Showing posts with label set berpantang Shaklee. Show all posts
Showing posts with label set berpantang Shaklee. Show all posts

Tuesday, June 10, 2014

Friday, May 23, 2014

PENDARAHAN MELAMPAU SELEPAS BERSALIN, JANGAN PANDANG RINGAN

Wanita bersalin mengeluarkan darah ketika waktu bersalin dan selepasnya. Darah yang dipanggil nifas ini datang dari pembuluh darah dalam rahim atau robekan di perineum (kawasan antara dubur dan vagina) jika terjadi koyakan di kawan itu. Darah juga keluar ketika uri terlepas dari dinding rahim. 

Pendarahan postpartum atau pendarahan selepas bersalin terjadi dalam 24 jam pertama selepas bayi lahir. Pendarahan postpartum lanjut, terjadi di antara 2-3 minggu selepas bersalin. Adalah normal seandainya darah keluar tidak lebih 500 milimeter. Tetapi AWAS jika pendarahan terlalu banyak dan terlalu lama. Mungkin ada masalah lain yang berlaku..
Share:

Tuesday, May 20, 2014

TEKNIK MENYUSU BABY SAMPAI DEBAB

Susu ibu merupakan anugerah yang tidak ternilai harganya, membekalkan kebaikan yang tiada tandingan kepada bayi dan juga ibu. Tahukah anda, penyusuan susu ibu dengan teknik yang betul boleh menjadikan berat badan bayi berganda-ganda daripada berat ketika lahir. Dengan kata lain, susu ibu mampu menjadikan bayi anda debab dan bersemangat.

Terdapat beberapa teknik penyusuan yang boleh diamalkan oleh ibu yang menyusu untuk anak bertambah debab dan sihat. Antara teknik tersebut ialah ;
  • Pastikan bayi diberikan susu ibu yang pertama seawal satu jam selepas kelahiran. Perkara ini amat penting kerana jika bayi lambat diberikan susu, maka bayi akan lambat belajar melekap. 
  • Biarkan bayi menyusu selama masa dan berapa kerap yang dia mahukan. Jangan hadkan penyusuan 2-3 jam sahaja, tetapi ikut kehendaknya. Macam mana nak tau baby lapar? Perhatikan contoh tanda ; membuka mulut, mengeluarkan dan menggerakkan lidah, masukkan tangan dalam mulut, meleleh air lir, menggerakkan kepala seperti cari puting ibu dan tanda lain.
  • Susukan baby dengan kedua-dua belah payudara. Mulakan dengan belah kanan sampai baby kenyang. Kemudian berikan yang lagi sebelah. Jangan limitkan penyusuan pada sebelah payudara sahaja. kalau baby dah kenyang untuk teruskan penyusuan, pam saje lah.. Jangan biarkan susu penuh tak berpam pulak. Takut bengkak susu pulak nanti.
  • Elakkan bagi puting kosong atau puting berair. Nanti baby keliru. Puting botol susu lebih mudah mengeluarkan susu daripada puting susu ibu, so baby akan cenderung menghisap puting botol. Sebaiknya sepanjang tempoh berpantang, susukan baby dengan puting susu ibu. Later, boleh ajar guna botol susu.
Itu lah rahsia nak baby debab.. Hehehe..Lengkapkan ilmu penyusuan sepanjang kehamilan..  Hanya susu ibu sahaja cukup untuk keperluan baby baru lahir.. tak perlulah bagi makan di usia yang sangat mentah (sebulan -5 bulan) sebab perut baby kecik je.. Tak boleh nak hadam makanan lain selain susu ibu. Biarlah anak debab secara sihat, dengan susu ibu yang penuh khasiat tu. 

Selamat berpantang dan selamat menyusukan baby anda.  :-)

iR Azura
sms/whatsapp : 013-6014583

Share:

Friday, April 4, 2014

Ostematrix sebagai pengganti susu?

Siapa yang perlu ambil Ostematrix? Ostematrix ni sebenarnya sesuai untuk siapa? Kalau anda rasa umur anda dah semakin bertambah, kurang mengamalkan cara hidup yang sihat, anda juga adalah salah seorang yang perlukannya. Ostematrix juga dapat menggantikan susu kepada mereka yang tak boleh atau tak suka minum susu.. hehehe.. macam saya lah tu..

