Showing posts with label keahlian shaklee. Show all posts
Showing posts with label keahlian shaklee. Show all posts

Tuesday, September 2, 2014

HAPPY BELATED BIRTHDAY AYSAR..

Alhamdulillah.. akhirnya terlaksana juga perancangan untuk meraikan hari lahir Aysar yang pertama. Setelah sebulan perancangan tertangguh. 31 Julai yang lepas Aysar genap setahun. Tapi disebabkan masih dalam mood raya, hari tu pulak Aysar check up + imunisasi setahun di klinik, makanya postphone lah jawabnya.. Sambutan yang pertama kali ni pun sambutan berkembar dengan sepupu Aysar.. 

Nampak remeh kan nak sambut birthday anak segala? Memang lah bukan kewajipan pun.. Sambutan hari lahir sebenarnya salah satu cara untuk menunjukkan kita ambil berat. Saya pernah terbaca satu artikel keibu bapaan. Saya kurang ingat sumbernya. Tapi menurut artikel itu, salah satu cara menunjukkan yang kita ambil berat perasaan anak adalah dengan memberikan hadiah sewaktu hari lahirnya. Mahal atau murah bukan ukurannya. Kita sebenarnya nak mendidik anak-anak supaya tahu menghargai orang lain. 

Apa pun, ummi nak ucapkan SELAMAT HARI LAHIR, MUHAMMAD AYSAR HASIF.. Setahun yang sangat mengujakan dan menggembirakan ummi. Keletah Aysar yang manja tetapi berdikari memang menjadi pengubat duka ummi dan abang-abang kembar. 

kek birthday Spiderman request by abang kembar
 ummi & birthday boy.. sambutan yang simple tapi tetap meriah
 abang2 besar.. seronok sebab ramai kawan main
 nak sikittt... birthday boy yang takde can makan kek sendiri
 sambutan serentak.. Happy belated birthday Aysar & Hadi

Catatan suka-suka je ni.. Nampak macam tak ada kaitan dengan Shaklee kan? Tapi jujurnya sambutan hari lahir ni, sumbernya daripada bonus Shaklee yang saya dapat setiap bulan. Baju raya anak2 tempoh hari pun, saya belanjakan daripada duit bonus Shaklee juga..

Bukan lah nak kata dengan duit gaji hakiki, saya tak mampu nak berbelanja. Mampu tapi terhad sangat disebabkan komitmen lain. Tapi kalau dapat lebih dengan bonus SHAKLEE, kenapa nak menolak rezeki kan?

Saya bersyukur kerana telah melibatkan diri dengan bisnes SHAKLEE.. Walaupun menjalankan secara part time, saya tetap perlu komited. Nak juga menjana pendapatan tambahan? Tanpa perlu modal besar, tanpa perlu kesana-kemari cari stok, tanpa perlu meninggalkan keluarga? Semuanya senang dengan SHAKLEE asalkan anda punya semangat, wawasan dan cita-cita yang tinggi. Jangan lupa, rajin dan tak banyak alasan, MESTI ada kalau nak mula part time Shaklee..

Sila hubungi 013-6014583 jika anda betul-betul MAHU... ^____^
Share:

Friday, August 22, 2014

PENGEDAR SHAKLEE TERHEBAT KUALA PILAH

Apo khabar orang kampung di seluruh kawasan Kuala Pilah? Ando warih2  yang nak cubo suplimen Shaklee? Tak kiro lah nak carik Set Menyusu Shaklee ko, Set Berpantang Shaklee ko, Set Cantik Shaklee ko, Set Kuruih Shaklee ko.. Apo-apo jo lah produk Shaklee, carik lah ese yo..


Apo yang warih2 dapek kalau berurusan dengan ese? Insya Allah , ese akan bagi perkhidmatan yang terbaik..

☺ Penghantaran toruih ke rumah atau tompek yang sesuai (Giant ko, Medan Selero ko, Bus stand ko)
☺ Penghantaran secopek yang boleh sebaik sajo warih confirm boli.. Insya Allah..
☺ Konsultasi muko ke muko (face to face) dan khidmat nasihat secaro percumo..

Insya Allah, sonang berurusan mo ese ni.. Kito samo-samo la permudahkan urusan masing-masing yo.. Ese pun niat nak nolong warih sihat sambil kongsi pengalaman kan..


