Wednesday, October 11, 2017

CADANGAN AKTIVITI CUTI SEKOLAH SELAIN PERGI BERCUTI!

Tahun ni macam banyak je cuti sekolah kan? Anak-anak memang seronok. Mak pun tumpang seronok. Tapi ada juga bahagian yang kurang seronoknya. Lagi-lagi cikgu yang pegang kelas peperiksaan awam macam UPSR, PT3 dan SPM. Memikirkan persediaan peperiksaan untuk anak-anak murid yang belum cukup lagi. Macam Kak Z lah ni. Berdebar sebab SPM tak lama je lagi. Students pun belum 100% bersedia lagi. Mana tak cuak kan?

Eh melalut pulak kak Z ni. Sebenarnya entry kali ni nak berkongsi tentang cadangan aktiviti cuti sekolah untuk anak-anak. Taklah anak boring sangat duduk rumah. Takkan nak bercuti setiap hari sepanjang cuti sekolah kan? Kalau u ols jenis berada takpelah. Macam kak Z orang yang ada-ada ni?hihihihi.

CADANGAN AKTIVITI CUTI SEKOLAH UNTUK ANAK-ANAK
  • BACA BUKU DI PERPUSTAKAAN


Anak-anak seronok kalau pergi perpustakaaan ni. Banyak buku. Buku gambar-gambar. Masa pun terisi dengan baik. Mak pun boleh update blog sekejap. Tapi dengan anak-anak kak Z yang tak berapa boleh nak duduk diam ni, kak Z peruntukkan 1 jam je di perpustakaan. Bila dah nampak tanda-tanda bosan tu, kena lah bawa keluar supaya dia tak berlari-lari dalam perpustakaan ni. hihihi

  • KELAS KEMAHIRAN






Kebetulan ada Kolej Komuniti berhampiran rumah kak Z ada anjurkan kursus pendek untuk anak-anak. Masa tu ada kursus pendek buat homemade playdoh. Minggu seterusnya ada kursus pendek Kuih Raya Biskut Marie. Jadi kak Z sign up lah si kembar untuk kursus tu. Anak-anak enjoy. Yuran pun tak mahal. So, why not? Setiap kali cuti sekolah ada rasanya kursus-kursus macam ni.

  • KLINIK GIGI
Kak Z suka bawa anak jumpa doktor gigi masa cuti sekolah. Untuk pemeriksaan biasa je kalau takde apa-apa masalah. Digalakkan untuk berjumpa doktor gigi 2 kali setahun kan? Masa cuti sekolah, orang pun tak ramai. Kak Z pun tak perlu lah nak memohon cuti.

  • PERTANDINGAN MEWARNA
Kebiasaannya pertandingan mewarna kan selalu dibuat masa cuti sekolah kan? Tak kisah lah peringkat apa pun. Kak Z suka libatkan anak-anak dalam Pertandingan Mewarna. Menang kalah adat pertandingan. Rasanya banyak juga pertandingan mewarna yang kembar join sebelum ni. Ada yang dapat Johan, tempat Kedua, ketiga, Top 5. Hadiah saguhati pun pernah dapat. Tak dapat hadiah langsung pun pernah, Hihihi. Jenuh la nak memujuk kalau tak menang. Takpun kalau sorang je menang, yang lagi sorang tak menang. Apa pun. Itu sebagai pengalaman untuk anak-anak kan. Sekurang-kurangnya anak boleh build up their confidence.




  • STAYCATION
Spend time bersama anak-anak tanpa perlu travel jauh-jauh. Tak semestinya nak kena pergi luar negeri tempat kita tinggal. Kalau sewa hotel belakang rumah pun okay je. Kak Z jarang la staycation. Sekali je sewa hotel di daerah lain sebab anak nak tidur hotel. Berjimba melompat atas katil  hotel pun dah seronok. Hahaha.


Cadangan lain;
  • Ekspo Pendidikan dan lain-lain
  • Belajar mengaji
  • Tusyen
  • Mandi kolam renang
  • Main game
  • Melukis
  • Jalan-jalan di Taman Rekreasi
Banyak lagi yang kita boleh rancang sebagai aktiviti anak-anak semasa cuti sekolah. Asalkan aktiviti tu tak membahayakan anak-anak dan memberikan manfaat. Dan masa cuti ni juga lah masa untuk kita buat 'bonding time' dengan anak-anak.

Nampaknya minggu depan pun ada cuti juga sempenan Deepavali. Boleh lah mula merancang apa yang terbaik untuk mengisi masa bersama anak-anak. Okay lah, sekin dulu perkongsian kak Z. Nanti kita share cerita lagi ye.

Assalamua'laikum. 


Share:

Saya Azura

Bonjour & Welcome

Saya ibu kepada 3 orang putera dan seorang puteri. Menyertai Shaklee sejak tahun 2013 dan berada dalam rank Supervisor. Saya bersedia memberikan perkhidmatan terbaik untuk anda..

Follow Azura

Paling diminati