Showing posts with label set kanak-kanak shaklee. Show all posts
Showing posts with label set kanak-kanak shaklee. Show all posts

Friday, July 18, 2014

TIPS DIDIK ANAK BERDIKARI

Si manja mahu berdikari dan tidak suka dipimpin atau dikendong? Ini adalah antara tanda-tanda bahawa si manja anda semakin matang dalam kehidupannya. Ada juga anak yang terlalu bergantung kepada ibu bapa menyebabkan dia menjadi terlalu manja. Sebagai ibu bapa, semestinya kita bimbang akan keselamatannya dan ingin memberikan yang terbaik kepada anak.

Ikuti tips mudah dalam didik anak berdikari ;

  • Beri si manja anda peluang melakukan sendiri. Walaupun hanya sekadar memakai kasut, baju atau menyuap makanan. Biar dan ajar dia buat sendiri. 
  • Jangan terlalu control anak. Tapi sentiasa perhatikan dia dan yakinkan yang anda akan membantu bila dia perlukan bantuan
  • Jangan terlalu menganggap anak anda seakan 'bayi'. Biar dia belajar mematangkan dirinya
  • Beri masa. Jangan terlalu memaksa dan mendesak kalau dia belum bersedia berdikari seperti kanak-kanak lain. Setiap kanak-kanak adalah berbeza.
  • Galakkan jika dia berjaya atau tidak. Sentiasa beri kata-kata perangsang kepadanya. Dia akan semakin yakin untuk mencuba lagi
  • Jangan terlalu mengikut kehendak anak terutama sekali bila melibatkan kehendak yang memudaratkan. Ya, semua orang sayangkan anak tapi jangan sampai sayang anda membawa padah di masa hadapan.
  • Didik anak menghormati orang lebih tua, malah orang lain juga. Tegur dengan tegas sekiranya anak-anak bersikap kasar dengan orang lain. Jelaskan mengapa.
Sebenarnya anak kita mampu untuk berdikari, asalkan kita memberikan sokongan dan galakan kepadanya. Contohnya, kalau umurnya dah sepatutnya diaper-free, bertindaklah melatih si manja anda. Jangan jadikan alasan "anak tak nak kalau tak pakai diapers", "leceh nak bersihkan kalau terbabas terkencing" daan lain-lain untuk kita menafikan yang sepatutnya.

Menjadi ibu bapa memerlukan kesabaran yang tinggi. Biarkan anak melakukan kesilapan  supaya dia tahu berdikari bukannya mudah. Insya Allah, kalau ibu bapa yakin dan percaya kepada  anak, anak juga dengan sendirinya percaya kepada diri sendiri. 

Happy parenting, mama & papa.. :-)

iR Azura
sms/whatsapp : 013-6014583
Share:

Sunday, May 4, 2014

Kenapa kembar selalu demam serentak?

Menjawab Pertanyaan “Kembar ni kalau seorang demam, lagi seorang mesti demam jugak kan?”

Sebagai seorang emak kepada pasangan kembar, selain soalan “Ni kembar ye?”, antara soalan yang sangat kerap saya terima ialah, “Kembar ni kalau sorang demam, lagi sorang mesti demam jugak kan?” . Bila difikir-fikirkan, betul jugak yang kembar saya kalau demam mesti berturut – turut. Tapi bila dah ada baby ni, bukan setakat kembar je demam berturut – turut, si baby pun akan join jugak demam. Kenapa ye?

Sebelum tu, adalah penting ibu-ibu ketahui tentang punca demam. Punca-punca demam biasanya disebabkan oleh jangkitan bakteria dan virus. Terdapat perbezaan bagi mengenali kanak-kanak yang demam akibat jangkitan bakteria atau virus. Kajian menunjukkan 80 peratus kanak-kanak mengalami jangkitan kesan daripada virus. Gejala jangkitan virus seperti selesema, batuk, demam dan cirit-birit. Jangkitan bakteria pula selalunya memperlihatkan kadar suhu demam lebih kuat dan tinggi.