Selain itu, Ostematrix juga sesuai untuk ;
  • ibu mengandung - terutama sekali ibu hamil yang selalu sakit-kaki kaki, kebas dan cramp
  • ibu menyusu 
  • ibu berpantang
  • mereka yang selalu sakit- sakit sendi
  • mereka yang selalu sakit kepala (migrain)
  • mereka yang tak boleh (tak lalu) minum susu
Ostematrix juga membantu membekalkan kalsium yang dapat membantu pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi. Ia juga membantu pengecutan otot dan saraf.

Sebarang soalan atau pesanan,sila hubungi ;

iR Zura
#starworldSID
013-6014583
Share:

Promosi April 2014 : OSTEMATRIX Beli 6 Percuma 1



Alhamdulillah kita bertemu lagi dalam bulan April ni.. Sekejab je masa berlalu kan..

Bulan ni promosi Shaklee diteruskan dengan Promosi Ostematrix Beli 6 Percuma 1..  Nak cerita la sikit apa yang bestnya dengan Ostematrix ni.. Ostematrix ni adalah salah satu suplemen yang mengandungi 
kalsium, magnesium, fosforus dan vitamin D, zink, kuprum, manganes dan boron. Nutrien-nutrien ini perlu diambil bersama untuk penyerapan oleh tubuh dan menghalang endapan sesetengan mineral. Kajian telah membuktikan supplemen kalsium akan meningkatkan ketumpatan tulang wanita yang telah berumur secara berkesan. 


Manfaat Utama
  • menguatkan tulang-kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka, gigi, sistem saraf. Ia juga merawat tulang retak, osteomalaccia (rickets dewasa), kuku rapuh, ekzema, konvulsi/kekejangan, gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat.
  • memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas - pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan artritis
  • meringankan stress - ianya mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf, mengelakkan tidur selesa, memperbaiki jantung berdebar, gementar, mimpi buruk dan stress, depresi, mood wing, sakit kepala dan pitam
  • memperbaiki masalah haid - kajian menunjukkan dengan pengambilan 1, 000mg kalsium dan magnesium serentak meringankan sakit waktu haid dan membantu membuang air kecil.
  • pengalkalian tubuh - kalsium adalah mineral alkalin dan ianya berkesan memastikan imbangan pH tubuh. Ianya juga menghalang obesiti di waktu umur tua. Tambahan pula kalsium membantu sel menyerap nutrien dan merangsang detoksifikasi
  • membantu merawat penyakit rickets -  Ia meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka, memperbaiki penyakit periodontal. 
1 tablet ostematrix bersamaan dengan 1 gelas susu tinggi kalsium bersamaan dengan 80 biji badam!!
                       1 tablet ostematrix = 1 gelas susu tinggi kalsium = 80 biji badam

Hanya RM61 sahaja untuk 120 tablet.. Berbaloi tau.. Boleh tahan 4-6 bulan..

Ostematrix sangat sesuai digabungkan dalam Set Hamil Shaklee, Set Berpantang Shaklee, Set Menyusu Shaklee, Set Sendi Sihat, Set Anti Migrain, Set Anti Senggugut dan macam-macam lagi set tau.. Pendek kata, semua perlukan kalsium untuk tubuh badan yang sihat.. 

Sempena promosi bulan April ni, Beli 6 Percuma 1.. Wah..bestnya.. boleh hadiahkan untuk mak, ayah, suami, isteri, ayah saudara, mak saudara, nenek, untuk diri sendiri.. bestnya.. Jimat berganda-ganda tu..Jom borong...

iR Zura
#starworldSID
013-6014583
Share:

Monday, March 31, 2014

Baby Shaklee?


Ni lah salah seorang duta Shaklee.. Hehehe.. Ni baby saya no.3 atau baby Shaklee saya.. Kenapa cakap baby Shaklee pulak? Bukanlah sebab baby ni keluar dari botol Shaklee (macam yang disindir oleh sesetengah orang..pfff). Tapi baby saya ni sebenarnya dah menikmati khasiat Shaklee sejak dalam perut mak dia lagi..

Waktu pregnantkan baby aysar ni, mak memang tak lalu nak minum susu so cuba lah minum ESP untuk kali pertama dalam hidup.. Suplimen Shaklee yang saya ambik ketika pregnant selain ESP adalah Vitalea dan Ostematrix.. Saya rasa ini antara suplimen yang wajib kena ambik lah setiap kali pregnant.. Disebabkan saya memang ada masalah Hb low dan jugak selalu cramp, sakit-sakit pinggang terutama sekali waktu malam, so dua vitamin ni memang membantu saya sepanjang kehamilan.. Masalah sembelit pun tak de.. Alhamdulillah,  set hamil shaklee pilihan saya..

