Showing posts with label penyusuan susu ibu. Show all posts
Showing posts with label penyusuan susu ibu. Show all posts

Thursday, September 4, 2014

PERSEDIAAN MENYUSUKAN ANAK ANGKAT

Assalamua'laikum semua.. sebelum ini ada saya highlightkan Panduan Menyusukan Anak Angkat, kan? Hari ini saya nak sambung sedikit tentang penyusuan anak angkat. Kita fokuskan kepada persediaan menyusukan anak angkat. Bakal ibu-ibu angkat perlu sentiasa bersedia secara mental dan fizikal sebelum menunaikan tanggunjawab memelihara anak angkat dan menyusukannya.


PERSEDIAAN MENYUSUKAN ANAK ANGKAT

Persediaan Yang Kurang Daripada 6 Bulan

✿Makan pil perancang (Yasmin atau Microgestin) setiap hari selama 30 hingga 60 hari bersama 20 mg Domperidone empat kali sehari. Penggunaan pil perancang pada peringkat awal ini bertujuan merencat penghasilan susu ibu sebagaimana proses yang berlaku pada awal kehamilan.

✿Selepas 30 hari, jika berlaku perubahan pada payudara (saiz bertambah, tegang dan penuh), hentikan pengambilan pil perancang tetapi kekalkan dos Domperidone 20 mg empat kali sehari

✿Seterusnya anda boleh mula mengepam. Gunakan pam elektrik berganda. Makan makanan penggalak susu seperti halba, oat dan minum banyak air. ESP dan Alfafa Complex juga boleh membantu meningkatkan pengeluaran susu.

Persediaan Dalam Masa 6 Bulan

1. Enam bulan sebelum jangkaan menerima bayi angkat, makan pil perancang (Yasmin atau Microgestin), setiap hari bersama 10mg Domperidone, empat kali sehari selama 1 minggu.

2. Selepas seminggu, tingkatkan dos Domperidone kepada 20 mg empat kali sehari. Payu dara akan mengalami sedikit perubahan saiz namun hal ini adalah normal.

3. Terus kekalkan dos yang sama sehingga enam minggu sebelum tarikh jangkaan menerima kehadiran bayi.

4. Enam minggu sebelum mahu mengambil bayi,hentikan pengambilan pil perancang tetapi teruskan dos 20mg Domperidone.

5. Dua minggu selanjutnya, anda boleh mula mengepam setiap tiga jam. Sebaiknya, gunakan pam elektrik berganda.

6. Peringkat ini, susu ibu sepatutnya sudah hadir tetapi dalam kuantiti sedikit.

sumber : Soal Jawab Doktor, Panca Sihat


Semoga ibu-ibu akan terus berusaha dan tidak berputus asa. Menjadikan anak angkat sebagi anak susuan adalah perkara yang sukar tapi amat bermakna dalam hidup. Saya doakan susu ibu akan meriah dan banyak supaya dapat diberikan kepada si manja yang amat memerlukannya. ^____^
Share:

Saturday, May 3, 2014

Kenapa perlu beri makan kepada baby baru lahir?

Menurut Smith L.J., dalam bukunya yang diterbitkan pada tahun 2002, saiz perut bayi baru lahir berukuran lebih kurang sebesar sebiji guli jernih. Ia boleh memuatkan isipadu susu sebanyak lebih kurang 5 ml – 7 ml pada satu-satu masa.

Pada hari pertama kelahiran, perut bayi tidak boleh mengembang. Keadaan ini menjelaskan bahawa kolostrum yang sedikit sudah mencukupi untuk bayi pada hari tersebut. Jika diberikan susu formula yang berlebihan, bayi akan memuntahkannya kerana perutnya yang kecil, tidak boleh mengembang dan tidak mampu menampung isi padu susu yang banyak.

Share:

Tuesday, January 21, 2014

Tips Meningkatkan Penghasilan Susu Badan



     Pernah tak mengalami situasi susu badan kurang? Biasanya keadaan ni terjadi bagi ibu-ibu yang pertama kali melahirkan anak. Pengalaman menyusu boleh katakan memang takda, tambah pulak anak asyik menangis, bila disuakan nenen anak tu senyap pastu nangis balik...

     Dengan rasa hati yang tak keruan, kasihankan anak menangis, dengan diri sendiri yang masih dalam pantang...Tiba-tiba ada plak orang bersuara " Anak ko tu lapar, dia nak menyusu tu, tak cukup susu tu...bla bla bla..." Macam-macam la nasihat yang tak perlu keluar, itu la ini la..Tu sebab kadang-kadang kita dengar ada orang "Meroyan" dek kerana banyak sangat mulut yang bercakap.

