Showing posts with label tips cantik. Show all posts
Showing posts with label tips cantik. Show all posts

Friday, September 5, 2014

10 KESILAPAN CUCI MUKA


Pernah terfikir tak cara berkesan merawat wajah? Adakah kita pasti cara kita itu membuahkan hasil yang memuaskan dan bukan merosakkan kulit? Jom lihat 10 kesilapan yang sering kita lakukan tanpa sengaja ketika mencuci muka. Lupakan mitos kecantikan yang hanya akan merugikan kita.

PILIH PRODUK SALAH
Pembersih yang betul menghapuskan kotoran dan tidak terlalu mengeringkan kulit wajah, malah tidak menghilangkan minyak semulajadi kulit. Minyak semulajadi yang hilang akan menyebabkan kulit kusam dan tidak bersinar.

KERAP MEMBASUH
Kurangkan mencuci muka terlalu kerap kerana hanya akan menyebabkan kerengsaan kulit. Jika anda tidak memakai make-up, krim pelindung matahari atau tak banyak berpeluh, cukup sekadar mencuci muka sekali sehari.

SUHU AIR SALAH
Gunakan air suam kerana ia membersih secara mendalam

GEMAR KULIT MENGGELUPAS
Jangan terlalu kerap membuat pengelupasan. Ianya memang bagus untuk membuang sel mati tetapi perlu secara sederhana. Pengelupasan sepatutnya adalah seminggu dua kali. Bukan setiap hari.

TIDAK MEMBILAS SEBERSIHNYA
Bilas dengan teliti. Pastikan bahagian utama seperti dahi, garis rambut dan hidung bersih sempurna.

GUNAKAN BAHAN TOKSIK
Sentiasa pilih produk penjagaan kulit yang tidak mengandungi bahan toksik. Jangan terlalu percayakan produk yang bertindak terlalu cepat.
GOSOK MUKA
Jangan gosok muka kerana boleh menarik keluar kulit dan menjadikannya lebih kasar. Gunakan tuala lembut yang bersih supaya kulit wajah kekal segar.
TUNGGU LEMBABKAN KULIT
Selepas cuci wajah, teruslah sapu pelembab pada kulit untuk hasil maksimum. Jangan tunggu kulit kering kerana akan membuatkan kulit lebih berminyak dan melekit.
MEMBAZIR
Tak semestinya produk mahal sesuai untuk kita. Keserasian itu penting. Jadi, pastikan produk anda selamat dan berkualiti.
TAKUT MINYAK
Pakar kulit mengatakan, produk berasaskan minyak adalah yang terbaik merawat wajah kerana ia mudah menyerap. Ini kerana, minyak mudah larut untuk memusnahkan bakteria dan mengimbangi kulit. Cari produk pembersihan semulajadi, seperti minyak badam, aprikot, zaitun, bunga matahari mahupun benih anggur.

Saya memilih NUTRIWHITE - GENTLE DEEP FOAMING CLEANSER sebagai pencuci muka saya. Kalau u ols nak tau, saya mula guna pencuci muka Nutriwhite ni sejak Februari 2014 sehingga sekarang. Masih tube pencuci muka yang sama dan belum ada tanda-tanda nak habis. Boleh tahan sampai setahun kalau macam ni. Apa taknya, isi kandungannya 150ml, dan kita guna pun sikit je di hujung jari tapi berbuih banyak.

Istimewanya Nutriwhite Cleanser;
Membersihkan dan menyegarkan kulit
Rumpai laut menghilangkan kekotoran, membuang sel-sel mati dan menegangkan kulit
Alga hijau menyahtoksin dam melembapkan
Strawberi Begonia mencerahkan dan mengimbangkan pigmen
Lembut dan menyegarkan

Secara peribadi, saya dapat rasakan perubahan yangsangat ketara selepas guna Nutriwhite Cleanser ni tau. Yang pasti kulit semakin cerah dan halus mulus. Jimat penggunaan pulak Nutriwhite Cleanser ni. Satu tube untuk setahun kauuu.. Produk pun selamat dan berkualiti tanpa bahan kimia berbahaya.. Tak caya, cer test dulu..

