Showing posts with label set hamil. Show all posts
Showing posts with label set hamil. Show all posts

Thursday, November 6, 2014

SEBAB IBU HAMIL PERLU MAKANAN TAMBAHAN

Pemakanan sewaktu hamil perlu dititikberatkan bagi memastikan ibu dan kandungan sihat dan selamat. Walaupun diet sihat dan seimbang adalah cara yang terbaik mendapatkan nutrien penting semasa hamil, gaya hidup moden yang sibuk mungkin menyebabkan ibu-ibu gagal memperolehnya.


Maka diet tambahan yang mengandungi vitamin dan susu yang diperkuatkan sangat penting. Pengambilannya setiap hari sama ada sebelum dan semasa hamil memastikan anda mendapat cukup nutrien. Berikut adalah jenis-jenismakanan tambahan yang dimaksudkan;

Vitamin pra kehamilan
Doktor mungkin mengesyorkan pengambilan vitamin tambahan untuk memastikan diet anda tidak kekurangan mineral.

Asid folik
Salah satu vitamin tambahan yang amat penting. Merupakan sejenis vitamin B larut air, ia perlu diambil 3 bulan sebelum hamil sehingga 12 minggu kehamilan bagi mencegah spina bifida iaitu kelemahan tiub saraf yang biasa berlaku di manan bahagian bawah saraf tunjang gagal mengecut menyebabkan lumpuh dan hilang upaya kekal. Ibu dinasihatkan mengambil sekurang-kurangnya 400mg asid folik semasa pra hamil. Ini boleh mengurangkan risiko spina bifida sehingga 70% .
Bagaimanapun wanita yang mempunyai sejarah melahirkan bayi dengan kelemahan tiub saraf, sawan dan diabetes memerlukan dos yang lebih tinggi sehingga 4mg.
(B COMPLEX SHAKLEE mengandungi asid folik)

Kalsium
Kalsium penting untuk fungsi sistem peredaran, otot dan saraf. Selain itu, ia membantu membina tulang dan gigi yang kuat semasa tumbesaran janin. Anda disyorkan mengambil sekurang-kurangnya 1000mg kalsium sehari semasa merancang kehamilan. Anda boleh mendapatkan kalsium daripada produk tenusu seperti susu, dadih dan keju. Jika tidak mengambil makanan tenusu atau alah kepada laktosa, dapatkan kalsium daripada sumber-sumber lain seperti tauhu, roti diperkaya dengan kalsium atau bijirin sarapan, sardin dan ikan salmon.
(Dapatkan sumber kalsium anda daripada susu dan OSTEMATRIX SHAKLEE)

Zat besi
Merupakan unsur penting dalam pembentukan hemoglobin dan peredaran oksigen. Simpanan zat besi boleh menurun semasa hamil kerana dikongsi dengan janin. Jadi, anda perlu memantau paras zat besi sentiasa mencukupi bagi mengelakkan anemia selain memastikan bayi turut mendapat cukup zat besi. Kekurangan zat besi boleh dikaitkan dengan bayi yang kurang berat badan dan meningkatkan risiko pendarahan semasa bersalin.
(VITA-LEA SHAKLEE membantu membekalkan zat besi sepanjang kehamilan)

Karbohidrat
Ia menyerap melalui uri sebagai glukosa dan penting untuk pengeluaran tenaga.

Lemak
Asid lemak menyerap melalui uri untuk memberi tenaga kepada badan. Asid lemak merupakan komponen struktur bagi semua tisu dan dianggap pembina semua jenis sel. LA dan ALA adalah perintis pembinaan AA dan DHA. Ia amat penting untuk pembentukan otak, retina dan lain--lain tisu saraf.

Protein
Protein dibawa melalui uri sebagai asid amino dan merupakan komponen struktur dan fungsi utama semua sel dalam badan. Ia penting untuk pertumbuhan dan perkembangan.
(Sumber Protein juga boleh didapati daripada ESP SHAKLEE)

Vitamin A
Vitamin ini penting untuk perekembangan mata, tulang, kulit dan paru-paru bayi. Bagaimanapun, dos Vitamin A berlebihan boleh dikaitkan dengan kecacatan bayi. Produk-produk rawatan jerawat mungkin mengandungi dos vitamin A yang tinggi. Jadi, anda perlu mendapatkan nasihat doktor sebelum menggunakannya.
(Gunakan produk yang selamat seperti NUTRIWHITE & ENFUSELLE SHAKLEE)

Vitamin C
Ia meningkatkan penyerapan zat besi dalam usus untuk memperkuatkan daya ketahanan badan. Jadi anda perlu mengambil cukup vitamin C setiap hari. Ia mudah didapati dalam kebanyakan buah-buahan tempatan.
(Sustained Release VITA C PLUS mampu membekalkan vitamin C yang badan perlukan)

Magnesium
Selain penting dalam pembentukan gigi dan tulang, magnesium mustahak untuk sistem enzim dan penguncupan otot.

Jangan abaikan pengambilan vitamin tambahan ni kerana ia boleh membantu anda pulih cepat dan janin membesar dengan sihat. Pengambilan vitamin tidak menjadikan bayi yang dilahirkan bersaiz besar seperti yang diperkatakan oleh orang. Saiz bayi yang besar mungkin disebabkan oleh genetik atau pemakanan ketika hamil. Berat lahir yang normal adalah diantara 2.5 kg sehingga 4.0 kg.

