Thursday, October 31, 2013

Doa menambahkan susu badan

Assalamua'laikum semua.. Saya nak kongsi doa untuk menambah susu daripada seorang teman ni.. :-)

Doa untuk menambahkan susu:

"Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan..
Ya Allah seberapa banyak susu yang aku perolehi hari ini , penuhilah dengan rahmatMu dan keberkatan di sisiMu. Semoga dengan keberkatanMu, susu yang sedikit menjadi banyak dan kenyang buat anakku"

Sambil baca letakkan tangan pada payudara dan doa semoga Allah murahkan rezeki untuk ibu dan anak menyempurnakan penyusuan hingga 2 tahun.

Amalkan Surah al-Hujurat & al-Kauthar

Zikir Ya Matin (70x) setiap malam & subuh atau  hembuskan pada air & minum.


Surah Yasin ayat 72-73
Baca Selawat dan Bismillah sebelum menyusu dan mengepam

Tetapkan niat yang betul untuk menyusukan anak.. Insha Allah.. Sama-sama kita berdoa ye.. :-)

Share:

Friday, October 25, 2013

Testimoni Energising Soy Protein

Salam Jumaat semua.. Hari ni saya nak share sikit testimoni Energising Soy Protein (ESP) yang super duper hot selling tu..



Saya sendiri dah amalkan ESP ni sejak akhir pregnancy dan teruskan sampai sekarang (3 bulan selepas bersalin). Alhamdulillah kulit muka pun dah lebih baik daripada dulu. Parut jerawat pun semakin kurang.. yelah, parut ni pun sejak zaman remaja 10 tahun lepas kot.. Mesti lah ambik masa nak hilang terus.. Yang penting mesti konsisten dan ikut konsultasi yang betul..

Apa kata anda pulak cuba kalau nak tau berkesan ke tidak. Harga pun berpatutan sebab ESP boleh tahan 2 ke 3 bulan tau..

Hubungi saya untuk info/soalan/pesanan.

Superummi Zura
SID. 930120
FB : My Super Health
sms/whatsapp : 0196241209
email : mysuperhealth@yahoo.com.my
Share:

Monday, October 21, 2013

Kenapa perlu ambil suplemen?

Suplemen? Perlu ke ambil? Hm.. bergantung lah kepada diri masing-masing. Tak semestinya yang makan suplemen takkan sakit dan yang tak ambil suplemen mesti sakit.. Yang penting, amalkan gaya hidup yang sihat. Di sini saya nak kongsikan sikit kenapa perlu ambil suplemen..cemaran
  1. Kita sering terdedah terhadap pencemaran alam sekitar dan radikal bebas yang menjejaskan kesihatan badan(jerebu, pencemaran, banjir dll)
  2. Badan kita memerlukan dos yang lebih tinggi bagi sesetengah nutrien. Hakikatnya nutrien hanya boleh didapati dari pemakanan.
  3. Buah-buahan dan sayur-sayuran mungkin terjejas dan tercemar akibat racun serangga atau bahan kimia lain.(Tahu tak ada sesetengah buah-buahan di pasaran disalut dengan lilin supaya kekal cantik kulitnya?)
  4. Mengamalkan gaya hidup tidak sihat seperti kurang bersenam atau bersukan dan merokok.(Yang tak merokok pun dapat jugak kan bahaya tu kalau dekat2 dgn si perokok?)"
  5. Rutin pemakanan kebanyakan rakyat Malaysia yang tidak hiraukan diet yang seimbang.
  6. Gangguan penyerapan nutrien dari makanan, akibat dari pengambilan kafein, gula dan garam berlebihan.
  7. Kehilangan nutrien dalam makanan, terutamanya di kedai makan, restoran makanan segera dan sebagainya. 
Adakah anda rasa anda perlukan suplemen untuk diri sendiri dan keluarga? hanya anda sendiri yang boleh menjawabnya.. Peace No War! :-)

Hubungi saya untuk info/soalan/pesanan.
Superummi Zura
SID. 930120
FB : My Super Health
sms/whatsapp : 0196241209
email : mysuperhealth@yahoo.com.my
Share:

TIPS MUDAH ATASI SAKIT TEKAK



Adakah anda mengalami simptom berikut???

