Showing posts with label kasut tinggi. Show all posts
Showing posts with label kasut tinggi. Show all posts

Friday, July 18, 2014

PAKAI KASUT TINGGI KETIKA HAMIL?



Anda hamil tapi masih teringin memakai kasut tinggi? No no no.. Kasut yang bakal anda gunakan sepanjang kehamilan perlu diberi perhatian sewajarnya. Biarpun hamil, anda masih boleh kekal bergaya tetapi semestinya harus selesa. Jangan pula kasut yang anda pakai mengundang bahaya sehingga menimbulkan kemalangan.

Mungkin panduan berikut membantu anda;

ELAK KASUT TUMIT TINGGI
Pilih kasut tanpa tumit yang lembut dan leper. Jika masih mahu pakai kasut bertumit, maksimum hanya 1 ke 2 inci sahaja. Walaubagaimanapun, seelok-eloknya pakai kasut bertumit sebelum kandungan mencecah 6 bulan untuk langkah keselamatan anda dan bayi.

TIDAK PERLU MAHAL
Kaki anda mungkin semakin melebar dan membengkak di akhir kehamilan. Biasanya bengkak akan surut selepas melahirkan tetapi lebarnya mungkin kekal. Jadi tak perlu membeli kasut yang mahal danberharap dapat pakai selepas bersalin. Ukuran kasut anda MUNGKIN bertambah kepada saiz 1/2 hingga 1.

JENIS SARUNG
Kasut sarung lebih mudah dipakai ketika hamil berbanding kasut bertali. Sandal selipar yang selesa juga adalah pilihan yang terbaik ketika hamil.

DAYA SOKONGAN KUAT
Kasut yang dipilih juga seharusnya berupaya menyerap hentakan. Jadi, pilih kasut yang mencengkam dan hindari dari tapak yang licin dan mudah tergelincir.

JANGAN SEKADAR MUAT
Beli kasut pada waktu petang atau malam. Saiz kaki kita berada pada tahap maksimum ketika waktu ini. Elakkan membeli kasut yang ketat atau sekadar muat supaya masalah pengaliran darah di bahagian kaki tidak berlaku.

Ketika hamil, adalah sangat penting anda menjaga kesihatan tulang anda. Pemilihan kasut yang salah hanya akan menyebabkan masalah kepada tulang anda. Tulang ibu perlukan sokongan yang kuat kerana bakal mengendong kandungan yang adakalanya boleh mencecah lebih 5 kg (termasuk uri dan air ketuban).

Untuk kesihatan tulang ketika hamil, dinasihatkan anda mengambil berat tentang pengambilan kalsium. Minum susu secukupnya. Jika susu bukan favorite anda, anda boleh cuba OSTEMATRIX SHAKLEE sebagai alternatif lain.

Saya juga mengamalkan OSTEMATRIX ketika hamil kali kedua disebabkan tak lalu minum susu. Alhamdulillah, kurang masalah sakit-sakit pinggang. Dengan mengamalkan Ostematrix secara konsisten juga, Alhamdulillah badan anak saya kuat dan tegap. Ostematrix juga membantu melawaskan sistem pembuangan ketika hamil.

Anda nak cuba Ostematrix? KLIK SINI UNTUK MEMESAN OSTEMATRIX SHAKLEE

Untuk sebarang pertanyaan dan konsultasi terbaik, sila sms/whatsapp 013-6014583 sekarang.
Share:

Wednesday, October 9, 2013

Bahaya Kasut Tinggi

Beauty is pain! Ramai yang sedar kesan penggunaan kasut tumit tinggi boleh menjejaskan kesihatan si pemakai, tapi masih juga memakainya dengan alasan mahu memiliki gaya tatkala mengatur langkah. Kepelbagaian kasut tinggi yang sentiasa up-to-date membuatkan wanita sukar untuk menepis keinginan memilikinya terutama bagi mereka yang mempunyai masalah ketinggian. Walau apa pun alasan, penggemar kasut tinggi harus sedar risiko-risiko yang boleh terjadi kesan dari pemakaiannya.

TERGELIAT
Apabila memakai kasut tumit tinggi, kedudukan kaki yang tidak stabil akan menyebabkan kaki cenderung untuk tergeliat terutama pada bahagian buku lali.

BUNION
Benjolan yang disebabkan ibu jari kaki tertolak ke arah jari lain yang juga dipanggil hallux valgus. Ia kerap terjadi kepada mereka yang gemar memakai kasut yang ketat dan bertumit tinggi. Ia akan menyebabkan rasa tidak selesa terutama ketika memakai kasut yang bertutup di bahagian hadapan dan runcing.


OTOT
Otot betis boleh menjadi pendek dan tegang. Memakai kasut tumit tinggi bagi tempoh yang lama iaitu melebihi tempoh enam bulan dan berterusan boleh mengakibatkan otot betis menjadi pendek,biarpun ketika berehat.

TULANG BELAKANG
Sakit tulang belakang. Apabila menyarung kasut tumit tinggi, berat badan akan dialihkan ke bahagian hadapan kaki dan keadaan itu menyebabkan tulang belakang tertolak. Tolakan itu berlaku bagi mengekalkan  keseimbangan yang mana lama-kelamaan boleh menyebabkan sakit tulang belakang.

OSTEOARTRITIS
Penyelidik dari Universiti Harvard menyifatkan masalah Osteoartritis (radang sendi) sangat berkait rapat dengan penggunaan kasut tumit tinggi. Ini kerana ia turut menjejaskan tahap kesihatan lutut terutama bagi mereka yang mengalami masalah arthritis.

LANGKAH PENCEGAHAN
  • Duduk sambil melunjurkan kaki selama 10 minit boleh membantu memperbaiki aliran darah. Urutan juga mampu melancarkan perjalanan darah. Jadi lakukan dengan lebih kerap.
  • Kurangkan kekerapan pemakaian kasut tumit tinggi. Pakai kasut tumit tinggi dan runcing untuk majlis tertentu sahaja.
  • Tukar kasut setiap hari, sebaik-baiknya selang-seli pemakaian kasut tumit tinggi dengan kasut bertapak rata.
  • Untuk pemakaian setiap hari, pilih kasut dengan ketinggian tumit tidak melebihi empat hingga lima sentimeter (satu setengah hinggi dua inci).
  • Setiap saiz kasut berbeza mengikut jenis dan jenama. Jangan pilih kasut semata-mata berdasarkan saiz yang tertulis tetapi belilah mengikut keselesaan kamu.
  • Pilih kasut yang boleh memberi sokongan dan keselesaan mengikut bentuk kaki. Terdapat kasut yang boleh membuatkan kaki kamu nampak kecil tetapi ia juga mungkin juga membuatkan kamu tidak selesa apabila memakainya
Shaklee juga mempunyai produk khas untuk membantu dalam masalah tersebut di atas. Saya syorkan pengambilan Advanced Joint Health Tablet (AJHT) dan Ostematrix untuk mengatasi masalah kesan buruk dari pemakaian kasut tinggi.
Jika anda inginkan konsultasi mengenai sakit2 berkaitan sendi dan tulang, sila hubungi saya :
AZURA
SID NO. 930120
call/sms/whatsapp 019-6241209
FB page : MY Super Health
email : mysuperhealth@yahoo.com.my
Share:

Saya Azura

Bonjour & Welcome

Saya ibu kepada 3 orang putera dan seorang puteri. Menyertai Shaklee sejak tahun 2013 dan berada dalam rank Supervisor. Saya bersedia memberikan perkhidmatan terbaik untuk anda..

Follow Azura

Paling diminati