Bersalinkan dia ni pun mudah jugak.. Alhamdulillah.. Ye lah nak compare dengan bersalinkan kembar, memang lagi mudah lah.. hehe.. berat 2.72 kg.. takde lah besar mana kan? Siapa cakap makan supplemen boleh buat baby dalam kandungan besar? Sebenarnya, saiz baby tu bergantung juga kepada genetik atau pun faktor pemakanan ibu semasa kehamilan.. Bagus sebenarnya amalkan supplemen ketika hamil.. Membantu melengkapkan nutrien dan khasiat ibu dan baby.. Yelah kan, keperluan kena lah double.. untuk ibu dan baby.. kalau kembar, kena triple la.. :-)

Hari pertama lepas bersalinkan Aysar, susu badan segan jugak nak keluar.. So, husband bawak ESP ke hospital untuk saya minum..Aysar ada jaundis sikit, dan kali ni saya banned daripada bagi rawatan lain (sus kambing, air tabib cina whatsoever), saya cuma bagi susu badan sahaja.. Dengan izin Allah, kuning Aysar tak teruk dan turun semakin hari.. Hmm.. anak yang pertama, tak banyak ilmu.. ikutkan je cakap orang.. *sigh* Set berpantang shaklee pun best jugak.. saya ambik ESP, Zink, Ostematrix, B Complex..

Alhamdulillah jugak sebab dapatlah susukan Aysar secara ekslusif tanpa susu formula sepanjang 7 bulan yang pertama.. 7 bulan dah top up susu formula sebab kena pergi kursus bermalam ke malam dan stok susu dalam peti dah berapa banyak dah..

Sekarang masih lagi menyusukan Aysar.. masih lagi mengepam walaupun dah minum susu formula.. Alhamdulillah, rezeki Aysar.. waktu kembar dulu, 4 bulan je saya tahan mengepam.. lepas tu bagi direct feeding je sampai umur 1 tahun 11 bulan... Set menyusu Shaklee pulak saya consume, ESP, Alfafa, B Complex & Ostematrix..

Sepanjang Aysar bersama saya sejak dalam kandungan, Alhamdulillah sihat walafiat.. Kalau demam atau selsema, saya ambik Vita C Plus 2 bijik dan patah-patahkan dan jugak Nutriferon, then susukan.. Insha Allah, setakat ni tak ada masalah..

Apa pun, di masa depan kita tak tau.. Yang penting, kena lah jaga kesihatan daripada sekarang.. Jaga jugak kesihatan anak-anak.. Jangan sumbat je segala macam makanan kat anak.. Bagi anak 3 bulan makan? *pengsan*

Anda ada sebarang soalan atau pesanan?
Sila hubungi saya ;

iR Zura
#starworldSID
013-6014583
FB Fanpage :  MY Super Health
Share:

Friday, March 21, 2014

Bengkung : Rahsia untuk perut cantik dan rata



Perut buncit, menggeleber, lembik dan regangan selepas bersalin. Sakit mata tengok kan? Di sinilah pentingnya penggunaan bengkung tau terutama sekali untuk ibu yang baru bersalin. Tak kisahlah bengkung tradisional ataupun bengkung moden.


Berbengkung dikatakan mampu membantu ;

  1. mengempiskan bahagian perut
  2. mengurangkan berat badan
  3. mengetatkan perut dan otot-otot yang longgar semasa kehamilan
  4. menggalakkan postur yang baik
  5. membantu penyusuan bayi
  6. memecahkan lemak dan selulit
  7. menegangkan kulit yang menggeleber
  8. menghalang perut daripada dimasuki angin semasa berpantang
  9. sebagai sokongan kepada perut selepas bersalin
  10. ia juga mengelak daripada berasa sakit semasa batuk atau bersin
  11. dijadikan korset untuk menguruskan badan dan mengempiskan perut
Banyak faedah rupanya kan berbengkung ni. Sebab tu jangan ambil ringan hal berbengkung ni tau. Ini memang amalan yang saya amalkan setiap kali berpantang. Bertungku memaang selalu miss, tapi aktiviti berbengkung memang wajib untuk saya.. hehehe...

Anda sedang mencari Set Berpantang? Jom berpantang secara moden dengan Set Berpantang Shaklee.. 
Untuk sebarang pertanyaan atau pesana, sila hubungi

Zura
013-6014583
Share:

Monday, February 3, 2014

Promosi Februari 2014 : Vita-Lea Iron Formula

Februari datang lagi... Bulan ni promosi Shaklee Beli 1 Percuma 6 diteruskan dengan Vita-Lea pulak..

