Tuesday, September 26, 2017

RAHSIA KULIT SIHAT CANTIK BERSERI-SERI

Kulit cantik dari dalam! Siapa tak nak kan? Pernah tak terfikir macam mana sesetengah orang mempunyai kulit yang glowing dan cantik? Mestilah daripada amalan hidup yang sihat dan positif kan? Rasa-rasanya apa yang perlu kita buat untuk mendapatkan kulit yang cantik ye?

Ada yang kongsi petua. Ada yang kulitnya cantik disebabkan pemakanan yang terjaga. Ada yang bertuah dapat kulit yang tak sensitif dan mudah diuruskan. 

Hari ni kak Z nak share bagaimana cara untuk mendapatkan kulit yang cantik berseri-seri dengan nutrien berikut!

Pertama sekali, PROTEIN untuk MEMBINA KULIT yang sihat. Tubuh badan kita diperbuat daripada protein. Maka, untuk mendapatkan kulit yang sihat dan berseri-seri, pengambilan protein yang secukupnya adalah penting untuk;
  • membekalkan asid amino perlu yang tidak dapat disintesiskan oleh badan kita. Kita perlu mendapatkan asid amino perlu daripada sumber luar bagi mengoptimumkan fungsi kulit
  • menyokong penghasilan sel kulit sihat
  • memperbaiki dan membina sel & tisu kulit
  • menghasilkan hormon sihat dan enzim penting untuk kulit
  • menyokong penghasilan asid amino glutathione yang membantu melindungi set kulit dari kerosakan akibat cuaca

Kedua, PERLINDUNGAN ANTIOKSIDAN dengan VITAMIN C. Vitamin C yang berfungsi sebagai antioksidan menjadikan kulit sihat dengan cara meneutralkan kerosakan akibat radikal bebas. Bagaimanapun, tubuh badan kita tidak boleh menghasilkan vitamin C. Oleh itu, vitamin C perlu diperolehi melalui pemakanan. Pengambilan vitamin C secara konsisten membantu;
  • mengurangkan kedutan, kulit kasar dan kering
  • mensintesis kolagen dan pembinaan semula kulit
  • menyembuhkan luka
  • melindungi kulit daripada radikal bebas
Ketiga, MENGANJALKAN dengan KOLAGEN. Kolagen merupakan struktur penting untuk kulit. Kolagen membantu mengekalkan keanjalan kulit dan mencegah kedutan, parut dan kulit menggeleber. Berita baiknya, kolagen boleh dihasilkan oleh badan kita! Bagaimana pun, semakin kita berusia, amaun kolagen yang dihasilkan oleh badan adalah berkurang secara perlahan-lahan. Ini menyebabkan kulit lebih terdedah kepada kedutan dan menggeleber.

Jom lambatkan penuaan dan mula mengambil kolagen daripada sekarang;
  • kulit lebih anjal
  • meminimumkan kemunculan kulit berkedut
  • kulit lebih cerah dan lembut
  • memudarkan parut
Keempat, LEMBAPKAN KULIT dengan GLA. Gamma-linolenic acid (GLA) memainkan peranan yang penting dalam mengekalkan kelembapan kulit dan;

  • mengurangkan kulit yang berkerak atau kegatalan
  • mengekalkan kelembapan kulit
  • melawan keradangan kulit
Daripada keempat-empat point yang kak Z ceritakan di atas, dengan ini Kak Z nak memperkenalkan SET THE RADIANT 4 khusus untuk anda di luar sana yang nak sangat kulit cantik sihat dan berseri-seri.

  1. PROTEIN-MEMBINA : Shaklee Energizing Soy Protein (ESP)
  2. VITAMIN C - MELINDUNGI : Shaklee Sustained Release Vita C Plus
  3. KOLAGEN - MENGANJALKAN : Shaklee Collagen Powder
  4. GLA - MELEMBAPKAN : Shaklee GLA Complex

MACAM MANA NAK DAPATKAN THE RADIANT 4 INI?

WHATSAPP 0136014583 untuk sebarang soalan dan pesanan. Kak Z menerima order dari seluruh Malaysia. 

Penghantaran secara pos ke seluruh pelosok Malaysia. 

