Tuesday, November 18, 2014

KENAPA RUNNING MAN FAMOUS?

Running man? Hehehe.. U ols suka tengok RUNNING MAN tak? Saya sukaaaaaa sangat tengok Running Man. Tak de lah fanatik sangat tapi cukup untuk buat saya tertunggu-tunggu depan TV 2 setiap petang Sabtu & Ahad sambil melipat kain baju. Ini lah satu-satunya rancangan TV yang saya tengok secara serius. Cewaaah.. Memang booking lah sebab biasanya anak je yang conquer TV..

Apa yang membuatkan saya tertarik dengan Running Man(RM) ini adalah disebabkan stamina yang ahli-ahli RM ada di samping kecekapan otak mereka merangka strategi untuk menyelesaikan misi. Lagi satu sebab aksi-aksi spontan ahli RM yang kelakar membuatkan kita rasa happy. Hahaha.. Waktu remaja dulu, pernah gilakan drama Korea.. Dah tua-tua sikit macam ni, kita layan Running Man lahh..

Kenapa saya suka Running Man? Secara peribadinya sebab;
misi berlainan dalam setiap episod
konsep rancangan realiti TV yang lain daripada yang lain
lokasi-lokasi pengambaran yang cantik dan menarik
ketangkasan peserta Running Man dan selebriti jemputan menyelesaikan misi
kebijaksaan peserta menyusun strategi
editing scene-scene RM yang superb dan kelakar
Monday Couple - Gary & Ji Hyo.. sweet couple gitewww

Banyak sebabnya kenapa Running Man menjadi satu fenomena di Asia ni. Masing-masing ada sebab kenapa suka tengok Running Man kan??

Agak-agak macam mana lah nak dapatkan stamina yang hebat macam ahli RM tu? Yelah, diorang punya game show ni bukan setempat je. Tapi misi diorang merata tempat, kena lari ke sana sini, driving sana sini, di samping tu kena sentiasa pantas berfikir untuk menyelesaikan tugasan2 yang dah ditetapkan.Peserta faveret saya? Jong Kook,Gary & Ji Hyo.. Eh japp.. rasanya semuanya pun faveret saya lah.. Hahahaha..

Dulu-dulu, sebelum saya mula menonoton RM, saya ingatkan peserta-peserta RM ni muda-muda. Bila dah mula tengok Running Man dan google serba sedikit, barulah saya tau peserta-pesertanya terdiri daripada selebriti Korea yang berumur hampir & 30 tahun ke atas. Peserta paling muda pun 29 tahun, kot? Mana la diorang boleh fit macam tu ye? Rata-rata peserta RM ni stamina bagus, otak pun cerdik. Eh eh kulit pun cantik je tengok memasing.. Beauty with brain, boleh gitu?

Saya percaya selebriti Korea mestilah ada rahsia untuk kekal bertenaga, kulit cantik, otot pejal, memori dan ingatan yang kuat. Mungkin pemakanan yang mereka amalkan ditambah dengan senaman untuk kekal sihat. Dan saya juga yakin, selebriti Korea mestilah ada ambil suplimen jugak kan? Yelah, suplimen ni kan sebagai pelengkap untuk kesihatan yang optimum. Apa jenis suplimennya, saya pun tak pasti lah.

Kita tak perlu pun kena jadi selebriti untuk tampil sihat dan cantik. Tak jadi selebriti pun, kena juga jaga kesihatan dan kecantikan dalaman. Sebab tubuh badan kita ni kan lama nak pakai. Umur 25 tahun, nampak macam 40 tahun. Kenapa? Sebab muda-muda dah sakit-sakit sendi, lutut, pinggang dan sebagainya. Kulit pun nampak kusam dan tak bermaya, nampak jauh lebih tua berbanding usia.

Jadi, kesihatan perlu dijaga seawal usia bayi. Apa yang anak makan hari ini, itu lah hasilnya lagi 20 tahun, 30 tahun, 40 tahun akan datang. Kalau kita sekarang, umur 20 tahun dah macam-macam penyakit, apa lagi 10 20 tahun mendatang? Dari sekarang lah kena jaga apa yang kita makan. Semua kena seimbang. Makanan, senaman dan suplimen akan bekerjasama dengan baik. Tak perlu lah nak makan berjenis-jenis ubat di masa tua nanti. Boleh lah luangkan masa yang berkualiti dengan anak cucu tanpa masalah kesihatan kronik. Nak running running dengan anak setiap petang pun tak da masalah sakit kaki atau keletihan kan?  Insya Allah...

Pesan saya, jangan abaikan pengambilan suplimen tau. Mungkin kita rasa kita tak perlukan suplimen sekarang sebab masih muda lagi. Tapi, kena ingatlah penyakit datang tak kira usia. Suplimen mahal? Tahukah anda yang merawat lebih mahal daripada mencegah tau. Fikir-fikirkan lah, selamat beramal.. Jumpa lagi.. 
Share:

0 comments:

Post a Comment

Saya Azura

Bonjour & Welcome

Saya ibu kepada 3 orang putera dan seorang puteri. Menyertai Shaklee sejak tahun 2013 dan berada dalam rank Supervisor. Saya bersedia memberikan perkhidmatan terbaik untuk anda..

Follow Azura

Paling diminati