  • Rasa perit di kawasan tekak akibat batuk berterusan.
  • Sukar tidur kerana terganggu ketika menelan air liur.
  • Mengalami bengkak kelenjar limfa di sekitar bawah rahang dan leher. 
  • Berlaku sedikit lepuh kecil pada lelangit lembut dan juga tonsil.
  • Kesakitan di kawasan telinga 
  • Suara menjadi serak
  • Tonsil bengkak dan bersalut dengan warna yang sedikit keputihan. 
  • Rasa nak demam, sakit kepala dan muntah-muntah

Jika kebanyakan simptom berlaku tehadap anda, maka anda sedang mengalami sakit tekak. 

Apa kata anda cuba beberapa tips mudah berikut bagi mengurangkan sakit tekak.

  • Campurkan jus perahan limau nipis dan kicap makan. Usah terlalu masam, samakan sukatan bagi kedua-dua bahan tadi. Kemudian minum satu atau dua sudu besar campuran tadi. Ulangi tiga kali dalam seminggu.
  • Air garam juga boleh membantu. Caranya, kumur dengan air garam sekerap yang boleh. Hal ini bagi mematikan bakteria dan mengurangkan pembentukan lepuh baru di dalam mulut.
  • Minum jus atau air asam jawa untuk melegakan tekak. Air asam jawa sangat sesuai diminum, lebih-lebih jika peti suara kamu turut mendapat kesan daripada sakit tekak yang sedang anda alami.
  • Minum air masak sekerap yang boleh. Jangan paksa tekak kamu yang sakit itu mengeluarkan batuk untuk mendapatkan kelegaan. Sebaliknya, minum air masak untuk tujuan tersebut.
  • Buat jus daripada campuran madu dan perahan lemon. Sebaik-baiknya, minum ketika air masih lagi suam. Minuman ini juga mampu memberikan rasa lega pada tekak kamu dan mengurangkan rasa perit di sekitar tekak.
  • Nutriferon Shaklee merupakan campuran ekstrak tumbuhan semulajadi. Ianya menguatkan fungsi sistem imunisasi badan, melindungi dari jangkitan demam, selsema, sakit tekak dan lain-lain. 
Okey, selamat mencuba tips di atas ye kawan2!!.
Hubungi saya untuk info/soalan/pesanan.
Superummi Zura
SID. 930120
FB : My Super Health
sms/whatsapp : 0196241209
email : mysuperhealth@yahoo.com.my
Share:

