Monday, March 31, 2014

Baby Shaklee?


Ni lah salah seorang duta Shaklee.. Hehehe.. Ni baby saya no.3 atau baby Shaklee saya.. Kenapa cakap baby Shaklee pulak? Bukanlah sebab baby ni keluar dari botol Shaklee (macam yang disindir oleh sesetengah orang..pfff). Tapi baby saya ni sebenarnya dah menikmati khasiat Shaklee sejak dalam perut mak dia lagi..

Waktu pregnantkan baby aysar ni, mak memang tak lalu nak minum susu so cuba lah minum ESP untuk kali pertama dalam hidup.. Suplimen Shaklee yang saya ambik ketika pregnant selain ESP adalah Vitalea dan Ostematrix.. Saya rasa ini antara suplimen yang wajib kena ambik lah setiap kali pregnant.. Disebabkan saya memang ada masalah Hb low dan jugak selalu cramp, sakit-sakit pinggang terutama sekali waktu malam, so dua vitamin ni memang membantu saya sepanjang kehamilan.. Masalah sembelit pun tak de.. Alhamdulillah,  set hamil shaklee pilihan saya..

Bersalinkan dia ni pun mudah jugak.. Alhamdulillah.. Ye lah nak compare dengan bersalinkan kembar, memang lagi mudah lah.. hehe.. berat 2.72 kg.. takde lah besar mana kan? Siapa cakap makan supplemen boleh buat baby dalam kandungan besar? Sebenarnya, saiz baby tu bergantung juga kepada genetik atau pun faktor pemakanan ibu semasa kehamilan.. Bagus sebenarnya amalkan supplemen ketika hamil.. Membantu melengkapkan nutrien dan khasiat ibu dan baby.. Yelah kan, keperluan kena lah double.. untuk ibu dan baby.. kalau kembar, kena triple la.. :-)

Hari pertama lepas bersalinkan Aysar, susu badan segan jugak nak keluar.. So, husband bawak ESP ke hospital untuk saya minum..Aysar ada jaundis sikit, dan kali ni saya banned daripada bagi rawatan lain (sus kambing, air tabib cina whatsoever), saya cuma bagi susu badan sahaja.. Dengan izin Allah, kuning Aysar tak teruk dan turun semakin hari.. Hmm.. anak yang pertama, tak banyak ilmu.. ikutkan je cakap orang.. *sigh* Set berpantang shaklee pun best jugak.. saya ambik ESP, Zink, Ostematrix, B Complex..

Alhamdulillah jugak sebab dapatlah susukan Aysar secara ekslusif tanpa susu formula sepanjang 7 bulan yang pertama.. 7 bulan dah top up susu formula sebab kena pergi kursus bermalam ke malam dan stok susu dalam peti dah berapa banyak dah..

Sekarang masih lagi menyusukan Aysar.. masih lagi mengepam walaupun dah minum susu formula.. Alhamdulillah, rezeki Aysar.. waktu kembar dulu, 4 bulan je saya tahan mengepam.. lepas tu bagi direct feeding je sampai umur 1 tahun 11 bulan... Set menyusu Shaklee pulak saya consume, ESP, Alfafa, B Complex & Ostematrix..

Sepanjang Aysar bersama saya sejak dalam kandungan, Alhamdulillah sihat walafiat.. Kalau demam atau selsema, saya ambik Vita C Plus 2 bijik dan patah-patahkan dan jugak Nutriferon, then susukan.. Insha Allah, setakat ni tak ada masalah..

Apa pun, di masa depan kita tak tau.. Yang penting, kena lah jaga kesihatan daripada sekarang.. Jaga jugak kesihatan anak-anak.. Jangan sumbat je segala macam makanan kat anak.. Bagi anak 3 bulan makan? *pengsan*

Anda ada sebarang soalan atau pesanan?
Sila hubungi saya ;

iR Zura
#starworldSID
013-6014583
FB Fanpage :  MY Super Health
Share:

Monday, March 24, 2014

Enfuselle atasi masalah kulit berminyak, kering dan sensitif



Seperti yang dijanjikan daripada entry sebelum ni, kali ni nak review pulak pasal SKIN CARE ENFUSELLES.

Enfuselles sesuai untuk mereka yg berumur 25 ke atas atau yang punya masalah kulit berminyak, terlalu kering, dan sensitif..untuk memudahkan anda membuat pilihan, 

2 kategori product Enfuselles :

(i) Normal to Dry Skin :  sesuai utk mereka yg mempunyai kulit yang kering dan sensitif..terdiri daripada :

1) Hydrating Cleansing Lotion :
Emulsi berkrim ini bertindak menanggalkan kotoran, bahan pencemaran dan mekap tanpa menjejaskan lapisan minyak semulajadi kulit.
  • Emolien yang kaya serta tambahan Vitamin E menjadikan kulit halus, seimbang dan berseri
  • Mencerahkan tona kulit
  • pH yang seimbang
  • Hipoalergenik
2) Hydrating Toner :
Meneutralkan Tindak Balas Yang Boleh Merosakkan Kulit
Hydrating Toner melegakan dan menyediakan kulit untuk rawatan Enfuselle.
  • Terbukti secara klinikal
  • Meneutralkan kerosakan sel akibat tindak balas kulit dengan besi dalam air paip
  • pH yang seimbang
  • Rumusan tanpa alkohol yang menyejat dengan cepat tanpa mengeringkan kulit
  • Melindungi lapisan minyak semulajadi kulit, menyucikan dan melembutkan dengan ekstrak witch hazel dan kamomil
3) Hydrating Moisturizer :
Melembapkan Kulit Sehingga 24 Jam
Krim tanpa minyak dan tidak melekit yang kaya dengan agen pelembap bagi menyerlahkan kehalusan dan keanjalan kulit dengan serta-merta.

Terbukti secara klinikal:
  • 102% peningkatan keanjalan kulit dalam masa 28 hari
  • 195% pengurangan garis-garis halus dalam masa 28 hari
  • 21% pengurangan kedutan dalam masa 28 hari
  • Kesan yang ketara dapat dilihat dengan serta-merta, dan ia berterusan sehingga 24 jam
  • Garis-garis halus berkurangan dengan ketara
  • Hipoalergenik
4) Eye Treatment :
Garis-Garis Halus dan Kedutan Tidak Lagi Ketara

Mengurangkan kemunculan garis-garis halus dan kedutan serta menghilangkan sembap bawah mata dengan bantuan pelbagai nutrien dan botani khusus.

Terbukti secara klinikal:
  • 233% pengurangan kedutan pada kulit dalam masa dua minggu
  • 120% peningkatan kekenyalan dan keanjalan kulit dalam masa dua minggu
  • 209% pengurangan garis-garis halus pada kulit dalam masa lapan minggu
  • 32% peningkatan kemampuan kulit untuk menahan lembapan lebih lama dalam masa lapan minggu
  • Ton kulit yang kembali sekata dalam masa 12 minggu
  • Kandungan botani anti-penuaan dan vitamin C memberikan faedah yang ketara pada kulit halus di sekeliling mata
  • Juga sesuai untuk bahagian leher dan mulut
  • Hipoalergenik, diakui oleh pakar-pakar oftalmologi dan selamat untuk pemakai kanta lekap. 

(ii) Normal to Oily Skin - sesuai utk kulit berminyak dan berjerawat serta sensitif..Ianya terdiri daripada;

1) Purifying Cleansing Gel :
Gel berbusa bertindak dengan lembut untuk menyingkirkan bahan pencemaran, mekap dan minyak berlebihan.

