Showing posts with label set hamil shaklee. Show all posts
Showing posts with label set hamil shaklee. Show all posts

Thursday, November 6, 2014

SEBAB IBU HAMIL PERLU MAKANAN TAMBAHAN

Pemakanan sewaktu hamil perlu dititikberatkan bagi memastikan ibu dan kandungan sihat dan selamat. Walaupun diet sihat dan seimbang adalah cara yang terbaik mendapatkan nutrien penting semasa hamil, gaya hidup moden yang sibuk mungkin menyebabkan ibu-ibu gagal memperolehnya.


Maka diet tambahan yang mengandungi vitamin dan susu yang diperkuatkan sangat penting. Pengambilannya setiap hari sama ada sebelum dan semasa hamil memastikan anda mendapat cukup nutrien. Berikut adalah jenis-jenismakanan tambahan yang dimaksudkan;

Vitamin pra kehamilan
Doktor mungkin mengesyorkan pengambilan vitamin tambahan untuk memastikan diet anda tidak kekurangan mineral.

Asid folik
Salah satu vitamin tambahan yang amat penting. Merupakan sejenis vitamin B larut air, ia perlu diambil 3 bulan sebelum hamil sehingga 12 minggu kehamilan bagi mencegah spina bifida iaitu kelemahan tiub saraf yang biasa berlaku di manan bahagian bawah saraf tunjang gagal mengecut menyebabkan lumpuh dan hilang upaya kekal. Ibu dinasihatkan mengambil sekurang-kurangnya 400mg asid folik semasa pra hamil. Ini boleh mengurangkan risiko spina bifida sehingga 70% .
Bagaimanapun wanita yang mempunyai sejarah melahirkan bayi dengan kelemahan tiub saraf, sawan dan diabetes memerlukan dos yang lebih tinggi sehingga 4mg.
(B COMPLEX SHAKLEE mengandungi asid folik)

Kalsium
Kalsium penting untuk fungsi sistem peredaran, otot dan saraf. Selain itu, ia membantu membina tulang dan gigi yang kuat semasa tumbesaran janin. Anda disyorkan mengambil sekurang-kurangnya 1000mg kalsium sehari semasa merancang kehamilan. Anda boleh mendapatkan kalsium daripada produk tenusu seperti susu, dadih dan keju. Jika tidak mengambil makanan tenusu atau alah kepada laktosa, dapatkan kalsium daripada sumber-sumber lain seperti tauhu, roti diperkaya dengan kalsium atau bijirin sarapan, sardin dan ikan salmon.
(Dapatkan sumber kalsium anda daripada susu dan OSTEMATRIX SHAKLEE)

Zat besi
Merupakan unsur penting dalam pembentukan hemoglobin dan peredaran oksigen. Simpanan zat besi boleh menurun semasa hamil kerana dikongsi dengan janin. Jadi, anda perlu memantau paras zat besi sentiasa mencukupi bagi mengelakkan anemia selain memastikan bayi turut mendapat cukup zat besi. Kekurangan zat besi boleh dikaitkan dengan bayi yang kurang berat badan dan meningkatkan risiko pendarahan semasa bersalin.
(VITA-LEA SHAKLEE membantu membekalkan zat besi sepanjang kehamilan)

Karbohidrat
Ia menyerap melalui uri sebagai glukosa dan penting untuk pengeluaran tenaga.

Lemak
Asid lemak menyerap melalui uri untuk memberi tenaga kepada badan. Asid lemak merupakan komponen struktur bagi semua tisu dan dianggap pembina semua jenis sel. LA dan ALA adalah perintis pembinaan AA dan DHA. Ia amat penting untuk pembentukan otak, retina dan lain--lain tisu saraf.

Protein
Protein dibawa melalui uri sebagai asid amino dan merupakan komponen struktur dan fungsi utama semua sel dalam badan. Ia penting untuk pertumbuhan dan perkembangan.
(Sumber Protein juga boleh didapati daripada ESP SHAKLEE)

Vitamin A
Vitamin ini penting untuk perekembangan mata, tulang, kulit dan paru-paru bayi. Bagaimanapun, dos Vitamin A berlebihan boleh dikaitkan dengan kecacatan bayi. Produk-produk rawatan jerawat mungkin mengandungi dos vitamin A yang tinggi. Jadi, anda perlu mendapatkan nasihat doktor sebelum menggunakannya.
(Gunakan produk yang selamat seperti NUTRIWHITE & ENFUSELLE SHAKLEE)

Vitamin C
Ia meningkatkan penyerapan zat besi dalam usus untuk memperkuatkan daya ketahanan badan. Jadi anda perlu mengambil cukup vitamin C setiap hari. Ia mudah didapati dalam kebanyakan buah-buahan tempatan.
(Sustained Release VITA C PLUS mampu membekalkan vitamin C yang badan perlukan)

Magnesium
Selain penting dalam pembentukan gigi dan tulang, magnesium mustahak untuk sistem enzim dan penguncupan otot.

Jangan abaikan pengambilan vitamin tambahan ni kerana ia boleh membantu anda pulih cepat dan janin membesar dengan sihat. Pengambilan vitamin tidak menjadikan bayi yang dilahirkan bersaiz besar seperti yang diperkatakan oleh orang. Saiz bayi yang besar mungkin disebabkan oleh genetik atau pemakanan ketika hamil. Berat lahir yang normal adalah diantara 2.5 kg sehingga 4.0 kg.

Pengalaman saya hamil anak kedua dengan consume vitamin kehamilan daripada Shaklee juga mengujakan. Walaupun mabuk teruk di awal kehamilan seperti ketika mengandungkan kembar, tapi saya dapati saya lebih sihat dan bertenaga berbanding kehamilan pertama. Bacaan hemoglobin juga semakin baik setiap kali rutin check up bulanan. Baby yang saya lahirkan pun beratnya 2.72 kg
je. Tak lah besar pun walaupun consume vitamin kehamilan kan?

Mari lalui kehamilan dengan cergas dan ceria sepanjang 9 bulan 10 hari ini. Ibu-ibu pasti lebih sihat dan bersemangat sekiranya sentiasa positif dan menjaga kesihatan dengan baik.

KLIK SINI UNTUK MEMESAN SET HAMIL ANDA

SMS/WHATSAPP : 013-6014583 untuk konsultasi & pesanan. Saya sedia memberikan servis yang terbaik untuk anda.
Share:

Saturday, November 1, 2014

MAMA GOJES TANPA ANEMIA

Anemia merupakan keadaan di mana berlakunya kekurangan hemaglobin di dalam sel darah merah.
Hemoglobin merupakan pengangkut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan. Oleh itu, apabila anda mengalami anemia, tisu seluruh badan menjadi hipoksia  (kurang kandungan oksigen) dan kurang tenaga.