Wednesday, October 9, 2013

Tips Merawat Anak Demam Dengan Shaklee


Anak demam? Muntah – muntah? Cirit birit? Mesti risau kan.. Anak yang aktif main tiap hari, bila tak sihat, jadi pasif. Merengek dan melepet je. Mak mana la yang tak sentap kan? Baru – baru ni anak kembar saya umur 2.5 tahun demam. Mula – mula si adik, sehari 2 lepas tu abang pulak. Memang dah lama tak demam. Last demam bulan 2. Allah nak bagi ujian kecil kan kat ibu la ni. Okay, ini ada beberapa tips yang saya nak kongsikan dengan anda yang saya praktikkan kat kembar.
  • Kalau dah perasan yang suhu badan si anak lebih panas dari biasa, terus basahkan kepala dan badannya. Teruskan lap badan dan kepala dia dari masa ke masa. Waktu anak tidur tengah malam pun lap jugak badannya terutama sekali kepala. Insha Allah, cepat turun suhu badan dia. Ingat, bacaan suhu badan harus dicatatkan setiap 2 3 jam
  • Saya campurkan 1/3 sachet Nutriferon dalam susu anak. Sekali sehari pun dah cukup. Interferon yang terkandung  dapat merangsang dan mempertingkat secara keseluruhan sistem imun tubuh.
  • Teruskan beri anak Mealshake. Campurkan dalam susu setiap pagi. Sekali je sehari.
  •  Beri minum air masak yang banyak supaya kandungan air dalam badan dapat dikekalkan . Boleh juga beri air jus.
  •  Tenangkan diri si anak dan beri perhatian kepada rengekannya. Sentiasa peluk dan cium anak supaya dapat mengalihkan rasa ketidakselesaannya sepanjang tempoh tak sihat tu.
Alhamdulillah, si adik demam satu malam je. Si abang pulak demam 2 malam. Demam kali ni memang ummi tak bawak pegi klinik pun. Muntah dan cirit-biritpun cepat kurang. Anak2 pun lebih relax dan main macam biasa walaupun tak sihat. Cuma ada ketika, nak manja – manja tu ummi layankan aje la.


Anak – anak anda selalu demam?Mungkin boleh cuba beri set vitamin Shaklee untuk kesihatan anak yang lebih baik. Hubungi saya untuk info/soalan/pesanan.

Superummi Zura
SID. 930120
FB : My Super Health
sms/whatsapp : 0196241209
email : mysuperhealth@yahoo.com.my
Share:

9 Rahsia Badan Langsing



Memiliki tubuh badan yang langsing pasti menjadi impian wanita, bukan? Okay, mari kita share skit rahsia langsing yang boleh kita praktikkan.

  • UKUR BERKALA
Sebelum melakukan sebarang aktiviti melangsingkan badan, pastikan anda ukur dulu badan ; ukuran berat, lilitan pinggang, pinggul dan lengan. Dengan itu, baru anda tahu sama ada aktiviti tu berkesan atau tidak.
  • SUSUN POLA PEMAKANAN
Makanan memainkan peranan penting untuk langsing. Maka, ubahlah pola pemakanan anda dengan mengurangkan makanan berlemak, manis dan berkarbohidrat dan menggantikannya dengan makanan yang lebih sihat seperti yogurt rendah lemak atau jus buah-buahan.
  • KELUAR DAN MASUK PERLU SEIMBANG
Untuk mendapatkan berat badan yang ideal, tak bermaksud anda tak boleh menikmati makanan lazat. Prindip paling penting ialah, ‘kadar pengeluaran’ mesti seimbang dengan ‘kadar kemasukan’, bermaksud jika anda makan banyak, maka aktiviti yang perlu dilakukan juga mesti banyak supaya semua kalori yang masuk dapat dibakar dan dikeluarkan dari badan.
  • BERSENAM
Tak perlu melakukan senaman yang berat, cukup sekadar teratur dan selamat. Bermain dengan anak-anak pun boleh dikira sebagai senaman, di samping dapat meluangkan masa bersama mereka.
  • KAWAL NAFSU
Perasaan kenyang dan lapar dikawal oleh fikiran anda sendiri. Jika berfikir sudah kenyang, maka memang anda berasa sedemikian , begitu juga sebaliknya. Jadi penting untuk anda mengawal nafsu makan supaya fikiran dan kehendak bergerak seiringan.
  • THE HIJAU SETIAP HARI
The hijau dikatakan dapat mengekalkan berat badan dan meningkatkan metabolisme serta membantu membakar lemak dalam tubuh dengan lebih mudah.
  • AIR KOSONG
Ketika dalam usaha menurunkan berat badan, tentunya anda berhadapan dengan situasi tergoda dengan makanan lazat kan? Jadi, jangan mengalah. Minum air kosong dengan banyak supaya makanan tersebut dapat dicerna dengan lebih cepat
  • LAKUKAN BERPASANGAN
Lakukan aktiviti menurunkan berat badan ini bersama pasangan(suami, ibu, bapa, kawan-kawan) yang mempunyai keazaman yang sama seperti anda supaya tidak berhenti separuh jalan. Melakukan aktiviti bersama dapat meningkatkan motivasi anda.
  • KEPENTINGAN SAYUR – SAYURAN
Sayur-sayuran dapat membantu proses penghadaman dan seterunya, membantu tubuh mencerna dengan lebih baik. Oleh itu, jadikan sayur-sayuran sebagai sajian utama anda.

