Sunday, August 27, 2017

RESEPI SPAGETTI CARBONARA MUDAH

4 beradik kat rumah ni suka sangat makan spagetti carbonara. Terutama sekali Aysar lah. Bertambah-tambah kalau makan.

Kak Z rajin juga masak spagetti carbonara tapi tak lah selalu. Simple-simple boleh lah. Masa kawan-kawan dan cikgu taska Aysar datang beraya pun, jamu anak-anak tu dengan spagetti carbonara. Memang sold out 😁.

First try dulu gigih buat sendiri kuah tu guna mushroom soup, fresh milk apa semua. Sekarang malas. Beli yang tin/botol je. Pastikan halal ye. Kak Z pilih jenama Prego. Dah double triple check online. Dah confident baru lah beli dan guna tanpa was-was.

Senang je nak buat nya. Spaggeti atau angel hair (kanak-kanak lagi senang nak kunyah) tu rebus dengan air, sedikit minyak dan sedikit garam. Lepas dah masak, tos dan ketepikan.

Untuk kuah carbonara, mula-mula goreng sosej (dihiris) atau ayam dipotong dadu. Dah masak, ketepikan. Guna kuali yang sama, tumis bawang merah dan bawah putih yang dah dicincang halus atau ditumbuk lumat. Minyak guna sikit je. Dah naik bau, masukkan sosej/ayam tadi.

Masukkan kuah carbonara dalam tin. Masukkan air dalam satu setengah tin tu, letak lada hitam sikit dan garam. Nak letak sayur seperti brokoli dan carrot pun boleh.

Kacau dan biarkan mendidih. Lepas tu siap. Makan bersama spaggeti/angel hair tadi.

Senang kan. Tak payah nak pikir banyak. Campak-campak je siap. Anak confirm suka. Hihihi.

Boleh lah masak di hari minggu ni. Selamat mencuba 😍.
Share:

0 comments:

Post a Comment

Saya Azura

Bonjour & Welcome

Saya ibu kepada 3 orang putera dan seorang puteri. Menyertai Shaklee sejak tahun 2013 dan berada dalam rank Supervisor. Saya bersedia memberikan perkhidmatan terbaik untuk anda..

Follow Azura

Paling diminati