Showing posts with label set penyusuan shaklee. Show all posts
Showing posts with label set penyusuan shaklee. Show all posts

Saturday, May 3, 2014

Kenapa perlu beri makan kepada baby baru lahir?

Menurut Smith L.J., dalam bukunya yang diterbitkan pada tahun 2002, saiz perut bayi baru lahir berukuran lebih kurang sebesar sebiji guli jernih. Ia boleh memuatkan isipadu susu sebanyak lebih kurang 5 ml – 7 ml pada satu-satu masa.

Pada hari pertama kelahiran, perut bayi tidak boleh mengembang. Keadaan ini menjelaskan bahawa kolostrum yang sedikit sudah mencukupi untuk bayi pada hari tersebut. Jika diberikan susu formula yang berlebihan, bayi akan memuntahkannya kerana perutnya yang kecil, tidak boleh mengembang dan tidak mampu menampung isi padu susu yang banyak.

Share:

Friday, March 21, 2014

Peranan Suami dalam Menjayakan Penyusuan Susu Ibu



Penyusuan Susu Ibu akan lebih berjaya dengan adanya sokongan daripada orang sekeliling terutamanya suami. Di sini saya nak cerita sedikit tentang peranan suami dalam menjayakan penyusuan susu ibu yang saya share daripada blog sarakids.com ditambah sedikit ulasan mengikut pengalaman saya.. ehhehehe...


Apa peranan suami dalam menjayakan penyusuan susu ibu?

1) Membuat Pilihan Bersama Isteri Untuk Melahirkan Anak di Hospital Rakan Bayi . 
Para suami perlu tahu betapa pentingnya penyusuan pada 1 jam yg pertama. Oleh itu galakkan isteri menyusu secepat mungkin selepas melahirkan anak. 
-Ketiga-tiga anak saya lahir di hospital yang sangat mengalakkan penyusuan susu ibu. Jadi tak ada alasan untuk tak nak menyusu badan. Bersalin anak ketiga, suami bawak ESP selepas saya bersalin sebab susu badan segan nak keluar. Lepas saya minum ESP, alhamdulillah baby kenyang.. 

2) Menjaga anak (yang lain) semasa isteri berpantang – 
 Itu adalah menjadi satu tanggungjawab bagi semua suami apabila isteri berpantang. Pada masa ini bapa perlu mengambilalih tugas isteri sekejap. Mungkin pada masa ini anak-anak yg lain akan berasa jauh hati sebab adik baru lahir. Jadi perhatian akan ibu akan teralih sekejap kepada adik. Jadi di sini pentingnya suami comfort anak2 yg lain supaya belajar sayang adik dan alihkan perhatian dgn bermain atau bawa mereka keluar dan biar isteri ada masa berkenalan dgn adik baru.
-Suami membantu menguruskan si kembar pada minggu pertama lepas bersalin. Mandikan, pakaikan baju, main sama2.. Yang penting, dapat kawal emosi si kembar.. Si kembar tak de lah jelous pun dengan baby.. Bonus untuk saya la ni. Dapat anak yang supportive..

3) Bangun tengah malam – 
salin lampin bayi dan kejutkan isteri untuk susukan anak. suami biasanya akan kejutkan isteri untuk susukan anak. Sebagai balasan kpd isteri yg telah menyusukan anak, suami kenalah tolong tukarkan lampin anak. Jadi isteri pun akan rasa dihargai kerana suami pun turut bangun memberi bantuan selain daripada tidur mati. hahaha
-Ni kalau suami tak nak bagi kerjasama, jawabnya kena tidur luar lah selama 3 bulan..hahaha...

4) Urutan membanyakkan susu . 
Kaedah urutan untuk membnyakkan susu biasanya diajar semasa kelas penyusuan. (suami ikut la pergi  kelas)  Siapa lagi nak tolong isteri kalau bukan suami. lagipun masa ini lah nak bermanja dari isteri dlm tempoh berpuasa suami. Perlu ingat, urutan menambah susu bukan urutan menambah anak. hahaha. 
-Errr... ni suami tak buat.. tukang urut je yang urut.. tapi suami tolong pegi jemput dan hantar tukang urut ni balik..

5) Bantu isteri menguruskan anak (burping), dukung bayi, mandikan bayi, buat kerja rumah. 
Biasanya ibu akan rasa sedikit penat selepas sesi penyusuan. Di sini suami boleh memainkan peranan menguruskan anak. Secara tak langsung, bonding akan wujud antara anak dan ayah. Perkara ini juga penting bagi memastikan hubungan anak dan bapa juga rapat.
-Mandikan baby waktu pantang memang suami tak berani, tapi burp kan anak dia boleh buat.. dukung baby pun dia sangat suka buat sampai baby selalunya tidur waktu walid dukung.. 

