Showing posts with label kekal sihat. Show all posts
Showing posts with label kekal sihat. Show all posts

Monday, February 3, 2014

Tips Berhenti Merokok

Adakah anda seorang perokok tegar? Sedang berusaha untuk berhenti merokok? Meh sini nak share sikit tips berhenti merokok...
  • Bila terasa ingin mengepit rokok di jari, cuba pegang sesuatu yang lain seperti pensel, buku, memasak atau menulis yang mampu membuatkan anda lupa untuk mengambil rokok
  • Jika merokok untuk rasa kepuasan melalui mulut, gantikan ia dengan memakan makanan berkhasiat seperti sayuran mentah, bertih jagung atau roti gandum
  • Jika merokok untuk merangsang semangat tubuh, cuba lupakan dengan berjalan cepat, membaca bahan bacaan menarik atau berbincang topik menyenangkan. Pastikan diet anda mengandungi bahan nutrisi yang penting dan anda tetap makan secara teratur untuk mencegah rasa lesu kerana kadar gula rendah
  • Andai anda merokok untuk mengurangkan stres, atasi ia dengan mendengar muzik yang menyenangkan, berjalan jauh atau melakukan sesuatu yang menggembirakan anda.
  • Jika anda merokok untuk mendapatkan ketenangan, cari ketenangan dengan cara lain dan pilih suasana tidak ada orang merokok
  • Bila anda merokok kerana kebiasaan, hindari situasi yang menyebabkan anda terdorong berbuat demikian seperti bergaul dengan teman yang tidak merokok dan pilih kawasan yang tidak dibenarkan merokok
  • Bila anda merokok sambil makan makanan atau minuman tertentu, elakkan makanan dan minuman berkenaan dan makan di lokasi lain
  • Bila terasa ingin merokok, tarik nafas dalam-dalam dengan berhenti sebentar pada akhir nafas. Tahan nafas sementara anda menyalakan pemetik api. Keluarkan nafas perlahan-lahan dan tiup pemetik api terbabit. Bayangkan ia sebatang rokok dan buang
Anda juga boleh cuba berhenti merokok dengan mengamalkan Vita E Shaklee, atau Vivix Shaklee. Vitamin berkenaan mempunyai antioksidan yang tinggi yang membantu membaiki sel-sel yang telah rosak dan menghilangkan ketagihan nikotin dengan pengambilan yang konsisten.

Hubungi saya untuk info lanjut. Katakan TAK NAK kepada rokok dan berhentilah merokok sekarang.. Hormati dan hargailah diri anda dan orang yang tersayang..

HOTLINE :
013-6014583 atau 019-6241209

FB PAGE :
Share:

Sunday, January 26, 2014

Petua Sayuran Kangkung



     Baru-baru kita dok heboh dengar cerita pasal kangkung..turun harga la apa la.Meh kita fikir positif apa khasiat kangkung ni ye?ada kegunnan lain ke selain makan buat lauk tu?

Berikut ini adalah beberapa manfaat khasiat kangkung untuk kesihatan tubuh manusia untuk dijadikan herba atau ubat tradisional serta cara ramuannya :


  • Mengatasi sembelit dan mual pada ibu hamil: Ibu hamil dianjurkan untuk sering mengambil tumisan sayur kangkung, kerana banyak mengandungi vitamin untuk pertumbuhan bayi di dalam kandungan.

  • Merawat hidung berdarah: Ambil seikat daun kangkung, cuci kemudian ditumbuk sampai halus, tambah sedikit gula, lepas tu campur dengan air panas, setelah sejuk tapis dan minum ramuan tersebut sebanyak 2 kali sehari.

  • Mengubati sakit kepala: Seikat daun kangkung segar direbus dengan 1 atau 2 gelas air, kemudian minumlah hasil air rebusan tersebut.

  • Mengurangkan kesakitan haid: Sediakan kira-kira setengah kilogram daun kangkung, kemudian ditumbuk sampai halus dan  tambah air setengah gelas, kemudian tapis dan tambah satu sudu makan madu. Minum satu kali sehari.

  • Merawat buasir: Sediakan segenggam akar kangkung, rebus dengan 3 gelas air hingga tinggal setengah. Setelah sejuk, minum setengah gelas sebanyak 2 kali sehari.

  • Mengatasi insomnia: Bagi anda yang susah tidur malam, segeralah makan daun kangkung yang ditumis tanpa batang.

  • Merawat sakit gigi: Sediakan segenggam akar kangkung, tambahkan cuka sebanyak setengah sudu teh, kemudian rebus dengan air sebanyak 1 gelas. Minum air rebusan tersebut 1 kali sehari.

  • Melancarkan buang air kecil: Ambil segenggam akar kangkung, lalu rebus dengan 2 gelas air hingga hingga tinggal 1 gelas je. Minum air rebusan tersebut satu kali sehari.

  • Menghilangkan kelemumur: Ambil seikat daun kangkung, lalu rendam dengan air secukupnya selama 1 malam, gunakan air tesebut untuk mencuci ketika mandi, sebaiknya dilakukan setiap hari.


  • Merawat kulit yang gatal kerana ekzema: Ambil daun kangkung yang segar,rebus dengan air secukupnya selama 5 minit, lepas panas pakai air rebusan tersebut untuk mencuci bahagian yang terkena ekzema tersebut, lakukan setiap hari hingga sembuh.

  • Mengatasi gusi bengkak: Ambil 200 gram akar kangkung yang dicuci bersih, tambah sedikit je cuka, rebus dengan dengan air sedikit je air. Air rebusan tersebut boleh digunakan untuk berkumur, lakukan setiap hari hingga sembuh.

