Sunday, May 25, 2014

Friday, May 23, 2014

PENDARAHAN MELAMPAU SELEPAS BERSALIN, JANGAN PANDANG RINGAN

Wanita bersalin mengeluarkan darah ketika waktu bersalin dan selepasnya. Darah yang dipanggil nifas ini datang dari pembuluh darah dalam rahim atau robekan di perineum (kawasan antara dubur dan vagina) jika terjadi koyakan di kawan itu. Darah juga keluar ketika uri terlepas dari dinding rahim. 

Pendarahan postpartum atau pendarahan selepas bersalin terjadi dalam 24 jam pertama selepas bayi lahir. Pendarahan postpartum lanjut, terjadi di antara 2-3 minggu selepas bersalin. Adalah normal seandainya darah keluar tidak lebih 500 milimeter. Tetapi AWAS jika pendarahan terlalu banyak dan terlalu lama. Mungkin ada masalah lain yang berlaku..
Share:

100 SUNNAH NABI S.A.W DALAM KEHIDUPAN

Assalamua'laikum semua.. Ini ada sedikit sharing daripada seorang teman tentang antara amalan Nabi Muhammad s.a.w.. Jom kita ikut sunah..Sharing Is Caring..

1-Tidur Dalam Keadaan Berwuduk
2- Baca surah Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas Sebelum Tidur
3- Takbir dan Tasbih Ketika Tidur
4- Berdoa Ketika Terbangun Dari Tidur Waktu Malam
5-Doa ketika Bangun Daripada Tidur
6- Berkumur dan Menghisap Air Ke Dalam Hidung Dari Satu Cedukan Sebelah Tangan
7- Berwuduk Sebelum Mandi
8-Baca Doa Selepas Wuduk
9-Jimat Penggunaan Air
10- Selepas Wuduk Sembahyang Dua Rakaat
11-Menjawab Seruan Azan
12- Banyak Bersugi
13- Ke Masjid Awal
14- Pergi Ke Masjid Berjalan Kaki
15- Hadir Sembahyang Dengan Tenang
16- Doa Ketika Masuk Dan Keluar Masjid
17- Sembahyang Berhadang
18- Duduk Atas Dua Tumit Yang Didirikan Ketika Duduk Antara Dua Sujud
19-Duduk Atas Lantai Dengan Mendirikan Kaki Kanan Ketika Duduk Tahyat Akhir
20- Banyakkan Berdoa Setelah Tahyat Akhir Dan Sebelum Beri Salam
21- Melakukan Sembahyang Sunat Rawatib
22- Sembahyang Dhuha
23-Qiyamullail
24- Sembahyang Witir
25- Sembahyang Dengan Beralas Kaki
26- Sembahyang Di Masjid Quba’
27- Sembahyang Sunat Di Rumah
28-Sembahyang Istikharah
29-Duduk Di Tempat Sembahyang Selepas Sembahyang Subuh Hingga Terbit Matahari
30- Mandi Hari Jumaat
31- Hadir Awal Untuk Sembahyang Jummat
32- Mencari Masa Mustajab Doa Hari Jumaat
33- Pergi Dan Balik Sembahyang Raya Dengan Jalan Berbeza
34- Sembahyang Jenazah
35- Ziarah Kubur-kubur
36- Sahur (Puasa)
37- Segera Berbuka Puasa
38-Menghidupkan Ramadhan
39- Iktikaf Pada Bulan Ramadhan
40- Puasa Sunat Enam Hari Dalam Bulan Syawal
41- Puasa Tiga Hari Setiap Bulan
42- Puasa Hari Arafah
43- Puasa Hari Asyura
44- Pilih Seorang Ketua (Musafir)
45- Takbir Ketika Melalui Tempat Tinggi Dan Tasbih Ketika Menuruni Tempat Rendah
46- Doa Ketika Singgah Sesuatu Tempat
47- Terlebih Dahulu Ke Masjid Apabila Balik Dari Musafir
48- Doa Ketika Pakai Baju Baru
49- Mula Dengan Kaki Kanan Apabila Pakai Alas Kaki
50- Baca Bismillah Ketika Makan
51- Ucap Al-Hamdulillah selepas Makan
52- Minum Dalam Keadaan Duduk
53-Berkumur Dengan Susu
54- Tidak Mencela Makan
55- Makan Dengan Tiga Jari Tangan Dan
Menjilat Jari Itu Apa Bila Selesai Makan
56- Minum Dan Berubat Dengan Air Zam-Zam
57- Sarapan Terlebih Dahulu Sebelum Pergi Sembahyang Raya Fitri
58- Banyak Membaca Al-Quran
59- Baca Al-Quran Dengan Suara Yang Bagus
60- Zikir Kepada Allah Setiap Ketika
61- Bertasbih
62- Mendoakan Orang Yang Bersin
63- Doa Untuk Pesakit
64- Meletak Tangan Pada Tempat Sakit Serta Doa
65-Berdoa Ketika Mendengar Ayam Berkokok
66-Berdoa Ketika Hujan Turun
67- Baca Zikir Ketika Masuk Rumah
68-Baca Zikir Dalam Majlis
69- Berdoa Ketika Hendak Masuk Tandas
70- Berdoa Ketika Angin Bertiup
71- Doa Untuk Muslimin Yang Tidak Bersama
72- Berdoa Ketika Mendapat Musibah
73- Menyebarkan Salam
74- Menuntut Ilmu
75- Meminta Izin sebelum Masuk Tiga Kali
76- Tahnik Mulut Anak Yang Baru Lahir
77- Akikahkan Anak
78- Singkap Sebahagian Badan Agar Kena Hujan
79- Melawat Pesakit
80- Senyum
81- Ziarah-Menziarahi Kerana Allah
82- Nyatakan Kecintaan Apabila Cinta Terhadap Seseorang
83- Tutup Mulut Apabila Menguap
84- Sangka Baik Terhadap Manusia
85-Membantu Keluarga Dalam Kerja Rumah
86- Sunnah Fitrah
87- Menjaga Anak Yatim
88- Menjauhi Marah
89- Menangis Kerana Takut Terhadap Allah
90-Bersedakah Jariah
91- Membina Masjid
92-Telorensi Ketika Berjualbeli
93- Menghilang Gangguan Jalan
94-Sedekah
95- Banyak Melakukan Amal Sholeh Pada 10 Zulhijjah
96- Membunuh Cicak
97- Larangan Mencerita Dari Semua Perkara Yang Didengari
98- Memberi Nafkah Keluarga
99- Lari-lari Anak Semasa Tawaf
100- Beramal Sholeh Berterusan Walaupun Sedikit