6) Hadapi situasi mencabar (ketika berpantang) bersama-sama . 
Emosi isteri semasa tempoh berpantang agak kurang stabil. Peranan suami sangat penting untuk memberi seberapa byk pertolongan kepada isteri supaya emosi isteri tidak terganggu. Suami juga perlu menggalakkan isteri untuk teruskan penyusuan pada masa berpantang dan teruskan lagi selepas habis berpantang. Tanpa sokongan moral dr suami, penyusuan susu ibu sepenuhnya mungkin gagal.
-Suami saya sangat menyokong penyusuan susu ibu untuk anak-anak kami

6) Support/sokong/bantu isteri menyusu anak di depan org ramai (in public). 
Disini practice make perfect. Mula2 mungkin tak biasa tapi lama2 senang je. Penting untuk bagi susu ibu pada anak bila2 dia nak. Jadi kena belajar menyusu di depan awam. Suami boleh tolong cover pada permulaan sehingga isteri biasa.
-Suami akan tolong pasangkan nursing poncho kalau tak sempat nak carik nursing room terdekat.. 

7) Memberi bantuan kewangan untuk isteri yang ingin meneruskan kerjaya untuk peralatan menyusu (pam susu, beg penyejuk). 
Bab duit suami mesti garu kepala, Tapi perancangan dari awal kehamilan mungkin dapat mengurangkan beban. Ramai yg tidak sedar bahawa kos untuk bayi yg menyusu susu formula lebih tunggi drpd bayi yg menyusu badan secara esklusif. Dari segi kos hospital dan klinik juga boleh jimat dan guna utk bawa anak pergi holiday instead of berulang alik ke klinik.
-Suami sponsor beli pakej pam manual dengan beg, ice pack dll.  Suami pun sangat rajin basuhkan aksesori pam dan botol susu. Hehehe.. dah isterinya malas nak basuh2 ni...

8) Yakinkan isteri bahawa anak hanya perlukan susu ibunya . 
Setiap mamalia yg dicipta oleh Tuhan didatangkan dengan makanannya iaitu susu ibunya.  Suami perlu percaya dgn khasiat semulajadi yg dicipta oleh Tuhan dalam susu ibu. Jangan terpengaruh dengan iklan komesial  drpd media kerana tiada yg terbaik bagi anak melainkan susu ibunya
-Suami saya sangat supportive, so tak pernah terdengar dia sebut nak bagi anak susu formula di waktu awal kelahiran sampai sekarang. Semua saya yang tentukan.. 


9) Galakkan orang lain (kawan2, saudara mara) untuk menyusu anak dgn susu ibu. 
Bagi suami yg berpengetahuan tentang kebaikan susu ibu, kongsi lah ilmu itu dengan rakan rakan dan kawan kawan supaya kesedaran pentingnya penyusuan susu ibu dapat ditingkatkan.

credit to sarakids.com

Banyak jugak sumbangan suami saya sepanjang saya menyusukan anak ni. Hehehe... tulis entry ni barulah perasan... hehehe.. by the way, thank you husband for ur cooperations... ;-)

Anda ingin mencuba Set Penyusuan Shaklee?  
Sebarang pertanyaan atau soalan, sila hubungi ;

Zura
013-6014583
Share:

Sunday, January 26, 2014

Petua Sayuran Kangkung



     Baru-baru kita dok heboh dengar cerita pasal kangkung..turun harga la apa la.Meh kita fikir positif apa khasiat kangkung ni ye?ada kegunnan lain ke selain makan buat lauk tu?

Berikut ini adalah beberapa manfaat khasiat kangkung untuk kesihatan tubuh manusia untuk dijadikan herba atau ubat tradisional serta cara ramuannya :


  • Mengatasi sembelit dan mual pada ibu hamil: Ibu hamil dianjurkan untuk sering mengambil tumisan sayur kangkung, kerana banyak mengandungi vitamin untuk pertumbuhan bayi di dalam kandungan.

  • Merawat hidung berdarah: Ambil seikat daun kangkung, cuci kemudian ditumbuk sampai halus, tambah sedikit gula, lepas tu campur dengan air panas, setelah sejuk tapis dan minum ramuan tersebut sebanyak 2 kali sehari.

  • Mengubati sakit kepala: Seikat daun kangkung segar direbus dengan 1 atau 2 gelas air, kemudian minumlah hasil air rebusan tersebut.