  • Menghilangkan kematu: Bahagian kulit yang menebal boleh dihilangkan dengan menyapu getah kangkung.
Hehehe haa...tu adalah antara petua kegunaan sayur kangkung untuk kesihatan. Bole la kalau nak cuba kan tapi agak leceh betul tak?

Dah ada cara yang mudah, moden dah skarang ni kan...guna je produk Shaklee :) Macam-macam ado...hehe :)

Meh cecepat kontek MY Super Health, penjimatan hebat, servis pelanggan yang bagus, ada hadiah percuma pulak tu... Calling2 la we all k 


Hotline :
0136014583 / 0196241209

FB Pages:
MY Super Health


Share:

Sunday, January 5, 2014

Alfafa Complex Promosi Jan 2014


Wow! Memang terbaiklah...Sempena tahun baru 2014 ni pihak Shaklee buat promosi Beli 6 Percuma 1 untuk salah satu produk terlarisnya, #Alfafa Complex! Ni la masa terbaik nak beli Alfafa Complex Size Besar, berbaloi-baloi...

Oke oleh sebab tu meh kita tengok apa sebenarnya yang best tentang Alfafa Complex Shaklee ni yer? Antaranya ada 20 sebab kena cuba produk ni tau :-)

20 Kebaikan Alfafa Complex Shaklee :

1.    Merawat gangguan pencernaan
2.    Mengawal kolestrol dalam darah
3.    Menghapuskan kolestrol buruk 'LDL' dari tubuh
4.    Mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok
5.    Bagus untuk pesakit diabetes kerana mengurangkan paras gula dalam darah
6.    Mencegah edema - Pengumpulan air dalam badan
7.    Mengurangkan simptom menopous
8.    Merawat asthma dan lain-lain masalah pernafasan
9.    Merawat masalah sembelit
10.  Menyahkan toksik dalam tubuh
11.  Mengurangkan kesakitan otot dan sendi
12.  Meningkatkan sistem pertahanan tubuh
13.  Membantu masalah penghadaman
14.  Membantu memperbanyakkan susu ibu
15.  Mengurangkan masalah pundi kencing
16.  Mengurangkan masalah gastrik dan gangguan hati
17.  Meningkatkan kesihatan prostat
18.  Bertindak seperti kacip fatimah kepada wanita
19.  Menghangatkan hubungan suami isteri
20.  Membantu tingkatkan kesihatan lelaki


Apa tunggu lagi, mari-mari order dengan MY Super Health sebelum kehabisan stok. Khidmat nasihat percuma  menanti anda! hehe bersemangat pulak yer ;-)

Hotline : 01360145683 / 0196241209
FB pages: MY Super Health
Share:

Wednesday, December 4, 2013

Kekal Segar dan Hebat ketika Haid

Datang bulan? Biasanya bila tengah alami haid, mesti mood ke laut kan? Sebenarnya, perubahan hormon yang terjadi sewaktu menstruasi menyebabkan wanita sedikit sensitif. Hari ni, saya nak kongsi tips kekal segar ketika haid.

  • Gunakan pakaian longgar
Memakai pakaian ketat ketika haid hanya akan menyebabkan tubuh berasa tidak selesa. Ketika haid, tubuh memerlukan ruang yang cukup untuk bernafas dengan selesa setelah kehilangan banyak darah dalam proses berkenaan. Oleh itu, kenakanlah pakaian longgar ketika ini.

  • Jauhi daging merah
Elakkan makan daging merah ketika datang bulan kerana boleh menambah rasa sakit serta pengeluaran darah yang banyak ketika menstruasi. ambillah makanan yaang lebih sihat seperti buah-buahaan dan sayur-sayuran bagi membuatkan diri lebih segar dan bertenaga.

  • Kurangkan garam
Garam perlu dikurangkan pengambilannya terutama ketika menstruasi. Masalah kembung perut mudah berlaku ketika ini maka kurangkanlah garam.

  • Mandi air suam
Segarkan tubuh yang keletihan dengan mandi menggunakan air suam. Selain memberikan rasa selesa, tubuh juga menjadi lebih bersih. Nikmati ketenangan sepenuhnya ketika air hangat menyiram tubuh yang tidak bertenaga dan rasailah perbezaannya.

  • Tidur waktu siang
Cubalah tidur pada siang hari ketika anda sedang menstrausi. Pada waktu berkenaan, tubuh mudah merasa penat dan lemas kerana kehilangan banyak zat besi dalam darah. Oleh itu, tubuh memerlukan istiraehat yang selesa bagi mengembalikan tenaga yang hilang sekaligus membuatkan diri lebih bersemangat untuk aktiviti lain.

  • Lakukan senaman
Jangan jadikan menstruasi sebagai alasan untuk menghentikan aktiviti bersenam. Lakukan dengan betul dan konsisten supaya tidak menambahkan kesakitan

Dengan Shaklee, anda boleh mengurangkan kesakitan ketika haid dengan Set Anti Senggugut;  GLA Complex dan Ostematrix.

GLA Complex digunakan untuk memelihara kesihatan sepanjang kitaran haid setiap bulan.
Ostematrix  yang mengandungi kalsium, vitamin D, magnesium, membantu mengurangkan simptom-simptom senggugut seperti perut kembung, kekejangan, retensi air, mudah meradang dan kemurungan.

Untuk sebarang pertanyaan/informasi/tempahan, sila hubungi ;

Azura
SID. 930120
sms/whatsapp : 0136014583
FB :
https://www.facebook.com/mysuperhealth
emel : mysuperhealth@yahoo.com.my
Share:

Saya Azura

Bonjour & Welcome

Saya ibu kepada 3 orang putera dan seorang puteri. Menyertai Shaklee sejak tahun 2013 dan berada dalam rank Supervisor. Saya bersedia memberikan perkhidmatan terbaik untuk anda..

Follow Azura

Paling diminati