sumber daripada ; Harakah Daily

Dipersilakan share. Semoga bermanfaat untuk semua.. Wallahualam..
Share:

Thursday, May 22, 2014

BERSILAU DAN BERKILAU DENGAN TEAM BINTANG


Assalamua'laikum semua..

Ini lah Team Bintang, anak beranak group Jutawan (PM Cery). Team Bintang ni adalah team Shaklee Independent Distributor di bawah naungan Nad Zaim. Team kami ini adalah dari susur galur Presidential Master Shareeza (PM Cery) - Master Lyna Noh - Master Lydzar Rusman - Master To Be Nad Zaim.. Saya pulak adalah generasi kelima lah..Zura Yaacob Hehehehe...

Apa yang seronoknya Team Bintang ni? Haaa... memang sentiasa bersilau dan berkilau..

  • Bimbingan tentang Shaklee - untuk ahli Shaklee yang ingin bisnes mahupun makan sendiri
  • Berhubung di hujung jari - group Whatsapp / FB
  • Gathering- setakat ni kami selalu jugak aturkan beberapa pertemuan dengan semua ahli team Bintang. Waktu ni memang banyak input dan perkongsian yang kami dapat
  • Kelas-kelas coaching - tak perlu nak limitkan tempat. Kami hanya coaching di rumah dengan anak2 sibuk brermain. Shaklee memang bisnes yang mesra family, mesra kanak2.. ini yang saya paling suka tentang bisnes Shaklee
  • Sokongan moral - memang setiap hari kami dihidangkan dengan suasana bermotivasi, kata-kata motivasi yang membina
  • Panduan- panduan dan bimbingan diberikan kepada semua ahli supaya tak tersasar daripada jalan lurus.. hehehe..
Istimewanya biz Shaklee ni adalah kami SID Shaklee ni ibarat satu keluarga. Memang tak pelik kalau kami panggil sesama kami dengan panggilan mama, mami, nanny.. 