Bilo-bilo maso jo warih buleh lah SMS/WHATSAPP nombor ese 013-6014583.. Selagi ado kudrat ese, ese akan menjawab pertanyoan warih semuo yo.. Ese buleh jugak menghantar order Shaklee warih kek kawasan Kuala Pilah, Bahau, Somban, Senawang dan kawasan yang sekitar eh..

Timo kasih daun keladi, kito jumpo kok ado joki..


Zura
SMS/WHATSAPP : 013-6014583
mysuperhealth@yahoo.com.my
www.facebook.com/mysuperhealth
Share:

Wednesday, August 20, 2014

SETIAP ANAK PEMBAWA REZEKI

Mula-mula saya dapat tau yang saya pregnant buat kali kedua, bercampur baur rasa dalam diri.. Rasa marah, stress, sedih dan macam-macam lagi.. Astagfirullahalazim.. Kenapa saya rasa macam tu? Sebab saya rasa saya belum bersedia menambah anak. Penat membesarkan kembar (ketika itu baru setahun lebih) pun belum hilang lagi.. Agak lama juga saya jadi down ditambah pulak mabuk-mabuk teruk sebaik sahaja sah pregnant.. Huhuhu..

Alhamdulillah, tak sampai 3 bulan pun sickness saya macam waktu mengandung kembar dulu.. Dan yang lebih melegakan, mengandung kali kedua ni sangat mudah. Walaupun si kembar sedang aktif dan lasak, tapi jarang saya rasa penat. Saya boleh menguruskan kembar dan diri sendiri walaupun suami saya tak duduk bersama kami. Proses kelahiran anak ketiga ni pun dipermudahkan. Syukur..

Waktu berpantang pun rasa senang jugak. Disebabkan luka dalaman saya tak perlu dijahit (sebab takda koyakan yang besar), saya boleh bergerak bebas sedikit. Saya boleh menguruskan kembar, mandi, masak dan kerja-kerja ringan. Alhamdulillah.. Si baby pun tak banyak meragam. Awal kelahiran, banyak tidur. Terkena jaundis sikit tapi tak perlu masuk wad. Saya hanya treat dengan penyusuan susu ibu yang kerap je..

Si baby sekarang dah pun berumur setahun. Sepanjang setahun ni, sangat mudah menjaga dia. Tak banyak ragam, tak banyak songeh. Boleh main sendiri. Pendek kata, Allah permudahkan. Sampai saat ni pun, walaupun si baby dah semakin lasak, saya masih boleh handle.. Mungkin naluri keibuan menjadikan saya kuat semangat.

Sesungguhnya saya sangat menyesal sebab awal-awal mengandung dulu, saya hampir-hampir tak boleh terima kehadiran anak dalam kandungan.. Huhuhu.. Astagfirullahalazim.. Waktu tu saya terlupa sekejab, yang setiap anak tu pembawa rezeki..

Aysar, kalau satu hari nanti Aysar baca blog ummi ni, ummi nak Aysar tau yang ummi sangat sayangkan Aysar dan tak sanggup kehilangan Aysar walau sesaat pun.. Semoga Aysar menjadi anak yang soleh, anak yang baik dan sentiasa dalam lindungan Allah..

Alhamdulillah.. hati senang dengan anak tiga orang walau belanja semakin meningkat. Saya yakin Allah akan sentiasa murahkan rezeki kami anak beranak. Ada hikmahnya juga bila dah ada anak tiga ni, membukakan hati saya untuk menceburi bisnes SHAKLEE yang banyak merubah hidup saya.. Yang pasti, saya jauh lebih positif daripada dulu.. Diri saya sekarang jauh lebih baik dari diri saya dulu.. Alhamdulillah syukur kepada Allah..

Kepada ibu-ibu yang berada dalam keadaan dilema sebab hamil lagi ketika anak masih kecil, redha lah.. Dan kepada yang masih belum dikurniakan zuriat, bersabar dan teruskan usaha.. Rezeki tu ketentuan daripada Allah.. Allah lebih tau sama ada kita mampu atau tidak..Allah Maha Mengetahui..

