Showing posts with label sihat. Show all posts
Showing posts with label sihat. Show all posts

Tuesday, January 28, 2014

Panduan Pengambilan Harian Suplemen Shaklee


     Oke sekarang ni kita bercerita plak tentang cara bagaimana nak ambik suplemen dari Shaklee ni. Maklum la, macam-macam jenis kadang-kadang bole jadi confuse kan.. Jadi untuk memudahkan kita semua, kat bawah ni ada cadangan pengambilan suplemen Shaklee ni mengikut waktu dan jenis, dan mungkin berbeza bagi sesetengah orang kan...
______________________________________________________________

Sebelum Sarapan :
  • Zinc Complex = 1 biji
  • ESP = 1 Sudu
  • Mealshake = 1 Sudu
  • Cinch = 1 Sudu
  • Performance Drink = 1 Sudu

Selepas Sarapan :
  • B-Complex = 1 Biji
  • Vita-C = 1 Biji
  • Vita-Lea = 1 Biji
  • Advance Joint Health = 1 Biji
_______________________________________________________________

Sebelum Makan Tengahari :
  • ESP = 1 Sudu
  • Mealshake = 1 Sudu
  • Cinch Shake = 1 Sudu
Selepas Makan Tengahari :
  • Alfafa Complex = 2-5 Biji
  • Lecithin = 2 Kapsul
  • Garlic Complex = 1 Biji
  • OsteMatrix = 2 Biji
  • Carotomax = 1 Kapsul
_______________________________________________________________

Minum Petang :
  • ESP = 1 Sudu
  • Mealshake = 1 Sudu
  • Cinch Shake = 1 Sudu
  • Performance Drink = 1 Sudu
______________________________________________________________

Selepas Makan Malam :
  • Lecithin = 2 Kapsul
  • Omega Guard = 3 Kapsul
  • Alfafa Complex = 2-5 Biji
______________________________________________________________

Sebelum Tidur :
  • OsteMatrix = 2 Biji
  • Herb-Lax = 2-4 Biji
  • Vita-E = 1 Kapsul
  • GLA Complex = 1 Kapsul
  • Vivix = 1 Sudu Kecil
  • Collagen Powder = Campuran Air
______________________________________________________________


     Jadi harap dapat faham la sikit-sikit cara ambil suplemen ni kan.. Haaa panduan dah ada so mai la order dengan kami, macam-macam set suplemen yang kami ada tau. Antaranya :

  • Set Kesuburan Lelaki / Perempuan
  • Set Kekal Bertenaga
  • Set Hamil
  • Set Mengandung
  • Set Berpantang
  • Set Menyusu
  • Set Kanak-Kanak
  • Set Awet Muda
  • Set Kulit Cantik
  • Set Imun Booster
  • Set Sendi Sihat
  • Set Jantung Sihat
  • Set Anti-Alergi
  • Set Anti-Asma
  • Set Kurus
  • Set Anti-Senggugut
  • Set Anti-Sembelit
  • Set Penapis Air
  • Set Pencuci
  • Dan macam-macam set lagi :)

Hotline :
0136014583 / 0196241209

FB Pages :
MY Super Health

Share:

Tuesday, January 21, 2014

Tips Meningkatkan Penghasilan Susu Badan



     Pernah tak mengalami situasi susu badan kurang? Biasanya keadaan ni terjadi bagi ibu-ibu yang pertama kali melahirkan anak. Pengalaman menyusu boleh katakan memang takda, tambah pulak anak asyik menangis, bila disuakan nenen anak tu senyap pastu nangis balik...

     Dengan rasa hati yang tak keruan, kasihankan anak menangis, dengan diri sendiri yang masih dalam pantang...Tiba-tiba ada plak orang bersuara " Anak ko tu lapar, dia nak menyusu tu, tak cukup susu tu...bla bla bla..." Macam-macam la nasihat yang tak perlu keluar, itu la ini la..Tu sebab kadang-kadang kita dengar ada orang "Meroyan" dek kerana banyak sangat mulut yang bercakap.

     Hati ibu mana yang sanggup nak biarkan anak sendiri kelaparan...biarlah diri sendiri kelaparan asalkan anak tak lapar, betul tak? :) Hehehe tapi kan...kalau ibu tu lapar macam mana nak hasilkan susu badan? Jeng jeng jeng...Ni ada sikit tips MY Super Health untuk ibu yang menyusu badan dan jugak bakal ibu yang mahu menyusu badan.