     Hati ibu mana yang sanggup nak biarkan anak sendiri kelaparan...biarlah diri sendiri kelaparan asalkan anak tak lapar, betul tak? :) Hehehe tapi kan...kalau ibu tu lapar macam mana nak hasilkan susu badan? Jeng jeng jeng...Ni ada sikit tips MY Super Health untuk ibu yang menyusu badan dan jugak bakal ibu yang mahu menyusu badan.

Antara tips yang boleh di amalkan :

• Penyusuan dengan kedua-dua buah dada. Jika bayi mendapat letih menghisap, cuba bertukar ke payudara yang lain sehingga kedua-dua buah dada adalah kosong atau bayi tidak menyedut lagi.

• Pasti anda menyusu bayi anda cukup lama untuk mengosongkan payudara anda.

• Jangan jadual penyusuan. Ikut isyarat kelaparan bayi anda untuk menyusu

• Membolehkan bayi anda suapan gugusan terutamanya pada sebelah malam sebelum mereka tidur. Memberi susu secara gugusan adalah apabila bayi diberi susu beberapa kali dalam tempoh masa yang singkat.

• Menyusu pada waktu malam dimana penghasilan pada waktu malam adalah banyak.

• Pamkan payudara anda selepas penyusuan bayi untuk memastikan payudara adalah kosong dengan mengunakan pam manual ataupun pam eletrik. Anda juga boleh membaca artikel tentang cara pengunaan breastpump di sini.

• Bogelkan bayi anda semasa menyusu dimana sentuhan kulit ke kulit membantu bayi kekal sedar daripada lena.

• Teknik urutan payudara yang betul akan membantu susu mengalir dengan lancar.

• Pastikan anda dalam keadaan yang rehat dan relax dimana tekanan stress akan mengganggu penghasilan susu ibu kepada bayi anda.

• Jangan tidur meniarap pada waktu malam. Ini boleh memampatkan payudara anda dan menghalang pembekalan susu . Posisi tidur semasa hamil adalah penting untuk penghasilan susu ibu juga.

• Gunakan baby sling di antara waktu penyusuan walaupun ketika itu dia sedang tidur.

• Elakkan mengguna puting tiruan.

• Elakkan mengambil pil perancang semasa anda sedang menyusukan bayi anda.

• Jangan merokok semasa hamil.

• Minum air dengan banyak terutama sebelum penyusuan.

• Cuba mengelakkan minuman berkafein.

• Makan diet yang sihat dengan protein yang banyak.

• Berbincang dengan doktor anda tentang preskripsi atau pengambilan supplement untuk meningkatan penghasilan susu ibu.

• Akhirnya, fikirlah bayi fikirlah susu ketika menyusu, ini dapat merangsang penghasilan susu.

      Dapatkan Set Penyusuan Shaklee dari MY Super Health, terbukti berkesan dalam membantu ibu-ibu kekal gembira, cergas, ceria dan dapat menghasilkan susu badan yang berkhasiat dan banyak :) Hubungi kami segera :)


Hotline :

0136014583 / 0196241209

FB Page :

MY Super Health

Share:

Thursday, January 16, 2014

Tips Merancang Jantina Anak



Hai...ini ada sedikit info untuk pasangan suami isteri yang nak merancang mendapat anak lelaki atau pon anak perempuan...Boleh cuba petua kat bawah ni ye :)

Petua dapat anak PEREMPUAN ( XX )
1) Persetubuhan dilakukan sebelum penetasan ovum isteri. Elakkan bersetubuh selama 5 hari dari hari Ovulation tersebut yang boleh dikesan dengan ujian kesuburan.

2) Di galakkan makan makanan yang berasid seperti limau, asam, nenas, cuka dan minuman berkarbonat. Elakkan makan makanan laut.

3) Melakukan Douching dengan menggunakan cecair asid ( Very Dilute Lactacyd ) 2 jam sebelum persetubuhan.

Petua dapat anak LELAKI ( XY )
1) Persetubuhan pada waktu subur adalah penting ( pada hari penetasan ovum isteri)

2) Makanan yang asid seperti buah-buahan limau, mangga, nenas, cuka dan air berkarbonat mesti dielakkan selama 2 bulan sebelum mencuba. Seafood adalah di galakkan.

3) Kaedah suntikan benih lelalaki ( Sperma ) setelah air mani suami menjalani proses layering atau menjalani rawatan bayi tabung uji dan di pilih embrio yang telah disahkan lelaki untuk dimasukkan kedalam rahim isteri.

