Sunday, July 7, 2013

10 tanda awal anda hamil

Jika anda sangat peka dengan sebarang perubahan dalam badan anda, anda mungkin mula menjangka anda mengandung tidak lama selepas bersama suami. Tapi ada jugak yang tak mengalami sebarang simptom awal hamil sehingga telur yang berjaya disenyawakan melekat pada dinding uterus, a few days selepas bersama suami.

Ada juga yang tak perasan sebarang tanda hamil kecuali bila tak didatangi period. Berikut ni adalah beberapa tanda awal pregnant. Anda mungkin mengalami semuanya, sesetengah daripadanya, atau takde langsung simptom berikut.

  •  Mengidam


Bunyi macam klise, tapi mengidam boleh jadi satu tanda hamil. Tapi jangan terlalu bergantung kepadanya sebagai tanda yang pasti anda mengandung. Boleh jadi ia suatu yang cuma mind-set sahaja. Tapi kalau terdapat symptom lain yang anda alami dalam senarai ini, mulalah mengira hari pertama haid terakhir anda.
  •  Warna aerola menjadi gelap


Sekiranya kulit di sekeliling puting payudara anda menjadi lebih gelap, ini mungkin bermakna proses persenyawaan telah berjaya. Walau bagaimanapun, ini mungkin juga tanda ketakseimbangan hormon  yang tidak berkaitan dengan kehamilan.
  •  Pendarahan atau kekejangan akibat implantasi

Tanda ini hanya berlaku kepada sesetengah wanita. Keadaan ini adalah sama seperti menjelang kedatangan haid anda. Kira – kira lapan hari selepas ovulasi,anda mungkin mengalami pendarahan implantasi, iaitu terdapat tompok – tompok darah berwarna merah jambu atau coklat, serta sedikit kekejangan. Ini disebabkan telur membenam masuk ke dalam lapisan endometrium.
  • Kerap membuang air kecil

Sebaik embrio melekat dan mula menghasilkan hormon human chorionic gonadotropin (HCG), anda mungkin perlu membuang air kecil dengan kerap.
  • Payudara melembut dan membengkak

Simptom ini berlaku seperti jugak anda period di mana keadaan payudara yang lebih senditif terhadap sentuhan. Tetapi ketika hamil, ia berlaku dengan tahap yang lebih sedikit. Namun begitu, apabila badan anda telah biasa dengan peningkatan hormon ini, kesakitan akan hilang.
  •     Keletihan

Tahap hormon progestron yang tinggi boleh membuatkan anda rasa letih walaupun hanya melakukan kerja yang ringan sepanjang hari.
  • Deria rasa berubah

Deria rasa mungkin sedikit berubah. Ada yang merasa sedikit payau di mulut, atau tidak dapat tahan rasa makanan yang biasanya mereka suka.
  •    Mabuk hamil pagi (morning sickness)

Morning sickness tidak semestinya berlaku pada waktu pagi sahaja. Ia boleh jadi berlaku pagi, petang atau malam. Sesetengah wanita mengalami sickness seawal dua hari selepas persenyawaan. Bagaimanapun, ada yang bernasib baik tidak mengalaminya langsung sepanjang kehamilan.
  • Tidak datang haid

Jika kebiasaannya anda mempunyai kitar haid yang teratur tetapi tidak kali ini dimana ia lambat atau tidak period langsung, elok juga jika anda membuat ujian kehamilan. Mana tau rezeki anda kali ni.
  •  Ujian kehamilan yang positif

Jika pregnancy test kit menunjukkan dua garis yang bermaksud positif, tahniah! Anda bakal menjadi ibu. Alhamdulillah… jumpalah dengan doktor untuk pengesahan lanjut.. :’)


Sumber dari www.babycenter.com.my


Untuk konsultasi, pertanyaan & pesanan ;
Shaklee Independent Distributor,
AZURA
FB Page : MY Super Health

Sms/call/whatsapp/line : 019-6241209
Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

Saya Azura

Bonjour & Welcome

Saya ibu kepada 3 orang putera dan seorang puteri. Menyertai Shaklee sejak tahun 2013 dan berada dalam rank Supervisor. Saya bersedia memberikan perkhidmatan terbaik untuk anda..

Follow Azura

Paling diminati