  • Bahan-bahan khas serta tambahan Vitamin E menjadikan kulit terasa segar dan lembut
  • Mencerahkan tona kulit
  • pH yang seimbang
  • Hipoalergenik
2) Purifying Toner :
Dengan Tiga Tindakan Untuk Menghentikan Kerosakan Pro-Oksida

Purifying Toner merangsang dan menyegarkan kulit sebagai persediaan rawatan Enfuselle.

  • Terbukti secara klinikal
  • Meneutralkan kerosakan sel akibat tindak balas kulit dengan besi dalam air paip
  • pH yang seimbang
  • Menyegarkan dan memperhalus kulit dengan ekstrak likoris, ginseng dan witch hazel
  • Meminimumkan kemunculan liang-liang yang besar pada kulit
  • Membantu mengawal kulit berminyak
  • Hipoalergenik
3) Balancing Moisturizer :
Formula Ringkas untuk Menyubur dan Melembapkan Kulit
Formula yang ringkas, tidak berminyak dan mampu mengawal pengeluaran minyak pada wajah bertindak dengan membekalkan kelembapan segera yang kulit anda perlukan bagi menjadikan wajah kelihatan halus serta tidak berkilat.

Terbukti secara klinikal:

  • 146% peningkatan keanjalan kulit dalam masa 28 hari
  • 268% pengurangan garis-garis halus dalam masa 28 hari
  • 173% pengurangan kedutan pada kulit dalam masa 28 hari
  • Membantu mengembalikan keseimbangan minyak pada kulit
  • Hipoalergenik

4) Eye Treatment :
Garis-Garis Halus dan Kedutan Tidak Lagi Ketara
Mengurangkan kemunculan garis-garis halus dan kedutan serta menghilangkan sembap bawah mata dengan bantuan pelbagai nutrien dan botani khusus

Terbukti secara klinikal:


  • 233% pengurangan kedutan pada kulit dalam masa dua minggu
  • 120% peningkatan kekenyalan dan keanjalan kulit dalam masa dua minggu
  • 209% pengurangan garis-garis halus pada kulit dalam masa lapan minggu
  • 32% peningkatan kemampuan kulit untuk menahan lembapan lebih lama dalam masa lapan minggu
  • Ton kulit yang kembali sekata dalam masa 12 minggu
  • Kandungan botani anti-penuaan dan vitamin C memberikan faedah yang ketara pada kulit halus di sekeliling mata
  • Juga sesuai untuk bahagian leher dan mulut
  • Hipoalergenik, diakui oleh pakar-pakar oftalmologi dan selamat untuk pemakai kanta lekap.
Nah.. yang mana satu pilihan anda? Buatlah keputusan yang bijak dan sesuai dengan jenis kulit anda.. Pssttt... kalau nak tau, set penjagaan wajah daripada Shaklee ni dikatakan setanding dengan jenama SKII tau.. Harga pun jauh lebih mampu milik.. 

Anda berminat? Sila hubungi saya untuk sebarang soalan atau pesanan.. TTFN... :')

iR Zura,
#starworldSID
Share:

Nutriwhite mencerah dan menghaluskan kulit wajah anda

Ramai yg mula minat nak cuba skin care Shaklee..tp yg mane satu?Nutriwhite atau Enfuselle? Pastikan anda membuat pilihan yg betul2 sesuai dengan jenis kulit dan masalah kulit anda..


    Ketahui kedua-duanya dan kesesuaiannya dengan kulit anda:

1)SKIN CARE NUTRIWHITE - lebih sesuai utk kulit normal tanpa sensitiviti dan jerawat yang teruk sbb ianya berfungsi lebih kepada mencerah, dan kandungan vitamin C yg tinggi tak sesuai utk kulit yg sensitif dan berjerawat teruk. Antara product2 Nutriwhite :

- Gentle Deep Foaming Cleanser :
  • Membersihkan dan menyegarkan kulit
  • Rumpai laut menghilangkan kekotoran, membuang sel-sel mati dan menegangkan
  • Alga Hijau menyahtoksin dan melembapkan
  • Strawberi Begonia mencerahkan dan mengimbangkan pigmen
  • Lembut dan menyegarkan
- Soothing Radiance Whitening Softner :
  • Ia lembut dan mengembalikan kulit pada pH yang seimbang
  • Kulit berasa lebih segar dan tegang dengan Rosemary
  • Kudzu menegangkan dan mencerahkan
  • Marshmallow melembapkan
  • Ianya sangat berkesan
- Ultimate Protection Whitening Lotion SPF 15 :
  • Licin serta kaya dengan pati botani seperti Mulberi untuk mencegah kerosakan kulit kesan daripada cahaya matahari dan Mountain Arnica untuk menghilangkan radang kulit, pelembap yang bertindak daripada semua sudut ini melindungi anda daripada kesan-kesan memudaratkan cahaya matahari dan membantu membina daya ketahanan kulit terhadap kerosakan persekitaran
- Daily Defence Whitening Essence :
Cara yang menyenangkan untuk mendapatkan kulit muka yang licin dan berseri yang diformulasi dengan:
  • Bearberry untuk mencerahkan dan menegangkan kulit,
  • Strawberi Begonia untuk mengimbangkan pigmen
  • Kacang Soya untuk melembutkan dan mengurangkan tompok-tompok hitam
  • Mulberi untuk mencegah daripada kerosakan kesan daripada cahaya matahari
  • Di samping itu, Vitamin C aktif ditambah untuk memperbaiki kulit serta mengembalikan seri wajah
  • Lembut dan mudah diserap oleh kulit
- Overnight Renewal Whitening Cream :
  • Memperbaharui dan mengembalikan keremajaan kulit sewaktu tidur
  • Linden menyihatkan serta melembapkan kulit secara mendalam
  • Scullcap mencerah dan menghilangkan radang kulit
  • Vitamin C aktif mengurangkan tompok-tompok hitam serta mengembalikan keserian wajah
  • Pada waktu pagi, anda akan bangun dengan kulit yang gebu, halus, cerah dan berseri
- Gentle Action Makeup Remover :
  • Menjadikan kulit anda licin, lembut dan berseri
  • Tunas Pokok Bic menghilangkan sel mati dengan lembut tanpa meninggalkan kesan
  • Aloe Vera menyegarkan dan menegangkan kulit
  • Lembut, tidak berminyak, dan kulit anda akan kelihatan lebih berseri
- Spot Whitening Treatment :
  • Memperbaiki kesan-kesan matahari serta jeragat kulit dengan cepat
  • Kuasa pencerahan botani dihasilkan daripada pati Likuoris dan Peony, yang amat bernilai disebabkan kesannya dalam mencerahkan, melindungi serta menghilangkan radang kulit
  • Cats Claw menegangkan kulit
  • Vitamin C aktif membawa kecerahan yang baru untuk kulit anda dengan rawak wajah yang lebih halus

Rata-rata customer yang dah cuba Nutriwhite mengakui yang kulit diorang lebih halus dan cerah sejak menggunakannya. Lagi satu, produk Nutriwhite ni tahan lama tau. Contoh macam Cleanser tu, boleh bertahan sampai 6 bulan! Berbaloi lah dengan harganya kan.

Untuk info Enfuselle, saya akan tulis dalam entry seterusnya.. So, stay tuned to this blog ye.. hehehehe...

Untuk sebarang pertanyaan atau soalan, sila hubungi saya ;

iR Azura
#starworldSID
013-6014583
Share:

NUTRIFERON Pencetus Interferon Anda

Bila cakap tentang Nutriferon, mesti kita terus ingat Nutriferon ni bagus bila demam, selsema, batuk, untuk resdung kan.. tapi sebenarnya ada BANYAK LAGI faedah Nutriferon ni..

Faedah utama:
Menguatkan sistem imun dalam 3 hari - ia adalah satu-satunya interferon semulajadi di dunia. kajian telah menunjukkan bahawa interferon mampu untuk merangsang dan meningkatkan keseluruhan sistem imun badan dengan menghubungi pembunuh semulajadi dalam badan untuk tindakan: T-sel, B-sel, dan macrophage.