Anemia sangat bahaya kerana boleh menyebabkan ;
Tumpah darah semasa dan selepas bersalin
Tekanan darah tinggi (eklampsia)
Keguguran
Kematian
Kematian janin
Kelahiran bayi tidak cukup bulan
Kelahiran bayi kurang berat badan

Anemia dikesan melaluiujian darah iaitu apabila paras hemoglobin (Hb) dalam sel darah merah
kurang daripada 11 g/dl.

Terdapat 2 cara untuk mengatasi masalah anemia

CARA 1 : Tambah Darah dengan Makan Makanan Kaya Zat Besi
CARA 2 : Tambah Darah dengan Suplimen yang Sesuai Untuk Kehamilan

CARA 1
TAMBAH DARAH DENGAN MAKANAN KAYA ZAT BESI


Terdapat banyak makanan yang mengandungi zat besi. Sumber makanan kaya zat besi yang baik adalah daripada sumber haiwan, dan sayur-sayuran. .

Zat besi dalam sumber haiwan termasuklah,
hati ayam
hati lembu
paru
lala
kerang rebus
ikan bilis
sardin
ikan cencaru


Zat besi dalam sayur-sayuran antaranya
peria
pegaga
kangkung
bayam
pucuk paku
ulam raja
bawang besar
taugeh

Kandungan vitamin c dalam buah-buahan
jambu batu
betik
limau
belimbing
durian
mangga
nenas
pear


CARA 2 : TAMBAH DARAH DENGAN SUPLIMEN YANG SESUAI UNTUK KEHAMILAN 

Pil atau suplimen yang sangat penting kepada ibu hamil ialah pil zat besi, pil asid folik, pil vitamin C dan pil vitamin B kompleks.

Kandungan zat besi, B kompleks dan Asid Folik diperlukan untuk membentuk sel darah merah.
Pil vitamin C membantu untuk meningkatkan penyerapan zat besi.

Suplimen ini boleh juga didapati daripada Shaklee. Kami mempunya Vita-Lea sebagai sumber zat besi, B Complex sebagai sumber b kompleks dan asid folik serta Sustained Release Vita C Plus sebagai vitamin C.

Tiga produk ini adalah asas kepada set kehamilan Shaklee. Anda juga digalakkan mengambil Ostematrix dan ESP sebagai sumber kalsium dan mencantikkan kulit  sepanjang dan selepas kehamilan.Omega Guard pula berfungsi membantu pertumbuhan seimbang dan perkembangan otak janin.

Suplimen kehamilan membantu ibu-ibu pulih cepat dan janin membesar dengan sihat. Ia tidak menyebabkan saiz bayi besar. Berat yang normal bagi kelahiran seorang bayi adalah di antara 2.5 kg sehingga 4.0 kg.

Jangan abaikan pengambilan vitamin sepanjang kehamilan tau. Mungkin pemakanan sahaja tidak mencukupi kerana ibu perlu memberikan penekanan terhadap nutrisi anak dalam kandungan juga.

Sila SMS/WHATSAPP saya untuk konsultasi dan pesanan produk. Simpan tau nombor telefon saya ni. 013-6014583 dan hubungi saya sekarang untuk tawaran menarik. Salam sayang semua.


Puan Seri Azura
SID Kuala Pilah
013-6014583
mysuperhealth@yahoo.com.my
Share:

Tuesday, October 14, 2014

5 CARA TINGKATKAN SISTEM IMUNISASI IBU HAMIL

Lazimnya, ibu hamil sangat mudah diserang demam atau selsema. Kenapa? Ia adalah kerana sistem imunisasi ibu hamil adalah rendah. Ini salah satu faktor kenapa ibu hamil tidak digalakkan melawat pesakit berpenyakit (berjangkit) di hospital dan juga todak digalakkan menjalankan sesetengah jenis rawatan. 

Jadi, penting sangat untuk kita jaga kesihatan untuk meningkatkan sistem imunisasi ketika hamil. Ikuti cara tingkatkan sistem imunisasi ibu hamil ini.

MAKANAN ELAK DEMAM
Makan lebih banyak bawang putih segar, sayur-sayuran berdaun hijau, buah sitrus segar dan minum banyak air kosong.

MAKANAN TAMBAHAN
Amalkalah pemakanan suplimen tambahan khusus untuk ibu hamil mengikut dos yang disarankan oleh doktor.

BERSENAM
Mengamalkan senaman secara tetap memperbaiki sistem kardiovaskular, aliran darah, menyingkirkan toksin, merangsang antibodi dan memastikan sistem endokrin berfungsi dengan baik.

BEREHAT
Mengelakkan tekanan perasaan dan sentiasa berfikiran positif membantu anda merangsang sistem imunisasi yang baik.

VAKSIN
Jika anda terlalu kerap mengalami demam ketika hamil, anda berisiko tinggi mengalami komplikasi. Jadi, anda digalakkan untuk mendapatkan vaksin bersesuaian. 


Puan Seri Azura
013-6014583
Share:

Saturday, September 20, 2014

WAJIB AMBIL VITA-LEA KETIKA HAMIL


Setiap kali saya pregnant, masalah utama yang saya hadapi adalah Hb Low atau Hemoglobin rendah. Nurse & doktor selalu nasihatkan saya mengambil berat tentang pemakanan saya. Lebihkan makan kerang, hati ayam, sayur bayam dan lain-lain.

Hb rendah disebabkan kurangnya zat besi untuk menjana penghasilan hemoglobin ibu dan bayi. Kesan kekurangan zat besi akan mengakibatkan ANAEMIA. Anaemia boloeh mengakibatkan keguguran, kelahiran bayi pra-matang, berat lahir rendah atau kebarangkalian ibu meninggal dunia. Nauzubillahiminzaliq.. Antara simptom Hb rendah adalah sakit kepala, telinga berdengung, jantung berdebar, dan kulit pucat. 

Ketika saya mengandungkan anak ketiga (selepas kembar), saya mula mengambil Vita-Lea sebagai vitamin untuk mencegah masalah Hb rendah. Alhamdulillah, bacaan Hb saya semakin lama semakin meningkat atas 11. Saya juga tak ada masalah sembelit ketika hamil. Bagus Vita-Lea ni,membantu sepanjang saya mengandung. 