Sessi coaching dengan mak bintang Nad Zaim (di rumah)

Anda sedang tercari-cari idea untuk berbisnes tanpa menggangu tugas harian? Shaklee lah jawabnya.. Tak perlu tinggalkan anak2.. Setiap kali sessi coaching atau pertemuan dengan geng-geng SID, jarang saya tak bawak anak-anak saya tau.. 

Naik train untuk menghadiri majlis Master Celebration.. bwk si kembar

Biar je lah anak main sambil mak-mak berbincang tentang biz Shaklee ni.. Takde lah risau nak tinggal-tinggalkan anak kan..
anak2 SID.. jadi kawan main dah..

Berminat nak join team bintang? Anda akan berada dalam group yang best ni sebaik sahaja anda mendaftar dengan saya. Saya merupakan pengasas SUPERB MARVELLOUS TEAM, salah satu group naungan Team Bintang.. Ish banyak betul kan nama group kami ni..haahaha.. kalau nak tau lebih lanjut, kena hubungi saya.. Baru boleh terangkan secara details..

Meh SMS/WHATSAPP 013-6014583 sekarang.. Saya akan jawab apa saje pertanyaan anda.. Maimai mai... :-)

iR Zura (id 930120)
013-6014583
Share:

Wednesday, May 21, 2014

5 LANGKAH RAWATAN JERAWAT YANG BAKAL MEMBUAT WAJAH ANDA KEMBALI BERSERI-SERI DENGAN SET KECANTIKAN SHAKLEE”.

5 LANGKAH RAWATAN JERAWAT YANG BAKAL MEMBUAT WAJAH ANDA KEMBALI BERSERI-SERI DENGAN SET KECANTIKAN SHAKLEE.
Selamat petang semua... Jerawat?? Ada tak yang suka dengan jerawat? Memang tak lah kan.. Tapi saya merupakan salah seorang yang mempunyai masalah jerawat sejak dari zaman sekolah menengah lagi. Azabbbb... huhuhu.. Waktu baru nak up dulu, kulit saya memang lah halus mulus.. Bila tengok iklan-iklan kat TV cerita pasal produk ni bagus, produk tu buat kulit cantik..mula lah gatal nak mencuba.. Hasilnya?? Banyak sangat jerawat naik kat muka.. Menyesal pun ada.. Dan jerawat tu makin lama makin banyak.. parut lagi la banyak.. sampai lah dah masuk alam dewasa..

So, saya nak share lah dengan pembaca-pembaca yang gojes 5 cara terbaik mengatasi jerawat yang saya rasa memang berkesan kepada saya.

  • Gunakan Pencuci Muka Yang Sesuai - pencuci muka yang mahal tidak bermakna berkesan untuk semua jenis kulit. Dulu saya cuba macam-macam produk pencuci muka. Hasilnya?? Nan adooo... mungkin tak sesuai dengan kulit saya.. Sekarang, saya guna cleanser Nutriwhite Shaklee je.. Kulit saya memang serasi la dengannya.. wah gituu...
  • Jangan Picit Jerawat - jangan picit jerawat anda dengan jari. Kadang-kadang kita pun tak tahu tahap kebersihan tangan kita masa tu. Senang cakap, jangan usik terus..
  • Banyakkan minum air masak - air masak membantu menyingkirkan toksin dalam badan. Jerawat wujud pun sebab toksin kan?
  • Elakkan cahaya matahari secara terus - cahaya matahari yang direct kepada muka memang merosakkan kulit. Selain itu, gunakan produk kulit atau pelembab yang mempunyai ciri pelindung uv.
  • Elakkan diri dari stress - stress juga penyebab kulit muka menjadi kusam, berjerawat dan berjeragat. Jadi, elakkan stress. Senyum selalu..

Nak kongsi juga pengalaman saya. Mujur saya jumpa Set Kecantikan Shaklee sebelum usia saya mencecah angka 30. Alhamdulillah..  Saya dah mengamalkan Set Kecantikan Shaklee sejak setahun yang lepas. Antara Set Kecantikan yang saya ambil ialah ESP, Vita E, Vita C dan B Complex.. Alhamdulillah parut jerawat saya semakin pudar, tekstur kulit semakin halus. Suami pun perasan tu..

Saya cadangkan vitamin-vitamin Shaklee ini sebab ianya selamat dan semulajadi. Tak ada pewarna, pengawet tiruan mahupun bahan terlarang. Dijamin selamat dan semulajadi. Sebab tu saya percaya, saya guna dan saya kongsi pengalaman untuk anda yang punya problem sama macam saya ni.. 