Cash On Delivery di kawasan Kuala Pilah, Bahau dan Senawang, Negeri Sembilan.

WHATSAPP 0136014583 
WHATSAPP 0136014583 

Share:

TIPS AMALKAN PEMAKANAN 'EAT CLEAN'

Pernah dengar tak eat clean? Okey ke pemakanan secara eat clean ni? Sebenarnya, eat clean dirancang bertujuan untuk menurunkan berat badan. Pemakanan eat clean pertama kali diperkenalkan pada tahun 1960 tetapi mula diamalkan secara meluas pada tahun 2007 oleh Tosca Reno yang pernah mengeluarkan "Eat Clean Diet".

Secara dasarnya, clean eating lebih kepada cara hidup dan pemilihan makanan. Clean eating mampu menurunkan berat badan, meningkatkan penggunaan dan metabolisma tenaga, meningkatkan kualiti tidur, membuat kulit dan rambut lebih sihat serta meningkatkan kesihatan mental.

Bagaimana cara untuk mengamalkan pemakanan sihat ini?
  • MAKANAN DARI SUMBER YANG SEGAR
Clean eating mempuanyai prinsip untuk makan makanan yang segar tanpa pemprosesan. Elakkan makanan berproses seperti makanan segera,ikan masin, nugget, kicap, sos dan lain-lain. Daging ayam segar lebih baik daripada ayam segera dalam plastik tu kan? Buah epal dah tentu lebih baik daripada pai epal McDot yang u ols selalu makan tu kan? Pendek kata, makan yang fresh gituuuu.

Orang yang makan makanan yang fresh ni terbukti mengeluarkan lebih kalori untuk mencerna makananberbanding orang yang selalu makanan makanan berproses. Maka, penyakit pun dapat dielakkan .
  • PERBANYAKKAN MAKANAN BERSERAT
Tak semestinya kena jadi vegetarian sebab nak eat clean ni tapi salah satu prinsip clean eating ialah meningkatkan pengambilan serat dalam satu hari. Nak dapat serat dari mana? Of course dari sayur dan buah-buahan segar.
  • KARBOHIDRAT KOMPLEKS SEBAGAI SUMBER MAKANAN ASAS
Nak amalkan pemakanan eat clean ni, adalah digalakkan untuk mengambil 1200 - 1800 kalori sahaja. Orang yang nak turunkan berat badan mesti ambil jumlah kalori yang sikit seperti ini. Oleh itu, disarankan untuk makan karbohidrat kompleks seperti roti gandum, beras perang dan lain-lain. Makan makanan yang tinggi protein (seperti ESP Shaklee) dapat membantu menahan rasa lapar lebih lama.
  • MERANCANG SAIZ HIDANGAN DAN MASA MAKAN
Nak turunkan berat badan bukan sahaja perlu bijak memilih makanan. Tapi kena pandai juga merancang saiz hidangan dan waktu makan yang teratur. Saiz hidangan yang dicadangkan ialah 6 kali saiz hidangan yang kecil dalam satu hari. Makan sedikit tapi kerap dapat mengelakkan rasa lapar kerana proses mencerna makanan berlaku secara berterusan.
  • MINUM AIR YANG CUKUP
Adalah digalakkan untuk minum air mineral sebanyak 2 hingga 3 liter setiap hari. Tubuh badan akan lebih terhidrasi dan lebih mudah juga untuk menurunkan berat badan.

Bukan susah pun pemakanan eat clean tapi itu lah, banyak cabarannya kan? Almaklumlah, Malaysia ni kan syurga makanan. Hihihi. Apa pun, cuba lakukan pemakanan eat clean secara berperingkat dan perlahan-lahan. Lama-lama bila dah biasa, mesti takde masalah lagi.

Apa pun, mesti kena MULAKAN! Nak mengawal berat badan, nak sihat mesti lah ada haga yang perlu dibayar kan? All the best untuk u ols dan untuk saya juga. Chaiyok!

ZURA
0136014583

Share:

Friday, September 22, 2017

PENGEDAR PRODUK KESIHATAN TERBAIK KUALA PILAH

Anda berminat untuk mendapatkan suplimen SHAKLEE tapi tak tahu nak dapatkan dari mana? Cawangan Shaklee memang takde di Negeri Sembilan ni. Shaklee tidak melantik mana-mana agen untuk membuka stokis juga. 

