Showing posts with label pengedar sah shaklee negeri sembilan. Show all posts
Showing posts with label pengedar sah shaklee negeri sembilan. Show all posts

Friday, December 9, 2016

LECITHIN AGEN KURUS DAN AGEN CANTIK?



LECITHIN bukan sahaja agen pembakar kemak malahan boleh mencantikkan otot dan kulit.

Ia mengelakkan kulit bersisik/kering terutama yang kerap menggunakan pendingin hawa.

Lecithin boleh membentuk membran sel, melembabkan serta menghaluskan kulit supaya kulit kita jadi cantik, juga boleh mengaktifkan metabolisma sel dan melambatkan penuaan.

Nak kurus? Nak kulit cantik? Meh lah cuba Lecithin Shaklee.. pasti tak menyesal..

Zura
0136014583
Share:

Sunday, November 27, 2016

SUMBER KALSIUM PILIHAN IBU MENYUSU

Dalam banyak2 produk #shaklee, yang mana satu u ols paling suka?  Kalau kita la, kita paling suka dengan OsteMatrix.

Kenapa? Hmmm... Actually, kita start amik OsteMatrix ni lepas bersalinkan kembar. Normal la kan, bila menyusu badan, akan alami sakit2 belakang, sakit pinggang... Nak2 pulak,  hampir sepanjang masa kena tandem nursing dorang.. So memang kena adjust position yang betul2 selesa untuk ummi & kembar.. Tapi selesa2 pun, kalau satu sessi dah dekat sejam, mau kematu jugak bon2 ummi.. 😂😂

OsteMatrix ni kan membekalkan nutrien harian termasuk KALSIUM yang membantu meningkatkan kesihatan tulang dan gigi. Kita pulak bukan jenis minum susu.. So kita amik OsteMatrix je la sepanjang 5 tahun ni. Mak kita pun kita supply dengan oste ni untuk kesihatan tulang.



Sepanjang kita makan oste ni, Alhamdulillah takde masalah sembelit. Susu badan tu maintain ada je walaupun dah tak mengepam. Jarang jugak sakit2 pinggang atau sakit belakang.. mungkin Oste memang serasi dengan kita.. Apa pun, segala nikmat tu Allah yang bagi..

Alhamdulillah masih mampu lagi nak main kejar2 dengan anak2, masih boleh nak angkat barang berat2, masih berdaya dukung aysar 15kg tu... Semoga oste ni terus serasi dengan kita.. Lama lagi nak pakai badan ni... 😅😅😅


Share:

Tuesday, November 18, 2014

KENAPA RUNNING MAN FAMOUS?

Running man? Hehehe.. U ols suka tengok RUNNING MAN tak? Saya sukaaaaaa sangat tengok Running Man. Tak de lah fanatik sangat tapi cukup untuk buat saya tertunggu-tunggu depan TV 2 setiap petang Sabtu & Ahad sambil melipat kain baju. Ini lah satu-satunya rancangan TV yang saya tengok secara serius. Cewaaah.. Memang booking lah sebab biasanya anak je yang conquer TV..

Apa yang membuatkan saya tertarik dengan Running Man(RM) ini adalah disebabkan stamina yang ahli-ahli RM ada di samping kecekapan otak mereka merangka strategi untuk menyelesaikan misi. Lagi satu sebab aksi-aksi spontan ahli RM yang kelakar membuatkan kita rasa happy. Hahaha.. Waktu remaja dulu, pernah gilakan drama Korea.. Dah tua-tua sikit macam ni, kita layan Running Man lahh..

Kenapa saya suka Running Man? Secara peribadinya sebab;
misi berlainan dalam setiap episod
konsep rancangan realiti TV yang lain daripada yang lain
lokasi-lokasi pengambaran yang cantik dan menarik
ketangkasan peserta Running Man dan selebriti jemputan menyelesaikan misi
kebijaksaan peserta menyusun strategi
editing scene-scene RM yang superb dan kelakar
Monday Couple - Gary & Ji Hyo.. sweet couple gitewww

Banyak sebabnya kenapa Running Man menjadi satu fenomena di Asia ni. Masing-masing ada sebab kenapa suka tengok Running Man kan??

