Sunday, May 4, 2014

Kenapa kembar selalu demam serentak?

Menjawab Pertanyaan “Kembar ni kalau seorang demam, lagi seorang mesti demam jugak kan?”

Sebagai seorang emak kepada pasangan kembar, selain soalan “Ni kembar ye?”, antara soalan yang sangat kerap saya terima ialah, “Kembar ni kalau sorang demam, lagi sorang mesti demam jugak kan?” . Bila difikir-fikirkan, betul jugak yang kembar saya kalau demam mesti berturut – turut. Tapi bila dah ada baby ni, bukan setakat kembar je demam berturut – turut, si baby pun akan join jugak demam. Kenapa ye?

Sebelum tu, adalah penting ibu-ibu ketahui tentang punca demam. Punca-punca demam biasanya disebabkan oleh jangkitan bakteria dan virus. Terdapat perbezaan bagi mengenali kanak-kanak yang demam akibat jangkitan bakteria atau virus. Kajian menunjukkan 80 peratus kanak-kanak mengalami jangkitan kesan daripada virus. Gejala jangkitan virus seperti selesema, batuk, demam dan cirit-birit. Jangkitan bakteria pula selalunya memperlihatkan kadar suhu demam lebih kuat dan tinggi.

Apabila seorang kanak-kanak demam disebabkan jangkitan bakteria, keadaanya lebih lemah dan tak bermaya. Ini bergantung kepada jenis bakteria yang merebak dalam badan.

Jika anak anda demam tetapi dalam masa yang sama masih aktif bermain, ia diketagori sebagai demam biasa. Kebiasaannya demam biasa akan pulih selepas tiga atau empat hari, tetapi jika melebihi tiga hari sehingga mencecah seminggu dan disertai dengan muntah, cirit-birit atau batuk berterusan ia adalah petanda anak tidak sihat dan perlu berjumpa dengan doktor segera.

Bila seorang anak dah demam, kenapa anak yang lain pun akan demam selang beberapa hari lepas tu? Kalau ikutkan pengalaman saya sebagai ibu anak tiga, dah tentulah kebarangkalian untuk diorang demam berturut-turut adalah disebabkan virus tu berlegar di sekeliling diorang je. Seorang berhingus, lap hingus kat towel, yang lagi seorang main towel.. Physical contact antara adik beradik adalah punca utama demam berturut-turut dalam adik beradik ni.. Apa pun, kena lah standby..

Nak tau macam mana saya rawat anak saya ketika demam? Ini ada Tips Merawat Anak Demam untuk perkongsian bersama.. :-)
Share:

0 comments:

Post a Comment

Saya Azura

Bonjour & Welcome

Saya ibu kepada 3 orang putera dan seorang puteri. Menyertai Shaklee sejak tahun 2013 dan berada dalam rank Supervisor. Saya bersedia memberikan perkhidmatan terbaik untuk anda..

Follow Azura

Paling diminati