4) Menukarkan cecair faraj kepada beralkali dengan melakukan douching atau basuh dalam faraj dengan 1 alat khas, 20 ml. Air bikarbonat dimasukkan kedalam faraj lebih kurang 2 jam sebelum mengadakan persetubuhan, ianya boleh dibeli di farmasi ( Sodium Bikarbonat ).

Sumber dari website Dr. Hamid

Herm....Walau apa pon usaha yang kita buat, apa yang penting? Kerjasama! Hehehehe...dan jangan lupa untuk memohon doa dari Allah Taala, Dialah perancang yang Maha Agung.

MY Super Health juga bole membantu anda, kami ada Set Kesuburan untuk Suami dan Isteri :)

Hubungi kami segera tau..Hehe..

Hotline : 0136014583 / 0196241209
FB Pages : MY Super Health
Share:

Thursday, October 31, 2013

Doa menambahkan susu badan

Assalamua'laikum semua.. Saya nak kongsi doa untuk menambah susu daripada seorang teman ni.. :-)

Doa untuk menambahkan susu:

"Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan..
Ya Allah seberapa banyak susu yang aku perolehi hari ini , penuhilah dengan rahmatMu dan keberkatan di sisiMu. Semoga dengan keberkatanMu, susu yang sedikit menjadi banyak dan kenyang buat anakku"

Sambil baca letakkan tangan pada payudara dan doa semoga Allah murahkan rezeki untuk ibu dan anak menyempurnakan penyusuan hingga 2 tahun.

Amalkan Surah al-Hujurat & al-Kauthar

Zikir Ya Matin (70x) setiap malam & subuh atau  hembuskan pada air & minum.


Surah Yasin ayat 72-73
Baca Selawat dan Bismillah sebelum menyusu dan mengepam

Tetapkan niat yang betul untuk menyusukan anak.. Insha Allah.. Sama-sama kita berdoa ye.. :-)

Share:

Friday, October 25, 2013

Testimoni Energising Soy Protein

Salam Jumaat semua.. Hari ni saya nak share sikit testimoni Energising Soy Protein (ESP) yang super duper hot selling tu..



Saya sendiri dah amalkan ESP ni sejak akhir pregnancy dan teruskan sampai sekarang (3 bulan selepas bersalin). Alhamdulillah kulit muka pun dah lebih baik daripada dulu. Parut jerawat pun semakin kurang.. yelah, parut ni pun sejak zaman remaja 10 tahun lepas kot.. Mesti lah ambik masa nak hilang terus.. Yang penting mesti konsisten dan ikut konsultasi yang betul..

Apa kata anda pulak cuba kalau nak tau berkesan ke tidak. Harga pun berpatutan sebab ESP boleh tahan 2 ke 3 bulan tau..

Hubungi saya untuk info/soalan/pesanan.

Superummi Zura
SID. 930120
FB : My Super Health
sms/whatsapp : 0196241209
email : mysuperhealth@yahoo.com.my
Share:

Saturday, August 24, 2013

Berpantang cara Shaklee

Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi di atas kelahiran putera ketiga saya 31 Julai 2013 lepas.. Syukur juga kerana kelahiran kali ni lebih mudah daripada bersalin kembar dulu.. Apa pun, sekali lagi dipanjatkan kesyukuran sebab Allah dah mengurniakan 3 hero untuk saya..

Kali ni saya berpantang dengan Shaklee.. Ye, mmg dah set mind nak berpantang dengan Shaklee.. Pengalaman kali pertama dulu, berpantang dengan jamu which is bukan untuk saya.. Terkejar2 dengan rutin waktu berpantang dulu di samping anak2 menangis oleh kerana kurang kenyang sebab susu badan kurang.. Serius sangat tension waktu ni... Anak2 pun mengalami jaundis yang agak tinggi.. Stress rasa.. lagipun, kali pertama jadi ibu kan..

Berpantang dengan Shaklee rasanya lebih mudah.. Saya memilih Vitalea, Zinc Complex, B-Complex, Ostematrix sebagai set berpantang saya.. Add on dgn ESP dan Alfafa sebagai milk booster.. Okey, ESP dan Alfafa ni mmg supplemen must-have saya..

Vitalea membekalkan 23 jenis vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh. Memang ada makanan2 yang mempunya vitamin dan mineral berkenaan tetapi disebabkan banyak jenis makanan yang perlu dielakkan pengambilannya ketika berpantang, maka Vitalea lah jawapan yang terbaik untuk cover vitamin dan mineral tersebut.

B Complex bertindak sebaga vitamin anti stress bagi mengelakkan masalah meroyan di kalangan ibu berpantang. Ia juga meningkatkan pembentukan sel darah merah agar kita kurang letih dan lebih bertenaga.