^_____^
Azura
013-6014583
mysuperhealth@yahoo.com.my
www.facebook.com/mysuperhealth
Share:

Monday, June 9, 2014

AURA SHAKLEE NATIONAL CONFERENCE 2014

Alhamdulillah, Shaklee National Conference 2014 dah pun berlangsung 7-9 Jun 2014 di Sunway Pyramid Convention Centre. Tahun ni saya juga dapat menghadirkan diri dalam persidangan ni di mana tahun lepas tak dapat hadir sebab accident on the way ke sana.. Alhamdulillah Allah permudahkan tahun ni..
Walaupun tak dapat sebarang anugerah, tapi berbangga juga sebab dapat memberikan sokongan kepada mak Shaklee saya, Nad Zaim. Dia dapat beberapa anugerah tahun ni.. Alhamdulillah, seronoknya..

Saya ke sana hari Sabtu (7 Jun). Secara peribadinya, NC kali ni merupakan sejarah yang saya cipta sendiri. Kenapa? Sebab saya memandu sendiri ke sana. Salah satu FEAR FACTOR saya adalah memandu di kawasa Kuala Lumpur. Pelik kan? Drive ke Terengganu takde masalah pun. Drive dalam kawasan KL yang saya seriau.. Dari dulu tau.. Sebab KL ni bandar besar, traffic jam, simpang banyak.. Pendek kata, memang saya takut driving dalam kawasan KL.. Alhamdulillah, kali ni saya atasi ketakutan saya tu.. Sampai juga akhirnya ke Sunway Pyramid.. TQ juga kepada husband saya yang bagi keizinan kepada saya untuk ke Shaklee National Conference ni.. hehehe...
nyawa saya, anak2.. sorang lagi tinggal 
kat rumah.. hehehe..

Kenapa nak sangat pergi NC ni? Selain nak bagi sokongan kepada mak Shaklee saya si Nad Zaim tu.. Saya teringin nak tengok suasana dan merasai aura NC tu sendiri.. Subhanallah.. Masuk je dewan tu, terasa gah nya.. Macam Anugerah Bintang Popular kot... hehehe... Grand sangat sambutannya.

Istimewanya Shaklee National Conference ni sebab kehadiran Presiden Shaklee Malaysia, Victor Lim, President Shaklee International, Bradford Richardson, CEO Shaklee yang super handsome, Roger Barnett dan Vice President & Ketua Pegawai Sains Shaklee, Dr. Bruce Daggy. Selain daripada beberapa talk sharing berkenaan Shaklee, Shaklee turut melancarkan produk baru iaitu Phytocol-ST yang berperanan menurunkan kadar kolestrol secara semulajadi.

Dapat goodie bag berisi Shaklee stuffs.. Yayy!!

Shaklee National Conference juga menyaksikan lebih kurang 1000 orang SID menerima anugerah di atas pencapaian cemerlang dalam Shaklee termasuklah mak Shaklee saya, Nad Zaim. Seronok sangat.. Tahun depan saya pun mesti dapat award dalamShakleeNational Conference 2015.. Aminnnnnn...
Tahniah Mak Bintang, Nad Zaim..
My BFF & Mak Shaklee.. Sayang ketat-ketat..
 Adik beradik Bintang.. We are the champions!

 Macam biasa, saya bawak bersama anak kembar saya, Aisy & Asyil bersama adik beradik Shaklee saya
memberi sokongan dalam persidangan kali ni. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki untuk hadir ke Shaklee National Conference tahun-tahun mendatang.
with Presiden Shaklee Malaysia, Victor Lim.. 
Kulit dia glowing tau.. hehehe..
Tahun depan kita amik award ye, abg & adik.. Aminn..

Akhir kata, tahniah kepada semua penerima anugerah daripada Shaklee ye.. Kejayaan anda memang menjadi sumber inspirasi saya untuk terus cemerlang dalam Shaklee tanpa mengabaikan tanggungjawab saya kepada kerjaya hakiki dan keluarga..


Jumpa lagi di Shaklee National Conference tahun 2015!!

JOM SERTAI KAMI SEKARANG SUPAYA KITA SAMA-SAMA NAIK STAGE AMBIL AWARD TAHUN DEPAN! HUBUNGI 013-6014583 UNTUK INFO LANJUT.. :-)
Share:

Thursday, May 22, 2014

BERSILAU DAN BERKILAU DENGAN TEAM BINTANG


Assalamua'laikum semua..