Tapi jangan risau, kak Z kan ada? Nak tanya tentang suplimen Shaklee, nak jadi ahli Shaklee, Kak Z boleh bantu. Kak Z ada juga beberapa ready stok produk Shaklee yang dapat permintaan ramai.

Nak berbisnes? Lagilah kak Z alu-alukan. Kak Z sedia membimbing anda untuk maju ke hadapan. 

Untuk pengetahuan semua, kak Z merupakan pengedar sah Shaklee Negeri Sembilan terutama sekali di kawasan Kuala Pilah. This is Pilah. Hihihihi.

Penghantaran ke seluruh kawasan Kuala Pilah dengan cas yang paling minimum. Kalau dekat-dekat ni penghantaran percuma je. Kalau nak datang pick up di rumah pun boleh. Yang negeri lain, jangan bimbang, penghantaran melalui pos ke seluruh Malaysia.

Selain Kuala Pilah, kak Z cover juga COD (Cash On Delivery) kawasan Bahau dan Senawang. Whatsapp je kak Z. Nyatakan produk Shaklee mana pilihan hati, alamat dan masa penghantaran yang sesuai. Kak Z akan cuba lakukan yang terbaik untuk para pelanggan.

Mohon call/sms/whatsapp 0136014583 untuk info dan pesanan.
Mohon call/sms/whatsapp 0136014583 untuk info dan pesanan.
Mohon call/sms/whatsapp 0136014583 untuk info dan pesanan.
Share:

PERCUTIAN PENDEK DI MELAKA

Minggu lepas kak Z diarahkan untuk menghadiri satu kursus di Melaka. Seingat kak Z ini kursus bermalam pertama kak Z selepas melahirkan gegirl dua tahun lepas. Mula lah kak Z pening memikir. Alamak, macam mana ye. Si Husnaa tu masih lagi menyusu badan. Lagipun bila anak ramai ni, blur juga plan macam mana nak tinggalkan anak.

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. Bila dapat surat panggilan kursus, rupanya para peserta kursus diberi pilihan sama ada untuk menginap di bilik seorang, berdua atau berempat. Alhamdulillah. Kak Z pun inform kat husband tapi dia tak dapat cuti. Mujurlah mak kak Z sanggup nak menemankan sambil tengok-tengokkan anak dalam bilik hotel.

Maka beramai-ramai lah kak Z bawa nak pergi kursus di Hotel Orkid Melaka tu. Hihihi. Anak 4 orang, mak dan kakak kak Z. Bilik pun kak Z ambil yang besar sikit (Junior Suite). Luas dan lebih selesa. Harga bilik RM 190. Tapi boleh claim sebahagiannya daripada pihak penganjur.
zoo melaka

Kursus 2 hari 1 malam ni bermula pada hari Khamis. Kak Z mulakan perjalanan daripada Kuala Pilah pukul 10 dan sampai dalam 12.00 tengah hari tanpa sesat. hihihi. Sampai je, terus dapat parking depan kaunter pendaftaran dan terus dapat check in masa tu juga. Terasa dipermudahkan segala urusan.

Masuk bilik, hantar barang, turun semula untuk makan di gerai bersebelahan hotel. Tak perlulah nak cari tempat lain. Petang kak Z ada slot kursus, jadi tinggalkan anak-anak dengan mak dan kakak dalam bilik. Lepas habis slot tu, kak Z turun lagi untuk tapau makanan di gerai bawah tu.

Hotel Orkid ni takde swimming pool. Tapi yang bestnya ada bath tub. Itu pun budak berempat tu dah excited sangat main air dalam tu. Jadilah daripada takde. Malam ada slot juga. Lepas bagi anak makan mandi apa semua, kak Z tinggalkan diorang lagi sekali.

Habis slot malam dalam pukul 10.00 malam, balik bilik, semua dah tidur. Penat agaknya. Kak Z pun sambung buat kerja sikit, wi fi hotel pun not bad lajunya. Pagi esoknya, breakfast di hotel. Makanan tak berapa banyak pilihan tapi kira okey lah.