  • Mengurangkan kesakitan haid: Sediakan kira-kira setengah kilogram daun kangkung, kemudian ditumbuk sampai halus dan  tambah air setengah gelas, kemudian tapis dan tambah satu sudu makan madu. Minum satu kali sehari.

  • Merawat buasir: Sediakan segenggam akar kangkung, rebus dengan 3 gelas air hingga tinggal setengah. Setelah sejuk, minum setengah gelas sebanyak 2 kali sehari.

  • Mengatasi insomnia: Bagi anda yang susah tidur malam, segeralah makan daun kangkung yang ditumis tanpa batang.

  • Merawat sakit gigi: Sediakan segenggam akar kangkung, tambahkan cuka sebanyak setengah sudu teh, kemudian rebus dengan air sebanyak 1 gelas. Minum air rebusan tersebut 1 kali sehari.

  • Melancarkan buang air kecil: Ambil segenggam akar kangkung, lalu rebus dengan 2 gelas air hingga hingga tinggal 1 gelas je. Minum air rebusan tersebut satu kali sehari.

  • Menghilangkan kelemumur: Ambil seikat daun kangkung, lalu rendam dengan air secukupnya selama 1 malam, gunakan air tesebut untuk mencuci ketika mandi, sebaiknya dilakukan setiap hari.


  • Merawat kulit yang gatal kerana ekzema: Ambil daun kangkung yang segar,rebus dengan air secukupnya selama 5 minit, lepas panas pakai air rebusan tersebut untuk mencuci bahagian yang terkena ekzema tersebut, lakukan setiap hari hingga sembuh.

  • Mengatasi gusi bengkak: Ambil 200 gram akar kangkung yang dicuci bersih, tambah sedikit je cuka, rebus dengan dengan air sedikit je air. Air rebusan tersebut boleh digunakan untuk berkumur, lakukan setiap hari hingga sembuh.

  • Menghilangkan kematu: Bahagian kulit yang menebal boleh dihilangkan dengan menyapu getah kangkung.
Hehehe haa...tu adalah antara petua kegunaan sayur kangkung untuk kesihatan. Bole la kalau nak cuba kan tapi agak leceh betul tak?

Dah ada cara yang mudah, moden dah skarang ni kan...guna je produk Shaklee :) Macam-macam ado...hehe :)

Meh cecepat kontek MY Super Health, penjimatan hebat, servis pelanggan yang bagus, ada hadiah percuma pulak tu... Calling2 la we all k 


Hotline :
0136014583 / 0196241209

FB Pages:
MY Super Health


Share:

Tuesday, January 21, 2014

Tips Meningkatkan Penghasilan Susu Badan



     Pernah tak mengalami situasi susu badan kurang? Biasanya keadaan ni terjadi bagi ibu-ibu yang pertama kali melahirkan anak. Pengalaman menyusu boleh katakan memang takda, tambah pulak anak asyik menangis, bila disuakan nenen anak tu senyap pastu nangis balik...

     Dengan rasa hati yang tak keruan, kasihankan anak menangis, dengan diri sendiri yang masih dalam pantang...Tiba-tiba ada plak orang bersuara " Anak ko tu lapar, dia nak menyusu tu, tak cukup susu tu...bla bla bla..." Macam-macam la nasihat yang tak perlu keluar, itu la ini la..Tu sebab kadang-kadang kita dengar ada orang "Meroyan" dek kerana banyak sangat mulut yang bercakap.

     Hati ibu mana yang sanggup nak biarkan anak sendiri kelaparan...biarlah diri sendiri kelaparan asalkan anak tak lapar, betul tak? :) Hehehe tapi kan...kalau ibu tu lapar macam mana nak hasilkan susu badan? Jeng jeng jeng...Ni ada sikit tips MY Super Health untuk ibu yang menyusu badan dan jugak bakal ibu yang mahu menyusu badan.

Antara tips yang boleh di amalkan :

• Penyusuan dengan kedua-dua buah dada. Jika bayi mendapat letih menghisap, cuba bertukar ke payudara yang lain sehingga kedua-dua buah dada adalah kosong atau bayi tidak menyedut lagi.

• Pasti anda menyusu bayi anda cukup lama untuk mengosongkan payudara anda.

• Jangan jadual penyusuan. Ikut isyarat kelaparan bayi anda untuk menyusu

• Membolehkan bayi anda suapan gugusan terutamanya pada sebelah malam sebelum mereka tidur. Memberi susu secara gugusan adalah apabila bayi diberi susu beberapa kali dalam tempoh masa yang singkat.