Berminat nak cuba? Boleh hubungi saya HOTLINE/SMS/WHATSAPP 013-6014583 untuk info lanjut.. See you later..bye2... :-)

Share:

Tuesday, May 20, 2014

TEKNIK MENYUSU BABY SAMPAI DEBAB

Susu ibu merupakan anugerah yang tidak ternilai harganya, membekalkan kebaikan yang tiada tandingan kepada bayi dan juga ibu. Tahukah anda, penyusuan susu ibu dengan teknik yang betul boleh menjadikan berat badan bayi berganda-ganda daripada berat ketika lahir. Dengan kata lain, susu ibu mampu menjadikan bayi anda debab dan bersemangat.

Terdapat beberapa teknik penyusuan yang boleh diamalkan oleh ibu yang menyusu untuk anak bertambah debab dan sihat. Antara teknik tersebut ialah ;
  • Pastikan bayi diberikan susu ibu yang pertama seawal satu jam selepas kelahiran. Perkara ini amat penting kerana jika bayi lambat diberikan susu, maka bayi akan lambat belajar melekap. 
  • Biarkan bayi menyusu selama masa dan berapa kerap yang dia mahukan. Jangan hadkan penyusuan 2-3 jam sahaja, tetapi ikut kehendaknya. Macam mana nak tau baby lapar? Perhatikan contoh tanda ; membuka mulut, mengeluarkan dan menggerakkan lidah, masukkan tangan dalam mulut, meleleh air lir, menggerakkan kepala seperti cari puting ibu dan tanda lain.
  • Susukan baby dengan kedua-dua belah payudara. Mulakan dengan belah kanan sampai baby kenyang. Kemudian berikan yang lagi sebelah. Jangan limitkan penyusuan pada sebelah payudara sahaja. kalau baby dah kenyang untuk teruskan penyusuan, pam saje lah.. Jangan biarkan susu penuh tak berpam pulak. Takut bengkak susu pulak nanti.
  • Elakkan bagi puting kosong atau puting berair. Nanti baby keliru. Puting botol susu lebih mudah mengeluarkan susu daripada puting susu ibu, so baby akan cenderung menghisap puting botol. Sebaiknya sepanjang tempoh berpantang, susukan baby dengan puting susu ibu. Later, boleh ajar guna botol susu.
Itu lah rahsia nak baby debab.. Hehehe..Lengkapkan ilmu penyusuan sepanjang kehamilan..  Hanya susu ibu sahaja cukup untuk keperluan baby baru lahir.. tak perlulah bagi makan di usia yang sangat mentah (sebulan -5 bulan) sebab perut baby kecik je.. Tak boleh nak hadam makanan lain selain susu ibu. Biarlah anak debab secara sihat, dengan susu ibu yang penuh khasiat tu. 

Selamat berpantang dan selamat menyusukan baby anda.  :-)

iR Azura
sms/whatsapp : 013-6014583

Share:

Friday, May 16, 2014

AIR MASAK PUTIH TINGKATKAN KECERDASAN IQ

Air masak putih boleh cerdaskan IQ? Betul ke fakta ni?

Pembaca yang hensem dan cantik belaka, otak kita adalah organ kimia yang memerlukan bekalan air yang cukup. Macam bateri yang perlukan air bateri. Sebab itu, kita disarankan untuk minum air sebanyak 8-15 gelas sehari. Minumlah air sebelum mula belajar, semasa belajar dan selepas belajar.

Juga minum sebelum tidur dan sejurus selepas bangun dari tidur. Jangan makan "berulamkan air". Ini akan mencairkan asid - asid (peptic, hydrochloric acid) yang diperlukan untuk menghadamkan bahan - bahan makanan. Minumlah selepas habis makan, kira-kira 5-10 minit selepas makan.

Air juga amat penting untuk aliran ndarah, proses penghadaman, perkumuhan, pelincir dan pemecahan lemak. Ia juga amat penting untuk proses detoksifikasi ( melalui peluh, pembuangan air kecil dan besar, menangis, batuk lendir, dan lain-lain) Air juga amat penting untuk mengawal suhu badan dan pelbagai proses yang menyebabkan kenaikan suhu badan.

Galakkan anak-anak kita membawa botol air masak ke sekolah. Gunakan botol gelas atau botol BPA Free. Jangan gunakan botol plastik(botol mineral atau botol minuman bergas) kerana kimia dari plastik boleh diserap oleh air. Jangan minum air yang ada gula, perasa, pewarna atau pengawet.