Ini lah Team Bintang, anak beranak group Jutawan (PM Cery). Team Bintang ni adalah team Shaklee Independent Distributor di bawah naungan Nad Zaim. Team kami ini adalah dari susur galur Presidential Master Shareeza (PM Cery) - Master Lyna Noh - Master Lydzar Rusman - Master To Be Nad Zaim.. Saya pulak adalah generasi kelima lah..Zura Yaacob Hehehehe...

Apa yang seronoknya Team Bintang ni? Haaa... memang sentiasa bersilau dan berkilau..

  • Bimbingan tentang Shaklee - untuk ahli Shaklee yang ingin bisnes mahupun makan sendiri
  • Berhubung di hujung jari - group Whatsapp / FB
  • Gathering- setakat ni kami selalu jugak aturkan beberapa pertemuan dengan semua ahli team Bintang. Waktu ni memang banyak input dan perkongsian yang kami dapat
  • Kelas-kelas coaching - tak perlu nak limitkan tempat. Kami hanya coaching di rumah dengan anak2 sibuk brermain. Shaklee memang bisnes yang mesra family, mesra kanak2.. ini yang saya paling suka tentang bisnes Shaklee
  • Sokongan moral - memang setiap hari kami dihidangkan dengan suasana bermotivasi, kata-kata motivasi yang membina
  • Panduan- panduan dan bimbingan diberikan kepada semua ahli supaya tak tersasar daripada jalan lurus.. hehehe..
Istimewanya biz Shaklee ni adalah kami SID Shaklee ni ibarat satu keluarga. Memang tak pelik kalau kami panggil sesama kami dengan panggilan mama, mami, nanny.. 

Sessi coaching dengan mak bintang Nad Zaim (di rumah)

Anda sedang tercari-cari idea untuk berbisnes tanpa menggangu tugas harian? Shaklee lah jawabnya.. Tak perlu tinggalkan anak2.. Setiap kali sessi coaching atau pertemuan dengan geng-geng SID, jarang saya tak bawak anak-anak saya tau.. 

Naik train untuk menghadiri majlis Master Celebration.. bwk si kembar

Biar je lah anak main sambil mak-mak berbincang tentang biz Shaklee ni.. Takde lah risau nak tinggal-tinggalkan anak kan..
anak2 SID.. jadi kawan main dah..

Berminat nak join team bintang? Anda akan berada dalam group yang best ni sebaik sahaja anda mendaftar dengan saya. Saya merupakan pengasas SUPERB MARVELLOUS TEAM, salah satu group naungan Team Bintang.. Ish banyak betul kan nama group kami ni..haahaha.. kalau nak tau lebih lanjut, kena hubungi saya.. Baru boleh terangkan secara details..

Meh SMS/WHATSAPP 013-6014583 sekarang.. Saya akan jawab apa saje pertanyaan anda.. Maimai mai... :-)

iR Zura (id 930120)
013-6014583
Share:

Sunday, May 4, 2014

Friday, April 18, 2014

Kelebihan Menjadi Ahli Shaklee

Best ke jadi ahli Shaklee ni? Hmm.. Sama lah macam kita pergi shopping mall contoh macam JJ.. Bila kita jadi member JJ tu, dan belanja RM sekian-sekian dan kita akan dapat tebus shopping voucher.. Macam mana feeling tu? Mesti la h teruja kan.. Sama la kekdahnya macam jadi ahli Shaklee ni.. Meh nak list outkan apa kelebihan menjadi ahli Shaklee..

HARGA AHLI
Of Course dapat beli barang dan produk Shaklee dengan HARGA AHLI.. Kami sebagai pengedar Shaklee hanya menjual produk Shaklee dengan harga retail kepada non-member.. Jadi, anda digalakkan untuk menjadi ahli Shaklee untuk menikmati keistimewaan Harga Ahli ni..

KEMUDAHAN UNTUK ORDER
Sekarang, Shaklee telah pun beroperasi secara online.. Makanya anda boleh membuat belian secara online pada bila-bila masa.. Nak walk in ke cawangan-cawangan Shaklee pun boleh.. 