Vita-Lea diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa. Vita-Lea juga boleh membantu ; 
Meningkatkan kesihatan dan kecergasan menyeluruh
Menyokong jangka hayat, usus dan kesihatan mata
Meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi
Memberikan perlindungan terhadap kerosakan akibat serangan radikal bebas


Jangan pandang ringan apabila ibu-ibu disahkan mengalami hemoglobin rendah tau. Dapatkan nasihat doktor, amalkan pemakanan yang sesuai dan seimbang serta jangan skip makan vitamin sepanjang hamil. Saya pilih Vita-Lea untuk membantu saya kekal sihat sepanjang hamil. Dan pastinya pilihan saya seandainya dikurniakan rezeki untuk pregnant lagi.. Insya Allah..

Puan Seri Azura
sms/whatsapp : 013-6014583
Share:

Friday, July 18, 2014

PAKAI KASUT TINGGI KETIKA HAMIL?



Anda hamil tapi masih teringin memakai kasut tinggi? No no no.. Kasut yang bakal anda gunakan sepanjang kehamilan perlu diberi perhatian sewajarnya. Biarpun hamil, anda masih boleh kekal bergaya tetapi semestinya harus selesa. Jangan pula kasut yang anda pakai mengundang bahaya sehingga menimbulkan kemalangan.

Mungkin panduan berikut membantu anda;

ELAK KASUT TUMIT TINGGI
Pilih kasut tanpa tumit yang lembut dan leper. Jika masih mahu pakai kasut bertumit, maksimum hanya 1 ke 2 inci sahaja. Walaubagaimanapun, seelok-eloknya pakai kasut bertumit sebelum kandungan mencecah 6 bulan untuk langkah keselamatan anda dan bayi.

TIDAK PERLU MAHAL
Kaki anda mungkin semakin melebar dan membengkak di akhir kehamilan. Biasanya bengkak akan surut selepas melahirkan tetapi lebarnya mungkin kekal. Jadi tak perlu membeli kasut yang mahal danberharap dapat pakai selepas bersalin. Ukuran kasut anda MUNGKIN bertambah kepada saiz 1/2 hingga 1.

JENIS SARUNG
Kasut sarung lebih mudah dipakai ketika hamil berbanding kasut bertali. Sandal selipar yang selesa juga adalah pilihan yang terbaik ketika hamil.

DAYA SOKONGAN KUAT
Kasut yang dipilih juga seharusnya berupaya menyerap hentakan. Jadi, pilih kasut yang mencengkam dan hindari dari tapak yang licin dan mudah tergelincir.

JANGAN SEKADAR MUAT
Beli kasut pada waktu petang atau malam. Saiz kaki kita berada pada tahap maksimum ketika waktu ini. Elakkan membeli kasut yang ketat atau sekadar muat supaya masalah pengaliran darah di bahagian kaki tidak berlaku.

Ketika hamil, adalah sangat penting anda menjaga kesihatan tulang anda. Pemilihan kasut yang salah hanya akan menyebabkan masalah kepada tulang anda. Tulang ibu perlukan sokongan yang kuat kerana bakal mengendong kandungan yang adakalanya boleh mencecah lebih 5 kg (termasuk uri dan air ketuban).

Untuk kesihatan tulang ketika hamil, dinasihatkan anda mengambil berat tentang pengambilan kalsium. Minum susu secukupnya. Jika susu bukan favorite anda, anda boleh cuba OSTEMATRIX SHAKLEE sebagai alternatif lain.

Saya juga mengamalkan OSTEMATRIX ketika hamil kali kedua disebabkan tak lalu minum susu. Alhamdulillah, kurang masalah sakit-sakit pinggang. Dengan mengamalkan Ostematrix secara konsisten juga, Alhamdulillah badan anak saya kuat dan tegap. Ostematrix juga membantu melawaskan sistem pembuangan ketika hamil.

Anda nak cuba Ostematrix? KLIK SINI UNTUK MEMESAN OSTEMATRIX SHAKLEE

Untuk sebarang pertanyaan dan konsultasi terbaik, sila sms/whatsapp 013-6014583 sekarang.
Share:

Friday, April 4, 2014

Ostematrix sebagai pengganti susu?

Siapa yang perlu ambil Ostematrix? Ostematrix ni sebenarnya sesuai untuk siapa? Kalau anda rasa umur anda dah semakin bertambah, kurang mengamalkan cara hidup yang sihat, anda juga adalah salah seorang yang perlukannya. Ostematrix juga dapat menggantikan susu kepada mereka yang tak boleh atau tak suka minum susu.. hehehe.. macam saya lah tu..

Selain itu, Ostematrix juga sesuai untuk ;
  • ibu mengandung - terutama sekali ibu hamil yang selalu sakit-kaki kaki, kebas dan cramp
  • ibu menyusu 
  • ibu berpantang
  • mereka yang selalu sakit- sakit sendi
  • mereka yang selalu sakit kepala (migrain)
  • mereka yang tak boleh (tak lalu) minum susu
Ostematrix juga membantu membekalkan kalsium yang dapat membantu pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi. Ia juga membantu pengecutan otot dan saraf.

Sebarang soalan atau pesanan,sila hubungi ;

iR Zura
#starworldSID
013-6014583
Share:

Promosi April 2014 : OSTEMATRIX Beli 6 Percuma 1



Alhamdulillah kita bertemu lagi dalam bulan April ni.. Sekejab je masa berlalu kan..

Bulan ni promosi Shaklee diteruskan dengan Promosi Ostematrix Beli 6 Percuma 1..  Nak cerita la sikit apa yang bestnya dengan Ostematrix ni.. Ostematrix ni adalah salah satu suplemen yang mengandungi 
kalsium, magnesium, fosforus dan vitamin D, zink, kuprum, manganes dan boron. Nutrien-nutrien ini perlu diambil bersama untuk penyerapan oleh tubuh dan menghalang endapan sesetengan mineral. Kajian telah membuktikan supplemen kalsium akan meningkatkan ketumpatan tulang wanita yang telah berumur secara berkesan. 


