Sunday, July 7, 2013

Kelebihan Susu Ibu

“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak – anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itumenurut cara yang sepatutnya…”                     - Surah Al-Baqarah ayat 233.

Menyusu bayi dengan susu ibu adalah langkah penting ke arah perkembangan dan pembesaran bayi yang sihat. Tiada alasan susu tidak ada kerana Allah telah menjadikan susu ibu bermula sebaik sahaja kelahiran bayi. Melainkan si ibu yang ditakdirkan untuk menghidapi sebarang masalah yang tidak dapat dielakkan. Maka, kepada ibu yang bernasib baik, susuilah bayi anda dengan susu ibu semampu yang boleh. Apa kelebihan susu ibu?
  • ·         Susu awal ibu mengandungi kolostrum yang tinggi khasiatnya untuk si manja;  melindungi bayi dari jangkitan dan alahan kerana kaya antibody, mencegah jangkitan dan penyakit mata kerana mengandungi vitamin A & E, mencegah jaundis.
  • ·         Mengandungi khasiat zat yang lengkap bagimemenuhi keperluan bayi
  • ·         Mengandungi protein, lemak dan asid lemak yang tinggi dan mudah dihadam.
  • ·         Melindungi bayi dari kolik, lelah, penyakit kulit, hidung dan alahan kepada makanan
  • ·         Mengurangkan penyakit seperti batuk, jangkitan telinga, bronchitis, pneumonia, meningitis dan cirit birit
  • ·         Mengurangkan risiko penyakit jantung, kencing manis, kanser dan obesity kanak – kanak bila mereka dewasa
  • ·         Mengurangkan risiko sindrom kematian bayi
  • ·         Mengurangkan risiko karies gigi, penglihatan, pertuturan dan menguatkan pertumbuhan rahang
  • ·         Mengurangkan risiko pencemaran berbanding penyusuan yang lain
  • ·         Susu ibu tersedia bila – bila masa dan sentiasa steril
  • ·         Melindungi kesihatan ibu, merendahkan risiko terhadap barah payudara dan ovary
  • ·         Mengelakkan pendarahan selepas bersalin
  • ·         Menjarakkan kelahiran kerana penyusuan susu badan adalah cara perancang keluarga semulajadi
  • ·         Mempercepatkan proses pengurangan berat badan dan pengecutan rahim
  • ·         Mengeratkan kasih sayang ibu dan anak
  • ·         Menjimatkan perbelanjaan untuk membeli susu formula
  • ·         Penyusuan ibu boleh dilakukan pada bila – bila masa dan di mana sahaja.


Untuk konsultasi, pertanyaan atau pesanan,
Shaklee Independent Distributor,
AZURA
FB Page : MY Super Health

Sms/call/whatsapp/line : 019-6241209
Share:

0 comments:

Post a Comment

Saya Azura

Bonjour & Welcome

Saya ibu kepada 3 orang putera dan seorang puteri. Menyertai Shaklee sejak tahun 2013 dan berada dalam rank Supervisor. Saya bersedia memberikan perkhidmatan terbaik untuk anda..

Follow Azura

Paling diminati