Zinc Complex pula penting untuk pembaikan luka jahitan dan luka dalaman. Walaupun kelahiran kali ini, saya beruntung sebab tidak dijahit, tapi saya still makan Zinc Complex juga supaya luka dalaman yang kita tak nampak terjaga dan sembuh dengan baik.

Ostematrix adalah salah satu sumber kalsium untuk manusia. Disebabkan bayi telah mengambil sumber kalsium dari ibu, maka Ostematrix adalah jawapan untuk menggantikkannya selain susu. Ostematrix juga membantu mengurangkan kesakitan tulang belakang dan sendi2.

ESP dan Alfafa pula sebagai milk booster.. Alhamdulillah, setakat hari ini, putera saya (24 hari) masih menyusu badan sepenuhnya. jaundis pun kurang dan sekejab je.. Abang2 dia dulu dah merasa susu formula di awal kelahiran sebab kurangnya susu badan saya.. Tak apa lah, rezeki masing-masing.. kali ni syukur lah sebab susu badan banyak juga kalau dibandingkan dengan dulu.. ESP + Alfafa ni boleh lah dikatakan milk booster terbaik untuk ibu menyusu.. Inshaa Allah..


Anda masih tercari2 set berpantang? Saya syorkan Set Berpantang Shaklee ni.. Boleh hubungi saya untuk berkongsi pengalaman, konsultasi, maklumat atau pesanan. Saya sedia melayan anda bila - bila masa sahaja. Inshaa Allah..
Wassalam..

Hubungi saya,
Shaklee Independent Distributor (SID)
ZURA
019-6241209
FB : MY Super Health

Share:

Sunday, July 7, 2013

Kelebihan Susu Ibu

“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak – anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itumenurut cara yang sepatutnya…”                     - Surah Al-Baqarah ayat 233.

Menyusu bayi dengan susu ibu adalah langkah penting ke arah perkembangan dan pembesaran bayi yang sihat. Tiada alasan susu tidak ada kerana Allah telah menjadikan susu ibu bermula sebaik sahaja kelahiran bayi. Melainkan si ibu yang ditakdirkan untuk menghidapi sebarang masalah yang tidak dapat dielakkan. Maka, kepada ibu yang bernasib baik, susuilah bayi anda dengan susu ibu semampu yang boleh. Apa kelebihan susu ibu?
  • ·         Susu awal ibu mengandungi kolostrum yang tinggi khasiatnya untuk si manja;  melindungi bayi dari jangkitan dan alahan kerana kaya antibody, mencegah jangkitan dan penyakit mata kerana mengandungi vitamin A & E, mencegah jaundis.
  • ·         Mengandungi khasiat zat yang lengkap bagimemenuhi keperluan bayi
  • ·         Mengandungi protein, lemak dan asid lemak yang tinggi dan mudah dihadam.
  • ·         Melindungi bayi dari kolik, lelah, penyakit kulit, hidung dan alahan kepada makanan
  • ·         Mengurangkan penyakit seperti batuk, jangkitan telinga, bronchitis, pneumonia, meningitis dan cirit birit
  • ·         Mengurangkan risiko penyakit jantung, kencing manis, kanser dan obesity kanak – kanak bila mereka dewasa
  • ·         Mengurangkan risiko sindrom kematian bayi
  • ·         Mengurangkan risiko karies gigi, penglihatan, pertuturan dan menguatkan pertumbuhan rahang
  • ·         Mengurangkan risiko pencemaran berbanding penyusuan yang lain
  • ·         Susu ibu tersedia bila – bila masa dan sentiasa steril
  • ·         Melindungi kesihatan ibu, merendahkan risiko terhadap barah payudara dan ovary
  • ·         Mengelakkan pendarahan selepas bersalin
  • ·         Menjarakkan kelahiran kerana penyusuan susu badan adalah cara perancang keluarga semulajadi
  • ·         Mempercepatkan proses pengurangan berat badan dan pengecutan rahim
  • ·         Mengeratkan kasih sayang ibu dan anak
  • ·         Menjimatkan perbelanjaan untuk membeli susu formula
  • ·         Penyusuan ibu boleh dilakukan pada bila – bila masa dan di mana sahaja.


Untuk konsultasi, pertanyaan atau pesanan,
Shaklee Independent Distributor,
AZURA
FB Page : MY Super Health

Sms/call/whatsapp/line : 019-6241209
Share:

Saya Azura

Bonjour & Welcome

Saya ibu kepada 3 orang putera dan seorang puteri. Menyertai Shaklee sejak tahun 2013 dan berada dalam rank Supervisor. Saya bersedia memberikan perkhidmatan terbaik untuk anda..

Follow Azura

Paling diminati