Meh sms/whatsapp 013-6014583 untuk info lanjut yang lebih best..
Share:

Monday, August 18, 2014

RESEPI MASKER MAHAL SHAKLEE

Salam kawan-kawan.. Hari ni nak share pulak resipi masker mahal shaklee.. Ngeh ngeh ngeh.. Mahalnya sebab melibatkan VIVIX, produk termahal SHAKLEE tapi kesannya superb dan berbaloi-baloi dengan harga.. Tapi kalau takda VIVIX pun, masih boleh buat jugak masker mahal ni.. SET CANTIK SHAKLEE pun dah cukup dah.. (Set Cantik Shaklee terdiri daripada ; ESP, Vita C Plus, Vita E Complex, B Complex)

Okay, tanpa melengahkan masa, kita tengok bahan-bahannya dulu. Apa yang u ols perlukan ialah
-Vivix (1-2 titik)
-Vita E Complex (1 kapsul)
-Vita C Plus (1 tablet)
-sedikit air




Caranya? Sonang je kak jemah oiii.. Pecahkan Vita E Complex tu dan campurkan isi kapsul tu dengan Vivix, Vita C Plus dan sedikit air. Vita Plus tu hancurkan je, penyekkan dengan sudu pun boleh.. Jadilah macam kat bawah ni..

Lepas tu, tepek je lah secukup rasa di seluruh kawasan muka dan leher... Memang la muka tu nampak sedikit scary sebab warna merah kan? Tapi bila pakai tu memang rasa nyaman je..

Biarkan selama 2-3 jam.. nak hasil yang lebih jelita, biarkan semalaman pun boleh.. Biasanya i ols amalkan pemakaian masker ni sebaik sahaja lepas solat Isyak, pakai masker dan tidur..

Besoknya, cuci dengan Nutriwhite Cleanser.. Alhamdulillah, sejak mengamalkan masker ni, kulit semakin cerah dan parut pun semakin pudar. Saya pakai masker ni pun hampir setiap hari.. paling kurang pun seminggu 2 3 kali..

Sekali sekala, amalkan juga skrub muka selepas membilas masker tadi. Sekurang-kurangnya 2 kali seminggu bagi menanggalkan kulit mati dan kotoran pada wajah..

Ni lah kulit muka i ols lepas menggunakan SET CANTIK SHAKLEE dan masker mahal secara konsisten.. EKSKLUSIF ni.. jarang kan i ols nak tepek muka sendiri dalam blog.. hehehe..Kalau dulu, creepy jugak tengok jerawat dan parut anak cucu jerawat tu.. Memang ambik masa nak pulihkan kulit saya yang agak menakutkan dulu.. mungkin sebab pemilihan produk yang salah.. Nanti i ols share kulit yang dulu..

Alhamdulillah, walaupun takde la jelita mana, tapi perubahan yang saya terima amatlah menakjubkan.. tak sangka kulit muka saya boleh menjadi lebih sihat dan halus berbanding dulu.. Terus terang, muka saya dulu memang penuh dengan jerawat batu tau.. sobsss... sedey kalau tengok gambar dulu..

Okey la.. nanti-nanti i ols cerita lagi.. Kalau nak dapatkan khidmat nasihat, boleh SMS/WHATSAPP 013-6014583.. i ols bersedia membantu anda.. Jangan lupa juga cuba resipi masker mahal ni tau.. Kalau takda VIVIX, boleh buat masker Vita E + Vita C Plus je.. Kalau takde jugak, jawabnya kena la order dengan i ols.. Hehehehe.. Salam sayang semua..
Share:

CARA MUDAH MENJAGA KULIT


Bagaimana agaknya cara untuk menjaga kulit? Yelah kan, kehidupan masa sekarang yang semuanya nak cepat je, menyebabkan kita jarang menitikberatkan penjagaan kulit. Sebenarnya, ada beberapa cara mudah dan ringkas supaya kulit kita kekal sihat walaupun kita terlalu sibuk dengan kehidupan seharian.


  • Untuk kulit berseri, makan sayur-sayuran berdaun hijau, sayur dan buah berwarna kuning, bijirin, kekacang, daging dan makanan laut yang mengandungi vitamin A, C dan B6 serta mineral zink.
  • Lindungi kulit anda daripada sinaran matahari dengan pakaian yang sesuai atau gunakan loseyen perlindungan matahari. Terlalu banyak sinaran UV matahari boleh menyebabkan kanser kulit
  • Jangan merokok. Merokok hanya akan menyebabkan kulit anda menjadi pucat, berkedut dan akan melambatkan keupayaan kulit untuk sembuh.
  • Jangan sekali mencucuk, memicit atau mengorek jerawat. Ia akan menyebabkan keradangan merebak dan akan merosakkan tisu halus di bawah kulit anda.
  • Amalkan pemakanan seimbang dan berkhasiat.
  • Kita juga boleh mengamalkan suplimen untuk kulit sebagai pelengkap keseimbangan dan kesihatan badan. Pastikan anda memilih suplimen yang selamat dan semulajadi seperti SHAKLEE.
Dapatkan khidmat nasihat dan konsultasi anda melalui SMS/WHATSAPP 013-6014583. Kami sedia membantu anda...
Share:

NYAH KAU JERAWAT!

