Monday, August 18, 2014

RESEPI MASKER MAHAL SHAKLEE

Salam kawan-kawan.. Hari ni nak share pulak resipi masker mahal shaklee.. Ngeh ngeh ngeh.. Mahalnya sebab melibatkan VIVIX, produk termahal SHAKLEE tapi kesannya superb dan berbaloi-baloi dengan harga.. Tapi kalau takda VIVIX pun, masih boleh buat jugak masker mahal ni.. SET CANTIK SHAKLEE pun dah cukup dah.. (Set Cantik Shaklee terdiri daripada ; ESP, Vita C Plus, Vita E Complex, B Complex)

Okay, tanpa melengahkan masa, kita tengok bahan-bahannya dulu. Apa yang u ols perlukan ialah
-Vivix (1-2 titik)
-Vita E Complex (1 kapsul)
-Vita C Plus (1 tablet)
-sedikit air




Caranya? Sonang je kak jemah oiii.. Pecahkan Vita E Complex tu dan campurkan isi kapsul tu dengan Vivix, Vita C Plus dan sedikit air. Vita Plus tu hancurkan je, penyekkan dengan sudu pun boleh.. Jadilah macam kat bawah ni..

Lepas tu, tepek je lah secukup rasa di seluruh kawasan muka dan leher... Memang la muka tu nampak sedikit scary sebab warna merah kan? Tapi bila pakai tu memang rasa nyaman je..

Biarkan selama 2-3 jam.. nak hasil yang lebih jelita, biarkan semalaman pun boleh.. Biasanya i ols amalkan pemakaian masker ni sebaik sahaja lepas solat Isyak, pakai masker dan tidur..

Besoknya, cuci dengan Nutriwhite Cleanser.. Alhamdulillah, sejak mengamalkan masker ni, kulit semakin cerah dan parut pun semakin pudar. Saya pakai masker ni pun hampir setiap hari.. paling kurang pun seminggu 2 3 kali..

Sekali sekala, amalkan juga skrub muka selepas membilas masker tadi. Sekurang-kurangnya 2 kali seminggu bagi menanggalkan kulit mati dan kotoran pada wajah..

Ni lah kulit muka i ols lepas menggunakan SET CANTIK SHAKLEE dan masker mahal secara konsisten.. EKSKLUSIF ni.. jarang kan i ols nak tepek muka sendiri dalam blog.. hehehe..Kalau dulu, creepy jugak tengok jerawat dan parut anak cucu jerawat tu.. Memang ambik masa nak pulihkan kulit saya yang agak menakutkan dulu.. mungkin sebab pemilihan produk yang salah.. Nanti i ols share kulit yang dulu..

Alhamdulillah, walaupun takde la jelita mana, tapi perubahan yang saya terima amatlah menakjubkan.. tak sangka kulit muka saya boleh menjadi lebih sihat dan halus berbanding dulu.. Terus terang, muka saya dulu memang penuh dengan jerawat batu tau.. sobsss... sedey kalau tengok gambar dulu..

Okey la.. nanti-nanti i ols cerita lagi.. Kalau nak dapatkan khidmat nasihat, boleh SMS/WHATSAPP 013-6014583.. i ols bersedia membantu anda.. Jangan lupa juga cuba resipi masker mahal ni tau.. Kalau takda VIVIX, boleh buat masker Vita E + Vita C Plus je.. Kalau takde jugak, jawabnya kena la order dengan i ols.. Hehehehe.. Salam sayang semua..
Share:
Location: Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Malaysia

0 comments:

Post a Comment

Saya Azura

Bonjour & Welcome

Saya ibu kepada 3 orang putera dan seorang puteri. Menyertai Shaklee sejak tahun 2013 dan berada dalam rank Supervisor. Saya bersedia memberikan perkhidmatan terbaik untuk anda..

Follow Azura

Paling diminati

Google+ Followers