Vita-Lea Shaklee adalah multivitamin dan mineral pertama dicipta di dunia. Asalnya dikenali sebagai 'Vitalize-Mineral' dan disingkatkan sebutan kepada 'Vita-min' dan perkataan vitamin yang disebut kini asalnya dari Shaklee.

Peningkatan teknologi telah mengubah bentuknya dari cecair (90 tahun dahulu) kepada bentuk tablet yang dikenali sebagai Vita-Lea. Setiap tablet mengandugi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA. Ia diformulasikan secara komprehensif dan sangat seimbang.

Tablet Vuta-Lea disaluti dengan serbuk nutrisi-spirulina. Ia dihasilkan dengan kaedah yang terkini dan teknologi eksplosif yang kompleks disebut sebagai "Explo-tab". Ia merupakan tablet multi vitamin yang paling pantas di dunia yang terlarut dalam air dan juga tubuh manusia. Mineral yang terkandung di dalamnya mudah berintegrasi dengan protin untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil.

Ujian klinikal telah membuktikan dengan pengambilan Vita-Lea Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65% telah dipilih oleh Center for Science di Amerika Syarikat sebagai THE BEST MULTI-VITAMIN di dalam Public Interest pada tahun 2000.

Antara manfaat Vita-Lea ialah ;

Penambahan Tenaga Segera
pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja seharian

Pelengkap Nutrisi
Kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang, terutamanya mereka yang mengamalkan sayuran (vegetarian) dan anemia

Keupayaan Sistem Produktif
Penting kepada remaja yang sedang membesar

Metabolisma
Sangat membantu dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan

Elemen penting pada Set Tubuh
Menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon, serta menjaga kesihatan tiroid

Melindungi Organ
Melindungi fungsi buang pinggang, jantung dan hati

Biasanya, kami syorkan Vitalea dalam hampir semua set kombinasi di antaranya ; Set Hamil, Set Berpantang, Set Menyusu, Set Kesihatan Optimum, Set Darah Rendah, Set Kencing Manis dan lain-lain.
Tun Dr. Mahathir adalah salah seorang dari jutaan pengguna setia Vitalea tau.. :-)

Dapatkan konsultasi dan nasihat daripada kami sekarang. Kami akan melayan anda sebaiknya.. Peace!

Hotline :
013-6014583 atau 019-6241209

FB Page :
Share:

Monday, January 13, 2014

Lagi Kelebihan dan Manfaat Alfafa Complex dari Shaklee


Alfafa ni memang dah diketahui umum ada banyak sangat kelebihan, selain mineral dan vitamin yang banyak, Alfafa jugak boleh diperbagai guna tau. Boleh guna untuk semua peringkat umur manusia. Alhamdulillah sumber makanan yang bagus ada kat muka bumi ni...

Alfalfa /ælˈfælfÉ™/, Medicago sativa, also called lucerne, is a perennial flowering plant in the pea family Fabaceae cultivated as an important forage crop in many countries around the world. The Spanish-Arabic (according to wiktionary and theDRAE) name alfalfa is widely used, particularly in North America and Australia. But in the UK,[3] South Africa and New Zealand, the more commonly used name is lucerne. It superficially resembles clover, with clusters of small purple flowers followed by fruits spiralled in 2 to 3 turns containing 10-20 seeds. Alfalfa is native to a warmer temperate climate such as that of Iran (where it is thought to have originated). It has been cultivated as livestock fodder since at least the era of the ancient Greeks and Romans.Alfalfa is high in protein, calcium and other minerals, vitamins in the B group, vitamin C, vitamin D, vitamin E, and vitamin K.[104][105][106][107] The sun-dried hay of alfalfa has been found to be a source of vitamin D, containing 48 ng/g (1920 IU/kg) vitamin D2 and 0.63 ng/g (25 IU/kg) vitamin D3.[108] There is reference to vitamin D2 and vitamin D3 being found in the alfalfa shoot; this is awaiting verification.[109] Mushrooms are not allowed in Jain vegetarianism, making alfalfa the only known source Jains can use to make vitamin D2 supplements.

Sumber dari : http://en.wikipedia.org/wiki/Alfalfa


Nah..untuk Alfafa Complex Shaklee ni pulak dah di adun dengan baik dengan banyaknya ujikaji dan ujian klinikal untuk pastikan selamat di guna dan berkesan untuk pengguna. Nak tau apa dia sumber Vitamin dan Mineral yang ada dalam Alfafa Complex Shaklee ni?