Masalah jerawat sememangnya agak sinonim di kalangan orang Malaysia. Bukan setakat remaja, malah orang dewasa dan warga tua pun ada masalah jerawat juga. Masalah jerawat boleh berlaku disebabkan oleh pelbagai perkara. Masalah hormon, faktor pemakanan, faktor cuaca dan lain-lain. 

Ada beberapa produk Shaklee yang sememangnya sangat sesuai dalam membantu menghapuskan jerawat. Saya ringkaskan beberapa produk serta manfaatnya dalam membantu menghalau jerawat yang nakal itu. 

GLA COMPLEX 
Membantu memulihkan kulit rosak.
(Oh ye, bulan Ogos ni ada promosi GLA Complex beli 6 Percuma 1 tau.. rugi kalau tak grab)

VITA E COMPLEX
Membantu menghilangkan parut jerawat. 

B COMPLEX
Membantu mencegah jerawat sebab salah satu punca jerawat adalah disebabkan kurang vitamin B6.

VITALEA
Metabolisma gula yang tidak stabil boleh menyebabkan jerawat. Chromium dalam Vitalea membantu menstabilkan metabolisma gula.

ZINC COMPLEX
Membantu mengurang dan mencegah jerawat. Zinc juga membantu memulihkan kesan-kesan luka akibat jerawat.

Selain itu, jaga pemakanan anda dan mulakan gaya hidup sihat.. Tingkatkan keyakinan diri anda dengan kulit bebas jerawat. Wassalam.. ^_____^

Hubungi saya untuk info lanjut. Anda boleh SMS/WHATSAPP : 013-6014583 untuk konsultasi percuma.. 
Share:

Wednesday, May 21, 2014

5 LANGKAH RAWATAN JERAWAT YANG BAKAL MEMBUAT WAJAH ANDA KEMBALI BERSERI-SERI DENGAN SET KECANTIKAN SHAKLEE”.

5 LANGKAH RAWATAN JERAWAT YANG BAKAL MEMBUAT WAJAH ANDA KEMBALI BERSERI-SERI DENGAN SET KECANTIKAN SHAKLEE.
Selamat petang semua... Jerawat?? Ada tak yang suka dengan jerawat? Memang tak lah kan.. Tapi saya merupakan salah seorang yang mempunyai masalah jerawat sejak dari zaman sekolah menengah lagi. Azabbbb... huhuhu.. Waktu baru nak up dulu, kulit saya memang lah halus mulus.. Bila tengok iklan-iklan kat TV cerita pasal produk ni bagus, produk tu buat kulit cantik..mula lah gatal nak mencuba.. Hasilnya?? Banyak sangat jerawat naik kat muka.. Menyesal pun ada.. Dan jerawat tu makin lama makin banyak.. parut lagi la banyak.. sampai lah dah masuk alam dewasa..

So, saya nak share lah dengan pembaca-pembaca yang gojes 5 cara terbaik mengatasi jerawat yang saya rasa memang berkesan kepada saya.

  • Gunakan Pencuci Muka Yang Sesuai - pencuci muka yang mahal tidak bermakna berkesan untuk semua jenis kulit. Dulu saya cuba macam-macam produk pencuci muka. Hasilnya?? Nan adooo... mungkin tak sesuai dengan kulit saya.. Sekarang, saya guna cleanser Nutriwhite Shaklee je.. Kulit saya memang serasi la dengannya.. wah gituu...
  • Jangan Picit Jerawat - jangan picit jerawat anda dengan jari. Kadang-kadang kita pun tak tahu tahap kebersihan tangan kita masa tu. Senang cakap, jangan usik terus..
  • Banyakkan minum air masak - air masak membantu menyingkirkan toksin dalam badan. Jerawat wujud pun sebab toksin kan?
  • Elakkan cahaya matahari secara terus - cahaya matahari yang direct kepada muka memang merosakkan kulit. Selain itu, gunakan produk kulit atau pelembab yang mempunyai ciri pelindung uv.
  • Elakkan diri dari stress - stress juga penyebab kulit muka menjadi kusam, berjerawat dan berjeragat. Jadi, elakkan stress. Senyum selalu..

Nak kongsi juga pengalaman saya. Mujur saya jumpa Set Kecantikan Shaklee sebelum usia saya mencecah angka 30. Alhamdulillah..  Saya dah mengamalkan Set Kecantikan Shaklee sejak setahun yang lepas. Antara Set Kecantikan yang saya ambil ialah ESP, Vita E, Vita C dan B Complex.. Alhamdulillah parut jerawat saya semakin pudar, tekstur kulit semakin halus. Suami pun perasan tu..

