Tuesday, August 29, 2017

MULTIVITAMIN TERBAIK UNTUK KANAK-KANAK

Kalau untuk dewasa,Vita Lea amat digalakkan diambil sebagai multivitami. Untuk kanak-kanak, ada juga multivitamin dari Shaklee iaitu VitaLea for Children.

Shaklee Vitalea for Children lengkap dengan 18 multivitamin & multimineral termasuk 100% Vitamin C, D, E dan 8 jenis vitamin B yang akan membantu melengkapkan nutrisi dalam badan di mana ia tidak dapat diperolehi semuanya dari makanan seharian.

Juga mengandungi 200mg kalsium, magnesium, zinc, cooper dan banyak lagi yang akan membantu proses tumbesaran dan pertumbuhan tulang kanak-kanak.

Fungsi Vita-Lea for Children

✔Membantu menguatkan kecerdasan minda
✔Menyokong kesihatan dan pembinaan tulang yang kuat
✔Menguatkan gigi
✔Membekal makanan kepada sel badan untuk memastikan tubuh lebih bertenaga dan sihat
✔Meningkatkan sistem pertahanan tubuh
✔Melindungi kesihatan otot, jantung dan fungsi saraf
✔Mengekalkan tekanan darah dan rentak jantung yang normal
✔Meningkatkan penghasilan sel darah merah untuk mengelak anemia atau merawat anemia
✔Membantu meningkatkan selera makan dan melancarkan proses pencernaan
✔Mencegah penyakit beguk (tiroid)
✔Membantu dalam penyerapan zat dari makanan harian

Sesuai untuk kanak-kanak 4 tahun ke atas yang ada masalah :
✔Kurang minum susu
✔Kurang atau memilih makanan
✔Tak suka makan sayur, buah
✔Kerap jatuh sakit seperti demam,selsema
✔Kurang aktif dan cergas

Rasa multivitamin ni pun sedap tau. Perisa anggur. Boleh diberi kepada anak sebagai alternatif untuk melengkapkan nutrisi mereka.

Dapatkannya daripada pengedar sah Shaklee anda.

#gempakbintang
#fantastic4

credit to : zianaeunos. tq
Share:

SET VITAMIN SHAKLEE FAVERET SEPANJANG ZAMAN

Kak Z bermula dengan Shaklee selepas bersalinkan kembar. Ambil SET MENYUSU sebab demand yang tinggi dan rasa tak cukup kuat dan selalu sangat penat. Tapi waktu tu on off je dengan Shaklee. Apa pun,  Alhamdulillah, Kembar menyusu badan sampai umur 1 tahun 11 bulan.

Waktu tu pregnantkan Aysar pula. Badan rasa letih selalu apa lagi nak menguruskan si kembar yang tengah 'naik' time tu. So kak Z nekad ambil SET HAMIL dan terus register ahli dengan mak Shaklee kak Z, mak bintang sambil-sambil tambah pendapatan. SET BERPANTANG & SET MENYUSU kak Z ambil jugak lepas bersalin. Beli sendiri dengan HARGA AHLI. Senang nak dapatkan sendiri.

Secara jujurnya, menjadi pengedar sah Shaklee banyak membantu kak Z untuk MEMBANTU orang lain. Rasa seronok bila customer dapat turunkan berat badan 6kg selepas ambil SET KURUS. Bersyukur bila customer dapat pam 7oz
selepas amalkan SET MENYUSU sedangkan sebelum tu hanya dapat pam 2 oz. Alhamdulillah.

Banyak ragam manusia yang kak Z jumpa selama jadi SID ni. Dan semua ni menjadikan kak Z seorang yang LEBIH SABAR daripada dulu.

Bermula dengan makan sendiri je set-set vitamin faveret tu. Tapi bila puas hati dengan kesan positifnya, barulah seronok nak kongsi info dengan orang lain kan. Barulah rasa nikmat menjual tu. 😁

#gempakbintang
#fantastic4
Share:

Monday, August 28, 2017

BASIC H DI WHITE HOUSE

Ini Basic H, pencuci serbaguna. Gunakan untuk cuci segala pelosok rumah anda.
Tahu tak siapa lagi yang guna?

BARACK OBAMA..

Barack Obama arahkan guna HOME CARE-GET CLEAN SHAKLEE untuk bersihkan seluruh White House masa beliau jadi Presiden US.

Basic H merupakan salah satu produk dalam rangkaian HOME CARE GET CLEAN ni. Salah satu cara dia nak lindungi anak dia yang ada asma.

Anda tak perlu nak duduk kat White House pun untuk guna Basic H ni.
Semua pun boleh guna sebab harga berpatutan dan jimat penggunaannya..
Semua house pun dah boleh jadi macam mesra alam macam White House, eceehh... :-)

#gempakbintang
#fantastic4
Share:

SHAKLEE DULU DAN SEKARANG

Teringat masa mula-mula jadi pengedar sah Shaklee dulu. Tahun 2013. Isi form dalam Microsoft Excel guna laptop, pergi bank untuk transfer payment ke akaun Shaklee, lepas tu email untuk submit order.

Gigih juga masa tu. Penat tapi seronok nak buat. Godek-godek balik email lama, rasanya antara produk Shaklee pertama customer order ialah Mealshakes dan ESP.  Dari dulu sampai sekarang tetap antara produk terlaris.

Sekarang dah ada sistem online, shaklee2u . Senang. Klik-klik je. Pilih dan terus bayar guna kad debit atau kad kredit.

Seiring dengan zaman smartphone ni, lagilah mudah nak order Shaklee ni. Guna smartphone je pun dah boleh completekan order. Syaratnya jadi ahli je.