Slot kursus habis tengah hari. Lepas check out, kak Z tanya anak, nak pergi mana? Semua cakap nak ke Zoo. Okaylah, Zoo Melaka pun memang dah dekat. On the way balik je. Jadi singgahlah di Zoo Melaka.

Tiket masuk ke Zoo Melaka:
Kanak-kanak (4-12 tahun)  = RM 7.10
Dewasa = RM 17.80
Warga Emas = RM 7.10
OKU = RM 7.10
Kanak-kanak bawah 4 tahun = PERCUMA

Rasa macam harga tiket dah naik daripada sebelum ni kak Z pernah datang. Lama dah kot. 2 tahun lepas tak silap. Tapi takpelah. Asalkan anak-anak seronok tengok binatang. Dalam Zoo Melaka ni banyak juga binatang. Tapi tak banyak sangat binatang yang baru rasanya.

Zoo Melaka ni agak luas juga kalau nak berjalan. Mujur ada disediakan perkhidmatan TRAM untuk mengelilingi kawasan zoo ni. Nak naik tram ni, kena bayar. Dewasa RM5, kanak-kanak RM3. Okay la tu kan. Daripada penat berjalan, lebih baik bayar je. Hihihi.

Dah puas berjalan di Zoo Melaka, gerak balik Kuala Pilah. Dalam perjalanan singgah RnR Ayer Keroh untuk makan. Bagi anak makan kenyang-kenyang, uruskan diorang ke tandas. Dah selesai semua, baru lah teruskan perjalanan.

Alhamdulillah, perjalanan pergi dan balik memang lancar. Semua urusan juga dipermudahkan. Kursus boleh ikut, anak pun seronok dapat bercuti. Dah lama sebenarnya diorang ajak tidur hotel. Cuma masa je yang tak mengizinkan. Dah dapat peluang macam ni, memang bersyukur lah.

Menguruskan anak semasa berkursus memang bukan mudah tapi taklah sukar. Yang penting kita minta tolong orang yang boleh dipercayai untuk menjaga anak. Haaa.. jangan lupa juga ye sentiasa bawa suplimen Shaklee bersama supaya badan maintain cergas dan jiwa tetap tenang.

Kak Z bawa bersama Ostematrix, Sustained Release Vita C Plus, Vita E Complex dan Shaklee Collagen Powder semasa kursus dan percutian ad hoc ni. Hihihi. Tetap cool walaupun anak jenis tak duduk diam.

#makanak4
Share:

Sunday, September 17, 2017

AMALAN BERPANTANG YANG TAK PATUT DIABAIKAN

Assalamua'laikum semua. Okay, kak Z nak sambung cerita tentang berpantang. Kalau ada yang belum baca entry sebelum ini maksud dan kenapa perlu berpantang, boleh baca di sini ye.

Entry kali ni kak Z nak kongsikan amalan berpantang yang dah wujud sejak zaman dulu lagi. Rasanya masih lagi relevan untuk ibu-ibu zaman sekarang. Antara amalan berpantang ialah ;


  • MANDIAN HERBA
Mandian herba ni kalau orang dulu-dulu cari akar kayu, rempah ratus dan direbus semuanya. Kemudian dibuat mandian untuk ibu berpantang setiap hari. Kak Z mandi air herba suam di awal tempoh bersalin je. Selebihnya mandi air suam. Air rebusan herba bagus juga kalau dapat dibuat untuk bertangas juga. Bagus untuk penjagaan dalaman dan pemulihan luka bersalin.

Mandian herba juga dapat mengembalikan tenaga. Waktu madi sapukan sedikit air rebusan pada muka dan urut dari dagu ke atas. Dipercayai dapat menaikkan seri muka. Mandian herba juga sebenarnya dapat membuang bau badan (darah nifas)Cuba lah ye. Tapi memang badan rasa segar lepas mandi air rebusan herba tau.
  • BERTUNGKU
Amalan bertungku sesuai diamalkan oleh ibu yang bersalin normal. Tujuan bertungku ialah untuk mengecutkan rahim. Dalam tempoh 44 hari darah nifas dan lendir akan mengalir. Jadi rahim kita tak akan bersih sepenuhnya. Sebab tu pentingnya amalan bertungku ni. Bertungku membantu mengeluarkan segala darah kotor dan toksin daripada badan.