Saya cadangkan vitamin-vitamin Shaklee ini sebab ianya selamat dan semulajadi. Tak ada pewarna, pengawet tiruan mahupun bahan terlarang. Dijamin selamat dan semulajadi. Sebab tu saya percaya, saya guna dan saya kongsi pengalaman untuk anda yang punya problem sama macam saya ni.. 

Berminat nak cuba? Boleh hubungi saya HOTLINE/SMS/WHATSAPP 013-6014583 untuk info lanjut.. See you later..bye2... :-)

Share:

Sunday, May 11, 2014

Tips Sihat dan Cantik untuk Wanita 30-an

Dalam usia 30 tahun ni, umur semakin matang, gaya hidup juga 100% berubah berbanding 10 tahun lalu. Sekarang dah bergelar isteri, ibu, pekerja dan ahli perniagaan, jadi selalunya akan kesuntukan masa untuk diri sendiri. Penjagaan diri pun ala kadar  atau mana sempat je. Betul tak kawan-kawan 30-an semua?

Alhamdulillah..tanggal 9 Mei 2014 lepas, genaplah umur saya 30 tahun.. Biasa je rasanya.. Tak rasa tua pun..Okey je..hahaha..
30 tahun, 3 anak, happy me.. :-)

Okey, hari ni saya nak kongsi tips sihat dan cantik untuk golongan wanita 30-an. Power & steady gitu..

KAWAL PEMAKANAN
Proses penuaan dapat dilambatkan jika kita mengamalkan pemakanan yang seimbang. Banyakkan makanan berserat tinggi, sayur dan buah-buahan. Kurangkan makanan berlemak, minuman yang mengandungi kafein, minuman ringan dan makanan ringan.

GUNA PELEMBAP YANG SESUAI
Apabila umur kita menjangkau 30-an, keanjalan dan kelembapan kulit semakin kurang. Oleh itu, penggunaan krim pelembap sangat diperlukan. Carilah pelembab yang sesuai dengan kulit muka masing-masing. Jenama popular tak semestinya sesuai dengan jenis kulit kita.

ELAKKAN PANCARAN MATAHARI
Jangan biarkan muka anda terdedah kepada cahaya matahari dalam jangka masa yang panjang. Boleh buatkan kulit gelap dan mengurangkan kelembapan kulit.

SENTIASA BERSENAM
Tak ada masa? Cuba gunakan masa bermain dengan anak untuk bersenam. Maain kejar-kejar dengan anak. Dukung anak sambil berjalan-jalan ke. Itu kan salah satu cara senaman ibu-ibu zaman sekarang. Saya la tu.. :-)

MINUM BANYAK AIR
Air adalah aset penting untuk kesihatan badan terutamanya kulit muka. Kurangnya air boleh menyebabkan kita mudah diserang penyakit. Air juga penting untuk proses penghadaman dan penyingkiran toksin dalam badan.

MAKANAN TAMBAHAN
Penggambilan vitamin adalah DIGALAKKAN untuk wanita 30-an. Kesibukan dengan tugas seharian menyebabkan wanita jarang mengamalkan pemakanan seimbang. So, pilihlah vitamin yang sesuai dengan keperluan anda. Saranan saya? Mestilah dari SHAKLEE...


ELAKKAN MEKAP TEBAL
GUnakan lah mekap yang nipis dan sederhanan. Jangan tepek bedak setebal 3 inci dengan lipstick merah mak ngah.. Mesti nampaak lagi tua dan garang.. tetttttt...

POSITIF & CERIA
Selalulah bersama keluarga tersayang dengan mood yang positif dan ceria. Amalkan sikap always positive sebab kita ni kan menjadi contoh kepada anak-anak. Ini dapat mengelakkan superwoman macam kita ni membina keyakinan diri dan menghilangkan stress...

Nak sihat dan cantik dengan Shaklee? Hubungi saya sekarang. Jom kita borak-borak.. hehehe..

Azura
SMS/WHATSAPP : 013-6014583
FB : MY Super Health
EMAIL : mysuperhealth@yahoo.com.my
Share:

Saya Azura

Bonjour & Welcome

Saya ibu kepada 3 orang putera dan seorang puteri. Menyertai Shaklee sejak tahun 2013 dan berada dalam rank Supervisor. Saya bersedia memberikan perkhidmatan terbaik untuk anda..

Follow Azura

Paling diminati