Sunday, September 17, 2017

KENAPA PERLU BERPANTANG?

Rasanya kebanyakan ibu pernah melalui proses berpantang kan/ Tak kira lah sama ada bersalin secara normal mahupun caesarean. Hari ni kak Z nak berkongsi cerita tentang tips berpantang dengan tenang bagi mengelakkan meroyan.

Apa yang dimaksudkan dengan BERPANTANG? 
Berpantang adalah sesuatu yang dilarang dilakukan mengikut adat dan kepercayaan. Bagi wanita yang baru bersalin, mereka ini dilarang melakukan beberapa perkara atau memakan sesuatu sehingga tamat tempoh berpantang iaitu selama 44 hari (kebiasaannya). Tempoh berpantang ini juga menjadi sepatutnya menjadi satu tempoh proses pemulihan kesihatan dan emosi ibu. Bagi Kak Z setiap ibu bersalin perlu menjalani proses berpantang dengan sebaiknya. Tapi terpulanglah kepada individu itu sendiri.

KENAPA PERLU BERPANTANG?
Dari zaman nenek moyang kita lagi memang dah menitikberatkan soal berpantang ni. Kalau zaman dulu, segala persediaan nak berpantang memang dibuat secara gigih, okay! Bertungku, jamu, pilis, tukang urut dan lain-lain tu mesti ada semasa proses berpantang. Tapi tengoklah mak-mak kita sekarang. Badan masih sihat lagi walaupun dah berumur 60, 70 tahun. Ada sebab orang tua-tua ni cukup tegas bab berpantang. Bila tak berpantang baik-baik, kesannya kita akan dapat 30 40 tahun akan datang.

Pentingnya berpantang;

1. Untuk jaga badan. Badan kita ni nak pakai lama. Bila dah bersalin, macam-macam lah yang berubah. Sendiri rasa hilang keyakinan diri tu bila orang lain asyik komplen perubahan bentuk badan.

2. Dapat mengembalikan kecergasan diri. Dah 9 bulan mengendong baby dalam perut. Kemudian melalui pula proses bersalin yang menyakitkan. Mestilah banyak tenaga yang habis. Maka, masa berpantang tu lah kita nak recover balik. Tapi kalau dah berpantang pun ala kadar, mana nak dapat tenaga tu. Silap-silap terus lesu walaupun dah habis masa berpantang.

3. Kita dah kehilangan banyak darah semasa bersalin. Jadi dalam tempoh berpantang ni lah kena jaga dan pastikan lukaa bersalin sembuh dengan baik. Kalau masa berpantang pun lasak semacam, dikhuatiri luka jahitan terbuka sampai jadi komplikasi lain pula. Waktu pantang ni memang waktu untuk BEREHAT ye kawan-kawan. Bagi warning sikit kat suami yang pemalas ye.

4. Memberikan nutrien yang berkhasiat kepada badan melalui pemakanan. Memang tak boleh sebarang makan. Kena elakkan makanan yang boleh melambatkan proses pemulihan atau  memudaratkan baby yang menyusu badan.

5. Memberikan ketenaangan emosi kerana ibu yang melahirkan tak boleh berada dalam keadaan yang tertekan. Bimbang nanti mengalami MEROYAN atau POST NATAL BLUES ni. Boleh menyebabkan masalah mental ye kawan-kawan. Orang sekeliling tolong lah jangan memberi tekanan kepada ibu-ibu yang baru bersalin ni ye. 

5. Bagi BONDING TIME antara ibu dan baby. Biarkan ibu menyusukan anak dengan tenang tanpa perlu fikirkan perkara lain. Jangan kacau emosi ibu yang berpantang ni dengan soalan-soalan yang menyakitkan hati---> Kenapa baby kecik? Kenapa baby ni asyik meyusu je? Susu badan tak cukup kot? Kenapa tak campur susu formula?Kenapa? Kenapa? Kenapa? Arggghhhhhh!!

Okay lah, panjang lagi nak bebel ni tapi nanti pening pula nak baca. Nanti kak Z sambung pada next entry ye. Sementara menunggu tu boleh lah baca tentang Set Berpantang Shaklee di SINI ye.

Stay tuned ye u ols.

ZURA
0136014583


Share:

0 comments:

Post a Comment

Saya Azura

Bonjour & Welcome

Saya ibu kepada 3 orang putera dan seorang puteri. Menyertai Shaklee sejak tahun 2013 dan berada dalam rank Supervisor. Saya bersedia memberikan perkhidmatan terbaik untuk anda..

Follow Azura

Paling diminati