Pengalaman saya hamil anak kedua dengan consume vitamin kehamilan daripada Shaklee juga mengujakan. Walaupun mabuk teruk di awal kehamilan seperti ketika mengandungkan kembar, tapi saya dapati saya lebih sihat dan bertenaga berbanding kehamilan pertama. Bacaan hemoglobin juga semakin baik setiap kali rutin check up bulanan. Baby yang saya lahirkan pun beratnya 2.72 kg
je. Tak lah besar pun walaupun consume vitamin kehamilan kan?

Mari lalui kehamilan dengan cergas dan ceria sepanjang 9 bulan 10 hari ini. Ibu-ibu pasti lebih sihat dan bersemangat sekiranya sentiasa positif dan menjaga kesihatan dengan baik.

KLIK SINI UNTUK MEMESAN SET HAMIL ANDA

SMS/WHATSAPP : 013-6014583 untuk konsultasi & pesanan. Saya sedia memberikan servis yang terbaik untuk anda.
Share:

Saturday, November 1, 2014

MAMA GOJES TANPA ANEMIA

Anemia merupakan keadaan di mana berlakunya kekurangan hemaglobin di dalam sel darah merah.
Hemoglobin merupakan pengangkut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan. Oleh itu, apabila anda mengalami anemia, tisu seluruh badan menjadi hipoksia  (kurang kandungan oksigen) dan kurang tenaga.

Anemia sangat bahaya kerana boleh menyebabkan ;
Tumpah darah semasa dan selepas bersalin
Tekanan darah tinggi (eklampsia)
Keguguran
Kematian
Kematian janin
Kelahiran bayi tidak cukup bulan
Kelahiran bayi kurang berat badan

Anemia dikesan melaluiujian darah iaitu apabila paras hemoglobin (Hb) dalam sel darah merah
kurang daripada 11 g/dl.

Terdapat 2 cara untuk mengatasi masalah anemia

CARA 1 : Tambah Darah dengan Makan Makanan Kaya Zat Besi
CARA 2 : Tambah Darah dengan Suplimen yang Sesuai Untuk Kehamilan

CARA 1
TAMBAH DARAH DENGAN MAKANAN KAYA ZAT BESI


Terdapat banyak makanan yang mengandungi zat besi. Sumber makanan kaya zat besi yang baik adalah daripada sumber haiwan, dan sayur-sayuran. .

Zat besi dalam sumber haiwan termasuklah,
hati ayam
hati lembu
paru
lala
kerang rebus
ikan bilis
sardin
ikan cencaru


Zat besi dalam sayur-sayuran antaranya
peria
pegaga
kangkung
bayam
pucuk paku
ulam raja
bawang besar
taugeh

Kandungan vitamin c dalam buah-buahan
jambu batu
betik
limau
belimbing
durian
mangga
nenas
pear


CARA 2 : TAMBAH DARAH DENGAN SUPLIMEN YANG SESUAI UNTUK KEHAMILAN 

Pil atau suplimen yang sangat penting kepada ibu hamil ialah pil zat besi, pil asid folik, pil vitamin C dan pil vitamin B kompleks.

Kandungan zat besi, B kompleks dan Asid Folik diperlukan untuk membentuk sel darah merah.
Pil vitamin C membantu untuk meningkatkan penyerapan zat besi.

Suplimen ini boleh juga didapati daripada Shaklee. Kami mempunya Vita-Lea sebagai sumber zat besi, B Complex sebagai sumber b kompleks dan asid folik serta Sustained Release Vita C Plus sebagai vitamin C.

Tiga produk ini adalah asas kepada set kehamilan Shaklee. Anda juga digalakkan mengambil Ostematrix dan ESP sebagai sumber kalsium dan mencantikkan kulit  sepanjang dan selepas kehamilan.Omega Guard pula berfungsi membantu pertumbuhan seimbang dan perkembangan otak janin.

Suplimen kehamilan membantu ibu-ibu pulih cepat dan janin membesar dengan sihat. Ia tidak menyebabkan saiz bayi besar. Berat yang normal bagi kelahiran seorang bayi adalah di antara 2.5 kg sehingga 4.0 kg.

Jangan abaikan pengambilan vitamin sepanjang kehamilan tau. Mungkin pemakanan sahaja tidak mencukupi kerana ibu perlu memberikan penekanan terhadap nutrisi anak dalam kandungan juga.

Sila SMS/WHATSAPP saya untuk konsultasi dan pesanan produk. Simpan tau nombor telefon saya ni. 013-6014583 dan hubungi saya sekarang untuk tawaran menarik. Salam sayang semua.


Puan Seri Azura
SID Kuala Pilah
013-6014583
mysuperhealth@yahoo.com.my
Share:

Saya Azura

Bonjour & Welcome

Saya ibu kepada 3 orang putera dan seorang puteri. Menyertai Shaklee sejak tahun 2013 dan berada dalam rank Supervisor. Saya bersedia memberikan perkhidmatan terbaik untuk anda..

Follow Azura

Paling diminati