Apabila seorang kanak-kanak demam disebabkan jangkitan bakteria, keadaanya lebih lemah dan tak bermaya. Ini bergantung kepada jenis bakteria yang merebak dalam badan.

Jika anak anda demam tetapi dalam masa yang sama masih aktif bermain, ia diketagori sebagai demam biasa. Kebiasaannya demam biasa akan pulih selepas tiga atau empat hari, tetapi jika melebihi tiga hari sehingga mencecah seminggu dan disertai dengan muntah, cirit-birit atau batuk berterusan ia adalah petanda anak tidak sihat dan perlu berjumpa dengan doktor segera.

Bila seorang anak dah demam, kenapa anak yang lain pun akan demam selang beberapa hari lepas tu? Kalau ikutkan pengalaman saya sebagai ibu anak tiga, dah tentulah kebarangkalian untuk diorang demam berturut-turut adalah disebabkan virus tu berlegar di sekeliling diorang je. Seorang berhingus, lap hingus kat towel, yang lagi seorang main towel.. Physical contact antara adik beradik adalah punca utama demam berturut-turut dalam adik beradik ni.. Apa pun, kena lah standby..

Nak tau macam mana saya rawat anak saya ketika demam? Ini ada Tips Merawat Anak Demam untuk perkongsian bersama.. :-)
Share:

Saturday, March 1, 2014

Tips Mengatasi Anak Sembelit atau cirit-birit




Anak anda ada masalah sembelit atau cirit-birit? Hari ni saya nak share sikit beberapa tips mengatasi anak sembelit dan cirit birit untuk kanak-kanak setahun ke atas. Tips ni memang saya praktikkan kepada si kembar. Alhamdulillah, membantu jugak selain amalkan ambil Mealshakes..

Tips atasi anak sembelit

1. Ketika anak sembelit, sebaiknya jauhkan makanan2 ni iaitu BRAT ; banana, rice, apple sauce & toast.. 
-Kenapa pisang tak boleh? Untuk orang dewasa, yes membantu tapi bagi kanak-kanak yang tak sesuai sebab pisang boleh mengeraskan lagi najis..
-Beras (nasi/bubur) juga tak sesuai ketika sembelit. Gantikan dengan sumber karbohidrat yang lain, contohnya spagetti, pasta, oat dan lain2..
-sos epal atau unsur epal  juga tak sesuai diberi ketika kanak-kanak sembelit
-toast atau roti bakar 
Makanan-makanan di atas boleh menjadikan sembelit semakin teruk

2. Beri anak makan buah-buahan yang bermula dengan huruf P (in english), contohnya ; papaya, plum, prun, pear, pineapple, peach dll
(note : Also, FRUITS EATEN WITH THE PEEL ON WILL MAKE YOU POOP! Peaches, pears, plums, grapes, blueberries, raisins, berries, cherries, cranberry, dates, prunes, figs, etc)

3. Amalkan beri anak minum air masak setiap hari. 

4. Untuk sukatan susu, kalau sembelit, pekatkan susu anak. Bukan macam orang dewasa tau. 

5. Cuba sapukan baby oil pada sekeliling lubang dubur anak supaya senang untuk dia  buang air besar


Tips Atasi Anak Cirit-Birit

1. Kalau cirit birit, elakkan makan buah-buahan P yang saya sebutkan tadi

2. Beri anak BRAT

3. Amalkan beri anak minum air masak setiap hari

4. Untuk sukatan susu, cairkan susu anak

TIPS UNTUK MUDAH INGAT ;
Sembelit, ambik P fruit, pekat susu
CiritBirit, ambik BRAT, cair susu

Setakat tu je lah tips nak share.. Semoga memberi manfaat kepada semua.. Salam sayang untuk semua.. :-)

Superummi Zura,
013-6014583
Share:

Saya Azura

Bonjour & Welcome

Saya ibu kepada 3 orang putera dan seorang puteri. Menyertai Shaklee sejak tahun 2013 dan berada dalam rank Supervisor. Saya bersedia memberikan perkhidmatan terbaik untuk anda..

Follow Azura

Paling diminati