Antara tips yang boleh di amalkan :

• Penyusuan dengan kedua-dua buah dada. Jika bayi mendapat letih menghisap, cuba bertukar ke payudara yang lain sehingga kedua-dua buah dada adalah kosong atau bayi tidak menyedut lagi.

• Pasti anda menyusu bayi anda cukup lama untuk mengosongkan payudara anda.

• Jangan jadual penyusuan. Ikut isyarat kelaparan bayi anda untuk menyusu

• Membolehkan bayi anda suapan gugusan terutamanya pada sebelah malam sebelum mereka tidur. Memberi susu secara gugusan adalah apabila bayi diberi susu beberapa kali dalam tempoh masa yang singkat.

• Menyusu pada waktu malam dimana penghasilan pada waktu malam adalah banyak.

• Pamkan payudara anda selepas penyusuan bayi untuk memastikan payudara adalah kosong dengan mengunakan pam manual ataupun pam eletrik. Anda juga boleh membaca artikel tentang cara pengunaan breastpump di sini.

• Bogelkan bayi anda semasa menyusu dimana sentuhan kulit ke kulit membantu bayi kekal sedar daripada lena.

• Teknik urutan payudara yang betul akan membantu susu mengalir dengan lancar.

• Pastikan anda dalam keadaan yang rehat dan relax dimana tekanan stress akan mengganggu penghasilan susu ibu kepada bayi anda.

• Jangan tidur meniarap pada waktu malam. Ini boleh memampatkan payudara anda dan menghalang pembekalan susu . Posisi tidur semasa hamil adalah penting untuk penghasilan susu ibu juga.

• Gunakan baby sling di antara waktu penyusuan walaupun ketika itu dia sedang tidur.

• Elakkan mengguna puting tiruan.

• Elakkan mengambil pil perancang semasa anda sedang menyusukan bayi anda.

• Jangan merokok semasa hamil.

• Minum air dengan banyak terutama sebelum penyusuan.

• Cuba mengelakkan minuman berkafein.

• Makan diet yang sihat dengan protein yang banyak.

• Berbincang dengan doktor anda tentang preskripsi atau pengambilan supplement untuk meningkatan penghasilan susu ibu.

• Akhirnya, fikirlah bayi fikirlah susu ketika menyusu, ini dapat merangsang penghasilan susu.

      Dapatkan Set Penyusuan Shaklee dari MY Super Health, terbukti berkesan dalam membantu ibu-ibu kekal gembira, cergas, ceria dan dapat menghasilkan susu badan yang berkhasiat dan banyak :) Hubungi kami segera :)


Hotline :

0136014583 / 0196241209

FB Page :

MY Super Health

Share:

Sunday, January 5, 2014

Selamat Tahun Baru 2014


Rasanya belum terlambat lagi untuk MY Super Health mengucapkan Selamat Tahun Baru 2014 kepada semua saudara-mara, sahabat handai khususnya kepada pengguna produk Shaklee ;-)

Semoga dengan berkat dan rahmat-NYA dapatlah kita menjadi lebih kritis, produktif dan efisien dalam menempuh kehidupan yang lebih mencabar untuk tahun ini. Maklumlah dengan keadaan ekonomi semasa negara Malaysia di kan..Kos sara hidup makin naik, kenalah kerja lebih kuat, lebih berkesan lagi kan :-)


Ha...kepada sesiapa yang berhajat nak tambah duit, duit, duit dan duit...hehe..jomlah join group MY Super Health. Jangan risau, insyaAllah setiap perancangan pasti akan berjaya jika berusaha. Jangan hanya hangat-hangat tahi ayam je tau :-) Yang penting ada daya usaha untuk maju dan bertawakal

Apa tunggu lagi tu..dial je no kat bawah ni, cepat sket kan hehe ;-)

Hotline : 0136014583 /  0196241209
FB pages : MY Super Health

Share:

Friday, November 29, 2013

Vitamin Cantik dan Sihat Semulajadi

Tubuh kita memerlukan pelbagai jenis vitamin untuk kesihatan dan kecantikan semulajadi. Sumber vitamin yang paling mudah diperolehi adalah melalui makanan. Hari ni saya nak share sikit tentang vitamin-vitamin yang boleh diperolehi dari sayur-sayuran dan buah-buahan.