Manfaat Utama
  • menguatkan tulang-kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka, gigi, sistem saraf. Ia juga merawat tulang retak, osteomalaccia (rickets dewasa), kuku rapuh, ekzema, konvulsi/kekejangan, gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat.
  • memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas - pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan artritis
  • meringankan stress - ianya mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf, mengelakkan tidur selesa, memperbaiki jantung berdebar, gementar, mimpi buruk dan stress, depresi, mood wing, sakit kepala dan pitam
  • memperbaiki masalah haid - kajian menunjukkan dengan pengambilan 1, 000mg kalsium dan magnesium serentak meringankan sakit waktu haid dan membantu membuang air kecil.
  • pengalkalian tubuh - kalsium adalah mineral alkalin dan ianya berkesan memastikan imbangan pH tubuh. Ianya juga menghalang obesiti di waktu umur tua. Tambahan pula kalsium membantu sel menyerap nutrien dan merangsang detoksifikasi
  • membantu merawat penyakit rickets -  Ia meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka, memperbaiki penyakit periodontal. 
1 tablet ostematrix bersamaan dengan 1 gelas susu tinggi kalsium bersamaan dengan 80 biji badam!!
                       1 tablet ostematrix = 1 gelas susu tinggi kalsium = 80 biji badam

Hanya RM61 sahaja untuk 120 tablet.. Berbaloi tau.. Boleh tahan 4-6 bulan..

Ostematrix sangat sesuai digabungkan dalam Set Hamil Shaklee, Set Berpantang Shaklee, Set Menyusu Shaklee, Set Sendi Sihat, Set Anti Migrain, Set Anti Senggugut dan macam-macam lagi set tau.. Pendek kata, semua perlukan kalsium untuk tubuh badan yang sihat.. 

Sempena promosi bulan April ni, Beli 6 Percuma 1.. Wah..bestnya.. boleh hadiahkan untuk mak, ayah, suami, isteri, ayah saudara, mak saudara, nenek, untuk diri sendiri.. bestnya.. Jimat berganda-ganda tu..Jom borong...

iR Zura
#starworldSID
013-6014583
Share:

Monday, March 31, 2014

Baby Shaklee?


Ni lah salah seorang duta Shaklee.. Hehehe.. Ni baby saya no.3 atau baby Shaklee saya.. Kenapa cakap baby Shaklee pulak? Bukanlah sebab baby ni keluar dari botol Shaklee (macam yang disindir oleh sesetengah orang..pfff). Tapi baby saya ni sebenarnya dah menikmati khasiat Shaklee sejak dalam perut mak dia lagi..

Waktu pregnantkan baby aysar ni, mak memang tak lalu nak minum susu so cuba lah minum ESP untuk kali pertama dalam hidup.. Suplimen Shaklee yang saya ambik ketika pregnant selain ESP adalah Vitalea dan Ostematrix.. Saya rasa ini antara suplimen yang wajib kena ambik lah setiap kali pregnant.. Disebabkan saya memang ada masalah Hb low dan jugak selalu cramp, sakit-sakit pinggang terutama sekali waktu malam, so dua vitamin ni memang membantu saya sepanjang kehamilan.. Masalah sembelit pun tak de.. Alhamdulillah,  set hamil shaklee pilihan saya..

Bersalinkan dia ni pun mudah jugak.. Alhamdulillah.. Ye lah nak compare dengan bersalinkan kembar, memang lagi mudah lah.. hehe.. berat 2.72 kg.. takde lah besar mana kan? Siapa cakap makan supplemen boleh buat baby dalam kandungan besar? Sebenarnya, saiz baby tu bergantung juga kepada genetik atau pun faktor pemakanan ibu semasa kehamilan.. Bagus sebenarnya amalkan supplemen ketika hamil.. Membantu melengkapkan nutrien dan khasiat ibu dan baby.. Yelah kan, keperluan kena lah double.. untuk ibu dan baby.. kalau kembar, kena triple la.. :-)

Hari pertama lepas bersalinkan Aysar, susu badan segan jugak nak keluar.. So, husband bawak ESP ke hospital untuk saya minum..Aysar ada jaundis sikit, dan kali ni saya banned daripada bagi rawatan lain (sus kambing, air tabib cina whatsoever), saya cuma bagi susu badan sahaja.. Dengan izin Allah, kuning Aysar tak teruk dan turun semakin hari.. Hmm.. anak yang pertama, tak banyak ilmu.. ikutkan je cakap orang.. *sigh* Set berpantang shaklee pun best jugak.. saya ambik ESP, Zink, Ostematrix, B Complex..

Alhamdulillah jugak sebab dapatlah susukan Aysar secara ekslusif tanpa susu formula sepanjang 7 bulan yang pertama.. 7 bulan dah top up susu formula sebab kena pergi kursus bermalam ke malam dan stok susu dalam peti dah berapa banyak dah..

Sekarang masih lagi menyusukan Aysar.. masih lagi mengepam walaupun dah minum susu formula.. Alhamdulillah, rezeki Aysar.. waktu kembar dulu, 4 bulan je saya tahan mengepam.. lepas tu bagi direct feeding je sampai umur 1 tahun 11 bulan... Set menyusu Shaklee pulak saya consume, ESP, Alfafa, B Complex & Ostematrix..

Sepanjang Aysar bersama saya sejak dalam kandungan, Alhamdulillah sihat walafiat.. Kalau demam atau selsema, saya ambik Vita C Plus 2 bijik dan patah-patahkan dan jugak Nutriferon, then susukan.. Insha Allah, setakat ni tak ada masalah..

Apa pun, di masa depan kita tak tau.. Yang penting, kena lah jaga kesihatan daripada sekarang.. Jaga jugak kesihatan anak-anak.. Jangan sumbat je segala macam makanan kat anak.. Bagi anak 3 bulan makan? *pengsan*

Anda ada sebarang soalan atau pesanan?
Sila hubungi saya ;

iR Zura
#starworldSID
013-6014583
FB Fanpage :  MY Super Health
Share:

Monday, March 10, 2014

Pantang Larang Ketika Hamil

Kehamilan adalah sesuatu yang amak ditunggu-tunggu oleh pasangan suami isteri. Anak adalah anugerah dari Allah yang mampu menceriakan hidup kita. Kebiasaannya ketika hamil, orang-orang tua sering mengingatkan kita tentang beberapa pantang larang kan. Kadang-kadang macam tak masuk akal. Tapi sebagai menghormati mereka, ambik jugak lah perhatian. Okey, ni sedikit pantang larang ketika pregnant yang saya jumpa dalam salah satu blog. Jom baca…

a) Jangan minum air kelapa dan air nenas pada trimester pertama.
* dikhuatiri bayi akan gugur.