Melawan kanser dan tumor - interferon semulajadi mengandungi polisakarida aktif yang merangsang dan mengaktifkan immunoglobulin untuk melawan tumor dan sel-sel kanser. Juga, ia boleh mengurangkan ketidakselesaan semasa rawatan kemoterapi.

Melindungi terhadap influenza - ia mengimbangi reponses imun alahan alam sekitar dan pencemaran udara, berkesan melindungi kemudaratan oleh pelbagai virus, mikrob, yang termasuk demam, selsema, alahan, keradangan dan influenza.

Meringankan tekanan dan kelesuan - membantu mengatasi  kelesuan yang disebabkan oleh kebimbangan, tekanan, keletihan, dan gaya hidup aktif.

Kelewatan Penuaan - formula unik Nutriferon merangsang pengeluaran macrophage dalam usaha untuk mengurangkan radikal bebas, virus dan kuman pesat. Oleh itu, sel-sel menjadi lebih sihat.

Mengurangkan jangkitan pesakit Hepatitis B & C - keberkesanan Nutriferon dalam memerangi virus boleh mengurangkan jangkitan dan mengurangkan sebarang ketidakselesaan, misalnya, kembung, mual, dan lain-lain muntah pesakit Hepatitis B dan C.

Meningkatkan Menopaus - Membantu masalah yang timbul kerana menopaus seperti darah tinggi, kolestrol tinggi, peredaran darah dan pelbagai masalah lain.


Membantu masalah PMS - Terbukti secara klinikal untuk meningkatkan gejala-gejala yang disebabkan oleh ketidakseimbangan endokrin sistem iaitu menstrual cramps, sakit-sakit belakang, tender breasts, jerawat, keresahan, masalah tidak dapat tidur dan mood swing.

Nutriferon ni rasa dia sedap tau.. Orang kata, manis-manis buah gitu.. apa taknya, anak kembar saya pun suka makan camtu je.. Siap kalau jatuh atau langgar kerusi pun,nak makan nutriferon.. Hebat tak hebat la penangan sedapnya nutriferon ni.. hehehehe...

Untuk sebarang pesanan atau pertanyaan, sila hubungi saya ;

iR Zura
#starworldSID
013-6014583
Share:

Friday, March 21, 2014

Peranan Suami dalam Menjayakan Penyusuan Susu Ibu



Penyusuan Susu Ibu akan lebih berjaya dengan adanya sokongan daripada orang sekeliling terutamanya suami. Di sini saya nak cerita sedikit tentang peranan suami dalam menjayakan penyusuan susu ibu yang saya share daripada blog sarakids.com ditambah sedikit ulasan mengikut pengalaman saya.. ehhehehe...


Apa peranan suami dalam menjayakan penyusuan susu ibu?

1) Membuat Pilihan Bersama Isteri Untuk Melahirkan Anak di Hospital Rakan Bayi . 
Para suami perlu tahu betapa pentingnya penyusuan pada 1 jam yg pertama. Oleh itu galakkan isteri menyusu secepat mungkin selepas melahirkan anak. 
-Ketiga-tiga anak saya lahir di hospital yang sangat mengalakkan penyusuan susu ibu. Jadi tak ada alasan untuk tak nak menyusu badan. Bersalin anak ketiga, suami bawak ESP selepas saya bersalin sebab susu badan segan nak keluar. Lepas saya minum ESP, alhamdulillah baby kenyang.. 

2) Menjaga anak (yang lain) semasa isteri berpantang – 
 Itu adalah menjadi satu tanggungjawab bagi semua suami apabila isteri berpantang. Pada masa ini bapa perlu mengambilalih tugas isteri sekejap. Mungkin pada masa ini anak-anak yg lain akan berasa jauh hati sebab adik baru lahir. Jadi perhatian akan ibu akan teralih sekejap kepada adik. Jadi di sini pentingnya suami comfort anak2 yg lain supaya belajar sayang adik dan alihkan perhatian dgn bermain atau bawa mereka keluar dan biar isteri ada masa berkenalan dgn adik baru.
-Suami membantu menguruskan si kembar pada minggu pertama lepas bersalin. Mandikan, pakaikan baju, main sama2.. Yang penting, dapat kawal emosi si kembar.. Si kembar tak de lah jelous pun dengan baby.. Bonus untuk saya la ni. Dapat anak yang supportive..

3) Bangun tengah malam – 
salin lampin bayi dan kejutkan isteri untuk susukan anak. suami biasanya akan kejutkan isteri untuk susukan anak. Sebagai balasan kpd isteri yg telah menyusukan anak, suami kenalah tolong tukarkan lampin anak. Jadi isteri pun akan rasa dihargai kerana suami pun turut bangun memberi bantuan selain daripada tidur mati. hahaha
-Ni kalau suami tak nak bagi kerjasama, jawabnya kena tidur luar lah selama 3 bulan..hahaha...

4) Urutan membanyakkan susu . 
Kaedah urutan untuk membnyakkan susu biasanya diajar semasa kelas penyusuan. (suami ikut la pergi  kelas)  Siapa lagi nak tolong isteri kalau bukan suami. lagipun masa ini lah nak bermanja dari isteri dlm tempoh berpuasa suami. Perlu ingat, urutan menambah susu bukan urutan menambah anak. hahaha. 
-Errr... ni suami tak buat.. tukang urut je yang urut.. tapi suami tolong pegi jemput dan hantar tukang urut ni balik..

5) Bantu isteri menguruskan anak (burping), dukung bayi, mandikan bayi, buat kerja rumah. 
Biasanya ibu akan rasa sedikit penat selepas sesi penyusuan. Di sini suami boleh memainkan peranan menguruskan anak. Secara tak langsung, bonding akan wujud antara anak dan ayah. Perkara ini juga penting bagi memastikan hubungan anak dan bapa juga rapat.
-Mandikan baby waktu pantang memang suami tak berani, tapi burp kan anak dia boleh buat.. dukung baby pun dia sangat suka buat sampai baby selalunya tidur waktu walid dukung.. 

6) Hadapi situasi mencabar (ketika berpantang) bersama-sama . 
Emosi isteri semasa tempoh berpantang agak kurang stabil. Peranan suami sangat penting untuk memberi seberapa byk pertolongan kepada isteri supaya emosi isteri tidak terganggu. Suami juga perlu menggalakkan isteri untuk teruskan penyusuan pada masa berpantang dan teruskan lagi selepas habis berpantang. Tanpa sokongan moral dr suami, penyusuan susu ibu sepenuhnya mungkin gagal.
-Suami saya sangat menyokong penyusuan susu ibu untuk anak-anak kami

6) Support/sokong/bantu isteri menyusu anak di depan org ramai (in public). 
Disini practice make perfect. Mula2 mungkin tak biasa tapi lama2 senang je. Penting untuk bagi susu ibu pada anak bila2 dia nak. Jadi kena belajar menyusu di depan awam. Suami boleh tolong cover pada permulaan sehingga isteri biasa.
-Suami akan tolong pasangkan nursing poncho kalau tak sempat nak carik nursing room terdekat.. 

7) Memberi bantuan kewangan untuk isteri yang ingin meneruskan kerjaya untuk peralatan menyusu (pam susu, beg penyejuk). 
Bab duit suami mesti garu kepala, Tapi perancangan dari awal kehamilan mungkin dapat mengurangkan beban. Ramai yg tidak sedar bahawa kos untuk bayi yg menyusu susu formula lebih tunggi drpd bayi yg menyusu badan secara esklusif. Dari segi kos hospital dan klinik juga boleh jimat dan guna utk bawa anak pergi holiday instead of berulang alik ke klinik.
-Suami sponsor beli pakej pam manual dengan beg, ice pack dll.  Suami pun sangat rajin basuhkan aksesori pam dan botol susu. Hehehe.. dah isterinya malas nak basuh2 ni...

