Friday, July 18, 2014

TIPS DIDIK ANAK BERDIKARI

Si manja mahu berdikari dan tidak suka dipimpin atau dikendong? Ini adalah antara tanda-tanda bahawa si manja anda semakin matang dalam kehidupannya. Ada juga anak yang terlalu bergantung kepada ibu bapa menyebabkan dia menjadi terlalu manja. Sebagai ibu bapa, semestinya kita bimbang akan keselamatannya dan ingin memberikan yang terbaik kepada anak.

Ikuti tips mudah dalam didik anak berdikari ;

  • Beri si manja anda peluang melakukan sendiri. Walaupun hanya sekadar memakai kasut, baju atau menyuap makanan. Biar dan ajar dia buat sendiri. 
  • Jangan terlalu control anak. Tapi sentiasa perhatikan dia dan yakinkan yang anda akan membantu bila dia perlukan bantuan
  • Jangan terlalu menganggap anak anda seakan 'bayi'. Biar dia belajar mematangkan dirinya
  • Beri masa. Jangan terlalu memaksa dan mendesak kalau dia belum bersedia berdikari seperti kanak-kanak lain. Setiap kanak-kanak adalah berbeza.
  • Galakkan jika dia berjaya atau tidak. Sentiasa beri kata-kata perangsang kepadanya. Dia akan semakin yakin untuk mencuba lagi
  • Jangan terlalu mengikut kehendak anak terutama sekali bila melibatkan kehendak yang memudaratkan. Ya, semua orang sayangkan anak tapi jangan sampai sayang anda membawa padah di masa hadapan.
  • Didik anak menghormati orang lebih tua, malah orang lain juga. Tegur dengan tegas sekiranya anak-anak bersikap kasar dengan orang lain. Jelaskan mengapa.
Sebenarnya anak kita mampu untuk berdikari, asalkan kita memberikan sokongan dan galakan kepadanya. Contohnya, kalau umurnya dah sepatutnya diaper-free, bertindaklah melatih si manja anda. Jangan jadikan alasan "anak tak nak kalau tak pakai diapers", "leceh nak bersihkan kalau terbabas terkencing" daan lain-lain untuk kita menafikan yang sepatutnya.

Menjadi ibu bapa memerlukan kesabaran yang tinggi. Biarkan anak melakukan kesilapan  supaya dia tahu berdikari bukannya mudah. Insya Allah, kalau ibu bapa yakin dan percaya kepada  anak, anak juga dengan sendirinya percaya kepada diri sendiri. 

Happy parenting, mama & papa.. :-)

iR Azura
sms/whatsapp : 013-6014583
Share:
Location: Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Malaysia

0 comments:

Post a Comment

Saya Azura

Bonjour & Welcome

Saya ibu kepada 3 orang putera dan seorang puteri. Menyertai Shaklee sejak tahun 2013 dan berada dalam rank Supervisor. Saya bersedia memberikan perkhidmatan terbaik untuk anda..

Follow Azura

Paling diminati