Amalan bertungku kalau dibuat secara konsisten, kita akan dapat mengembalikan berat badan sebelum mengandung tau. Peranakan pun naik semula.
  • BERURUT
Berurut pun penting tau. Kebiasaanya, ibu berpantang berurut di awal masa berpantang dan di akhir berpantang. Dari segi fizikal berurut dapat meningkatkan pengaliran darah dan oksigen dapat disalurkan ke seluruh badan. Bila tak berurut, jadilah sakit-sakit badan, lenguh-lenguh dan lain-lain.

Berurut juga menjadikan badan lebih segar sebab darah dapat mengalir dengan lancar sekaligus mengurangkan rasa tekanan dan mengelakkan lesu. Selain itu, berurut dapat membantu mengeluarkan darah yang terperangkap dan bertakung, menaikkan rahim, membetulkan urat tegang, memecahkan lemak, mengetat dan membentuk tubuh serta mempercepatkan proses pemulihan keseluruhan badan selepas melahirkan.

Istimewanya berurut juga dipercayai dapat melancarkan pengeluaran susu ibu. Kak Z sendiri mengalaminya. Lepas berurut, memang susu bertambah-tambah banyak berbanding di awal kelahiran tau.
  • BERBENGKUNG
Berbengkung pun bagus tau ibu-ibu terutama sekali untuk ibu bersalin normal. Antara kelebihan berbengkung ialah;
-membantu mengempiskan perut
-merampingkan pinggang
-membantu mengurangkan sakit belakang
-membantu mengecutkan rahim
-mengelakkan masalah perut buncit dan menggeleber
-membantu mengembalikan kedudukan peranakan
-mempercepatkan pengeluaran darah kotor
-mengelakkan badan masuk angin
-menguatkan dan mengemablikan kedudukan tulang belakang
-menyokong rahim supaya tidak jatuh
-memudahkan pergerakan ketika berpantang

Okay, setakat ini dulu ye amalan berpantang yang kak Z nak kongsikan. Next entry kak Z cerita pasal makanan ketika berpantang pula ye.

Nak baca kisah berpantang kak Z? Baca di entry ni ye. Nanti kak Z sambung lagi cerita berpantang ni ye. Okay, jumpa lagi.
Share:

KENAPA PERLU BERPANTANG?

Rasanya kebanyakan ibu pernah melalui proses berpantang kan/ Tak kira lah sama ada bersalin secara normal mahupun caesarean. Hari ni kak Z nak berkongsi cerita tentang tips berpantang dengan tenang bagi mengelakkan meroyan.

Apa yang dimaksudkan dengan BERPANTANG? 
Berpantang adalah sesuatu yang dilarang dilakukan mengikut adat dan kepercayaan. Bagi wanita yang baru bersalin, mereka ini dilarang melakukan beberapa perkara atau memakan sesuatu sehingga tamat tempoh berpantang iaitu selama 44 hari (kebiasaannya). Tempoh berpantang ini juga menjadi sepatutnya menjadi satu tempoh proses pemulihan kesihatan dan emosi ibu. Bagi Kak Z setiap ibu bersalin perlu menjalani proses berpantang dengan sebaiknya. Tapi terpulanglah kepada individu itu sendiri.

KENAPA PERLU BERPANTANG?
Dari zaman nenek moyang kita lagi memang dah menitikberatkan soal berpantang ni. Kalau zaman dulu, segala persediaan nak berpantang memang dibuat secara gigih, okay! Bertungku, jamu, pilis, tukang urut dan lain-lain tu mesti ada semasa proses berpantang. Tapi tengoklah mak-mak kita sekarang. Badan masih sihat lagi walaupun dah berumur 60, 70 tahun. Ada sebab orang tua-tua ni cukup tegas bab berpantang. Bila tak berpantang baik-baik, kesannya kita akan dapat 30 40 tahun akan datang.

Pentingnya berpantang;

1. Untuk jaga badan. Badan kita ni nak pakai lama. Bila dah bersalin, macam-macam lah yang berubah. Sendiri rasa hilang keyakinan diri tu bila orang lain asyik komplen perubahan bentuk badan.

