Tuesday, September 26, 2017

TIPS AMALKAN PEMAKANAN 'EAT CLEAN'

Pernah dengar tak eat clean? Okey ke pemakanan secara eat clean ni? Sebenarnya, eat clean dirancang bertujuan untuk menurunkan berat badan. Pemakanan eat clean pertama kali diperkenalkan pada tahun 1960 tetapi mula diamalkan secara meluas pada tahun 2007 oleh Tosca Reno yang pernah mengeluarkan "Eat Clean Diet".

Secara dasarnya, clean eating lebih kepada cara hidup dan pemilihan makanan. Clean eating mampu menurunkan berat badan, meningkatkan penggunaan dan metabolisma tenaga, meningkatkan kualiti tidur, membuat kulit dan rambut lebih sihat serta meningkatkan kesihatan mental.

Bagaimana cara untuk mengamalkan pemakanan sihat ini?
  • MAKANAN DARI SUMBER YANG SEGAR
Clean eating mempuanyai prinsip untuk makan makanan yang segar tanpa pemprosesan. Elakkan makanan berproses seperti makanan segera,ikan masin, nugget, kicap, sos dan lain-lain. Daging ayam segar lebih baik daripada ayam segera dalam plastik tu kan? Buah epal dah tentu lebih baik daripada pai epal McDot yang u ols selalu makan tu kan? Pendek kata, makan yang fresh gituuuu.

Orang yang makan makanan yang fresh ni terbukti mengeluarkan lebih kalori untuk mencerna makananberbanding orang yang selalu makanan makanan berproses. Maka, penyakit pun dapat dielakkan .
  • PERBANYAKKAN MAKANAN BERSERAT
Tak semestinya kena jadi vegetarian sebab nak eat clean ni tapi salah satu prinsip clean eating ialah meningkatkan pengambilan serat dalam satu hari. Nak dapat serat dari mana? Of course dari sayur dan buah-buahan segar.
  • KARBOHIDRAT KOMPLEKS SEBAGAI SUMBER MAKANAN ASAS
Nak amalkan pemakanan eat clean ni, adalah digalakkan untuk mengambil 1200 - 1800 kalori sahaja. Orang yang nak turunkan berat badan mesti ambil jumlah kalori yang sikit seperti ini. Oleh itu, disarankan untuk makan karbohidrat kompleks seperti roti gandum, beras perang dan lain-lain. Makan makanan yang tinggi protein (seperti ESP Shaklee) dapat membantu menahan rasa lapar lebih lama.
  • MERANCANG SAIZ HIDANGAN DAN MASA MAKAN
Nak turunkan berat badan bukan sahaja perlu bijak memilih makanan. Tapi kena pandai juga merancang saiz hidangan dan waktu makan yang teratur. Saiz hidangan yang dicadangkan ialah 6 kali saiz hidangan yang kecil dalam satu hari. Makan sedikit tapi kerap dapat mengelakkan rasa lapar kerana proses mencerna makanan berlaku secara berterusan.
  • MINUM AIR YANG CUKUP
Adalah digalakkan untuk minum air mineral sebanyak 2 hingga 3 liter setiap hari. Tubuh badan akan lebih terhidrasi dan lebih mudah juga untuk menurunkan berat badan.

Bukan susah pun pemakanan eat clean tapi itu lah, banyak cabarannya kan? Almaklumlah, Malaysia ni kan syurga makanan. Hihihi. Apa pun, cuba lakukan pemakanan eat clean secara berperingkat dan perlahan-lahan. Lama-lama bila dah biasa, mesti takde masalah lagi.

Apa pun, mesti kena MULAKAN! Nak mengawal berat badan, nak sihat mesti lah ada haga yang perlu dibayar kan? All the best untuk u ols dan untuk saya juga. Chaiyok!

ZURA
0136014583

Share:

0 comments:

Post a Comment

Saya Azura

Bonjour & Welcome

Saya ibu kepada 3 orang putera dan seorang puteri. Menyertai Shaklee sejak tahun 2013 dan berada dalam rank Supervisor. Saya bersedia memberikan perkhidmatan terbaik untuk anda..

Follow Azura

Paling diminati