Monday, February 3, 2014

Tips Berhenti Merokok

Adakah anda seorang perokok tegar? Sedang berusaha untuk berhenti merokok? Meh sini nak share sikit tips berhenti merokok...
  • Bila terasa ingin mengepit rokok di jari, cuba pegang sesuatu yang lain seperti pensel, buku, memasak atau menulis yang mampu membuatkan anda lupa untuk mengambil rokok
  • Jika merokok untuk rasa kepuasan melalui mulut, gantikan ia dengan memakan makanan berkhasiat seperti sayuran mentah, bertih jagung atau roti gandum
  • Jika merokok untuk merangsang semangat tubuh, cuba lupakan dengan berjalan cepat, membaca bahan bacaan menarik atau berbincang topik menyenangkan. Pastikan diet anda mengandungi bahan nutrisi yang penting dan anda tetap makan secara teratur untuk mencegah rasa lesu kerana kadar gula rendah
  • Andai anda merokok untuk mengurangkan stres, atasi ia dengan mendengar muzik yang menyenangkan, berjalan jauh atau melakukan sesuatu yang menggembirakan anda.
  • Jika anda merokok untuk mendapatkan ketenangan, cari ketenangan dengan cara lain dan pilih suasana tidak ada orang merokok
  • Bila anda merokok kerana kebiasaan, hindari situasi yang menyebabkan anda terdorong berbuat demikian seperti bergaul dengan teman yang tidak merokok dan pilih kawasan yang tidak dibenarkan merokok
  • Bila anda merokok sambil makan makanan atau minuman tertentu, elakkan makanan dan minuman berkenaan dan makan di lokasi lain
  • Bila terasa ingin merokok, tarik nafas dalam-dalam dengan berhenti sebentar pada akhir nafas. Tahan nafas sementara anda menyalakan pemetik api. Keluarkan nafas perlahan-lahan dan tiup pemetik api terbabit. Bayangkan ia sebatang rokok dan buang
Anda juga boleh cuba berhenti merokok dengan mengamalkan Vita E Shaklee, atau Vivix Shaklee. Vitamin berkenaan mempunyai antioksidan yang tinggi yang membantu membaiki sel-sel yang telah rosak dan menghilangkan ketagihan nikotin dengan pengambilan yang konsisten.

Hubungi saya untuk info lanjut. Katakan TAK NAK kepada rokok dan berhentilah merokok sekarang.. Hormati dan hargailah diri anda dan orang yang tersayang..

HOTLINE :
013-6014583 atau 019-6241209

FB PAGE :
Share:

0 comments:

Post a Comment

Saya Azura

Bonjour & Welcome

Saya ibu kepada 3 orang putera dan seorang puteri. Menyertai Shaklee sejak tahun 2013 dan berada dalam rank Supervisor. Saya bersedia memberikan perkhidmatan terbaik untuk anda..

Follow Azura

Paling diminati