Agak-agak macam mana lah nak dapatkan stamina yang hebat macam ahli RM tu? Yelah, diorang punya game show ni bukan setempat je. Tapi misi diorang merata tempat, kena lari ke sana sini, driving sana sini, di samping tu kena sentiasa pantas berfikir untuk menyelesaikan tugasan2 yang dah ditetapkan.Peserta faveret saya? Jong Kook,Gary & Ji Hyo.. Eh japp.. rasanya semuanya pun faveret saya lah.. Hahahaha..

Dulu-dulu, sebelum saya mula menonoton RM, saya ingatkan peserta-peserta RM ni muda-muda. Bila dah mula tengok Running Man dan google serba sedikit, barulah saya tau peserta-pesertanya terdiri daripada selebriti Korea yang berumur hampir & 30 tahun ke atas. Peserta paling muda pun 29 tahun, kot? Mana la diorang boleh fit macam tu ye? Rata-rata peserta RM ni stamina bagus, otak pun cerdik. Eh eh kulit pun cantik je tengok memasing.. Beauty with brain, boleh gitu?

Saya percaya selebriti Korea mestilah ada rahsia untuk kekal bertenaga, kulit cantik, otot pejal, memori dan ingatan yang kuat. Mungkin pemakanan yang mereka amalkan ditambah dengan senaman untuk kekal sihat. Dan saya juga yakin, selebriti Korea mestilah ada ambil suplimen jugak kan? Yelah, suplimen ni kan sebagai pelengkap untuk kesihatan yang optimum. Apa jenis suplimennya, saya pun tak pasti lah.

Kita tak perlu pun kena jadi selebriti untuk tampil sihat dan cantik. Tak jadi selebriti pun, kena juga jaga kesihatan dan kecantikan dalaman. Sebab tubuh badan kita ni kan lama nak pakai. Umur 25 tahun, nampak macam 40 tahun. Kenapa? Sebab muda-muda dah sakit-sakit sendi, lutut, pinggang dan sebagainya. Kulit pun nampak kusam dan tak bermaya, nampak jauh lebih tua berbanding usia.

Jadi, kesihatan perlu dijaga seawal usia bayi. Apa yang anak makan hari ini, itu lah hasilnya lagi 20 tahun, 30 tahun, 40 tahun akan datang. Kalau kita sekarang, umur 20 tahun dah macam-macam penyakit, apa lagi 10 20 tahun mendatang? Dari sekarang lah kena jaga apa yang kita makan. Semua kena seimbang. Makanan, senaman dan suplimen akan bekerjasama dengan baik. Tak perlu lah nak makan berjenis-jenis ubat di masa tua nanti. Boleh lah luangkan masa yang berkualiti dengan anak cucu tanpa masalah kesihatan kronik. Nak running running dengan anak setiap petang pun tak da masalah sakit kaki atau keletihan kan?  Insya Allah...

Pesan saya, jangan abaikan pengambilan suplimen tau. Mungkin kita rasa kita tak perlukan suplimen sekarang sebab masih muda lagi. Tapi, kena ingatlah penyakit datang tak kira usia. Suplimen mahal? Tahukah anda yang merawat lebih mahal daripada mencegah tau. Fikir-fikirkan lah, selamat beramal.. Jumpa lagi.. 
Share:

Monday, November 10, 2014

PENGEDAR SHAKLEE TERHEBAT DI BAHAU

Haiii orang-orang Bahau yang cantik dan kacak belaka.. Anda sedang mencari produk kesihatan dan produk kecantikan yang sesuai untuk anda dan keluarga? Jom dapatkan produk kecantikan dan kesihatan anda daripada saya, pengedar sah Shaklee terbaekkk di Bahau.


Apa yang saya tawarkan?

Penghantaran terus ke pintu rumah anda atau bertemu janji di mana-mana kawasan yang sesuai di Bahau.
Tawaran menarik beserta harga boleh runding
Konsultasi percuma sebaik sahaja membuat bayaran.
Konsultasi sepanjang masa melalui aplikasi whatsapp.
Free gift untuk setiap set vitamin yang diorder.

Jangan gusar, jangan ragu. Saya sedia membantu apa juga masalah yang anda hadapi, Insya Allah. Kita berusaha dengan suplimen Shaklee, selebihnya serahkan kepada Allah. Simpan nombor telefon saya ni ye. 013-6014583. Boleh hubungi saya melalui perbualan telefon, SMS atau whatsapp.