Dah tau kan kenapa anak-anak bangsa lain selalu bawa botol air masak besar-besar dan minum air yang banyak bila ke sekolah kan? Even di universiti pun kita boleh jumpa diaorang bawak dan minum air yang banyak. Tengok je lah macam mana prestasi diaorang dalam pelajaran. Patut copy paste tu...

Cerdaskan IQ anda dan anak-anak anda sekarang. Practices Make Perfect, kan.. Tingkatkan kecerdasan otak dengan Omega Guard dan Lecithin. Juga membantu meningkatkan kecerdasan IQ selain air masak putih.


Hubungi saya untuk info lanjut;

iR Zura
CALL/SMS/WHATSAPP : 013-6014583
Share:

AWAS JIKA ANDA KE TANDAS KURANG 3 KALI SEMINGGU


Adakah anda kerap mengalami sembelit? Sembelit berlaku bila anda susah membuang air besar. Mungkin kerana najis terlalu keras atau sebab jarang membuang air besar. Ada yang membuang air besar sekali sehari, ada yang beberapa kali seminggu. Sebenarnya sembelit dikatakan terjadi sekiranya anda pergi ke tandas kurang 3 kali seminggu.

Sembelit bukanlah penyakit tetapi ia hanyalah satu simptom. Orang yang sembelit juga selalu rasa sakit perut dan mengalami angin (sendawa dan kentut). Perempuan, kanak – kanak dan warga emas melebihi 65 tahun kerap mengalami sembelit.

Sebab berlakunya sembelit;
Share:

Thursday, May 15, 2014

KHAS UNTUK WANITA : JANGAN BACA KALAU TAK MAU ASET YANG MANTOPPP

Keluhan payudara menjadi lembik selepas berhenti menyusu sering diutarakan oleh ibu – ibu. Apakah penyebabnya? Payudara wanita dibentuk oleh jaringan lemak, kelenjar susu serta otot – otot dada. Ukuran serta bentuk payudara ditentukan oleh kepekaan jaringan bereraksi terhadap hormon yang dihasilkan oleh indung telur.

Hormon pula mempengaruhi perubahan bentuk serta kekenyalan payudara. Payudara boleh menjadi kecil dan lembik kerana adanya perubahan kepekaan jaringan – jaringan payudara terhadap pengaruh hormon yang dihasilkan oleh indung telur setelah anda berhenti menyusu. Untuk mengatasi masalah ini, anda boleh amalkan makanan yang berkhasiat serta senaman untuk membentuk otot dada.

Saya ada rahsia macam mana nak bagi Miss B anda kembali tegang seperti ketika anak dara dulu. Rahsianya? Minum segelas ESP 2 kali sehari, 1 sachet Shaklee Collagen Powder dan alfafa 4 biji 2 kali sehari… Wahhh kelas kau jah.. Nak Miss B tegang punya pasal. Kulit jugak akan semakin tegang dan cantik.

ESP membantu menghasilkan sel-sel baru dalam badan..
SCP membantu membentuk kolagen dalam badan yang semakin hilang apabila umur semakin meningkat..
Alfafa membantu dalam membaikpulih hormon dalam badan kita selain menghasilkan sel – sel baru. Pssstt..Alfafa juga dikatakan sebagai hormon cinta tau.. *18sx*

Hmm.. Apa tunggu lagi? Nak tegang? Nak sexy depan suami?  Tegangkan lah apa-apa milik anda yang dah kendur. Jangan bagi peluang kepada suami untuk pandang perempuan lain. Belum terlewat lagi ni. Nak terus menunggu? Nak tunggu gaji 2 bulan lagi? Nak tunggu suami ada girlfriend baru? Nak tunggu sampai suami kahwin lagi satu? Okey..teruskan menunggu sampai gigit jari… ;-)

iR Zura (id. 930120)
CALL/SMS/WHATSAPP : 013-6014583

Share:

Sunday, May 11, 2014

Tips Sihat dan Cantik untuk Wanita 30-an

Dalam usia 30 tahun ni, umur semakin matang, gaya hidup juga 100% berubah berbanding 10 tahun lalu. Sekarang dah bergelar isteri, ibu, pekerja dan ahli perniagaan, jadi selalunya akan kesuntukan masa untuk diri sendiri. Penjagaan diri pun ala kadar  atau mana sempat je. Betul tak kawan-kawan 30-an semua?

