepat kurang. Anak2 pun lebih relax dan main macam biasa walaupun tak sihat. Cuma ada ketika, nak manja – manja tu ummi layankan aje la.


Anak – anak anda selalu demam?Mungkin boleh cuba beri set vitamin Shaklee untuk kesihatan anak yang lebih baik. Hubungi saya untuk info/soalan/pesanan.

Superummi Zura
SID. 930120
FB : My Super Health
sms/whatsapp : 0196241209
email : mysuperhealth@yahoo.com.my
Share:

Saya Azura

Bonjour & Welcome

Saya ibu kepada 3 orang putera dan seorang puteri. Menyertai Shaklee sejak tahun 2013 dan berada dalam rank Supervisor. Saya bersedia memberikan perkhidmatan terbaik untuk anda..

Follow Azura

Paling diminati