Saya tak sabar untuk membantu anda. Ingat tau 013-6014583. Saya tunggu panggilan anda.. Assalamua'laikum..


Puan Seri Azura
013-6014583
mysuperhealth@yahoo.com.my
Share:

Friday, August 22, 2014

PENGEDAR SHAKLEE TERHEBAT KUALA PILAH

Apo khabar orang kampung di seluruh kawasan Kuala Pilah? Ando warih2  yang nak cubo suplimen Shaklee? Tak kiro lah nak carik Set Menyusu Shaklee ko, Set Berpantang Shaklee ko, Set Cantik Shaklee ko, Set Kuruih Shaklee ko.. Apo-apo jo lah produk Shaklee, carik lah ese yo..


Apo yang warih2 dapek kalau berurusan dengan ese? Insya Allah , ese akan bagi perkhidmatan yang terbaik..

☺ Penghantaran toruih ke rumah atau tompek yang sesuai (Giant ko, Medan Selero ko, Bus stand ko)
☺ Penghantaran secopek yang boleh sebaik sajo warih confirm boli.. Insya Allah..
☺ Konsultasi muko ke muko (face to face) dan khidmat nasihat secaro percumo..

Insya Allah, sonang berurusan mo ese ni.. Kito samo-samo la permudahkan urusan masing-masing yo.. Ese pun niat nak nolong warih sihat sambil kongsi pengalaman kan..


Bilo-bilo maso jo warih buleh lah SMS/WHATSAPP nombor ese 013-6014583.. Selagi ado kudrat ese, ese akan menjawab pertanyoan warih semuo yo.. Ese buleh jugak menghantar order Shaklee warih kek kawasan Kuala Pilah, Bahau, Somban, Senawang dan kawasan yang sekitar eh..

Timo kasih daun keladi, kito jumpo kok ado joki..


Zura
SMS/WHATSAPP : 013-6014583
mysuperhealth@yahoo.com.my
www.facebook.com/mysuperhealth
Share:

Saturday, August 2, 2014

PENGEDAR SHAKLEE TERHEBAT DI NEGERI SEMBILAN

Wah gitu tajuk entry kali ni.. hehehehe..

Saya adalah salah seorang pengedar sah Shaklee di Negeri Sembilan. Anda boleh menghubungi saya pada bila-bila masa. Saya sedia memberikan khidmat nasihat dan konsultasi berkenaan kesihatan anda dan juga Shaklee.

Saya menawarkan perkhidmatan penghantaran produk ke rumah atau di mana-mana kawasan seluruh Kuala Pilah, Bahau, Seremban dan Senawang (sekiranya ada ready stock). Saya juga sedia mengepos produk Shaklee kegemaran anda di seluruh Malaysia.

Di sini saya nyatakan, sebaik sahaja anda membuat pesanan kepada saya, anda berhak mendapat :
khidmat nasihat dan konsultasi percuma
penghantaran ke rumah di seluruh Kuala Pilah, Bahau, Seremban dan Senawang (Negeri Sembilan)
tawaran-tawaran istimewa (khas untuk pelanggan saya sahaja)

Saya telah membantu ramai pelanggan saya mendapatkan berat badan idaman, kulit yang cantik dan tahap kesihatan yang mereka ingini. Alhamdulillah.. dengan pengambilan vitamin Shaklee secara konsisten dan mengamalkan gaya hidup sihat serta tips-tips yang saya kongsikan, mereka lebih sihat daripada biasa. Bila badan sihat, hidup pun lebih riang dan bahagia kan?

Saya juga sedia berkongsi pengalaman dan pengetahuan saya tentang produk Shaklee yang juga telah saya amalkan selama lebih setahun.

Bantu saya untuk bantu anda. Hubungi saya, pengedar sah Shaklee anda,Azura Yaacob sekarang.

ANDA BERHAK HIDUP LEBIH SIHAT DAN LEBIH BAHAGIA.



Azura Yaacob
013-6014583
mysuperhealth@yahoo.com.my
www.facebook.com/mysuperhealth
Share:

Saya Azura

Bonjour & Welcome

Saya ibu kepada 3 orang putera dan seorang puteri. Menyertai Shaklee sejak tahun 2013 dan berada dalam rank Supervisor. Saya bersedia memberikan perkhidmatan terbaik untuk anda..

Follow Azura

Paling diminati