Antara VITAMIN yang ditemui dalam Alfalfa Shaklee ini :

1) Vitamin A - Untuk penglihatan . Membina ketahanan terhadap jangkitan, terutamanya dalam saluran pernafasan, menggalakkan pertumbuhan sel, menggalakkan kulit yang sihat


2) Vitamin B6 - Membantu asimilasi makanan dan metabolisme protein dan lemak, menggalakkan kesihatan saraf dan kulit serta membantu mengurangkan loya


3) Vitamin D - Mengawal penggunaan kalsium dan fosforus di dalam badan dan oleh itu diperlukan untuk pembentukan gigi dan tulang yang kuat dan sihat


4) Vitamin E - Melindungi sel-sel terhadap kerosakan daripada sinaran matahari dan pencemaran udara, kesihatan jantung, kardiovaskular dan kesihatan otot, memperbaiki fungsi imun, menguatkan otot di dalam badan, membantu membawa nutrien ke sel-sel dan membantu menguatkan dinding pembuluh darah dan membantu fokus mata


5) Vitamin K- Penting bagi pembekuan darah, penting dalam fungsi hati dan menyumbang kepada kecergasan dan panjang umur


6) Vitamin U - Menggalakkan kesihatan badan untuk membantu mengatasi ulser peptik


Manakala, antara MINERAL yang ditemui dalam Alfalfa Shaklee ini :


1) Kalsium - Bina dan mengekalka tulang dan gigi, membantu darah membeku, membantu dalam kecergasan dan daya tahan, mengawal rentak jantung, melegakan saraf


2) Zat besi - Diperlukan dalam pembinaan hemoglobin, membantu pengangkutan oksigen dalam darah


3) Kalium - Perlu bagi saraf dan otot, tindakan jantung dan tindak balas enzim, juga untuk digest lemak


4) Fosforus - Diperlukan untuk tulang yang normal dan struktur gigi. Saling berkait dengan tindakan kalsium dan Vitamin D. Meningkatkan peranan tisu saraf


5) Klorin (klorida) - Elektrolit penting yang membersihkan dan menyucikan badan, mengawal metabolisme lemak, gula dan kanji


6) Sodium - Mengawal keseimbangan cecair di seluruh badan, meneutralkan asid, menghalang pembekuan darah, mengaktifkan limpa, usus dan fungsi perut


7) Silikon Magnesium - Membantu badan untuk menangani sembelit, ketahanan saraf, melindungi kulit dan badan, merangsang fungsi otak


Jadi selain tu kalau ada yang nak tau lebih kegunaan yang spesifik untuk masalah spesifik yang anda nak tau, MY Super Health sedia membantu...Kami bukan ahlong, kami mau tolong..hehe..Jangan memalu jangan segan, hubungi kami sekarang di :






Hotline : 0136014583 / 0196241209
FB Pages : MY Super Health
Share:

Thursday, October 3, 2013

Penjagaan selepas Caesarean

 
Bagi yang tidak mempunyai pengalaman bersalin secara caesarean, sebenarnya ia sama seperti bersalin normal di mana ada darah nifas selepas bersalin. Hukum Islam menetapkan seseorang wanita hendaklah mandi hadas besar apabila darah nifas telah kering sebelum melakukan hubungan kelamin dengan suami.

Luka caesarean biasanya akan sembuh sebulan selepas bersalin. Jadi sebaik-baiknya lakukan hubungan kelamin selepas 6-8 minggu selepas bersalin. Berkenaan adakah hubungan kelamin selepas bersalin secara pembedahan caesarean akan sama seperti sebelum mengandung, ia bergantung kepada faktor-faktor perubahan hormon. Biasanya ibu-ibu yang menyusukan bayi akan menghadapi masalah disebabkan pengeluaran cecair (pelincir) di faraj yang berkurangan kerana badan lebih fokus kepada pengeluaran hormon prolaktin untuk penyusuan bayi. Ibu juga mudah mengalami keletihan kerana menguruskan bayi kecil terutama yang asyik meragam pada waktu malam menyebabkan ada yang tidak cukup tidur.

Selain itu, pasti ada yang merasa was-was dan takut luka caesarean akan terbuka atau terasa sakit. Luka tersebut sepatutnya sembuh selepas sebulan. Tetapi jika anda memang terasa sakit sewaktu bersama suami, pergilah berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. Anda boleh meminta doktor melakukan ultrasoud scan pada bahagian luka caesarean utntuk memastikan tiada sebarang masalah atau komplikasi. Rasa sedikit ngilu pada tempat caesarean adalah perkara biasa.