Alhamdulillah..tanggal 9 Mei 2014 lepas, genaplah umur saya 30 tahun.. Biasa je rasanya.. Tak rasa tua pun..Okey je..hahaha..
30 tahun, 3 anak, happy me.. :-)

Okey, hari ni saya nak kongsi tips sihat dan cantik untuk golongan wanita 30-an. Power & steady gitu..

KAWAL PEMAKANAN
Proses penuaan dapat dilambatkan jika kita mengamalkan pemakanan yang seimbang. Banyakkan makanan berserat tinggi, sayur dan buah-buahan. Kurangkan makanan berlemak, minuman yang mengandungi kafein, minuman ringan dan makanan ringan.

GUNA PELEMBAP YANG SESUAI
Apabila umur kita menjangkau 30-an, keanjalan dan kelembapan kulit semakin kurang. Oleh itu, penggunaan krim pelembap sangat diperlukan. Carilah pelembab yang sesuai dengan kulit muka masing-masing. Jenama popular tak semestinya sesuai dengan jenis kulit kita.

ELAKKAN PANCARAN MATAHARI
Jangan biarkan muka anda terdedah kepada cahaya matahari dalam jangka masa yang panjang. Boleh buatkan kulit gelap dan mengurangkan kelembapan kulit.

SENTIASA BERSENAM
Tak ada masa? Cuba gunakan masa bermain dengan anak untuk bersenam. Maain kejar-kejar dengan anak. Dukung anak sambil berjalan-jalan ke. Itu kan salah satu cara senaman ibu-ibu zaman sekarang. Saya la tu.. :-)

MINUM BANYAK AIR
Air adalah aset penting untuk kesihatan badan terutamanya kulit muka. Kurangnya air boleh menyebabkan kita mudah diserang penyakit. Air juga penting untuk proses penghadaman dan penyingkiran toksin dalam badan.

MAKANAN TAMBAHAN
Penggambilan vitamin adalah DIGALAKKAN untuk wanita 30-an. Kesibukan dengan tugas seharian menyebabkan wanita jarang mengamalkan pemakanan seimbang. So, pilihlah vitamin yang sesuai dengan keperluan anda. Saranan saya? Mestilah dari SHAKLEE...


ELAKKAN MEKAP TEBAL
GUnakan lah mekap yang nipis dan sederhanan. Jangan tepek bedak setebal 3 inci dengan lipstick merah mak ngah.. Mesti nampaak lagi tua dan garang.. tetttttt...

POSITIF & CERIA
Selalulah bersama keluarga tersayang dengan mood yang positif dan ceria. Amalkan sikap always positive sebab kita ni kan menjadi contoh kepada anak-anak. Ini dapat mengelakkan superwoman macam kita ni membina keyakinan diri dan menghilangkan stress...

Nak sihat dan cantik dengan Shaklee? Hubungi saya sekarang. Jom kita borak-borak.. hehehe..

Azura
SMS/WHATSAPP : 013-6014583
FB : MY Super Health
EMAIL : mysuperhealth@yahoo.com.my
Share:

Friday, May 9, 2014

Ibu Kurus tak Mampu Menyusu Anak

"Kurus sangat badan kau ni.. ada ke susu badan? mesti anak kau tak cukup susu nanti..."

Adakah ibu yang kurus macam saya pernah menerima persepsi macam ni? Mesti pernah kan.. Orang sekeliling tak yakin dengan kemampuan kta untuk menyusu anak dengan susu badan. Soalnya, betul ke orang kurus tak mampu menyusu badan?

Sebenarnya, keupayaan ibu untuk menghasilkan susu tidak bergantung kepada saiz tubuh badan. Tidak semestinya ibu kurus menghasilkan susu badan yang sedikit, dan ibu berbadan besar menghasilkan susu badan yang banyak.

Seperti saiz tubuh badan, saiz payudara juga bukan penyebab banyak atau sikit susu badan. Ianya bergantung kepada cara dan kekerapan kita menyusu.

Sekiranya ibu menyedari payudara menghasilkan susu yang sedikit, ibu perlulah menyusu atau mengepam dengan lebih kerap. Manakala ibu yang punyai susu yang banyak, kekerapan menyusu mungkin boleh dikurangkan bagi mengelakkan bayi muntah sebab terlampau kenyang. Bagaimanapun, bayi yang menyusu dengan lebih banyak dalam satu-satu sessi penyusuan akan membantu bayi kenyang lebih lama. Tapi teruskan mengepam bagi mengelakkan bengkak susu.