INFO :  Terdapat dakwaan menyatakan kebimbangan bahawa memakan nenas boleh menyebabkan keguguran di awal kehamilan atau mempercepatkan proses kelahiran jika wanita itu berada di akhir kehamilan. Ini kerana nenas mengandungi enzim bromelain yang dikatakan mampu melembutkan pangkal rahem (cervix) seterusnya mempercepatkan proses kelahiran. Walau bagaimana pun belum ada kajian yang lengkap mengenai dakwaan ini.

b) Jangan mengikat mati benang, plastik atau sebagainya.
* dikhuatiri ibu sukar melahirkan.

c) Jangan mengetuk dinding rumah.
* dikhuatiri uri bayi akan melekat pada rahim, biarpun bayi telah selamat dilahirkan.

d) Jangan mandi malam.
* dikhuatiri air ketuban akan berlebihan sehingga memudaratkan bayi dlm kandungan.

e) Jangan banyak minum ais.
* dikhuatiri saiz bayi akan besar dan sukar dilahirkan. Ada juga sesetengah pendapat
mengatakan takut bayi mudah dijangkiti demam kuning.

f) Elakkan minuman bergas dan kafein.
* dikhuatiri kandungan mudah gugur.

g) Jangan lilit tuala pada leher dan pada rambut (utk keringkan rambut)
* dikhuatiri tali pusat akan melilit leher bayi.

h) Kurangkan mkn buah oren.
* dikhuatiri bayi dilahirkan byk kahak.

i) Elakkan membuat kerja2 menjahit.
* dikhuatiri tali pusat anak akan berbelit dan sukar melahirkan.

j) Apabila terlihat benda yg pelik, cepat2 beristighfar.
* dikhuatiri bayi akan mengenan.

k) Kurangkan mkn pisang.
* pisang menyebabkan rambut bayi terlalu lebat.

l) Jangan memburu atau membunuh binatang. (bg suami dan isteri)
* dikhuatiri sukar utk bersalin.

m) Jangan mkn betik muda.
* getah yg ada padanya menyebabkan kandungan boleh gugur.

Bila baca, macam ye macam tidak je kan. Tapi apa pun, ingatlah Allah Maha Berkuasa. Apa pun yang berlaku semuanya dengan izin Allah. Sebagai ibu hamil, penting untuk kita selalu berhati-hati sepanjang masa. Pemakanan pun mesti dijaga dengan betul sebab kita makan untuk dua orang kan? Selalu saya katakan pada diri sendiri, Enjoy The Moment setiap kali pregnant. So, ENJOICE!! Hehehehe…


Untuk pertanyaan dan pesanan, sila hubungi

sms/whatsapp/we chat : 013-6014583

FB Fanpage : MY Super Health
Share:

Sunday, March 2, 2014

Kucing Penyebab Keguguran?

Apakah punca keguguran berulang? Perluka rawatan khusus untuk merawatnya?




Terdapat beberapa faktor atau punca yang dikaitkan dengan keguguran berulang. Faktor utama kebanyakan keguguran dikatakan berpunca daripada masalah janin itu sendiri yang mempunyai masalah genetik atau kromosom yang menyebabkan janin itu tidak dapat membesar dengan baik. Janin memerlukan kromosom yang sihat dan tersusun dengan sempurna. Mungkin keadaan kromosom itu tertinggal atau tersalah kedudukannya semasa pembentukan janin sebaik sahaja selepas persenyawaan. Hasilnya, janin itu akan mati sejak dari awal.

Wanita yang mengalami penyakit endometriosis dan fibroid juga kadang-kadang mengalami keguguran biarpun usia kandungan sudah memcecah antara empat hingga lima bulan. Jangkitan kuman pada darah wanita yang mengandung ialah salah satu penyebab keguguran berulang.

Sejenis parasit toksoplasmosis yang ada pada badan kucing juga boleh menyebabkan keguguran. Oleh itu, bagi wanita yang sering mengalami keguguran dan memelihara kucing, perlulah sentiasa berhati-hati. Walaupun kucing peliharaan dijaga dengan baik dan bersih, tetapi parasit itu tetap ada pada bulu-bulu kucing dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Sebenarnya tiada rawatan khusus bagi masalah keguguran. Biasanya, selepas pemeriksaan dilakukan, jika ujian yang dilakukan mendapati wanita tetsebut mengalami masalah tertentu, contohnya diabetes, rawatan diabetes akan diberikan untuk mengawal paras glukosa dalam darah pada aras yang paling optimum sebelum mengandung.

Seorang wanita yang ingin mengandung harus amalkan pemakanan berkhasiat daripada peringkat awal lagi selain mengambil asid folik dan vitamin. Kalau boleh wanita yang mengandung diberi cuti rehat pada peringkat awal. Anda juga digalakkan berehat, banyakkan baring dan tenangkan fikiran.

Sumber ; Pancasihat

Apa yang menyebabkan keguguran berulang sebenarnya? Wallahualam.. Semua tu rahsia Allah kan.. Apa pun, sesungguhnya kita hanya merancang, tuhan yang menentukan.. Yang penting, kita mesti berusaha..

Saya juga nak share, Energising Soy Protein (ESP) boleh membantu menguatkan rahim tau... Insha Allah.. Boleh hubungi saya untuk info lanjut ye.. :-) 

Superummi Zura
Sms/whatsapp/we chat : 013-6014583 FB Fanpage : MY Super Health
Share:

Sunday, February 16, 2014

Tips Atasi Morning Sickness


Rindunya waktu pregnantkan kembar dulu.. Well, yang penting waktu pregnant memang best.. Dan dah rezeki saya, untuk kedua-kedua kandungan, saya mengalami alahan dan mual yang teruk tau.. Sampai admit ward sebab hiperemisis gravidum. Morning sickness yang teruk.. Loya, muntah-muntah sampai apa pun yang masuk dalam perut mesti keluar balik walaupun minum air kosong.

Pregnancy kedua rasanya saya lebih sihat berbanding pregnancy pertama... Mungkin jugak faktor kandungan kembar pada pregnancy pertama.. Sebenarnya morning sickness ni agak sinonim dengan ibu hamil. Ianya berpunca daripada perubahan hormon yang berlaku kepada badan kita.

Jika anda hamil, adalah dinasihatkan supaya anda

  • makan sedikit tetapi kerap
  • jangan abaikan pengambilan air
  • jangan abaikan pengambilan vitamin hamil
  • jauhkan diri dari tempat yang panas atau ramai orang
  • banyakkan berehat
  • tidur secukupnya
  • elakkan makanan pedas, berempah atau lain-lain yang berbau kuat
  • makan biskut kosong (tanpa perisa)
Ibu-ibu juga dicadangkan untuk mengambil vitamin seperti berikut
  • Vitalea
  • Sustained Release Vitamin C
  • Ostematrix
  • Omega Guard
  • B Complex
Istimewanya Set Hamil Shaklee ni boleh diambil sehingga selepas bersalin tau. Cuma tambah vitamin lain untuk proses berpantang je..