2. Dapat mengembalikan kecergasan diri. Dah 9 bulan mengendong baby dalam perut. Kemudian melalui pula proses bersalin yang menyakitkan. Mestilah banyak tenaga yang habis. Maka, masa berpantang tu lah kita nak recover balik. Tapi kalau dah berpantang pun ala kadar, mana nak dapat tenaga tu. Silap-silap terus lesu walaupun dah habis masa berpantang.

3. Kita dah kehilangan banyak darah semasa bersalin. Jadi dalam tempoh berpantang ni lah kena jaga dan pastikan lukaa bersalin sembuh dengan baik. Kalau masa berpantang pun lasak semacam, dikhuatiri luka jahitan terbuka sampai jadi komplikasi lain pula. Waktu pantang ni memang waktu untuk BEREHAT ye kawan-kawan. Bagi warning sikit kat suami yang pemalas ye.

4. Memberikan nutrien yang berkhasiat kepada badan melalui pemakanan. Memang tak boleh sebarang makan. Kena elakkan makanan yang boleh melambatkan proses pemulihan atau  memudaratkan baby yang menyusu badan.

5. Memberikan ketenaangan emosi kerana ibu yang melahirkan tak boleh berada dalam keadaan yang tertekan. Bimbang nanti mengalami MEROYAN atau POST NATAL BLUES ni. Boleh menyebabkan masalah mental ye kawan-kawan. Orang sekeliling tolong lah jangan memberi tekanan kepada ibu-ibu yang baru bersalin ni ye. 

5. Bagi BONDING TIME antara ibu dan baby. Biarkan ibu menyusukan anak dengan tenang tanpa perlu fikirkan perkara lain. Jangan kacau emosi ibu yang berpantang ni dengan soalan-soalan yang menyakitkan hati---> Kenapa baby kecik? Kenapa baby ni asyik meyusu je? Susu badan tak cukup kot? Kenapa tak campur susu formula?Kenapa? Kenapa? Kenapa? Arggghhhhhh!!

Okay lah, panjang lagi nak bebel ni tapi nanti pening pula nak baca. Nanti kak Z sambung pada next entry ye. Sementara menunggu tu boleh lah baca tentang Set Berpantang Shaklee di SINI ye.

Stay tuned ye u ols.

ZURA
0136014583


Share:

Wednesday, September 13, 2017

CARA TERBAIK ATASI MASALAH RAMBUT GUGUR

Masalah rambut gugur memang biasa berlaku kepada wanita terutamanya kaum mak-mak ni. Betul tak? Orang kata, rambut gugur sebab baby start menyembur air liur. Hihihi. Tak tau lah sejauh mana kebenarannya. Hari ini kak Z nak kongsikan sedikit punca-punca rambut gugur dan cara terbaik bagi mengatasi masalah rambut gugur.

PUNCA RAMBUT GUGUR & CARA TERBAIK MENGATASINYA
  • TEKANAN
Tekanan atau stress boleh memberi kesan kepada badan kita. Tekanan bukan je boleh menggangu cara tidur dan selera makan, malah boleh juga menggangu kesimbangan hormon dan menyebabkan keguguran rambut. Rambut gugur, lagi lah bertambah-tambah stress kan? Jadi, buat sesuatu untuk menghilangkan stress. Mandi air panas, berehat atau terapi rohani dan jasmani. Dengan terurusnya stress, maka lebih mudah rambut kembali sihat.
NOTA : Ambil sebiji B COMPLEX bagi mengurangkan rasa tekanan. 
  • MENDANDAN RAMBUT SECARA BERLEBIHAN
Ada yang suka mendandan rambut dengan cara ikat rambut ketat-ketat? Awas! Akan beralku satu situasi di mana ketegangan berlaku pada bahagian rambut. Rambut akan mudah gugur menjadi nipis secara perlahan-lahan. Jadi anda patut mula membiarkan rambut lepas atau berhenti mengikat secara ketat. Rambut akan pulih dengan sendiri. Kurangkan juga melakukan dandanan rambut menggunakan hair dryer, straightener atau perm.