Selain daripada itu, pengambilan produk Shaklee yang sesuai juga berkesan untuk mengurangkan berat badan. Tapi mesti ingat tau, apa pun produk yang anda ambik untuk kuruskan badan, ianya tidak akan berjaya tanpa amalan pemakanan yang betul dan gaya hidup yang sihat.


Jika anda inginkan konsultasi mengenai set kurus Shaklee, sila hubungi saya ;


Superummi Zura
SID. 930120
FB : My Super Health
sms/whatsapp : 0196241209
email : mysuperhealth@yahoo.com.my
Share:

Ada Apa Dengan Senyum?



10 sebab kenapa anda perlu senyum ... :-)


  • Senyuman bukan sekadar tindak balas gerak muka, tetapi turut mempunyai hubungan dengan penghasilan endorphin di dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi. Jadi, ia turut menjadikan seseorang itu berasa jauh lebih selesa dan yakin dengan diri sendiri.

  • Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah dengan menambah kemasukan oksigen dalam darah dan hal ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan dengan lebih cepat.

  • Mengakhiri senyuman dengan ketawa mampu menyahaktif bahan kimia dalam badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan juga ulser.

  • Senyuman adalah ekspresi muka yang terhasil dengan meregangkan otot di hujung mulut dan di sekeliling mata. Kajian juga menunjukkan senyuman merupakan respons daripada rangsangan tertentu yang menggambarkan kegembiraan.

  •  Penyelidik Jerman menjelaskan bahawa mereka yang memiliki ekspresi wajah yang senang hati, tampil menarik termasuk kelihatan lebih muda daripada usia mereka yang sebenarnya.

  • Universiti Illionis , Amerika Syarikat telah melakukan satu kajian yang membuktikan bahawa apabila seseorang itu gembira dan selalu tersenyum, hayatnya boleh mencapai satu dekad lebih berbanding mereka yang tidak senyum.

  • Menurut kajian sains, senyuman akan melepaskan sejenis hormon yang di panggil endorphin iaitu hormon yang membuatkan manusia lebih gembira.

  • Tahukah kamu, apabila kita tersenyum badan kita akan menghasilkan antibodi dan Sel T atau sel darah putih yang akan memberikan imunisasi optimum kepada badan.

  • Senyuman dapat mencegah sakit sembelit pada waktu pagi. Pergerakan Peristaltik (gearakan otot pada saluran pencernaan)usus masih perlahan, namun apabila kamu tersenyum pada waktu berkenaan, gerak usus tersebut akan terangsang akibat daripada kontraksi otot perut hasil daripada kesan senyuman kamu tadi.

  • Senyuman juga boleh dijadikan penawar pada penyakit rohani yang kronik.
Jadi, banyak-banyakkan lah senyum ye.. Sebab tu dalam Islam pun kita digalakkan senyum.. Senyum tu kan sedekah.. :-)

Superummi Zura
SID. 930120
FB : My Super Health
sms/whatsapp : 0196241209
email : mysuperhealth@yahoo.com.my
Share:

Bahaya Kasut Tinggi

Beauty is pain! Ramai yang sedar kesan penggunaan kasut tumit tinggi boleh menjejaskan kesihatan si pemakai, tapi masih juga memakainya dengan alasan mahu memiliki gaya tatkala mengatur langkah. Kepelbagaian kasut tinggi yang sentiasa up-to-date membuatkan wanita sukar untuk menepis keinginan memilikinya terutama bagi mereka yang mempunyai masalah ketinggian. Walau apa pun alasan, penggemar kasut tinggi harus sedar risiko-risiko yang boleh terjadi kesan dari pemakaiannya.

