Sunday, September 17, 2017

AMALAN BERPANTANG YANG TAK PATUT DIABAIKAN

Assalamua'laikum semua. Okay, kak Z nak sambung cerita tentang berpantang. Kalau ada yang belum baca entry sebelum ini maksud dan kenapa perlu berpantang, boleh baca di sini ye.

Entry kali ni kak Z nak kongsikan amalan berpantang yang dah wujud sejak zaman dulu lagi. Rasanya masih lagi relevan untuk ibu-ibu zaman sekarang. Antara amalan berpantang ialah ;


  • MANDIAN HERBA
Mandian herba ni kalau orang dulu-dulu cari akar kayu, rempah ratus dan direbus semuanya. Kemudian dibuat mandian untuk ibu berpantang setiap hari. Kak Z mandi air herba suam di awal tempoh bersalin je. Selebihnya mandi air suam. Air rebusan herba bagus juga kalau dapat dibuat untuk bertangas juga. Bagus untuk penjagaan dalaman dan pemulihan luka bersalin.

Mandian herba juga dapat mengembalikan tenaga. Waktu madi sapukan sedikit air rebusan pada muka dan urut dari dagu ke atas. Dipercayai dapat menaikkan seri muka. Mandian herba juga sebenarnya dapat membuang bau badan (darah nifas)Cuba lah ye. Tapi memang badan rasa segar lepas mandi air rebusan herba tau.
  • BERTUNGKU
Amalan bertungku sesuai diamalkan oleh ibu yang bersalin normal. Tujuan bertungku ialah untuk mengecutkan rahim. Dalam tempoh 44 hari darah nifas dan lendir akan mengalir. Jadi rahim kita tak akan bersih sepenuhnya. Sebab tu pentingnya amalan bertungku ni. Bertungku membantu mengeluarkan segala darah kotor dan toksin daripada badan.

Amalan bertungku kalau dibuat secara konsisten, kita akan dapat mengembalikan berat badan sebelum mengandung tau. Peranakan pun naik semula.
  • BERURUT
Berurut pun penting tau. Kebiasaanya, ibu berpantang berurut di awal masa berpantang dan di akhir berpantang. Dari segi fizikal berurut dapat meningkatkan pengaliran darah dan oksigen dapat disalurkan ke seluruh badan. Bila tak berurut, jadilah sakit-sakit badan, lenguh-lenguh dan lain-lain.

Berurut juga menjadikan badan lebih segar sebab darah dapat mengalir dengan lancar sekaligus mengurangkan rasa tekanan dan mengelakkan lesu. Selain itu, berurut dapat membantu mengeluarkan darah yang terperangkap dan bertakung, menaikkan rahim, membetulkan urat tegang, memecahkan lemak, mengetat dan membentuk tubuh serta mempercepatkan proses pemulihan keseluruhan badan selepas melahirkan.

Istimewanya berurut juga dipercayai dapat melancarkan pengeluaran susu ibu. Kak Z sendiri mengalaminya. Lepas berurut, memang susu bertambah-tambah banyak berbanding di awal kelahiran tau.
  • BERBENGKUNG
Berbengkung pun bagus tau ibu-ibu terutama sekali untuk ibu bersalin normal. Antara kelebihan berbengkung ialah;
-membantu mengempiskan perut
-merampingkan pinggang
-membantu mengurangkan sakit belakang
-membantu mengecutkan rahim
-mengelakkan masalah perut buncit dan menggeleber
-membantu mengembalikan kedudukan peranakan
-mempercepatkan pengeluaran darah kotor
-mengelakkan badan masuk angin
-menguatkan dan mengemablikan kedudukan tulang belakang
-menyokong rahim supaya tidak jatuh
-memudahkan pergerakan ketika berpantang

Okay, setakat ini dulu ye amalan berpantang yang kak Z nak kongsikan. Next entry kak Z cerita pasal makanan ketika berpantang pula ye.

Nak baca kisah berpantang kak Z? Baca di entry ni ye. Nanti kak Z sambung lagi cerita berpantang ni ye. Okay, jumpa lagi.
Share:

0 comments:

Post a Comment

Saya Azura

Bonjour & Welcome

Saya ibu kepada 3 orang putera dan seorang puteri. Menyertai Shaklee sejak tahun 2013 dan berada dalam rank Supervisor. Saya bersedia memberikan perkhidmatan terbaik untuk anda..

Follow Azura

Paling diminati