• Menyusu pada waktu malam dimana penghasilan pada waktu malam adalah banyak.

• Pamkan payudara anda selepas penyusuan bayi untuk memastikan payudara adalah kosong dengan mengunakan pam manual ataupun pam eletrik. Anda juga boleh membaca artikel tentang cara pengunaan breastpump di sini.

• Bogelkan bayi anda semasa menyusu dimana sentuhan kulit ke kulit membantu bayi kekal sedar daripada lena.

• Teknik urutan payudara yang betul akan membantu susu mengalir dengan lancar.

• Pastikan anda dalam keadaan yang rehat dan relax dimana tekanan stress akan mengganggu penghasilan susu ibu kepada bayi anda.

• Jangan tidur meniarap pada waktu malam. Ini boleh memampatkan payudara anda dan menghalang pembekalan susu . Posisi tidur semasa hamil adalah penting untuk penghasilan susu ibu juga.

• Gunakan baby sling di antara waktu penyusuan walaupun ketika itu dia sedang tidur.

• Elakkan mengguna puting tiruan.

• Elakkan mengambil pil perancang semasa anda sedang menyusukan bayi anda.

• Jangan merokok semasa hamil.

• Minum air dengan banyak terutama sebelum penyusuan.

• Cuba mengelakkan minuman berkafein.

• Makan diet yang sihat dengan protein yang banyak.

• Berbincang dengan doktor anda tentang preskripsi atau pengambilan supplement untuk meningkatan penghasilan susu ibu.

• Akhirnya, fikirlah bayi fikirlah susu ketika menyusu, ini dapat merangsang penghasilan susu.

      Dapatkan Set Penyusuan Shaklee dari MY Super Health, terbukti berkesan dalam membantu ibu-ibu kekal gembira, cergas, ceria dan dapat menghasilkan susu badan yang berkhasiat dan banyak :) Hubungi kami segera :)


Hotline :

0136014583 / 0196241209

FB Page :

MY Super Health

Share:

Thursday, January 16, 2014

Tips Merancang Jantina Anak



Hai...ini ada sedikit info untuk pasangan suami isteri yang nak merancang mendapat anak lelaki atau pon anak perempuan...Boleh cuba petua kat bawah ni ye :)

Petua dapat anak PEREMPUAN ( XX )
1) Persetubuhan dilakukan sebelum penetasan ovum isteri. Elakkan bersetubuh selama 5 hari dari hari Ovulation tersebut yang boleh dikesan dengan ujian kesuburan.

2) Di galakkan makan makanan yang berasid seperti limau, asam, nenas, cuka dan minuman berkarbonat. Elakkan makan makanan laut.

3) Melakukan Douching dengan menggunakan cecair asid ( Very Dilute Lactacyd ) 2 jam sebelum persetubuhan.

Petua dapat anak LELAKI ( XY )
1) Persetubuhan pada waktu subur adalah penting ( pada hari penetasan ovum isteri)

2) Makanan yang asid seperti buah-buahan limau, mangga, nenas, cuka dan air berkarbonat mesti dielakkan selama 2 bulan sebelum mencuba. Seafood adalah di galakkan.

3) Kaedah suntikan benih lelalaki ( Sperma ) setelah air mani suami menjalani proses layering atau menjalani rawatan bayi tabung uji dan di pilih embrio yang telah disahkan lelaki untuk dimasukkan kedalam rahim isteri.

4) Menukarkan cecair faraj kepada beralkali dengan melakukan douching atau basuh dalam faraj dengan 1 alat khas, 20 ml. Air bikarbonat dimasukkan kedalam faraj lebih kurang 2 jam sebelum mengadakan persetubuhan, ianya boleh dibeli di farmasi ( Sodium Bikarbonat ).

Sumber dari website Dr. Hamid

Herm....Walau apa pon usaha yang kita buat, apa yang penting? Kerjasama! Hehehehe...dan jangan lupa untuk memohon doa dari Allah Taala, Dialah perancang yang Maha Agung.

MY Super Health juga bole membantu anda, kami ada Set Kesuburan untuk Suami dan Isteri :)

Hubungi kami segera tau..Hehe..

Hotline : 0136014583 / 0196241209
FB Pages : MY Super Health
Share:

Sunday, December 15, 2013

Saya Azura

Bonjour & Welcome

Saya ibu kepada 3 orang putera dan seorang puteri. Menyertai Shaklee sejak tahun 2013 dan berada dalam rank Supervisor. Saya bersedia memberikan perkhidmatan terbaik untuk anda..

Follow Azura

Paling diminati