Walaubagaimanapun, jumlah penghasilan susu dalam jangka masa 24 jam adalah mencukupi. Jadi apa jua saiz badan anda atau saiz payudara anda, itu tidak menjamin kuantiti dan kualiti susu anda. Apa yang penting, fahami konsep demand dan supply tu..

Saya sendiri ibu yang kurus dan saiz miss B yang memang kecik tapi Alhamdulillah berjaya menyusu si kembar sehingga umur 1 tahun 11 bulan, dan baby kecik yang sekarang berumur 9 bulan.. Kalau saya boleh, anda pun mesti boleh kan?

Anda kerap berasa lapar dan letih kerana menyusu badan? Mala, saya cadangkan agar ibu-ibu comel mengamalkan Set Penyusuan dari Shaklee.. Membantu anda mengurangkan rasa stress dan penat, membantu anda untuk kenyang walaupun lambat ambik makanan berat juga membantu anda mengekalkan kesihatan badan. Badan yang sihat, mood yang ceria merupakan salah satu faktor berkesannya penyusuan ibu.
Share:

Wednesday, May 7, 2014

SENGGUGUT TERUK TANDA ENDOMETRIOSIS?

Penyakit Endometriosis merupakan satu penyakit yang agak biasa dan berlaku di seluruh dunia. Anggaran masa kini telah meletakkan jumlah wanita menghidap endometriosis sekitar 5% hingga 20% terdiri daripada wanita yang masih subur (boleh melahirkan anak).

Simptom endometriosis yang utama ialah kesakitan ketika haid (senggugut) yang teruk dan berulang – ulang. Terdapat sesetengah wanita hanya mengadu tidak selesa atau tidak berasa sakit walaupun mengalami endometriosis pada peringkat paling teruk.

Sebaliknya sesetengah wanita mungkin mengalami kesakitan yang agak kuat walaupun hanya mengalami endometriosis pada tahap paling minimum. Terdapat sebilangan kecil wanita yang akan menghadapi masalah fertiliti jika senggugut berlaku secara berterusan. Berkemungkinan besar mereka yang mempunyai masalah senggugut melampau ini  mengalami penyakit endometriosis.

Keguguran pada peringkat awal kehamilan juga boleh berlaku bagi penghidap endometriosis. Punca sebenar tidak dapat dipastikan, namun kemungkinan besar, endometriosis mengganggu aras hormon seperti estrogen dan progesteron dan menggangu proses pertumbuhan janin, selain berisiko mengalami keguguran berulang.

Bagi sesetengah wanita, endometriosis hanya disedari semasa menjalani pemeriksaan kesuburan. Namun begitu, bukan semua penghidap endometriosis sukar hamil. Terdapat pelbagai kaedah untuk merawat endometriosis. Rawatan bagi setiap penghidap mungkin berbeza bergantung pada simptom yang dialami, faktor usia serta keinginan wanita untuk hamil.  Bagi mereka yang tidak memerlukan rawatan secara pembedahan, rawatan melalui ubat – ubatan ataupun hormon mungkin sesuai untuk mengatasi masalah tersebut.

Suplemen juga merupakan salah satu usaha untuk merawat endometriosis. Antara suplemen Shaklee yang kami cadangkan ialah

GLA Complex – membantu mengawal kecelaruan hormone dalam badan wanita terutamanya berkaitan masalah hormone seperti menopause, simptom PMS atau kitaran haid.
Vita E – menghalang pertumbuhan semula sel abnormal
Vita C – membantu meningkatkan tahap imunisasi badan individu dan menghalang antioksidan lain
B Complex – vitamin anti stress, membantu mengurangkan stress yang merupakan salah satu punca endometriosis

Nota : Produk – produk ini tidak bertjuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit

Suplemen bertindak sebagai pembantu dan bukannya penyembuh. So, sila dapatkan panduan yang betul. Jangan abaikan amalan gaya hidup sihat, dan berdoalah kepada Yang Maha Berkuasa..