Vitamin A
Menjadikan kulit lebih halus dan membantu mengekalkan kesihatan mata
Sumber : tembikai, anggur, aprikot, lobak merah, brokoli, keledek, bayam, labu dan telur

Vitamin B
Mencegah kulit daripada terlalu berminyak dan berjerawat. Selain itu, vitamin B juga dapat membantu meningkatkan kualiti rambut serta kulit selain metabolisme badan
Sumber : pisang, avokado, kacang, telur,susu, bijirin, ayam, tuna dan kerang

Vitamin C
Mengurangkan kemunculan parut, luka dan lebam kerana berupaya menghasilkan kolagen secara semula jadi yang baik untuk kulit. Malah vitamin C juga baik untuk sistem imun tubuh.
Sumber : buah-buahan sitrus, beri, epal, tembikai, nanas, tomato, bayam, kubis, capsicum, brokoli

Vitamin D
Membantu kulit memerangi masalah kekeringan, selain membantu kamu mendapatkan tulang dan gigi yang sihat.
Sumber : produk susu dan tenusu, tuna, salmon, sinaran matahari pagi(10-15 minit tiga kali seminggu)

Vitamin E

Membantu mengurangkan parut, radang dan rengsa pada kulit. Selain itu, vitamin E juga kaya dengan anti oksidan yang baik untuk menangani kulit kering dan tidak bermaya.

Sumber : Jus buah-buahan, asparagus, bayam, brokoli dan kekacang

Vitamin K
Membantu mengatasi masalah lingkaran gelap di bahagian bawah mata
Sumber : Bayam, sawi, parsli, daun salad hijau, tauge, kubis dan brokoli

Walaubagaimanapun, tahukah anda bahawa buah-buahan dan sayur-sayuran mungkin tercemar akibat racun serangga atau bahan kimia lain? Tak semua lah. Bukan lah kata tak bagus makan buah-buahan dan sayuran tapi pastikan sumbernya adalah semulajadi tanpa bahan-bahan berbahaya , okey? 

have a nice day, peeps.. :-)

Superummi Zura,
SID 930120
FB : MY Super Health
0196241209 / 0136014583
Share:

Friday, October 25, 2013

Testimoni Energising Soy Protein

Salam Jumaat semua.. Hari ni saya nak share sikit testimoni Energising Soy Protein (ESP) yang super duper hot selling tu..



Saya sendiri dah amalkan ESP ni sejak akhir pregnancy dan teruskan sampai sekarang (3 bulan selepas bersalin). Alhamdulillah kulit muka pun dah lebih baik daripada dulu. Parut jerawat pun semakin kurang.. yelah, parut ni pun sejak zaman remaja 10 tahun lepas kot.. Mesti lah ambik masa nak hilang terus.. Yang penting mesti konsisten dan ikut konsultasi yang betul..

Apa kata anda pulak cuba kalau nak tau berkesan ke tidak. Harga pun berpatutan sebab ESP boleh tahan 2 ke 3 bulan tau..

Hubungi saya untuk info/soalan/pesanan.

Superummi Zura
SID. 930120
FB : My Super Health
sms/whatsapp : 0196241209
email : mysuperhealth@yahoo.com.my
Share:

Monday, October 21, 2013

Kenapa perlu ambil suplemen?

Suplemen? Perlu ke ambil? Hm.. bergantung lah kepada diri masing-masing. Tak semestinya yang makan suplemen takkan sakit dan yang tak ambil suplemen mesti sakit.. Yang penting, amalkan gaya hidup yang sihat. Di sini saya nak kongsikan sikit kenapa perlu ambil suplemen..cemaran
  1. Kita sering terdedah terhadap pencemaran alam sekitar dan radikal bebas yang menjejaskan kesihatan badan(jerebu, pencemaran, banjir dll)
  2. Badan kita memerlukan dos yang lebih tinggi bagi sesetengah nutrien. Hakikatnya nutrien hanya boleh didapati dari pemakanan.
  3. Buah-buahan dan sayur-sayuran mungkin terjejas dan tercemar akibat racun serangga atau bahan kimia lain.(Tahu tak ada sesetengah buah-buahan di pasaran disalut dengan lilin supaya kekal cantik kulitnya?)
  4. Mengamalkan gaya hidup tidak sihat seperti kurang bersenam atau bersukan dan merokok.(Yang tak merokok pun dapat jugak kan bahaya tu kalau dekat2 dgn si perokok?)"
  5. Rutin pemakanan kebanyakan rakyat Malaysia yang tidak hiraukan diet yang seimbang.
  6. Gangguan penyerapan nutrien dari makanan, akibat dari pengambilan kafein, gula dan garam berlebihan.
  7. Kehilangan nutrien dalam makanan, terutamanya di kedai makan, restoran makanan segera dan sebagainya. 
Adakah anda rasa anda perlukan suplemen untuk diri sendiri dan keluarga? hanya anda sendiri yang boleh menjawabnya.. Peace No War! :-)

Hubungi saya untuk info/soalan/pesanan.
Superummi Zura
SID. 930120
FB : My Super Health
sms/whatsapp : 0196241209
email : mysuperhealth@yahoo.com.my
Share:

TIPS MUDAH ATASI SAKIT TEKAK



Adakah anda mengalami simptom berikut???

