Tuesday, June 10, 2014

SUAMI MESTI ALERT : TANDA-TANDA AWAL ISTERI NAK BERSALIN

Bakal ayah sekalian, adakah isteri anda sedang menunggu hari untuk bersalin? Macam mana nak tahu isteri anda dah hampir nak bersalin?


Beberapa tanda-tanda awal bersalin boleh dikenalpasti apabila ;

KONTRAKSI YANG SAKIT
Ada ketika ibu merasa rahim menegang atau mengalami kontraksi tapi tak sakit. Ini dinamakan Braxton Hicks. Ianya bukan lah petanda awal bersalin. Tapi ibu mengalami kontraksi yang kerap dan sakit, segeralah ke hospital untuk pemeriksaan lebih lanjut. Mungkin ibu akan bersalin.

SHOW
Apabila pintu rahim mula membuka, mukus dan lendir yang terdapat di situ mula keluar. Dalam perubatan, dinamakan 'show' yang bermakna pintu rahim mula membuka.

ENGAGES
Ibu mungkin perasan bayi berpindah ke lebih bawah abdomen. Untuk ibu kali pertama, bayi mula engages dalam tempoh 2 -4 minggu sebelum EDD. Untuk ibu kali kedua dan ke atas, mungkin mereka mendapat bayi tidak engage sehingga kelahiran bermula. Ini disebabkan otot pelvis yang telah diregang. Mungkin terasa 'kosong' di bahagian atas abdomen dan mungkin kepala bayi berehat di bawah tengah tulang pelvis.

SAKIT BELAKANG
Sakit belakang menjalar ke bahagian atas perut. Semakin berulang dan kerap.

TURUN AIR
Turun air yang tidak terkawal daripada bawah atau lebih dikenali sebagai pecah air ketuban.

KERAP MEMBUANG AIR KECIL
Terlalu kerap membuang air kecil akibat kedudukan bayi yang sudah menekan pundi kencing dan pintu vagina.

SAKIT DI BAHAGIAN BAWAH
Ini kerana kepala bayi telah pun memasuki  'jalan' untuk keluar.

Ketika saya hamil si kembar, saya mengalami Braxton Hicks seminggu sebelum bersalin. Tapi tetap ke hospital sebab tak tahu apa yang nak dijangka. Tiada tanda melahirkan ketika itu, maka selepas seminggu doktor pakar memecahkan sendiri air ketuban saya. Kembar lahir pada minggu ke 38.

Kandungan kali kedua lebih jelas signalnya , saya menerima tanda awal bersalin iaitu 'show'. 'Show' tersebut berbentuk lendir berdarah. Baru lah saya ke hospital. Baby lahir pada minggu ke 39.

Jadi kepada bakal ibu dan bapa, sila awasi tanda-tanda awal kelahiran ye. Dan pilih lah kaedah kelahiran yang selamat. Teruslah berjumpa doktor untuk tindakan selanjutnya.

Dapatkan juga SET BERPANTANG SHAKLEE daripada saya. Berpantang secara moden. Bergaya dan sihat. Hubungi 013-6014583 sekarang..

Selamat melahirkan dan selamat berpantang.. Salam sayang daripada saya kepada semua. Terima kasih.
Share:
Location: Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Malaysia

0 comments:

Post a Comment

Saya Azura

Bonjour & Welcome

Saya ibu kepada 3 orang putera dan seorang puteri. Menyertai Shaklee sejak tahun 2013 dan berada dalam rank Supervisor. Saya bersedia memberikan perkhidmatan terbaik untuk anda..

Follow Azura

Paling diminati