Anda ada sebarang soalan atau pesanan?
Sila hubungi saya melalui
SMS/WHATSAPP/CALL : 013-6014583
FB : MY Super Health




Share:

Tuesday, May 6, 2014

18 SX : Tips rawat kegatalan Miss V

Kegatalan di bahagian sulit pastinya membuatkan seseorang perempuan itu berasa kurang selesa dan emosinya juga terganggu. Kegatalan biasanya disebabkan kurangnya kesedaran tentang penjagaan alat sulit. Penjagaan alat sulit tidak seharusnya diambil mudah kerana tanpa penjagaan rapi, ia boleh menyebabkan bau yang kurang menyenangkan sehingga menggangu orang berdekatan dengan anda.

Nak kata 18SX sangat, tak la kot.. Cuma perkongsian dari wanita kepada wanita je.. Hehehe...

Berikut adalah tips menghentikan kegatalan pada Miss V anda...

Share:

Sunday, May 4, 2014

Kenapa kembar selalu demam serentak?

Menjawab Pertanyaan “Kembar ni kalau seorang demam, lagi seorang mesti demam jugak kan?”

Sebagai seorang emak kepada pasangan kembar, selain soalan “Ni kembar ye?”, antara soalan yang sangat kerap saya terima ialah, “Kembar ni kalau sorang demam, lagi sorang mesti demam jugak kan?” . Bila difikir-fikirkan, betul jugak yang kembar saya kalau demam mesti berturut – turut. Tapi bila dah ada baby ni, bukan setakat kembar je demam berturut – turut, si baby pun akan join jugak demam. Kenapa ye?

Sebelum tu, adalah penting ibu-ibu ketahui tentang punca demam. Punca-punca demam biasanya disebabkan oleh jangkitan bakteria dan virus. Terdapat perbezaan bagi mengenali kanak-kanak yang demam akibat jangkitan bakteria atau virus. Kajian menunjukkan 80 peratus kanak-kanak mengalami jangkitan kesan daripada virus. Gejala jangkitan virus seperti selesema, batuk, demam dan cirit-birit. Jangkitan bakteria pula selalunya memperlihatkan kadar suhu demam lebih kuat dan tinggi.

Apabila seorang kanak-kanak demam disebabkan jangkitan bakteria, keadaanya lebih lemah dan tak bermaya. Ini bergantung kepada jenis bakteria yang merebak dalam badan.

Jika anak anda demam tetapi dalam masa yang sama masih aktif bermain, ia diketagori sebagai demam biasa. Kebiasaannya demam biasa akan pulih selepas tiga atau empat hari, tetapi jika melebihi tiga hari sehingga mencecah seminggu dan disertai dengan muntah, cirit-birit atau batuk berterusan ia adalah petanda anak tidak sihat dan perlu berjumpa dengan doktor segera.

Bila seorang anak dah demam, kenapa anak yang lain pun akan demam selang beberapa hari lepas tu? Kalau ikutkan pengalaman saya sebagai ibu anak tiga, dah tentulah kebarangkalian untuk diorang demam berturut-turut adalah disebabkan virus tu berlegar di sekeliling diorang je. Seorang berhingus, lap hingus kat towel, yang lagi seorang main towel.. Physical contact antara adik beradik adalah punca utama demam berturut-turut dalam adik beradik ni.. Apa pun, kena lah standby..

Nak tau macam mana saya rawat anak saya ketika demam? Ini ada Tips Merawat Anak Demam untuk perkongsian bersama.. :-)
Share:

Saturday, May 3, 2014

Kenapa perlu beri makan kepada baby baru lahir?

Menurut Smith L.J., dalam bukunya yang diterbitkan pada tahun 2002, saiz perut bayi baru lahir berukuran lebih kurang sebesar sebiji guli jernih. Ia boleh memuatkan isipadu susu sebanyak lebih kurang 5 ml – 7 ml pada satu-satu masa.

Pada hari pertama kelahiran, perut bayi tidak boleh mengembang. Keadaan ini menjelaskan bahawa kolostrum yang sedikit sudah mencukupi untuk bayi pada hari tersebut. Jika diberikan susu formula yang berlebihan, bayi akan memuntahkannya kerana perutnya yang kecil, tidak boleh mengembang dan tidak mampu menampung isi padu susu yang banyak.

Share:

Saya Azura

Bonjour & Welcome

Saya ibu kepada 3 orang putera dan seorang puteri. Menyertai Shaklee sejak tahun 2013 dan berada dalam rank Supervisor. Saya bersedia memberikan perkhidmatan terbaik untuk anda..

Follow Azura

Paling diminati