8) Yakinkan isteri bahawa anak hanya perlukan susu ibunya . 
Setiap mamalia yg dicipta oleh Tuhan didatangkan dengan makanannya iaitu susu ibunya.  Suami perlu percaya dgn khasiat semulajadi yg dicipta oleh Tuhan dalam susu ibu. Jangan terpengaruh dengan iklan komesial  drpd media kerana tiada yg terbaik bagi anak melainkan susu ibunya
-Suami saya sangat supportive, so tak pernah terdengar dia sebut nak bagi anak susu formula di waktu awal kelahiran sampai sekarang. Semua saya yang tentukan.. 


9) Galakkan orang lain (kawan2, saudara mara) untuk menyusu anak dgn susu ibu. 
Bagi suami yg berpengetahuan tentang kebaikan susu ibu, kongsi lah ilmu itu dengan rakan rakan dan kawan kawan supaya kesedaran pentingnya penyusuan susu ibu dapat ditingkatkan.

credit to sarakids.com

Banyak jugak sumbangan suami saya sepanjang saya menyusukan anak ni. Hehehe... tulis entry ni barulah perasan... hehehe.. by the way, thank you husband for ur cooperations... ;-)

Anda ingin mencuba Set Penyusuan Shaklee?  
Sebarang pertanyaan atau soalan, sila hubungi ;

Zura
013-6014583
Share:

Bengkung : Rahsia untuk perut cantik dan rata



Perut buncit, menggeleber, lembik dan regangan selepas bersalin. Sakit mata tengok kan? Di sinilah pentingnya penggunaan bengkung tau terutama sekali untuk ibu yang baru bersalin. Tak kisahlah bengkung tradisional ataupun bengkung moden.


Berbengkung dikatakan mampu membantu ;

  1. mengempiskan bahagian perut
  2. mengurangkan berat badan
  3. mengetatkan perut dan otot-otot yang longgar semasa kehamilan
  4. menggalakkan postur yang baik
  5. membantu penyusuan bayi
  6. memecahkan lemak dan selulit
  7. menegangkan kulit yang menggeleber
  8. menghalang perut daripada dimasuki angin semasa berpantang
  9. sebagai sokongan kepada perut selepas bersalin
  10. ia juga mengelak daripada berasa sakit semasa batuk atau bersin
  11. dijadikan korset untuk menguruskan badan dan mengempiskan perut
Banyak faedah rupanya kan berbengkung ni. Sebab tu jangan ambil ringan hal berbengkung ni tau. Ini memang amalan yang saya amalkan setiap kali berpantang. Bertungku memaang selalu miss, tapi aktiviti berbengkung memang wajib untuk saya.. hehehe...

Anda sedang mencari Set Berpantang? Jom berpantang secara moden dengan Set Berpantang Shaklee.. 
Untuk sebarang pertanyaan atau pesana, sila hubungi

Zura
013-6014583
Share:

Thursday, March 20, 2014

MEALSHAKES membantu si manja kekal aktif dan ceria


Ni lah anak bujang kembar saya.. 3 tahun dah sekarang.. Dah diperkenalkan dengan Mealshakes Shaklee sejak umur setahun lebih.. Kenapa? Okay, macam ni...

Anak2 saya ni ada masalah sembelit yang sangat kerap, selalu demam dan batuk, dan tak suka makan nasik.. Menyusu je.. Ibu-ibu pernah tak alami masalah macam ni? Mesti lah risau kan? Sama lah macam saya.. So, saya banyak lah cari info tentang masalah-masalah ni sampailah terjumpa info tentang mealshakes.. Terus la beli..

Alhamdulillah, memang positif perubahan dorang.. Selera makan meningkat.. Selalu kalau masak, memang jarang lah nak habis.. Sekarang seronok lah nak masak bila ada orangnak makan.. Sekarang, dah dekat time tidur malam pun, boleh mintak biskut lagi..

Sembelit? Alhamdulillah, dah jarang sangat lah sembelit.. Hari2 memang smooth je perjalanan poo poo dorang.. Demam pun dah jarang.. Kadang-kadang 3 4 bulan sekali barulah demam..

Setiap pagi saya buat susu dorang campur satu scoop kecik je mealshakes ni..so satu canister boleh tahan 1 ke 2 bulan. Saya pun minum jugak mealshakes ni buat campur dengan esp dan milo. Sebab mealshakes ni sedap rasenye.. Hehehe...

Alhamdulillah dipertemukan dengan Mealshakes ni..Anak2 saya kekal aktif dan ceria, danyang paling penting, sihat.. :-)

Pastikan anda mendapat panduan yang betul bila ambik supplemen ye..

Untuk pesanan atau pertanyaan, sila hubungi ;

Zura
013-6014583
Www.facebook.com/mysuperhealth
Share:

Friday, March 14, 2014

Beza GLA Complex dengan EPO


Kebanyakkan GLA (gamma-limolenic acid) tersedia di pasaran dihasilkan daripada Evening Primrose Oil, manakala GLA Complex Shaklee diekstrak dari BORAGE yang mengandungi 2 KALI GANDA GLA daripada EPO. Borage juga adalah 3 kali lebih dari segi bioavailabiliti dan 3 kali lebih berkesan daripada EPO. Shaklee mengekstrak GLA dari borage yang ditanam secara organik di kawasan Saskatchewan.

Setiap kapsul mengandungi lebih 300mg GLA yang mana ianya adalah sumber terbaik Omega-6. Ianya digabungkan dengan minyak Sunflower dan vitamin E untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya. Kesegaran dan keberkesanannya terpelihara oleh ShakleeGuard, anti oksidan semulajadi yang dipatenkan. Bioavailabilitinya dibuktikan secara klinikal dimana ianya mampu menyerap dan mengadun ke dalam sel dan tisu.

Fungsi Utama GLA Complex?

-merawat ulser
-mengeluarkan virus
-melegakan kelesuan
-meringankan lebas urat
-membersihakan kahak
-meningkatkan stamina
-Mengawal selia estrogen dan testosteron
-membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormon lelaki dan wanita
-memperbaiki simptom PMS (sakit, mood swing, retensi air, sakit payudara)
-melambatkan menopouse
-memperbaiki masalah prostat lelaki dan kerap kencing
-meningkatkan sistem imun tubuh
-menghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser
-memperbaiki inflamasi kulit
-menghalang komplikasi diabetes
-melangsingkan badan
-menghalang pertambahan berat badan
-menghalang tekanan darah tinggi
-memperbaiki tekstur rambut
-meningkatkan kesuburan

GLA Complex bukan hanya untuk perempuan je tau. Lelaki pun boleh consume GLA Complex. Ianya sama penting seperti asid amino tidak noleh dihasilkan oleh tubuh manusia, tetapi diperolehi daripada makanan.

Untuk sebarang pertanyaan atau pesanan, sila hubungi;

Zura
012-6014583
mysuperhealth@yahoo.com.my
Share:

Thursday, March 13, 2014

Masker Alfafa Menegangkan Kulit Muka


Haa... Siapa kata alfafa untuk ibu menyusu sahaja? Banyak lagi fungsi alfafa ni tau. Alfafa ni juga berfungsi dalam meningkatkan sistem penghadaman, mengurangkan sembelit dan gastrik. Untuk sang isteri, alfafa complex membantu merapatkan keintiman tau.. Nak tau betul ke tak, kena cuba lah..