  • Rasa perit di kawasan tekak akibat batuk berterusan.
  • Sukar tidur kerana terganggu ketika menelan air liur.
  • Mengalami bengkak kelenjar limfa di sekitar bawah rahang dan leher. 
  • Berlaku sedikit lepuh kecil pada lelangit lembut dan juga tonsil.
  • Kesakitan di kawasan telinga 
  • Suara menjadi serak
  • Tonsil bengkak dan bersalut dengan warna yang sedikit keputihan. 
  • Rasa nak demam, sakit kepala dan muntah-muntah

Jika kebanyakan simptom berlaku tehadap anda, maka anda sedang mengalami sakit tekak. 

Apa kata anda cuba beberapa tips mudah berikut bagi mengurangkan sakit tekak.

  • Campurkan jus perahan limau nipis dan kicap makan. Usah terlalu masam, samakan sukatan bagi kedua-dua bahan tadi. Kemudian minum satu atau dua sudu besar campuran tadi. Ulangi tiga kali dalam seminggu.
  • Air garam juga boleh membantu. Caranya, kumur dengan air garam sekerap yang boleh. Hal ini bagi mematikan bakteria dan mengurangkan pembentukan lepuh baru di dalam mulut.
  • Minum jus atau air asam jawa untuk melegakan tekak. Air asam jawa sangat sesuai diminum, lebih-lebih jika peti suara kamu turut mendapat kesan daripada sakit tekak yang sedang anda alami.
  • Minum air masak sekerap yang boleh. Jangan paksa tekak kamu yang sakit itu mengeluarkan batuk untuk mendapatkan kelegaan. Sebaliknya, minum air masak untuk tujuan tersebut.
  • Buat jus daripada campuran madu dan perahan lemon. Sebaik-baiknya, minum ketika air masih lagi suam. Minuman ini juga mampu memberikan rasa lega pada tekak kamu dan mengurangkan rasa perit di sekitar tekak.
  • Nutriferon Shaklee merupakan campuran ekstrak tumbuhan semulajadi. Ianya menguatkan fungsi sistem imunisasi badan, melindungi dari jangkitan demam, selsema, sakit tekak dan lain-lain. 
Okey, selamat mencuba tips di atas ye kawan2!!.
Hubungi saya untuk info/soalan/pesanan.
Superummi Zura
SID. 930120
FB : My Super Health
sms/whatsapp : 0196241209
email : mysuperhealth@yahoo.com.my
Share:

Wednesday, October 9, 2013

Tips Merawat Anak Demam Dengan Shaklee


Anak demam? Muntah – muntah? Cirit birit? Mesti risau kan.. Anak yang aktif main tiap hari, bila tak sihat, jadi pasif. Merengek dan melepet je. Mak mana la yang tak sentap kan? Baru – baru ni anak kembar saya umur 2.5 tahun demam. Mula – mula si adik, sehari 2 lepas tu abang pulak. Memang dah lama tak demam. Last demam bulan 2. Allah nak bagi ujian kecil kan kat ibu la ni. Okay, ini ada beberapa tips yang saya nak kongsikan dengan anda yang saya praktikkan kat kembar.
  • Kalau dah perasan yang suhu badan si anak lebih panas dari biasa, terus basahkan kepala dan badannya. Teruskan lap badan dan kepala dia dari masa ke masa. Waktu anak tidur tengah malam pun lap jugak badannya terutama sekali kepala. Insha Allah, cepat turun suhu badan dia. Ingat, bacaan suhu badan harus dicatatkan setiap 2 3 jam
  • Saya campurkan 1/3 sachet Nutriferon dalam susu anak. Sekali sehari pun dah cukup. Interferon yang terkandung  dapat merangsang dan mempertingkat secara keseluruhan sistem imun tubuh.
  • Teruskan beri anak Mealshake. Campurkan dalam susu setiap pagi. Sekali je sehari.
  •  Beri minum air masak yang banyak supaya kandungan air dalam badan dapat dikekalkan . Boleh juga beri air jus.
  •  Tenangkan diri si anak dan beri perhatian kepada rengekannya. Sentiasa peluk dan cium anak supaya dapat mengalihkan rasa ketidakselesaannya sepanjang tempoh tak sihat tu.
Alhamdulillah, si adik demam satu malam je. Si abang pulak demam 2 malam. Demam kali ni memang ummi tak bawak pegi klinik pun. Muntah dan cirit-biritpun cepat kurang. Anak2 pun lebih relax dan main macam biasa walaupun tak sihat. Cuma ada ketika, nak manja – manja tu ummi layankan aje la.