Berminat untuk cuba? Hubungi saya sekarang untuk info lanjut.

Hotline :
013-6014583 / 019-6241209

FB Page : MY Super Health
Share:

Monday, February 3, 2014

Promosi Februari 2014 : Vita-Lea Iron Formula

Februari datang lagi... Bulan ni promosi Shaklee Beli 1 Percuma 6 diteruskan dengan Vita-Lea pulak..

Vita-Lea Shaklee adalah multivitamin dan mineral pertama dicipta di dunia. Asalnya dikenali sebagai 'Vitalize-Mineral' dan disingkatkan sebutan kepada 'Vita-min' dan perkataan vitamin yang disebut kini asalnya dari Shaklee.

Peningkatan teknologi telah mengubah bentuknya dari cecair (90 tahun dahulu) kepada bentuk tablet yang dikenali sebagai Vita-Lea. Setiap tablet mengandugi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA. Ia diformulasikan secara komprehensif dan sangat seimbang.

Tablet Vuta-Lea disaluti dengan serbuk nutrisi-spirulina. Ia dihasilkan dengan kaedah yang terkini dan teknologi eksplosif yang kompleks disebut sebagai "Explo-tab". Ia merupakan tablet multi vitamin yang paling pantas di dunia yang terlarut dalam air dan juga tubuh manusia. Mineral yang terkandung di dalamnya mudah berintegrasi dengan protin untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil.

Ujian klinikal telah membuktikan dengan pengambilan Vita-Lea Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65% telah dipilih oleh Center for Science di Amerika Syarikat sebagai THE BEST MULTI-VITAMIN di dalam Public Interest pada tahun 2000.

Antara manfaat Vita-Lea ialah ;

Penambahan Tenaga Segera
pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja seharian

Pelengkap Nutrisi
Kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang, terutamanya mereka yang mengamalkan sayuran (vegetarian) dan anemia

Keupayaan Sistem Produktif
Penting kepada remaja yang sedang membesar

Metabolisma
Sangat membantu dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan

Elemen penting pada Set Tubuh
Menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon, serta menjaga kesihatan tiroid

Melindungi Organ
Melindungi fungsi buang pinggang, jantung dan hati

Biasanya, kami syorkan Vitalea dalam hampir semua set kombinasi di antaranya ; Set Hamil, Set Berpantang, Set Menyusu, Set Kesihatan Optimum, Set Darah Rendah, Set Kencing Manis dan lain-lain.
Tun Dr. Mahathir adalah salah seorang dari jutaan pengguna setia Vitalea tau.. :-)

Dapatkan konsultasi dan nasihat daripada kami sekarang. Kami akan melayan anda sebaiknya.. Peace!

Hotline :
013-6014583 atau 019-6241209

FB Page :
Share:

Monday, January 20, 2014

Petua Mendapatkan Anak Kembar (Twin)


      Ha..nampak gambar tu, ada apa2 yang same tak? Hehehe mereka berdua tu kembar, macam Upin & Ipin. Anak sape la tu ye sungguh shomel :) Kali ni nak kongsi plak petua yang boleh di amalkan untuk dapat anak kembar...

Antara perkara tersebut ialah...jeng jeng jeng... :

1. Berdoa kepada Allah... Antara surahnya,
  • Surah As-Saaffaat ayat 120, maksudnya : Salam sejahtera kepada nabi Musa & nabi Harun
  • Surah As-Syura ayat 50, maksudnya : Ia mengurniakan mereka kedua-duanya-anak lelaki dan perempuan, dan Ia juga menjadikan sesiapa yang dikehendaki-Nya mandul, sesunggunya Ia Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa
2. Minta doa dari orang soleh/alim :
  • Firman-Nya dalam surah An-Nahl ayat 43, maksudnya : Oleh itu bertanyalah kamu (wahai golongan musyrik) kepada orang-orang yang berpengetahuan agama jika kamu tidak mengetahui.
3. Nazar yang tidak bertentangan dengan hukum Syarak :
  • Firman-Nya dalam surah Ali-Imran ayat 35, maksudnya : (Ingatlah) ketika isteri Imran berkata, Tuhanku! Sesungguhnya aku nazarkan kepadaMu anak yang ada dalam kandunganku sebagai orang yang bebas (dari urusan dunia untuk berkhidmat kepadaMu semata-mata), maka terimalah nazarku. Sesungguhnya engkaulah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
4. Jangan menzalimi binatang :
  • Firman-Nya dalam surah Ali-Imran ayat 36, bermaksud : Maka apabila ia melahirkannya, berkatalah ia : Wahai tuhanku! Sesungguhnya aku telah melahirkan seorang anak perempuan (sedang yang aku harapkan adalah anak lelaki), dan Allah memang mengetahui akan apa yang dilahirkannya itu - dan tidaklah sama anak lelaki dengan anak perempuan, dan bahawasanyalah aku menamakannya Maryam, dan aku melindunginya dengan peliharaan-Mu, demikian juga dengan zuriat keturunannya, dari godaan syaitan yang di rejam (yang dikutuk dan disingkirkan).

Selain dari amalan di atas, ada jugak beberapa faktor yang biasanya mempengaruhi :

1) Umur
       Perempuan yang berumur 35 hingga 40 tahun dan ke atas, mempunyai potensi yang lebih besar untuk memperolehi anak kembar. Mereka lebih cenderung menghasilkan lebih dari satu ovum sewaktu proses ovulasi kerana proses tersebut telah terganggu oleh proses perimenopause.

2) Genetik
       Jika dalam salasilah keluarga anda mempunyai sejarah kembar, maka peluang untuk dapatkan anak kembar lebih cerah kerana Trait penghasilan 2 ovum serentak dalam satu masa telah diturunkan kepada anda.

3) Berat Badan dan Ketinggian
       Wanita yang lebih tinggi atau yang lebih berat mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk mendapat anak kembar

4) Bilangan Anak
       Lebih banyak anak telah dilahirkan oleh seseorang itu, lebih cerahlah peluangnya mendapatkan anak kembar

5) Pengambilan Ubat Kesuburan
       Ubat kesuburan boleh meningkatkan kebarangkalian seseorang itu menghasilkan dua ovum dalam satu-satu proses ovulasi dan seterusnya peluang dapat anak kembar itu lebih tinggi

6) Diet
       Pengambilan makanan tertentu yang mengandungi Estrogen tinggi juga mampu meningkatkan kebarangkalian mendapatkan anak kembar

7) Ubi, Kentang dan Susu
       3 jenis makanan ini dapat meningkatkan ovulasi telur. Selain boleh meningkatkan peluang mendapatkan anak kembar, pengambilan makanan ini juga adalah salah satu cara bagi pasangan yang sudah lama berkahwin tapi belum dapat anak untuk mereka mendapatkan anak.