Fungsi lain yang nak saya kongsikan hari ni ialah alfafa complex juga boleh dibuat masker muka tau. Senang je, Ambil beberapa biji alfafa, cairkan dgn air kemudian tepek je kat muka. Biarkan kering selama 2 - 3 jam atau semalaman, dan bilas dengan air suan.. Kalau nak kesan yang lagi nice, boleh campur vita c plus sekali..

Hasilnya muka akan rasa lebih segar, tegang dan halus.. Buat masker ni 2 ke 3 kali seminggu bagi mendapatkan hasil kulit yang lebih aummmm gitu...

Selamat mencuba.. :-)

Zura
013-6014583
MY Super Health
Share:

Wednesday, March 12, 2014

LET'S SHAKE2 WITH MEALSHAKES, PERFORMANCE ORANGE & ESP


Jom shake2 untuk family anda...

Susu + mealshakes dalam botol susu tu untuk si kembar saya.. Umur 3 tahun.. Kenapa saya pilih mealshakes untuk diorang? Sebab diorang selalu demam, sembelit dan kurang makan (cerewet). Tapi bukanlah saya bagi mealshakes ni sebagai makanan utama diorang. Saya masak jugak untuk diorang. Lepas mula bagi mealshakes ni, Alhamdulillah selera dorang makin baik, jarang demam, jarang sangat sembelit. So ambik mealshakes ikut dos yang ditetapkan bukan bancuh macam minum susu (5 scoop ) pulak..

Bila selera makan dah bertambah, sedap sikit masak bila ada orang nak makan. Dah tentu bagi makan nasik kott. Anak saya suka makan nasik+ikan goreng or rebus+sup sayur. Makan sendiri boleh tapi ikut mood diorang lah. Saya lagi suka suapkan. Hehehe.. Kecik-kecik ni lah nak bersuap2 gitu..

Performance Orange Ice tu untuk suami.. My weekend husband ni kalau balik rumah memang semua kerja lipat kain,susun kain basuh botol, sterile botol dan lain2 saya sub kat suami.. So dia tidur pun lambat. Esoknya flat so saya bagi POI ni untuk boost energy dia.. Hihihihi..

ESP untuk saya dan baby lah.. Eh bukan lah bagi baby minum. Saya yang minum dan menyusukan baby.. So dia dapatlah benefit tu kan.. Compare dari kembar dulu, baby ni agak cepat perkembangan dia. Sekarang 7 bulan.. dah merangkak, berdiri, duduk & gigi dah ade 4.. Mungkin khasiat supplemen Shaklee yang saya amik waktu pregnant dan menyusu.. Tapi ape pun, punca utamanya semestinya hanya Allah yang lebih mengetahui..

Tu je lah nak share pasal minuman kegemaran saya dan keluarga.. Jom la try.. Sedap dan sihat.. Tak percaya? Sms/whatsapp/we chat saya sekarang.. :-)

Zura
013-6014583

posted from Bloggeroid

Share:

10 Info Tentang Kulit Bayi Baru Lahir

Bayi yang baru lahir tidak semestinya berkulit halus dan lembut kan. Perlu kita ketahui bahawa kebanyakan bayi terdedah kepada kerengsaan kulit dalam beberapa bulan pertama. Berikut adalah info tentang kulit bayi baru lahir yang perlu ibu-ibu chantek di luar sana ketahui..


  • Terdedah kepada ruam - sesetengah baby baru lahir ditumbuhi ruam atas sebab banyak faktor; kulit sensitif, alah kepada makanan yang ibu makan, alah kepada sabun, ruam susu
  • Elak ruam lampin - ruam lampin berlaku kerana kerengsaan kulit kerana lampin terlalu ketat, lampin basah dibiarkan terlalu lama, atau disebabkan detergen, lampin, wet tissue yang mengandungi bahan kimia keterlaluan
  • Jerawat dan bintik putih- 'jerawat' bayi ada kaitan dengan yis, boleh hilang dengan sendiri dalam beberapa minggu
  • Tanda lahir - 1 daripada 10 bayi mempunyai tanda lahir. Ada yang berwarna gelap, cerah atau berbulu dan tidak diwarisi. Tanda lahir tidak memerlukan rawatan.
  • Kulit kering - bayi yang dilahirkan melebihi tarikh jangkaan bersalin akan mengalami kulit kering, menggelupas dan kering.
  • Kepala berkerak - Keadaan ini dipanggil dermatitis seborrheic yang disebabkan oleh minyak berlebihan dan muncul sebagai bersisik, berlilin, ruam merah pada kulit kepala, kening, kelopak mata, sisi hidung atau belakang telinga. Keadaan ini biasanya hilang dalam tahun pertama
  • Ruam panas - biji kecil kemerahan inin biasanya muncul pada bahagian tubuh baby yang terdedahkepada peluh seperti leher, kawasan lampin, ketiak dan pada lipatan kulit. Cara merawat ; dedahkan bahagian tersebut kepada persekitaran yang lebih dingin, kering dan pakai pakaian kain kapas longgar
  • Masa mandi - mandi air suam 3-5 minit . Jangan rendam bayi terlalu lama . Sapukan losyten selepas mandi. 
  • Milia - 1 daripada 2 baby memiliki milia iaitu keputih-putihan. Biasanya muncul pada hidung dan muka. Keadaan ini disebabkan oleh kepingan kulit yang menyekat kelenjar minyak. Milia akan hilang dengan sendiri
  • Produk penjagaan kulit - guna detergen yang lembut dan khas untuk mencuci segala-galanya yang dipegang oleh baby anda. Sebaik-baiknya biarlah dari sumber semulajadi dan rendah kandungan kimianya.
Pilihan saya semestinya barangan Get Clean Home Care System dari Shaklee. Ia didatangkan dengan produk penjagaan kebersihan iaitu Basic-H2 Organic Super Cleansing Concentrate, Dish Wash  Concentrate, Fresh Laundry Concentrate dan Soft Fabric Concentrate  Jimat penggunaan dengan harga berpatutan... :-)

Basic-H Organic Super Clenasing Concentrate - multi-purpose cleaners
Dish Wash  Concentrate - mencuci pinggan mangkuk secara berkesan 
Fresh Laundry Concentrate (Powder) - mencuci pakaian dengan selamat, berkuasa dan semulajadi
Soft Fabric Concentrate - mengurangkan kedutan pada pakaian anda

Get Clean Home Care System dari Shaklee berupaya membantu anda menjaga kebersihan dan kesihatan bayi dan seluruh keluarga anda gitu.. :-) Jom bertukar ke arah keluarga yang lebih sihat, selamat dan bebas bahan kimia..

Untuk sebarang pertanyaan atau pesanan, sila hubungi :

Azura
sms/whatsapp/we chat : 013-6014583

FB Fanpage : MY Super Health
Share:

Tuesday, March 11, 2014

Shaklee Membantu Merawat Rheumatoid Arthritis

Artritis bermaksud "radang sendi". Ia sejenis penyakit “autoimmune disease” dimana sistem pertahanan diri menyerang badan sendiri dan keadaan ini memberi kesan kepada sendi, tisu-tisu yang mengelilingi sendi dan tisu perantaraan yang lain.

Untuk lebih memahami apa yang berlaku apabila seseorang mengalami radang sendi, mari kita kaji bagaimana sendi-sendi didalam badan bekerja. Pada asasnya, sendi adalah satu tulang bergerak pada tulang yang lain. Ligamen memegang dua tulang bersama-sama. Rawan pula meliputi permukaan tulang untuk menghentikan dua tulang daripada bergesel secara langsung terhadap satu sama lain. Lapisan rawan membolehkan sendi untuk bekerja dengan lancar dan tanpa rasa sakit. Ruang dalam sendi mempunyai cecair sinovial. Cecair sinovial lah yang bertanggungjawab menyuburkan sendi dan tulang rawan.

