Tuesday, December 3, 2013

Rawat asma dan lelah dengan Omega Guard Shaklee

Penyakit asma adalah salah satu penyakit yang dialami oleh segelintir rakyat Malaysia. Ayah saya juga merupakan salah seorang penghidap asma. Sepanjang dua kali kehamilan saya, doktor juga bertanyakan sejarah penyakit keluarga kerana anak yang dikandung mungkin akan mewarisi penyakit asma juga. Nauzubillahiminzaliq. Beberapa orang anak buah saya juga mengalami asma juga.

Apa itu penyakit asma/lelah?
Penyakit Asma atau lelah merupakan penyakit immunologi yang menyebabkan kesukaran bernafas. Ini adalah kerana ketika pesakit diserang asma, keradangan dan spasma pada selaput dinding laluan udara menyebabkan bronkiol di dalam paru-paru menjadi sempit. Pesakit asma mungkin mengalami pernafasan bersiul (wheezing), sesak nafas, dan sukar untuk bersenam.
Ketika otot mengejang, saluran udara mengecil dan menghalang pernafasan. Apabila ini terjadi,paru-paru akan berkurangan udara. Akibatnya, pesakit boleh pengsan.

Simptom Asma
Tanda-tanda atau simptom penyakit asma adalah seperti nafas berbunyi, sesak nafas, nafas berbunyi, sakit dada dan batuk. Bukan semua pesakit asma yang akan mengalami semua simptom tersebut. Hanya Hampir 20 peratus pesakit sahaja mengalami batuk yang berlanjutan.

Serangan asma berlaku apabila saluran udara menjadi sempit akibat pengecutan otot di sekeliling saluran udara serta tersumbat kerana inflamasi dan rembesan cecair yang banyak dari saluran udara yang membengkak tadi. Ini akan menyebabkan serangan asma akan berterusan dari beberapa jam sehinggalah kadangkala berbulan-bulan.

Simptom-simptom ini juga mungkin lebih teruk pada waktu subuh dan malam. Walaupun asma tidak boleh sembuh, ia boleh dikawal dengan ubat-ubatan yang ada pada masa sekarang.
Setiap pesakit boleh menjalankan aktiviti seperti biasa seperti orang lain jika mereka mematuhi arahan doktor dengan baik.


Apakah punca asma?
Walaupun punca sebenar asma tidak diketahui, namun punca serangan asma lebih diketahui seperti inflamasi dan saluran udara pesakit asma yang menjadi sempit disebabkan oleh beberapa faktor.
Penyakit asma juga adakalanya berpunca daripada genetik atau keturunan, udara kotor seperti asap rokok, kereta dan debu, udara yang mengandungi debu, debunga, bulu kucing atau anjing, alahan sesetengah ubat atau makanan serta cuaca yang tidak menentu


Adalah penting supaya pesakit asma mengelak dari terdedah kepada semua faktor tersebut. Pesakit juga perlu mengetahui jenis alahan (alergi) masing-masing kerana ia berbeza mengikut individu.

Rawat Asma dan Lelah dengan Omega Guard Shaklee

Salah satu manfaat OMEGA GUARD ialah membantu menangani penyakit asma. Satu kajian yang dijalankan oleh Indiana University mendapati golongan dewasa yang mempunyai tahap asma ringan ke sederhana, yang mengambil suplemen Omega-3 setiap hari dalam masa 3 minggu menunjukkan pengurangan penggunaan inhaler sebanyak 31%.

Bagi kanak-kanak yang menghidap asma , ia boleh dikurangkan dengan pemakanan yang betul. Makan ikan lebih dari sekali seminggu dapat mengurangkan risiko asma. 

Bagi mereka yang menghidap asma kronik pula, pengambilan dos tinggi minyak ikan dapat mengurangkan serangannya. Ikan atau minyak ikan mengadungi Omega-3 yang kaya dengan Asid Lemak Essential (EFA) dan Asid Docosahexanoic (ODHA). Omega-3 inilah yang bertindak mencegah penyakit asma ketika kaanak-kanak serta dapat mengurangkan serangan bagi mereka yang menghidapnya.

Dapatkan Omega Guard Shaklee dari Pengedar Shaklee yang sah.

Cadangan produk Shaklee yang lain ; Mealshakes, Nutriferon. 

Untuk sebarang soalan/informasi/pesanan pembelian, hubungi saya;

Azura
SID 930120,
sms/whatsapp : 0136014583
FB  : www.facebook.com/mysuperhealth
Emel : mysuperhealth@yahoo.com.my

Share:

0 comments:

Post a Comment

Saya Azura

Bonjour & Welcome

Saya ibu kepada 3 orang putera dan seorang puteri. Menyertai Shaklee sejak tahun 2013 dan berada dalam rank Supervisor. Saya bersedia memberikan perkhidmatan terbaik untuk anda..

Follow Azura

Paling diminati