Tuesday, March 11, 2014

Shaklee Membantu Merawat Rheumatoid Arthritis

Artritis bermaksud "radang sendi". Ia sejenis penyakit “autoimmune disease” dimana sistem pertahanan diri menyerang badan sendiri dan keadaan ini memberi kesan kepada sendi, tisu-tisu yang mengelilingi sendi dan tisu perantaraan yang lain.

Untuk lebih memahami apa yang berlaku apabila seseorang mengalami radang sendi, mari kita kaji bagaimana sendi-sendi didalam badan bekerja. Pada asasnya, sendi adalah satu tulang bergerak pada tulang yang lain. Ligamen memegang dua tulang bersama-sama. Rawan pula meliputi permukaan tulang untuk menghentikan dua tulang daripada bergesel secara langsung terhadap satu sama lain. Lapisan rawan membolehkan sendi untuk bekerja dengan lancar dan tanpa rasa sakit. Ruang dalam sendi mempunyai cecair sinovial. Cecair sinovial lah yang bertanggungjawab menyuburkan sendi dan tulang rawan.

Faktor usia turut mengurangkan kadar cecair sinovial didalam sendi. Ia adalah biasa di kalangan orang dewasa 65 tahun dan lebih tua, tetapi ia boleh memberi kesan kepada semua peringkat umur dan bangsa.

 Antara simptom RA ni ialah 
> Kelesuan

> Kekejangan sendi, terutama pada waktu pagi (kadangkala berlarutan melebihi sejam) dan apabila duduk terlalu lama. Lebih lama sakit pada waktu pagi, bermakna penyakit itu lebih aktif.

> Sendi menjadi bengkak, merah, panas dan sakit.

> Lebih daripada satu sendi berasa sakit.

> Ada gejala seperti diserang virus influenza (seolah-olah selesema teruk) dan demam.

> Sendi terasa lebih sakit bila duduk lebih lama.

> Kesakitan sendi bersifat simetri (sendi sama pada kanan dan kiri akan terasa sakit).

> Serangan penyakit datang dan pergi berselang seli.

> Ada benjolan yang tidak sakit di bawah kulit, biasanya pada siku. Bagaimanapun, bukan semua pesakit ada gejala ini (satu daripada lima pesakit). Jika ada, bermakna penyakit sedang 'rancak' menyerang.

> Sakit otot.

> Hilang selera makan dan berat badan menurun.

> Murung.

> Anemia (kurangan darah).

> Selesema.

> Tangan dan kaki berpeluh.

> Mulut dan mata menjadi kering kerana RA menyebabkan kelenjar di mata dan mulut kurang menghasilkan air mata dan air liur.

Rawatan

>Perubahan gaya hidup yang lebih sihat

> Ubat-ubatan

> Pembedahan

> Pemeriksaan kesihatan berkala

> Terapi Alternatif

Shaklee mencadangkan Set Sendi untuk mereka yang mempunyai masalah Artritis Reumatoid. Set Sendi ini terdiri daripada Advance Joint Healt Tablet dan Ostematrix. Boleh juga ditambah dengan Omega Guard mengikut kepeluan anda,



AJHT membantu dengan cara

  1. Menyokong keselesaan sendi
  2. Memelihara tisu penyambung yang sihat
  3. Meningkatkan kesan kusyen pada sendi
Ostematrix membantu mengatasi masalah sendi. Kajian menunjukkan pengambilan kalsium berlebihan bukan sahaja membantu menguatkan tulang-tulang, tetapi juga bantu mengurangkan gejala-gejala osteoarthritis.

Omega Guard pula bertindak dengan cara 
  1. Melambatkan degradasi tulang rawan
  2. Boleh mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi - mengurangkan gejala-gejaladalam penyakit sendi
  3. Bertindak sebagai pelincir –> membantu bergerak lebih bebas apabila sendi-sendiberkeriat-keriut & sakit
Kajian terkini menunjukkan pengambilan asid lemak  omega- 3 bersama glukosamina dapat meningkatkan kesihatan sendi daripada mengambil glukosamina sahaja.

Untuk pertanyaan atau pesanan, sila hubungi 

Azura
sms/whatsapp/we chat : 013-6014583

FB Fanpage : MY Super Health
Share:

0 comments:

Post a Comment

Saya Azura

Bonjour & Welcome

Saya ibu kepada 3 orang putera dan seorang puteri. Menyertai Shaklee sejak tahun 2013 dan berada dalam rank Supervisor. Saya bersedia memberikan perkhidmatan terbaik untuk anda..

Follow Azura

Paling diminati