MAINTAIN POINT
Apabila anda membeli produk Shaklee, anda akan mendapat point. Sekiranya anda menjadi ahli hanya untuk kegunaan makan sendiri, maka tak perlulah nak maintain point. Tapi kalau nak berbisnes, anda perlu maintain point-point tertentu untuk melayakkan anda mendapat bonus bermula daripada 2 angka sehingga berangka-angka yang anda mahu.

MODAL YANG SANGAT RENDAH
Yuran untuk menjadi ahli Shaklee hanyalah RM 75 ( business kit RM 65 + postage RM10) sahaja seumur hidup. Tak perlu nak renew setiap tahun pun. 
Nak keahlian percuma? Boleh.. Anda hanya perlu membuat belian produk Shaklee sebanyak RM 650 ke atas untuk mendapat keahlian percuma..

Banyak lagi benefit menjadi ahli Shaklee ni. Kalau nak cerita memang tak cukup sehari.. Hehehe.. 

Jom daftar ahli sekarang bersama saya, Azura (ID. 930120).. Anda berpeluang menjana pendapatan tambahan, malah lebih banyak dari gaji anda sekarang. Anda juga akan diperkenalkan dalam keluarga kami yang akan membantu anda dalam apa sahaja urusan berkaitan Shaklee ni..

Sekali lagi saya nak ajak anda mendaftar dengan saya. Cara daftar? Senang je.. Hubungi saya kalau nak tau.. :-)

Zura
SMS/WHATSAPP : 013-6014583
Share:

Wednesday, April 2, 2014

Penyelarasan Harga Produk Shaklee

PENGUMUMAN.. PENGUMUMAN.. Mesti baca ehh...

"PENYELARASAN HARGA"

Pihak Shaklee kini sedang melaksanakan penguatkuasaan tentang harga.
Jika anda ingin menikmati produk Shaklee pada HARGA AHLI, anda perlu mendaftar sebagai AHLI SHAKLEE atau PENGEDAR SAH SHAKLEE terlebih dahulu.

Sekiranya anda TIDAK berdaftar secara sah sebagai AHLI/PENGEDAR SAH SHAKLEE, anda tidak berhak untuk mendapatkan produk SHAKLEE pada HARGA AHLI, anda harus membayar pada HARGA PASARAN (retail)

Sila hormati hak kami sebagai pengedar/penjual produk Shaklee dengan tidak membuat sebarang TAWARAN HARGA yang lebih rendah dari HARGA PASARAN yang telah ditetapkan oleh SHAKLEE (M) SDN BHD.

==========================
Saya tekankan;
"HARGA AHLI HANYA UNTUK AHLI/PENGEDAR SAH SHAKLEE SAHAJA"
==========================

JOM BERTINDAK SEGERA!

Daftar sekarang sebagai AHLI / PENGEDAR SAH SHAKLEE.

*Pendaftaran keahlian hanya serendah RM 65 SAHAJA (tambahan rm10 untuk Semenanjung dan rm20 untuk Sabah Sarawak untuk postage) dan ia adalah KEAHLIAN SEUMUR HIDUP

ATAU

*Dengan pembelian produk bernilai 200 UV anda layak mendapat KEAHLIAN SHAKLEE SECARA PERCUMA.
--------------------------------------------
📢 PENGUATKUASAAN INI BERKUATKUASA SERTA MERTA
📢 Dapatkan maklumat lanjut dari Pengedar Sah Shaklee anda.
------------------------------------------------------

SILA AMBIL PERHATIAN YE.. Kami ni berniaga nak carik rezeki halal untuk anak2.. Harap anda memahami.. Terima kasih kerana masih setia menjadi pelanggan kami.. Anda memang WORLDDD!! Peace yooo...

JOM SERTAI KOMUNITI SHAKLEE SEKARANG!

iR Zura
#starworldSID
013-6014583
Share:

Saya Azura

Bonjour & Welcome

Saya ibu kepada 3 orang putera dan seorang puteri. Menyertai Shaklee sejak tahun 2013 dan berada dalam rank Supervisor. Saya bersedia memberikan perkhidmatan terbaik untuk anda..

Follow Azura

Paling diminati