Faktor usia turut mengurangkan kadar cecair sinovial didalam sendi. Ia adalah biasa di kalangan orang dewasa 65 tahun dan lebih tua, tetapi ia boleh memberi kesan kepada semua peringkat umur dan bangsa.

 Antara simptom RA ni ialah 
> Kelesuan

> Kekejangan sendi, terutama pada waktu pagi (kadangkala berlarutan melebihi sejam) dan apabila duduk terlalu lama. Lebih lama sakit pada waktu pagi, bermakna penyakit itu lebih aktif.

> Sendi menjadi bengkak, merah, panas dan sakit.

> Lebih daripada satu sendi berasa sakit.

> Ada gejala seperti diserang virus influenza (seolah-olah selesema teruk) dan demam.

> Sendi terasa lebih sakit bila duduk lebih lama.

> Kesakitan sendi bersifat simetri (sendi sama pada kanan dan kiri akan terasa sakit).

> Serangan penyakit datang dan pergi berselang seli.

> Ada benjolan yang tidak sakit di bawah kulit, biasanya pada siku. Bagaimanapun, bukan semua pesakit ada gejala ini (satu daripada lima pesakit). Jika ada, bermakna penyakit sedang 'rancak' menyerang.

> Sakit otot.

> Hilang selera makan dan berat badan menurun.

> Murung.

> Anemia (kurangan darah).

> Selesema.

> Tangan dan kaki berpeluh.

> Mulut dan mata menjadi kering kerana RA menyebabkan kelenjar di mata dan mulut kurang menghasilkan air mata dan air liur.

Rawatan

>Perubahan gaya hidup yang lebih sihat

> Ubat-ubatan

> Pembedahan

> Pemeriksaan kesihatan berkala

> Terapi Alternatif

Shaklee mencadangkan Set Sendi untuk mereka yang mempunyai masalah Artritis Reumatoid. Set Sendi ini terdiri daripada Advance Joint Healt Tablet dan Ostematrix. Boleh juga ditambah dengan Omega Guard mengikut kepeluan anda,



AJHT membantu dengan cara

  1. Menyokong keselesaan sendi
  2. Memelihara tisu penyambung yang sihat
  3. Meningkatkan kesan kusyen pada sendi
Ostematrix membantu mengatasi masalah sendi. Kajian menunjukkan pengambilan kalsium berlebihan bukan sahaja membantu menguatkan tulang-tulang, tetapi juga bantu mengurangkan gejala-gejala osteoarthritis.

Omega Guard pula bertindak dengan cara 
  1. Melambatkan degradasi tulang rawan
  2. Boleh mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi - mengurangkan gejala-gejaladalam penyakit sendi
  3. Bertindak sebagai pelincir –> membantu bergerak lebih bebas apabila sendi-sendiberkeriat-keriut & sakit
Kajian terkini menunjukkan pengambilan asid lemak  omega- 3 bersama glukosamina dapat meningkatkan kesihatan sendi daripada mengambil glukosamina sahaja.

Untuk pertanyaan atau pesanan, sila hubungi 

Azura
sms/whatsapp/we chat : 013-6014583

FB Fanpage : MY Super Health
Share:

Monday, March 10, 2014

Pantang Larang Ketika Hamil

Kehamilan adalah sesuatu yang amak ditunggu-tunggu oleh pasangan suami isteri. Anak adalah anugerah dari Allah yang mampu menceriakan hidup kita. Kebiasaannya ketika hamil, orang-orang tua sering mengingatkan kita tentang beberapa pantang larang kan. Kadang-kadang macam tak masuk akal. Tapi sebagai menghormati mereka, ambik jugak lah perhatian. Okey, ni sedikit pantang larang ketika pregnant yang saya jumpa dalam salah satu blog. Jom baca…

a) Jangan minum air kelapa dan air nenas pada trimester pertama.
* dikhuatiri bayi akan gugur.

INFO :  Terdapat dakwaan menyatakan kebimbangan bahawa memakan nenas boleh menyebabkan keguguran di awal kehamilan atau mempercepatkan proses kelahiran jika wanita itu berada di akhir kehamilan. Ini kerana nenas mengandungi enzim bromelain yang dikatakan mampu melembutkan pangkal rahem (cervix) seterusnya mempercepatkan proses kelahiran. Walau bagaimana pun belum ada kajian yang lengkap mengenai dakwaan ini.

b) Jangan mengikat mati benang, plastik atau sebagainya.
* dikhuatiri ibu sukar melahirkan.

c) Jangan mengetuk dinding rumah.
* dikhuatiri uri bayi akan melekat pada rahim, biarpun bayi telah selamat dilahirkan.

d) Jangan mandi malam.
* dikhuatiri air ketuban akan berlebihan sehingga memudaratkan bayi dlm kandungan.

e) Jangan banyak minum ais.
* dikhuatiri saiz bayi akan besar dan sukar dilahirkan. Ada juga sesetengah pendapat
mengatakan takut bayi mudah dijangkiti demam kuning.

f) Elakkan minuman bergas dan kafein.
* dikhuatiri kandungan mudah gugur.

g) Jangan lilit tuala pada leher dan pada rambut (utk keringkan rambut)
* dikhuatiri tali pusat akan melilit leher bayi.

h) Kurangkan mkn buah oren.
* dikhuatiri bayi dilahirkan byk kahak.

i) Elakkan membuat kerja2 menjahit.
* dikhuatiri tali pusat anak akan berbelit dan sukar melahirkan.

j) Apabila terlihat benda yg pelik, cepat2 beristighfar.
* dikhuatiri bayi akan mengenan.

k) Kurangkan mkn pisang.
* pisang menyebabkan rambut bayi terlalu lebat.

l) Jangan memburu atau membunuh binatang. (bg suami dan isteri)
* dikhuatiri sukar utk bersalin.

m) Jangan mkn betik muda.
* getah yg ada padanya menyebabkan kandungan boleh gugur.

Bila baca, macam ye macam tidak je kan. Tapi apa pun, ingatlah Allah Maha Berkuasa. Apa pun yang berlaku semuanya dengan izin Allah. Sebagai ibu hamil, penting untuk kita selalu berhati-hati sepanjang masa. Pemakanan pun mesti dijaga dengan betul sebab kita makan untuk dua orang kan? Selalu saya katakan pada diri sendiri, Enjoy The Moment setiap kali pregnant. So, ENJOICE!! Hehehehe…


Untuk pertanyaan dan pesanan, sila hubungi

sms/whatsapp/we chat : 013-6014583

FB Fanpage : MY Super Health
Share:

Sunday, March 9, 2014

Pray For MH370

Entry kali ni agak OTT jugak daripada Shaklee.. Umum dah tau pasal pesawat MH370 yang dhilang dan masih belum dapat dikesan tu. Semoga semuanya selamat. Saya yang tak ada sedara mara atau kenalan dalam flight tu pun rasa sangat risau dan sedih, apatah lagi waris mangsa. Mari kita doakan yang terbaik untuk semua penumpang ye. Semoga Allah sentiasa melimdungi mereka.. Aminnn...
Share:

Saturday, March 8, 2014

Dah kenapa kena minum air banyak?

Kepada anda yang ambik supplemen, selalu dinasihatkan untuk banyak minum air kan? Lebih spesifiknya air kosong la dan sekurang-kurangnya 3 liter sehari..  Kenapa lah agaknya ye?

FYI, supplemen Shaklee khasnya membebaskan toksin dalam badan serta membaiki sel-sel rosak. Maka, akan selalu berlaku healing crisis kepada badan. Di sini lah air berperanan untuk meneutralkan badan kita semasa proses pemulihan.

Mengambil supplemen jugak menyebabkan darah akan menjadi pekat. Maka, air juga membantu mengawal kepekatan darah dalam badan serta mengelakkan dehidrasi.