Nanti dapat akaun sendiri. Boleh order sendiri dengan harga ahli. Nak jadi ahli? Yurannya cuma RM68.90 je. Setiap tahun renew RM30 kemudian dapat balik voucher RM30. Boleh redeem bila buat pembelian seterusnya.

Kepada anak-anak Shaklee kak Z yang makan sendiri, anda dah boleh mula renew membership dari sekarang. Sila semak status membership anda dari Kak Z ye.

Kak Z
0136014583

#gempakbintang
#fantastic4
Share:

KENAPA OSTEMATRIX PRODUK TERLARIS

Bulan ni je dapat order Ostematrix sampai 5 botol. Banyak juga kalau diikutkan. Rekod peribadi lah ni. Antara produk terlaku.

Kenapa Ostematrix ni produk terlaris? Pastilah sebab banyak membantu ramai orang termasuj kak Z sendiri.

Ostematrix membantu

-membekalkan kalsium dalam badan
-mengatasi kebas-kebas
-mengatasi sakit sendi
-melawas

Ada lagi yang sedang mencari Ostematrix? Mai roger kak Z. 0136014583.

#gempakbintang
#fantastic4
Share:

TIPS RAWAT ANAK DEMAM

Angah baru je baik dari demam. Dua malam badannya panas je. Walaupun umur 6 tahun, tapi masih juga kuat merengek 😂.

Jadi malam-malam ummi basahkan towel dan lapkan kat seluruh badannya. Lepas tu letakkan tuala basah di belakang kepala dan belakang badan.

Tengah malam bagi juga makan ubat demam yang sesuai dengan umur anak  untuk turunkan suhu.

Siang pula bagi makan Nutriferon satu sachet bagi menguatkan sistem imun dan mencegah jangkitan virus.

Banyakkan beri minum air masak dan biarkan anak berehat bagi mempercepatkan proses pemulihan.

Alhamdulillah, hari ni dah okay. Dah boleh bergumpal bersama adik beradik dengan riang. Senang hati mak, nak 😘

#gempakbintang
#fantastic4
Share:

Sunday, August 27, 2017

PRODUK KESIHATAN PILIHAN KAUM IBU

✔ Sebakul penuh sampai melimpah-limpah baju kotor
✔ Habuk celah-celah gril, tingkap dan kipas dalam bilik
✔ Car seat Husnaa terkena coklat
✔ Beg sekolah anak-anak kotor terkena air milo
✔ Stroller penuh bulu-bulu kucing datang
✔Kasut sekolah anak-anak
✔Susun kain baju dalam almari
✔ Update fail SPBT
✔ Gubal soalan ujian
✔ Aktiviti cuti sekolah dengan anak-anak

Antara list kerja-kerja yang perlu dibereskan sepanjang cuti sekolah ni. Banyak benda kena basuh tu. Takde masalah sangat nak tanggalkan kesan kotoran kalau guna BASIC H dan sabun Rose & Champaca.

Tapi kan, banyak kerja yang perlu disettlekan, pasti akan terasa sakit pinggang lah. Lenguh sana sini lah. Almaklumlah, bukan buat selalu kan?

Jadi, kak Z tak nak lah buang masa melayan lenguh dan sakit-sakit tu semua. Nanti kerja tak boleh nak dibereskan.

Oleh yang demikian, kak Z sentiasa pastikan mengambil Ostematrix 4 biji sehari sebelum tidur bagi melengkapkan keperluan kalsium. Takde lah nanti kejap-kejap sakit badan. Kejab lagi sakit pinggang.

Alhamdulillah, Ostematrix memang memudahkan kerja kak Z. Kak Z syorkan untuk golongan mak-mak ni. Bagi kuat tulang kita. Nak pakai lama kan.
Share:

RESEPI SPAGETTI CARBONARA MUDAH

4 beradik kat rumah ni suka sangat makan spagetti carbonara. Terutama sekali Aysar lah. Bertambah-tambah kalau makan.

Kak Z rajin juga masak spagetti carbonara tapi tak lah selalu. Simple-simple boleh lah. Masa kawan-kawan dan cikgu taska Aysar datang beraya pun, jamu anak-anak tu dengan spagetti carbonara. Memang sold out 😁.

First try dulu gigih buat sendiri kuah tu guna mushroom soup, fresh milk apa semua. Sekarang malas. Beli yang tin/botol je. Pastikan halal ye. Kak Z pilih jenama Prego. Dah double triple check online. Dah confident baru lah beli dan guna tanpa was-was.

Senang je nak buat nya. Spaggeti atau angel hair (kanak-kanak lagi senang nak kunyah) tu rebus dengan air, sedikit minyak dan sedikit garam. Lepas dah masak, tos dan ketepikan.

Untuk kuah carbonara, mula-mula goreng sosej (dihiris) atau ayam dipotong dadu. Dah masak, ketepikan. Guna kuali yang sama, tumis bawang merah dan bawah putih yang dah dicincang halus atau ditumbuk lumat. Minyak guna sikit je. Dah naik bau, masukkan sosej/ayam tadi.

Masukkan kuah carbonara dalam tin. Masukkan air dalam satu setengah tin tu, letak lada hitam sikit dan garam. Nak letak sayur seperti brokoli dan carrot pun boleh.

Kacau dan biarkan mendidih. Lepas tu siap. Makan bersama spaggeti/angel hair tadi.

Senang kan. Tak payah nak pikir banyak. Campak-campak je siap. Anak confirm suka. Hihihi.

Boleh lah masak di hari minggu ni. Selamat mencuba 😍.
Share:

Saya Azura

Bonjour & Welcome

Saya ibu kepada 3 orang putera dan seorang puteri. Menyertai Shaklee sejak tahun 2013 dan berada dalam rank Supervisor. Saya bersedia memberikan perkhidmatan terbaik untuk anda..

Follow Azura

Paling diminati