Thursday, October 3, 2013

Penjagaan selepas Caesarean

 
Bagi yang tidak mempunyai pengalaman bersalin secara caesarean, sebenarnya ia sama seperti bersalin normal di mana ada darah nifas selepas bersalin. Hukum Islam menetapkan seseorang wanita hendaklah mandi hadas besar apabila darah nifas telah kering sebelum melakukan hubungan kelamin dengan suami.

Luka caesarean biasanya akan sembuh sebulan selepas bersalin. Jadi sebaik-baiknya lakukan hubungan kelamin selepas 6-8 minggu selepas bersalin. Berkenaan adakah hubungan kelamin selepas bersalin secara pembedahan caesarean akan sama seperti sebelum mengandung, ia bergantung kepada faktor-faktor perubahan hormon. Biasanya ibu-ibu yang menyusukan bayi akan menghadapi masalah disebabkan pengeluaran cecair (pelincir) di faraj yang berkurangan kerana badan lebih fokus kepada pengeluaran hormon prolaktin untuk penyusuan bayi. Ibu juga mudah mengalami keletihan kerana menguruskan bayi kecil terutama yang asyik meragam pada waktu malam menyebabkan ada yang tidak cukup tidur.

Selain itu, pasti ada yang merasa was-was dan takut luka caesarean akan terbuka atau terasa sakit. Luka tersebut sepatutnya sembuh selepas sebulan. Tetapi jika anda memang terasa sakit sewaktu bersama suami, pergilah berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. Anda boleh meminta doktor melakukan ultrasoud scan pada bahagian luka caesarean utntuk memastikan tiada sebarang masalah atau komplikasi. Rasa sedikit ngilu pada tempat caesarean adalah perkara biasa.

Pengambilan vitamin tambahan seperti kalsium (boleh digantikan dengan susu), multi vitamin dan vitamin C sangat digalakkan untuk diambil selepas bersalin secara caesarean bagi mempercepatkan penyembuhan. Jangan terlalu berpantang dan perlu mengelak daripada mengambil makanan yang tidak berkhasiat.
(Profesor Dr.Nik Hazlina Nik Hussain, Pakar O&G HUSM Kubang Kerian)


Superummi Zura
SID. 930120
FB : My Super Health
sms/whatsapp : 0196241209
email : mysuperhealth@yahoo.com.my
Share:

0 comments:

Post a Comment

Saya Azura

Bonjour & Welcome

Saya ibu kepada 3 orang putera dan seorang puteri. Menyertai Shaklee sejak tahun 2013 dan berada dalam rank Supervisor. Saya bersedia memberikan perkhidmatan terbaik untuk anda..

Follow Azura

Paling diminati