8) Set Kesuburan Shaklee
       Set kesuburan ini ada empat jenis suplemen yang telah terbukti berkesan dalam meningkatkan tahap kesuburan suami dan isteri. Memang sesuai la untuk anda yang nak dapatkan anak atau teringin sangat nak anak kembar macam admin MY Super Health kan :) hehehe... Cepat-cepat hubungi kami, nak call bole, nak SMS boleh, nak whatsapp pon bole ;)


Hotline kami :
0136014583 atau 0196241209

Facebook Pages kami :
MY Super Health
Share:

Sunday, January 19, 2014

Doa & Usaha Mendapatkan Anak Perempuan


  • Mulakan dengan doa dan niat untuk memperoleh jantina bayi perempuan.
  • Pastikan hubungan seksual dilakukan pada waktu subur isteri iaitu antara hari kesebelas hinggalah hari kesembilan belas dari kiraan pertama datangnya haid.
  • Biarkan suami melepaskan hanya lima puluh peratus sahaja spermanya ke dalam rahim isteri sementara bakinya dirembeskan di bahagian pangkal rahim.
  • Selepas berasmara, isteri digalakkan tidur mengiring ke sebelah kiri dan sekiranya membelakangkan suami maka mintalah izin terlebih dahulu.
  • Akhiri dengan doa agar hajat yang diinginkan dimakbulkan oleh-Nya.


Perbuatan yang digalakkan ketika kandungan berusia satu hingga sembilan bulan :
  • Amalkan membaca surah Yusuf dan Maryam.
  • Usap kandungan dengan lembut dan panggillah bayi anda dengan nama Maryam atau Siti Aishah.
  • Banyakkan berdoa agar permintaan anda dikabulkan.


Menurut penyelidikan barat hasil tulisan Alicia Pennington, ada beberapa tip mengenai cara bersetubuh yang boleh meningkatkan potensi mendapatkan anak perempuan. Ini sebahagian petikan artikel tersebut:
  • Si isteri harus mengelakkan keadaan ghairah atau terangsang semasa bersetubuh. Ini kerana dalam keadaan terangsang, faraj isteri akan dibasahi cecair yang bersifat asid. Ini akan membantutkan renangan sperma X yang lebih suka kepada keadaan beralkali.
  • Si suami harus mencapai klimaks dalam masa yang lebih singkat untuk menggelakkan rangsang yang berlebihan kepada isteri semasa bersetubuh.Selain cara bersetubuh, masa bersetubuh juga penting. Oleh kerana sperma X bertahan lebih lama dari sperma Y, ada baiknya jika persetubuhan dilakukan sehari sebelum isteri dijangka berovulasi.Walaupun tiada jaminan 100% teknik ini akan berjaya, cara bersetubuh ini sememangnya dapat meningkatkan peluang mendapat anak perempuan.

Sesungguhnya manusia hanya bole mengusahakan dan Allah yang akan menentukan. Terimalah dengan hati terbuka zuriat kurnia Allah, walau apa jantina sekalipon kan...

Yang penting usaha, doa, tawakal..mari-mari berusaha dengan Set Kesuburan Lelaki & Wanita oleh MY Super Health :) Insyaallah berkesan...



Hubungi kami sekarang di :
0136014583 / 0196241209

atau FB Pages :
MY Super Health



Share:

Thursday, January 16, 2014

Tips Merancang Jantina Anak



Hai...ini ada sedikit info untuk pasangan suami isteri yang nak merancang mendapat anak lelaki atau pon anak perempuan...Boleh cuba petua kat bawah ni ye :)

Petua dapat anak PEREMPUAN ( XX )
1) Persetubuhan dilakukan sebelum penetasan ovum isteri. Elakkan bersetubuh selama 5 hari dari hari Ovulation tersebut yang boleh dikesan dengan ujian kesuburan.

2) Di galakkan makan makanan yang berasid seperti limau, asam, nenas, cuka dan minuman berkarbonat. Elakkan makan makanan laut.

3) Melakukan Douching dengan menggunakan cecair asid ( Very Dilute Lactacyd ) 2 jam sebelum persetubuhan.

Petua dapat anak LELAKI ( XY )
1) Persetubuhan pada waktu subur adalah penting ( pada hari penetasan ovum isteri)

2) Makanan yang asid seperti buah-buahan limau, mangga, nenas, cuka dan air berkarbonat mesti dielakkan selama 2 bulan sebelum mencuba. Seafood adalah di galakkan.

3) Kaedah suntikan benih lelalaki ( Sperma ) setelah air mani suami menjalani proses layering atau menjalani rawatan bayi tabung uji dan di pilih embrio yang telah disahkan lelaki untuk dimasukkan kedalam rahim isteri.

4) Menukarkan cecair faraj kepada beralkali dengan melakukan douching atau basuh dalam faraj dengan 1 alat khas, 20 ml. Air bikarbonat dimasukkan kedalam faraj lebih kurang 2 jam sebelum mengadakan persetubuhan, ianya boleh dibeli di farmasi ( Sodium Bikarbonat ).

Sumber dari website Dr. Hamid

Herm....Walau apa pon usaha yang kita buat, apa yang penting? Kerjasama! Hehehehe...dan jangan lupa untuk memohon doa dari Allah Taala, Dialah perancang yang Maha Agung.

MY Super Health juga bole membantu anda, kami ada Set Kesuburan untuk Suami dan Isteri :)

Hubungi kami segera tau..Hehe..

Hotline : 0136014583 / 0196241209
FB Pages : MY Super Health
Share:

Sunday, July 7, 2013

Tips Atasi Mabuk (morning sickness) Ketika Mengandung

Time first pregnancy & second pregnancy ni, memang saya mengalami morning sickness yang agak teruk jugak. Tak boleh kata morning je lah, kadang the whole day mabuk.. huhuhu.. dah nasib saya la tu..