Saya sendiri minum air yang banyak dalam sehari sejak anak dara lagi. Sekarang, disebabkan menyusu badan, so dah terbiasa lah dengan amalan ni.

Mungkin ada yang kata tak biasa minum air banyak2 dan malas nak ke toilet kerap kali. Okay,ni ada sedikit tips untuk anda.

1. buat jadual minum air dalam sehari. mungkin anda boleh limitkan pukul 6 pagi, minum berapa ml..pukul 8 minum berapa ml.. dan buat secara konsisten

2. kalau tak suka rasa air kosong yang agak plain tu, cuba perah atau titis beberapa titik limau ke. tak pun sirap 2 3 titik.. jgn tuang separuh gelas pulak ye.

3. timing waktu anda nak ke toilet. jangan bagi alasan malas minum air sebab malas nak pergi toilet. parah macam tu.

Okay lah, jangan lupa tau minum air  at least 3 liter sehari. bagus untuk kesihatan anda dan awet muda jugak. Kalau tak percaya, cuba lah.. :-)
Share:

Aktiviti Keluarga Islam yang Terbaikkkk...



Hati yang suci menyukai kebaikan. Justeru murnikan setiap saat dan minit yang ada bersama keluarga dengan melakukan perkara yang disukai oleh Allah SWT demi mencari keredhaan-Nya.
Antara aktiviti yang boleh kita jalankan bersama keluarga ialah ;

  • Solat berjemaah
  • Membaca Al-Quran dan memahamkan maksudnya
  • Kuliah selepas menunaikan solat fardhu
  • Menghidupkan malam dengan solat malam
  • Ke majlis ilmu seperti bengkel dan ceramah
  • Amalan sunat seperti puasa sunat setiap Isnin, Khamis dan setiap 13, 14, dan 15 hari bulan Islam
  • Melihat kebesaran Allah SWT dan mengucapkan Subhanallah apabila melihatnya sebagai tanda mengakui kebesaran-Nya
  • Berzikirlah bersama isteri dan anak selepas solat berjemaah. Jadikan ia sebagai amalan harian
  • Bersedekah apa sahaja kepunyaan kita sama ada tenaga, ilmu, wang dan sebagainya
  • Menunaikan umrah atau haji bersama-sama jika berkemampuan
sumber : pama

Indahnya Islam.. Alangkah bagusnya kalau kita dapat amalkan aktiviti-aktiviti tersebut sepanjang masa sedari anak dari kecil lagi.. Jom kita terapkan kepada anak-anak.. Semoga keluarga kita sentiasa dalam lindungan Allah.. Insya Allah... 

Selamat berhujung minggu, kawan-kawan... :-)
Share:

PROMOSI MAC 2014 : Energising Soy Protein

Photo: Let's do maths.!

Beli 6 canister ESP...........
<3 FREE 1 esp = RM 150
<3 FREE Membership = RM75
<3 CASH Rebat = RM37

Berapa dah anda jimat?? 
RM 262....
Pandaiiii.... 

So, jom ajak kawan2, sedara mara kongsi beli..
Sama-sama kongsi kebaikan ESP... Jom!!
Boleh order dengan saya ye... PM je anytime.. :-)



Bila dapat je info tentang promosi bulan ni, rasa macam nak melompat.. Sebab ESP merupakan salah satu produk Shaklee yang saya sendiri sukadan amalkan sejak pregnant kali ke dua.. hehehe..
Bulan ni Promosi Beli 6, Percuma 1.. best.. jarang kan orang nak bagi tawaran harga macam ni.. Jimat berganda-ganda.. Meh saya buat sikit calculations eh..

Beli 6 = RM 900 (harga retail)
Apa anda dapat?

Percuma 1 ESP = RM 150
Percuma Keahlian = RM 75
Cash Rebat (Bonus) = RM37

Anda JIMAT RM262

Best kan? Boleh lah nak share beli dengan mak, mak cik, kawan-kawan.. Cukup 6 canister anda order, dah dapat free 1. Jimat dah stok ESP untuk dua bulan akan datang. Lepas tu dapat pulak keahlian percuma Shaklee.. Boleh guna untuk makan sendiri atau bisnes.. Lagi satu cash rebat dalam bentuk cash atau cek pun confirm anda dapat tau.. Pendek kata, memang tak rugi lah kalau nak grab 6 ESP bulan ni sekaligus..

By the way, siapa yang tak tau apa benefit ESP? Meh saya nak cerita sikit mengenai ESP..

ESP adalah makanan tambahan berasaskan kacang soya yang memiliki kualiti protein yang tinggi yang pernah dihasilkan. Kacang soya yang digunakan oleh Shaklee hanya mengandungi non-GMO ( non- Genetically Modified Organism) yang mana ia diproses pada kadar suhu yang rendah. Setiap satu caanister (850 g) ESP dihasilkan oleh 30 kg kacang soya dan memberikan sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama.

Faedah dan Kebaikan ESP


  1. awet muda
  2. membantu merendahkan paras kolestrol, 
  3. mencegah risiko osteoporosis dan sakit jantung
  4. mencegah perebakan sel kanser
  5. membantu memulihkan uterus, ovari
  6. membantu menangani simptom menopous
  7. merangsang pembentukan semula kulit dan otot
  8. mengurangkan kedutan
  9. agen anti-penuaan
  10. mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot
  11. mempercepatkan proses penyembuhan luka
  12. mengurangkan kesan parutt
  13. membekal tenaga segera
  14. meningkatkan sistem imun
  15. mencegah migrain, imsomnia dan tekanan
  16. membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur
  17. membaiki masalah pigmentasi
  18. meningkatkan kualiti memori
  19. meningkatkan dorongan seksual
Wah..banyak kan faedah ESP ni.. Banyak lagi faedah yang boleh anda dapat daripada ESP ni.. Semuanya bergantung kepada badan anda dan cara anda consume..


Untuk sebarang pertanyaan atau pesanan, anda ; hubungi saya ;

ZURA 
sms/whatsapp/we chat :013-6014583

FB Fanpage : MY Super Health
Share:

Wednesday, March 5, 2014

Tips elak sembelit



Anda selalu tak alami masalah sembelit? Okey, jom baca tips elak sembelit ni..


JAGA DIET
Banyakkan makan buah-buahan, sayur dan bijirin yang sememangnya kaya dengan kandungan serat.

MINUM AIR MENCUKUPI
Banyakkan minum air iaitu melebihi dua liter sehari. Cara mudah untuk memastikan badan kurang air ialah melalui kepekatan warna air kencing. Jika kuningnya terlalu pekat, maka minumlah lebih banyak air.

UBAH GAYA HIDUP
Mulalah bersenam secara teratur. Senaman mampu meningkatkan tahap metabolisme. Apabila hal ini terjadi, proses peristalsis menjadi pantas lalu memudahkan anda membuang najis.

WUJUDKAN TANDAS SELESA
Pastikan persekitaran tandas adalah bersih, berbau segar, tiada gangguan dan lain-lain yang boleh membantutkan mood anda untuk 'membuang'.

OSTEMATRIX, ALFAFA COMPLEX DAN HERBLAX adalah di antara produk Shaklee yang boleh membantu anda mengatasi masalah sembelit.. Pilihan saya? Ostematrix dan Alfafa Complex kerana sesuai mengikut keperluan saya sebagai ibu menyusu..

Untuk pertanyaan atau pesanan, sila hubungi saya di talian 013-6014583 (sms/whatsapp/we chat)

FB : MY Super Health

Share:

Tuesday, March 4, 2014

Cara Tingkatkan Kesuburan

ANDA INGIN HAMIL???

Photo: Anda ingin hamil?