  • PEMAKANAN
Rambut diperbuat daripada protein. Jadi ia memerlukan banyak protein untuk lebih sihat dan perlu ditambah dengan Omega 3, Vitamin A, D dan E serta zink. Ikan, sayur-sayuran, telur, kacang, dan daging tanpa lemak seperti ayam adalah perkara yang hebat untuk diambil sebagai permulaan. Jika anda mula memberikan perhatian terhadap cara pemakanan, mesti masalah rambut gugur dapat diatasi.
NOTA : Ambil ESP, OMEGA GUARD dan VITA E COMPLEX setiap hari sebagai suplimen untuk rambut anda.

  • ANEMIA
Kekeurangan zat besi boleh berkembang menjadi anemia dan membolehkan rambut lebih keras. Ini memang biasa berlaku kepada wanita disebabkan kita kehilangan banyak zat besi setiap bulan (datang haid). Ia juga boleh berlaku kepada golongan yang tidak mengambil keperluan zat besi yang secukupnya. Sekarang dah boleh mula makan daging merah, sayur-sayuran hijau, kekacang dan bijirin yang kaya zat besi. Boleh juga mempertimbangkan suplimen zat besi seperti VITA LEA Shaklee sebagai tambahan.

  • BARU MELAHIRKAN ANAK
Keguguran rambut selepas bersalin merupakan salah satu proses normal dan tidak perlu risau. Semua hormon yang memberikan kita seri ketika hamil mula seimbang kembali apabila baby dilahirkan. Jadi, relax lah. Masalah rambut gugur akan kembali normal dan pulih secara beransur.

Masalah rambut gugur dapat diatasi dengan cara-cara yang kak Z sebutkan tadi. Boleh cuba ye. Kalau ada petua lain pun boleh share di ruang komen.

Sekiranya masalah rambut anda terlalu teruk, mungkin sudah tiba masanya untuk berjumpa pakar.  Jangan lupa jaga pemakanan anda juga. Sama juga dengan pemilihan shampoo. 

Jangan sampai masalah lain pula timbul sebab rambut anda yang bersepah-sepah dan memenuhi ruang rumah. 

Untuk suplimen Shaklee, sekali kali kak Z syorkan ESP, OMEGA GUARD, VITA E COMPLEX, VITA LEA dan B COMPLEX sebagai alternatif untuk mengatasi masalah rambut gugur.
  • ESP - sebagai sumber protein untuk menguatkan lagi rambut
  • OMEGA GUARD - menyuburkan folikel rambut dan membantu pertumbuhan semula rambut
  • VITA E COMPLEX - meningkatkan peredaran darah seterusnya menggalakkan pertumbuhan rambut secara sihat
  • VITA LEA - sumber zat besi bagi menampung kehilangan zat besi yang boleh menyebabkan kulit rambut rosak
  • B COMPLEX - membantu mengatasi tekanan yang menyebabkan keguguran rambut
WHATSAPP 0136014583 untuk sebarang pertanyaan atau pesanan.
WHATSAPP 0136014583 untuk sebarang pertanyaan atau pesanan.
WHATSAPP 0136014583 untuk sebarang pertanyaan atau pesanan.

 
 
Share:

RAHSIA KULIT CANTIK DAN AWET MUDA

Nak tau rahsia kulit cantik dan awet muda? Apa kata kalau kak Z share salah satu caranya? Rahsia kulit cantik dan awet muda yang dimaksudkan ialah dengan Sustained Release Vita C Plus lah. Macam mana SR Vita C Plus boleh menjadikan kulit kita cantik dan awet muda?

MENINGKATKAN KEANJALAN KULIT
Kita tau kolagen berfungsi menjadikan kulit lebih anjal dan elastik. Tapi seawal 25 tahun badan kita dah kurang hasilkan kolagen.  Badan tak boleh menghasilkan kolagen, maka mesti ambil makanan sumber kolagen. Vitamin C merangsang kulit membentuk kolagen.
Untuk anjalkan kulit, selain Sustained Release Vita C Plus, dicadangkan juga mengambil Shaklee Collagen Powder dan ESP.

MENCERAHKAN TONA KULIT TAK SEKATA
Biasnya kulit kita menjadi gelap apabila terdedah kepada sinar UV. Sinar UV akan sebabkan sunburn, maka kulit jadi gelap. Vitamin C berfungsi menyeimbangkan pigmen cerah dan gelap atau lebih mudah dikatakan sebagai anti pigmen.