Waktu mengandung si kembar dua tahun lepas, 3 bulan pertama adalah waktu yang sangat menduga kesabaran. Saya mengalami loya and muntah yang sangat teruk sampai berat badan turun dgn mendadak. Makan apa pun tak boleh sebab sure akan muntah semula.. Minum air kosong pun boleh muntah. Kata orang, pregnant kembar berisiko untuk alami morning sickness yang lebih teruk sebab tahap hormon kehamilan yang lebih tinggi.

Pregnant kali ni pun teruk jugak sickness ni. Still loya and muntah sampai berat  badan turun. Dua kali pregnant, dua kali juga kena masuk wad untuk drip air sampai rasa okey.. Apa pun, ni bukan lah alasan untuk tak nak pregnant lagi next time.. Cuma mungkin ambik masa yang lagi panjang la untuk anak seterusnya… Hihihihi…

Dalam  entry ni jugak, saya rasa nak share tips yang saya amalkan untuk kurangkan rasa morning sickness ni. Sepanjang pengalaman mabuk hamil or morning sickness ni, adalah dinasihatkan supaya ibu – ibu :

·         *Makan sedikit tapi kerap – walaupun takde selera nak makan, kena lah paksa diri untuk makan sebab baby perlukan makanan dari kita untuk survive kan? So, ambik biskut tawar atau apa – apa makanan ringan  sebelum waktu makan sebenar. Makan dalam kadar sedikit tapi kerap untuk elakkan perut kosong.

·        * Minum air banyak – untuk elakkan rasa loya berpanjangan

·        * Elakkan makanan yang bergoreng atau pedas-ni boleh menambahkan rasa loya

·        * Elakkan makanan yang berbau atau rasa yang menambahkan rasa loya and muntah

·        * Makan makanan berkanji seperti roti bakar atau bijiran

·         *Banyakkan rehat – mintak kerjasama dari orang lain terutamanya suami dengan melakukan kerja rumah atau menjaga anak ketika anda berehat

·         *Ambil vitamin tambahan bagi menggantikan nutrisi yang hilang selepas muntah

Pregnant kali ni, saya amalkan vitamin Vitalea, Ostematrix dan ESP untuk membantu sepanjang kehamilan. Alhamdulillah, setakat ni kandungan berada dalam keadaan yang sihat dan saya pun kurang rasa penat walaupun kena menguruskan si kembar tu.. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan… Aminnn…


Untuk konsultasi, pertanyaan atau pesanan,
Shaklee Independent Distributor,
 AZURA
FB Page : MY Super Health

Sms/call/whatsapp/line : 019-6241209
Share:

10 tanda awal anda hamil

Jika anda sangat peka dengan sebarang perubahan dalam badan anda, anda mungkin mula menjangka anda mengandung tidak lama selepas bersama suami. Tapi ada jugak yang tak mengalami sebarang simptom awal hamil sehingga telur yang berjaya disenyawakan melekat pada dinding uterus, a few days selepas bersama suami.

Ada juga yang tak perasan sebarang tanda hamil kecuali bila tak didatangi period. Berikut ni adalah beberapa tanda awal pregnant. Anda mungkin mengalami semuanya, sesetengah daripadanya, atau takde langsung simptom berikut.

  •  Mengidam


Bunyi macam klise, tapi mengidam boleh jadi satu tanda hamil. Tapi jangan terlalu bergantung kepadanya sebagai tanda yang pasti anda mengandung. Boleh jadi ia suatu yang cuma mind-set sahaja. Tapi kalau terdapat symptom lain yang anda alami dalam senarai ini, mulalah mengira hari pertama haid terakhir anda.
  •  Warna aerola menjadi gelap


Sekiranya kulit di sekeliling puting payudara anda menjadi lebih gelap, ini mungkin bermakna proses persenyawaan telah berjaya. Walau bagaimanapun, ini mungkin juga tanda ketakseimbangan hormon  yang tidak berkaitan dengan kehamilan.
  •  Pendarahan atau kekejangan akibat implantasi

Tanda ini hanya berlaku kepada sesetengah wanita. Keadaan ini adalah sama seperti menjelang kedatangan haid anda. Kira – kira lapan hari selepas ovulasi,anda mungkin mengalami pendarahan implantasi, iaitu terdapat tompok – tompok darah berwarna merah jambu atau coklat, serta sedikit kekejangan. Ini disebabkan telur membenam masuk ke dalam lapisan endometrium.
  • Kerap membuang air kecil

Sebaik embrio melekat dan mula menghasilkan hormon human chorionic gonadotropin (HCG), anda mungkin perlu membuang air kecil dengan kerap.
  • Payudara melembut dan membengkak

Simptom ini berlaku seperti jugak anda period di mana keadaan payudara yang lebih senditif terhadap sentuhan. Tetapi ketika hamil, ia berlaku dengan tahap yang lebih sedikit. Namun begitu, apabila badan anda telah biasa dengan peningkatan hormon ini, kesakitan akan hilang.
  •     Keletihan

Tahap hormon progestron yang tinggi boleh membuatkan anda rasa letih walaupun hanya melakukan kerja yang ringan sepanjang hari.
  • Deria rasa berubah

Deria rasa mungkin sedikit berubah. Ada yang merasa sedikit payau di mulut, atau tidak dapat tahan rasa makanan yang biasanya mereka suka.
  •    Mabuk hamil pagi (morning sickness)

Morning sickness tidak semestinya berlaku pada waktu pagi sahaja. Ia boleh jadi berlaku pagi, petang atau malam. Sesetengah wanita mengalami sickness seawal dua hari selepas persenyawaan. Bagaimanapun, ada yang bernasib baik tidak mengalaminya langsung sepanjang kehamilan.
  • Tidak datang haid

Jika kebiasaannya anda mempunyai kitar haid yang teratur tetapi tidak kali ini dimana ia lambat atau tidak period langsung, elok juga jika anda membuat ujian kehamilan. Mana tau rezeki anda kali ni.
  •  Ujian kehamilan yang positif

Jika pregnancy test kit menunjukkan dua garis yang bermaksud positif, tahniah! Anda bakal menjadi ibu. Alhamdulillah… jumpalah dengan doktor untuk pengesahan lanjut.. :’)


Sumber dari www.babycenter.com.my


Untuk konsultasi, pertanyaan & pesanan ;
Shaklee Independent Distributor,
AZURA
FB Page : MY Super Health

Sms/call/whatsapp/line : 019-6241209
Share:

Saya Azura

Bonjour & Welcome

Saya ibu kepada 3 orang putera dan seorang puteri. Menyertai Shaklee sejak tahun 2013 dan berada dalam rank Supervisor. Saya bersedia memberikan perkhidmatan terbaik untuk anda..

Follow Azura

Paling diminati