Pengambilan vitamin tambahan seperti kalsium (boleh digantikan dengan susu), multi vitamin dan vitamin C sangat digalakkan untuk diambil selepas bersalin secara caesarean bagi mempercepatkan penyembuhan. Jangan terlalu berpantang dan perlu mengelak daripada mengambil makanan yang tidak berkhasiat.
(Profesor Dr.Nik Hazlina Nik Hussain, Pakar O&G HUSM Kubang Kerian)


Superummi Zura
SID. 930120
FB : My Super Health
sms/whatsapp : 0196241209
email : mysuperhealth@yahoo.com.my
Share:

Saturday, August 24, 2013

Berpantang cara Shaklee

Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi di atas kelahiran putera ketiga saya 31 Julai 2013 lepas.. Syukur juga kerana kelahiran kali ni lebih mudah daripada bersalin kembar dulu.. Apa pun, sekali lagi dipanjatkan kesyukuran sebab Allah dah mengurniakan 3 hero untuk saya..

Kali ni saya berpantang dengan Shaklee.. Ye, mmg dah set mind nak berpantang dengan Shaklee.. Pengalaman kali pertama dulu, berpantang dengan jamu which is bukan untuk saya.. Terkejar2 dengan rutin waktu berpantang dulu di samping anak2 menangis oleh kerana kurang kenyang sebab susu badan kurang.. Serius sangat tension waktu ni... Anak2 pun mengalami jaundis yang agak tinggi.. Stress rasa.. lagipun, kali pertama jadi ibu kan..

Berpantang dengan Shaklee rasanya lebih mudah.. Saya memilih Vitalea, Zinc Complex, B-Complex, Ostematrix sebagai set berpantang saya.. Add on dgn ESP dan Alfafa sebagai milk booster.. Okey, ESP dan Alfafa ni mmg supplemen must-have saya..

Vitalea membekalkan 23 jenis vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh. Memang ada makanan2 yang mempunya vitamin dan mineral berkenaan tetapi disebabkan banyak jenis makanan yang perlu dielakkan pengambilannya ketika berpantang, maka Vitalea lah jawapan yang terbaik untuk cover vitamin dan mineral tersebut.

B Complex bertindak sebaga vitamin anti stress bagi mengelakkan masalah meroyan di kalangan ibu berpantang. Ia juga meningkatkan pembentukan sel darah merah agar kita kurang letih dan lebih bertenaga.

Zinc Complex pula penting untuk pembaikan luka jahitan dan luka dalaman. Walaupun kelahiran kali ini, saya beruntung sebab tidak dijahit, tapi saya still makan Zinc Complex juga supaya luka dalaman yang kita tak nampak terjaga dan sembuh dengan baik.

Ostematrix adalah salah satu sumber kalsium untuk manusia. Disebabkan bayi telah mengambil sumber kalsium dari ibu, maka Ostematrix adalah jawapan untuk menggantikkannya selain susu. Ostematrix juga membantu mengurangkan kesakitan tulang belakang dan sendi2.

ESP dan Alfafa pula sebagai milk booster.. Alhamdulillah, setakat hari ini, putera saya (24 hari) masih menyusu badan sepenuhnya. jaundis pun kurang dan sekejab je.. Abang2 dia dulu dah merasa susu formula di awal kelahiran sebab kurangnya susu badan saya.. Tak apa lah, rezeki masing-masing.. kali ni syukur lah sebab susu badan banyak juga kalau dibandingkan dengan dulu.. ESP + Alfafa ni boleh lah dikatakan milk booster terbaik untuk ibu menyusu.. Inshaa Allah..


Anda masih tercari2 set berpantang? Saya syorkan Set Berpantang Shaklee ni.. Boleh hubungi saya untuk berkongsi pengalaman, konsultasi, maklumat atau pesanan. Saya sedia melayan anda bila - bila masa sahaja. Inshaa Allah..
Wassalam..

Hubungi saya,
Shaklee Independent Distributor (SID)
ZURA
019-6241209
FB : MY Super Health

Share:

Saya Azura

Bonjour & Welcome

Saya ibu kepada 3 orang putera dan seorang puteri. Menyertai Shaklee sejak tahun 2013 dan berada dalam rank Supervisor. Saya bersedia memberikan perkhidmatan terbaik untuk anda..

Follow Azura

Paling diminati