Thursday, December 12, 2013

Resipi cantik dengan Susu!

Pengunaan susu dalam bidang kecantikan sebenarnya dah mula diamalkan sejak zaman dulu lagi. Buktinya, ratu Mesir, Cleopatra telah memilih susu sebagai salah satu resepi rahsia kecantikannya.


Susu menjadi pilihan untuk tampil cantik kerana mengandungi pelbagai khasiat yang mampu memberikan keserian pada wajah seperti kandungan gizi (protein, kalsium, zat besi, potassium dan banyak lagi.) Kulit juga akan bertambah mulus kerana susu mampu memudarkan noda hitam pada wajah.
Hari ni saya nak share beberapa resipi (resipi gitu..) untuk kecantikan wajah dengan bahan utamanya SUSU… Cekidaut eh..

RESEPI 1
Rendam kapas dalam semangkuk susu. Kemudian, tepuk-tepukkan kapas tersebut ke serata wajah. Biarkan selama lebih kurang satu jam setengah, kemudian bilas wajah dengan air yang bersih. Hasilnya, korang akan mendapati wajah akan lebih berasa segar dan lembut selepas itu.

RESEPI 2
Campurkan dua sudu makan susu dan satu sudu teh garam. Sebatikan dan sapu pada keseluruhan wajah sebelum waktu tidur. Hasilnya, kulit wajah akan menjadi lebih halus pada keesokan paginya. Marvelous!

RESEPI 3
Ambil segenggam kacang almond dan tumbuk sehingga halus.  Gaulkan dengan susu secukupnya. Sapukan pada wajah sebelum kamu masuk tidur. Wajah kamu cerah menjadi lebih cerah dan bintik – bintik hitam pada wajah akan mulai hilang kalau korang rajin mengamalkan resepi ini.

RESEPI 4
Gaulkan satu sudu makan susu, satu sudu teh lobak parut, perahan limau dan madu yang telah dipanaskan. Kacau sehingga sebati dan sapukan pada permukaan kulit wajah seperti masker. Biarkan kira-kira 15 minit sebelum membilasnya dengan air. Resipi ini sesuai untuk mereka yang berkulit kering dan mahukan kulit wajah lebih tegang dan cerah. Tak payah nak botox-botox.. hihihi..

RESIPI 6
Campurkan satu sudu susu, satu sudu yogurt, satu sudu ESP dan satu sudu Vita-E. Semestinya dari Shaklee ye. Gaulkan dan sapu pada muka sebelum tidur.  Keesokan harinya, bilas muka anda dengan air suam dan rasailah kesan wajah yang segar , cerah dan halus.

Selamat mencuba!


Superummi Zura
Share:

0 comments:

Post a Comment

Saya Azura

Bonjour & Welcome

Saya ibu kepada 3 orang putera dan seorang puteri. Menyertai Shaklee sejak tahun 2013 dan berada dalam rank Supervisor. Saya bersedia memberikan perkhidmatan terbaik untuk anda..

Follow Azura

Paling diminati