TERGELIAT
Apabila memakai kasut tumit tinggi, kedudukan kaki yang tidak stabil akan menyebabkan kaki cenderung untuk tergeliat terutama pada bahagian buku lali.

BUNION
Benjolan yang disebabkan ibu jari kaki tertolak ke arah jari lain yang juga dipanggil hallux valgus. Ia kerap terjadi kepada mereka yang gemar memakai kasut yang ketat dan bertumit tinggi. Ia akan menyebabkan rasa tidak selesa terutama ketika memakai kasut yang bertutup di bahagian hadapan dan runcing.


OTOT
Otot betis boleh menjadi pendek dan tegang. Memakai kasut tumit tinggi bagi tempoh yang lama iaitu melebihi tempoh enam bulan dan berterusan boleh mengakibatkan otot betis menjadi pendek,biarpun ketika berehat.

TULANG BELAKANG
Sakit tulang belakang. Apabila menyarung kasut tumit tinggi, berat badan akan dialihkan ke bahagian hadapan kaki dan keadaan itu menyebabkan tulang belakang tertolak. Tolakan itu berlaku bagi mengekalkan  keseimbangan yang mana lama-kelamaan boleh menyebabkan sakit tulang belakang.

OSTEOARTRITIS
Penyelidik dari Universiti Harvard menyifatkan masalah Osteoartritis (radang sendi) sangat berkait rapat dengan penggunaan kasut tumit tinggi. Ini kerana ia turut menjejaskan tahap kesihatan lutut terutama bagi mereka yang mengalami masalah arthritis.

LANGKAH PENCEGAHAN
  • Duduk sambil melunjurkan kaki selama 10 minit boleh membantu memperbaiki aliran darah. Urutan juga mampu melancarkan perjalanan darah. Jadi lakukan dengan lebih kerap.
  • Kurangkan kekerapan pemakaian kasut tumit tinggi. Pakai kasut tumit tinggi dan runcing untuk majlis tertentu sahaja.
  • Tukar kasut setiap hari, sebaik-baiknya selang-seli pemakaian kasut tumit tinggi dengan kasut bertapak rata.
  • Untuk pemakaian setiap hari, pilih kasut dengan ketinggian tumit tidak melebihi empat hingga lima sentimeter (satu setengah hinggi dua inci).
  • Setiap saiz kasut berbeza mengikut jenis dan jenama. Jangan pilih kasut semata-mata berdasarkan saiz yang tertulis tetapi belilah mengikut keselesaan kamu.
  • Pilih kasut yang boleh memberi sokongan dan keselesaan mengikut bentuk kaki. Terdapat kasut yang boleh membuatkan kaki kamu nampak kecil tetapi ia juga mungkin juga membuatkan kamu tidak selesa apabila memakainya
Shaklee juga mempunyai produk khas untuk membantu dalam masalah tersebut di atas. Saya syorkan pengambilan Advanced Joint Health Tablet (AJHT) dan Ostematrix untuk mengatasi masalah kesan buruk dari pemakaian kasut tinggi.
Jika anda inginkan konsultasi mengenai sakit2 berkaitan sendi dan tulang, sila hubungi saya :
AZURA
SID NO. 930120
call/sms/whatsapp 019-6241209
FB page : MY Super Health
email : mysuperhealth@yahoo.com.my
Share:

Saya Azura

Bonjour & Welcome

Saya ibu kepada 3 orang putera dan seorang puteri. Menyertai Shaklee sejak tahun 2013 dan berada dalam rank Supervisor. Saya bersedia memberikan perkhidmatan terbaik untuk anda..

Follow Azura

Paling diminati