Tingkatkan peluang untuk hamil dengan Set Kesuburan Shaklee..
Teruskan usaha anda... Jangan give up..

Jemput PM saya, atau
Sms/whatsapp 0136014583


Hari ni saya nak share sedikit tips untuk meningkatkan kesuburan dan menambahkan peluang untuk hamil..

BUANG TABIAT BURUK
Sebaik sahaja anda merancang untuk hamil, suami yang mungkin seorang perokok perlukan hentikan tabiat tersebut. Ini kerana kandungan rokok yang membahayakan akan mengurangkan peluang anda untuk hamil serta mungkin berpotensi untuk menyebabkan keguguran atau kelahiran pra-matang.

BERAT BADAN SIHAT
Wanita yang memilik berat badan kurang (BMI < 20) atau lebih berat badan (BMI > 20)dikatakan sukar dan memerlukan masa yang lebih panjang untuk hamil. Dapatkanlah berat badan yang ideal supaya lebih mudah untuk hamil, malah lebih cepat untuk kembali langsing selepas kelahiran

KURANGKAN KAFEIN
Penggemar kafein perlu kurangkan pengambilannya jika mahu hamil. Kafein menyebabkan zat besi sukar diserap sehingga boleh meningkatkan risiko untuk menghidap anemia bila anda hamil nanti.

SPERMA SIHAT
Untuk mendapatkan sperma yang sihat, anda dan suami perlu sama-sama bekerjasama mewujudkan persekitaran mesra sperma. Jadi elakkan penggunaan penyembur faraj, tampon atau apa-apa jua pelincir yang boleh menghalang laluan sperma.

BERSAMA SETIAP HARI
Telur (ovum) tidak mempunyai jangka hayat yang panjang. Ia hanya bertahan 1-2 hari sahaja, tetapi sperma hidup lebih lama iaitu 3-5 hari. Bagi meningkatkan peluang untuk hamil, anda boleh bersama setiap malam pada hari ke 11, 12, 13,14, 15 dan 16 bagi mendapatkan waktu optimum hari subur. Melalui cara ini, hari subur anda dianggarkan akan berlaku pada hari ke 14. Namun, ia hanya boleh digunakan oleh anda yang mempunyai kitaran haid 28 hari.

Selamat berusaha, berdoa dan tawakal... :-)

Superummi Zura,
sms/whatsapp/we chat : 013-6014583
Share:

Sunday, March 2, 2014

Kucing Penyebab Keguguran?

Apakah punca keguguran berulang? Perluka rawatan khusus untuk merawatnya?




Terdapat beberapa faktor atau punca yang dikaitkan dengan keguguran berulang. Faktor utama kebanyakan keguguran dikatakan berpunca daripada masalah janin itu sendiri yang mempunyai masalah genetik atau kromosom yang menyebabkan janin itu tidak dapat membesar dengan baik. Janin memerlukan kromosom yang sihat dan tersusun dengan sempurna. Mungkin keadaan kromosom itu tertinggal atau tersalah kedudukannya semasa pembentukan janin sebaik sahaja selepas persenyawaan. Hasilnya, janin itu akan mati sejak dari awal.

Wanita yang mengalami penyakit endometriosis dan fibroid juga kadang-kadang mengalami keguguran biarpun usia kandungan sudah memcecah antara empat hingga lima bulan. Jangkitan kuman pada darah wanita yang mengandung ialah salah satu penyebab keguguran berulang.

Sejenis parasit toksoplasmosis yang ada pada badan kucing juga boleh menyebabkan keguguran. Oleh itu, bagi wanita yang sering mengalami keguguran dan memelihara kucing, perlulah sentiasa berhati-hati. Walaupun kucing peliharaan dijaga dengan baik dan bersih, tetapi parasit itu tetap ada pada bulu-bulu kucing dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Sebenarnya tiada rawatan khusus bagi masalah keguguran. Biasanya, selepas pemeriksaan dilakukan, jika ujian yang dilakukan mendapati wanita tetsebut mengalami masalah tertentu, contohnya diabetes, rawatan diabetes akan diberikan untuk mengawal paras glukosa dalam darah pada aras yang paling optimum sebelum mengandung.

Seorang wanita yang ingin mengandung harus amalkan pemakanan berkhasiat daripada peringkat awal lagi selain mengambil asid folik dan vitamin. Kalau boleh wanita yang mengandung diberi cuti rehat pada peringkat awal. Anda juga digalakkan berehat, banyakkan baring dan tenangkan fikiran.

Sumber ; Pancasihat

Apa yang menyebabkan keguguran berulang sebenarnya? Wallahualam.. Semua tu rahsia Allah kan.. Apa pun, sesungguhnya kita hanya merancang, tuhan yang menentukan.. Yang penting, kita mesti berusaha..

Saya juga nak share, Energising Soy Protein (ESP) boleh membantu menguatkan rahim tau... Insha Allah.. Boleh hubungi saya untuk info lanjut ye.. :-) 

Superummi Zura
Sms/whatsapp/we chat : 013-6014583 FB Fanpage : MY Super Health
Share:

Saturday, March 1, 2014

Tips Mengatasi Anak Sembelit atau cirit-birit




Anak anda ada masalah sembelit atau cirit-birit? Hari ni saya nak share sikit beberapa tips mengatasi anak sembelit dan cirit birit untuk kanak-kanak setahun ke atas. Tips ni memang saya praktikkan kepada si kembar. Alhamdulillah, membantu jugak selain amalkan ambil Mealshakes..

Tips atasi anak sembelit

1. Ketika anak sembelit, sebaiknya jauhkan makanan2 ni iaitu BRAT ; banana, rice, apple sauce & toast.. 
-Kenapa pisang tak boleh? Untuk orang dewasa, yes membantu tapi bagi kanak-kanak yang tak sesuai sebab pisang boleh mengeraskan lagi najis..
-Beras (nasi/bubur) juga tak sesuai ketika sembelit. Gantikan dengan sumber karbohidrat yang lain, contohnya spagetti, pasta, oat dan lain2..
-sos epal atau unsur epal  juga tak sesuai diberi ketika kanak-kanak sembelit
-toast atau roti bakar 
Makanan-makanan di atas boleh menjadikan sembelit semakin teruk

2. Beri anak makan buah-buahan yang bermula dengan huruf P (in english), contohnya ; papaya, plum, prun, pear, pineapple, peach dll
(note : Also, FRUITS EATEN WITH THE PEEL ON WILL MAKE YOU POOP! Peaches, pears, plums, grapes, blueberries, raisins, berries, cherries, cranberry, dates, prunes, figs, etc)

3. Amalkan beri anak minum air masak setiap hari. 

4. Untuk sukatan susu, kalau sembelit, pekatkan susu anak. Bukan macam orang dewasa tau. 

5. Cuba sapukan baby oil pada sekeliling lubang dubur anak supaya senang untuk dia  buang air besar


Tips Atasi Anak Cirit-Birit

1. Kalau cirit birit, elakkan makan buah-buahan P yang saya sebutkan tadi

2. Beri anak BRAT

3. Amalkan beri anak minum air masak setiap hari

4. Untuk sukatan susu, cairkan susu anak

TIPS UNTUK MUDAH INGAT ;
Sembelit, ambik P fruit, pekat susu
CiritBirit, ambik BRAT, cair susu

Setakat tu je lah tips nak share.. Semoga memberi manfaat kepada semua.. Salam sayang untuk semua.. :-)

Superummi Zura,
013-6014583
Share:

Saya Azura

Bonjour & Welcome

Saya ibu kepada 3 orang putera dan seorang puteri. Menyertai Shaklee sejak tahun 2013 dan berada dalam rank Supervisor. Saya bersedia memberikan perkhidmatan terbaik untuk anda..

Follow Azura

Paling diminati