Friday, July 18, 2014

PAKAI KASUT TINGGI KETIKA HAMIL?



Anda hamil tapi masih teringin memakai kasut tinggi? No no no.. Kasut yang bakal anda gunakan sepanjang kehamilan perlu diberi perhatian sewajarnya. Biarpun hamil, anda masih boleh kekal bergaya tetapi semestinya harus selesa. Jangan pula kasut yang anda pakai mengundang bahaya sehingga menimbulkan kemalangan.

Mungkin panduan berikut membantu anda;

ELAK KASUT TUMIT TINGGI
Pilih kasut tanpa tumit yang lembut dan leper. Jika masih mahu pakai kasut bertumit, maksimum hanya 1 ke 2 inci sahaja. Walaubagaimanapun, seelok-eloknya pakai kasut bertumit sebelum kandungan mencecah 6 bulan untuk langkah keselamatan anda dan bayi.

TIDAK PERLU MAHAL
Kaki anda mungkin semakin melebar dan membengkak di akhir kehamilan. Biasanya bengkak akan surut selepas melahirkan tetapi lebarnya mungkin kekal. Jadi tak perlu membeli kasut yang mahal danberharap dapat pakai selepas bersalin. Ukuran kasut anda MUNGKIN bertambah kepada saiz 1/2 hingga 1.

JENIS SARUNG
Kasut sarung lebih mudah dipakai ketika hamil berbanding kasut bertali. Sandal selipar yang selesa juga adalah pilihan yang terbaik ketika hamil.

DAYA SOKONGAN KUAT
Kasut yang dipilih juga seharusnya berupaya menyerap hentakan. Jadi, pilih kasut yang mencengkam dan hindari dari tapak yang licin dan mudah tergelincir.

JANGAN SEKADAR MUAT
Beli kasut pada waktu petang atau malam. Saiz kaki kita berada pada tahap maksimum ketika waktu ini. Elakkan membeli kasut yang ketat atau sekadar muat supaya masalah pengaliran darah di bahagian kaki tidak berlaku.

Ketika hamil, adalah sangat penting anda menjaga kesihatan tulang anda. Pemilihan kasut yang salah hanya akan menyebabkan masalah kepada tulang anda. Tulang ibu perlukan sokongan yang kuat kerana bakal mengendong kandungan yang adakalanya boleh mencecah lebih 5 kg (termasuk uri dan air ketuban).

Untuk kesihatan tulang ketika hamil, dinasihatkan anda mengambil berat tentang pengambilan kalsium. Minum susu secukupnya. Jika susu bukan favorite anda, anda boleh cuba OSTEMATRIX SHAKLEE sebagai alternatif lain.

Saya juga mengamalkan OSTEMATRIX ketika hamil kali kedua disebabkan tak lalu minum susu. Alhamdulillah, kurang masalah sakit-sakit pinggang. Dengan mengamalkan Ostematrix secara konsisten juga, Alhamdulillah badan anak saya kuat dan tegap. Ostematrix juga membantu melawaskan sistem pembuangan ketika hamil.

Anda nak cuba Ostematrix? KLIK SINI UNTUK MEMESAN OSTEMATRIX SHAKLEE

Untuk sebarang pertanyaan dan konsultasi terbaik, sila sms/whatsapp 013-6014583 sekarang.
Share:
Location: Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Malaysia

0 comments:

Post a Comment

Saya Azura

Bonjour & Welcome

Saya ibu kepada 3 orang putera dan seorang puteri. Menyertai Shaklee sejak tahun 2013 dan berada dalam rank Supervisor. Saya bersedia memberikan perkhidmatan terbaik untuk anda..

Follow Azura

Paling diminati