Vitamin C juga bertindak sebagai antioksidan. Salah satu fungsi antioksidan ialah melawan radikal bebas daripada sinar UV. Kulit boleh menjadi rosak sekiranya selalu terdedah kepada radikal bebas. Tanpa antioksidan, kulit rosak sukar untuk diperbaiki. Maka kulit akan menjadi kusam dan gelap. Jangan lupa juga untuk menggunakan Nutriwhite Make Up Remover atau skrub muka untuk membuang sel kulit mati.

MENGATASI MASALAH KULIT BERJERAWAT
Jika selalu terdedah kepada sinar UV yang juga ada radikal bebas, kulit akan menjadi tidak sihat. Maka bakteria mudah menyerang atau kulit jadi berminyak. Maka terhasillah kawan baik kita iaitu JERAWAT.

Tadi dah sebut vitamin C bersifat antioksidan kan? Ia akan membantu melawan radikal bebas yang menyebabkan kulit tak sihat. Vitamin C juga meningkatkan ketahanan kulit. Kulit jadi lebih kuat dan berkuasa melawan bakteria. Kulit jadi lebih bersih, jerawat pun segan nak datang melawat--> HAPPY ENDING.

Satu lagi, Vitamin C membantu mengatasi keradangan kulit. Kulit yang ditumbuhi jerawat akan mengalami keradangan (kemerah-merahan). Oleh itu vitamin C mengatasi keradangan dan menjadikan jerawat lebih cepat kecut.

MEMUDARKAN DAN MENGHILANGKAN PARUT JERAWAT
Dah ada jerawat, mestilah ada parut kan? Lagi-lagi yang tangan gatal mengusik jerawat macam kak Z ni. hihihi. Vitamin C membantu memulihkan sel. Ramai pengguna Sustained Release Vita C Plus mengakui yang parut lebih cepat pudar dengan pengambilannya secara konsisten.

MEMUDARKAN JERAGAT DAN PIGMENTASI
Apa dia punca jeragat?
  • Kesan sinar matahari/UV
  • Hormon tak stabil (datang haid atau putus haid)
  • Penggunaan kosmetik yang tak sesuai dengan kulit
  • Keturunan
  • Tekanan
Macam yang kita bincangkan tadi, Vitamin C bertindak sebagai antioksidan dan lain-lain berkaitan dengan punca jeragat. Jangan tak tau, tekanan juga boleh menghasilkan radikal bebas kepada kulit

Kulit yang kurang vitamin juga akan cepat rosak. Sebab tu jangan ambil mudah dengan pengambilan vitamin untuk kulit serta jaga pemakanan kita.

Tubuh kita hanya menyerap 100mg vitamin C pada satu-satu masa. Selebihnya akan dibuang melalui kencing dan peluh kerana Vitamin C adalah vitamin larut air. Kalau nak bekalkan vitamin C sepanjang masa, boleh ambil sebiji Sustained Release Vita C Plus setiap 5 jam.

Tambahan : Ibu yang pregnant, vitamin C membantu badan menyerap iron. Sesuai untuk ibu yang ada masalah Hb rendah.

Yang nak kulit cantik dan sihat, ambillah vitamin C sebelum tidur supaya sel boleh diperbaiki semasa kita tidur.

Yang mana selalu demam, selsema, senang cerita sistem imun rendah pula, kena ambil vitamin C dengan lebih kerap.

Jadi apa tunggu lagi? Kalau u ols ada masalah-masalah seperti di atas, boleh cuba Set Kulit Cantik yang ada juga Sustained Release Vita C Plus ni. Haaa.. kalau ambil secara konsisten, confirm kulit jadi semakin sihat dan cantik. Biar lambat, janji selamat.

Nak cuba, boleh dapatkan daripada kak Z ye. Whatsapp 013-6014583 untuk pesanan ye. nak tanya pasal vitamin lain pun boleh je. Whatsapp tau!

Share:

Saya Azura

Bonjour & Welcome

Saya ibu kepada 3 orang putera dan seorang puteri. Menyertai Shaklee sejak tahun 2013 dan berada dalam rank Supervisor. Saya bersedia memberikan perkhidmatan terbaik untuk anda..

Follow Azura

Paling diminati