Anak – anak anda selalu demam?Mungkin boleh cuba beri set vitamin Shaklee untuk kesihatan anak yang lebih baik. Hubungi saya untuk info/soalan/pesanan.

Superummi Zura
SID. 930120
FB : My Super Health
sms/whatsapp : 0196241209
email : mysuperhealth@yahoo.com.my
Share:

9 Rahsia Badan Langsing



Memiliki tubuh badan yang langsing pasti menjadi impian wanita, bukan? Okay, mari kita share skit rahsia langsing yang boleh kita praktikkan.

  • UKUR BERKALA
Sebelum melakukan sebarang aktiviti melangsingkan badan, pastikan anda ukur dulu badan ; ukuran berat, lilitan pinggang, pinggul dan lengan. Dengan itu, baru anda tahu sama ada aktiviti tu berkesan atau tidak.
  • SUSUN POLA PEMAKANAN
Makanan memainkan peranan penting untuk langsing. Maka, ubahlah pola pemakanan anda dengan mengurangkan makanan berlemak, manis dan berkarbohidrat dan menggantikannya dengan makanan yang lebih sihat seperti yogurt rendah lemak atau jus buah-buahan.
  • KELUAR DAN MASUK PERLU SEIMBANG
Untuk mendapatkan berat badan yang ideal, tak bermaksud anda tak boleh menikmati makanan lazat. Prindip paling penting ialah, ‘kadar pengeluaran’ mesti seimbang dengan ‘kadar kemasukan’, bermaksud jika anda makan banyak, maka aktiviti yang perlu dilakukan juga mesti banyak supaya semua kalori yang masuk dapat dibakar dan dikeluarkan dari badan.
  • BERSENAM
Tak perlu melakukan senaman yang berat, cukup sekadar teratur dan selamat. Bermain dengan anak-anak pun boleh dikira sebagai senaman, di samping dapat meluangkan masa bersama mereka.
  • KAWAL NAFSU
Perasaan kenyang dan lapar dikawal oleh fikiran anda sendiri. Jika berfikir sudah kenyang, maka memang anda berasa sedemikian , begitu juga sebaliknya. Jadi penting untuk anda mengawal nafsu makan supaya fikiran dan kehendak bergerak seiringan.
  • THE HIJAU SETIAP HARI
The hijau dikatakan dapat mengekalkan berat badan dan meningkatkan metabolisme serta membantu membakar lemak dalam tubuh dengan lebih mudah.
  • AIR KOSONG
Ketika dalam usaha menurunkan berat badan, tentunya anda berhadapan dengan situasi tergoda dengan makanan lazat kan? Jadi, jangan mengalah. Minum air kosong dengan banyak supaya makanan tersebut dapat dicerna dengan lebih cepat
  • LAKUKAN BERPASANGAN
Lakukan aktiviti menurunkan berat badan ini bersama pasangan(suami, ibu, bapa, kawan-kawan) yang mempunyai keazaman yang sama seperti anda supaya tidak berhenti separuh jalan. Melakukan aktiviti bersama dapat meningkatkan motivasi anda.
  • KEPENTINGAN SAYUR – SAYURAN
Sayur-sayuran dapat membantu proses penghadaman dan seterunya, membantu tubuh mencerna dengan lebih baik. Oleh itu, jadikan sayur-sayuran sebagai sajian utama anda.

Selain daripada itu, pengambilan produk Shaklee yang sesuai juga berkesan untuk mengurangkan berat badan. Tapi mesti ingat tau, apa pun produk yang anda ambik untuk kuruskan badan, ianya tidak akan berjaya tanpa amalan pemakanan yang betul dan gaya hidup yang sihat.


Jika anda inginkan konsultasi mengenai set kurus Shaklee, sila hubungi saya ;


Superummi Zura
SID. 930120
FB : My Super Health
sms/whatsapp : 0196241209
email : mysuperhealth@yahoo.com.my
Share:

Saya Azura

Bonjour & Welcome

Saya ibu kepada 3 orang putera dan seorang puteri. Menyertai Shaklee sejak tahun 2013 dan berada dalam rank Supervisor. Saya bersedia memberikan perkhidmatan terbaik untuk anda..

Follow Azura

Paling diminati