Sunday, May 11, 2014

Tips Sihat dan Cantik untuk Wanita 30-an

Dalam usia 30 tahun ni, umur semakin matang, gaya hidup juga 100% berubah berbanding 10 tahun lalu. Sekarang dah bergelar isteri, ibu, pekerja dan ahli perniagaan, jadi selalunya akan kesuntukan masa untuk diri sendiri. Penjagaan diri pun ala kadar  atau mana sempat je. Betul tak kawan-kawan 30-an semua?

Alhamdulillah..tanggal 9 Mei 2014 lepas, genaplah umur saya 30 tahun.. Biasa je rasanya.. Tak rasa tua pun..Okey je..hahaha..
30 tahun, 3 anak, happy me.. :-)

Okey, hari ni saya nak kongsi tips sihat dan cantik untuk golongan wanita 30-an. Power & steady gitu..

KAWAL PEMAKANAN
Proses penuaan dapat dilambatkan jika kita mengamalkan pemakanan yang seimbang. Banyakkan makanan berserat tinggi, sayur dan buah-buahan. Kurangkan makanan berlemak, minuman yang mengandungi kafein, minuman ringan dan makanan ringan.

GUNA PELEMBAP YANG SESUAI
Apabila umur kita menjangkau 30-an, keanjalan dan kelembapan kulit semakin kurang. Oleh itu, penggunaan krim pelembap sangat diperlukan. Carilah pelembab yang sesuai dengan kulit muka masing-masing. Jenama popular tak semestinya sesuai dengan jenis kulit kita.

ELAKKAN PANCARAN MATAHARI
Jangan biarkan muka anda terdedah kepada cahaya matahari dalam jangka masa yang panjang. Boleh buatkan kulit gelap dan mengurangkan kelembapan kulit.

SENTIASA BERSENAM
Tak ada masa? Cuba gunakan masa bermain dengan anak untuk bersenam. Maain kejar-kejar dengan anak. Dukung anak sambil berjalan-jalan ke. Itu kan salah satu cara senaman ibu-ibu zaman sekarang. Saya la tu.. :-)

MINUM BANYAK AIR
Air adalah aset penting untuk kesihatan badan terutamanya kulit muka. Kurangnya air boleh menyebabkan kita mudah diserang penyakit. Air juga penting untuk proses penghadaman dan penyingkiran toksin dalam badan.

MAKANAN TAMBAHAN
Penggambilan vitamin adalah DIGALAKKAN untuk wanita 30-an. Kesibukan dengan tugas seharian menyebabkan wanita jarang mengamalkan pemakanan seimbang. So, pilihlah vitamin yang sesuai dengan keperluan anda. Saranan saya? Mestilah dari SHAKLEE...


ELAKKAN MEKAP TEBAL
GUnakan lah mekap yang nipis dan sederhanan. Jangan tepek bedak setebal 3 inci dengan lipstick merah mak ngah.. Mesti nampaak lagi tua dan garang.. tetttttt...

POSITIF & CERIA
Selalulah bersama keluarga tersayang dengan mood yang positif dan ceria. Amalkan sikap always positive sebab kita ni kan menjadi contoh kepada anak-anak. Ini dapat mengelakkan superwoman macam kita ni membina keyakinan diri dan menghilangkan stress...

Nak sihat dan cantik dengan Shaklee? Hubungi saya sekarang. Jom kita borak-borak.. hehehe..

Azura
SMS/WHATSAPP : 013-6014583
FB : MY Super Health
EMAIL : mysuperhealth@yahoo.com.my
Share:

0 comments:

Post a Comment

Saya Azura

Bonjour & Welcome

Saya ibu kepada 3 orang putera dan seorang puteri. Menyertai Shaklee sejak tahun 2013 dan berada dalam rank Supervisor. Saya bersedia memberikan perkhidmatan terbaik untuk anda..

Follow Azura

Paling diminati