Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. Bila dapat surat panggilan kursus, rupanya para peserta kursus diberi pilihan sama ada untuk menginap di bilik seorang, berdua atau berempat. Alhamdulillah. Kak Z pun inform kat husband tapi dia tak dapat cuti. Mujurlah mak kak Z sanggup nak menemankan sambil tengok-tengokkan anak dalam bilik hotel.
Maka beramai-ramai lah kak Z bawa nak pergi kursus di Hotel Orkid Melaka tu. Hihihi. Anak 4 orang, mak dan kakak kak Z. Bilik pun kak Z ambil yang besar sikit (Junior Suite). Luas dan lebih selesa. Harga bilik RM 190. Tapi boleh claim sebahagiannya daripada pihak penganjur.
Kursus 2 hari 1 malam ni bermula pada hari Khamis. Kak Z mulakan perjalanan daripada Kuala Pilah pukul 10 dan sampai dalam 12.00 tengah hari tanpa sesat. hihihi. Sampai je, terus dapat parking depan kaunter pendaftaran dan terus dapat check in masa tu juga. Terasa dipermudahkan segala urusan.
Masuk bilik, hantar barang, turun semula untuk makan di gerai bersebelahan hotel. Tak perlulah nak cari tempat lain. Petang kak Z ada slot kursus, jadi tinggalkan anak-anak dengan mak dan kakak dalam bilik. Lepas habis slot tu, kak Z turun lagi untuk tapau makanan di gerai bawah tu.
Hotel Orkid ni takde swimming pool. Tapi yang bestnya ada bath tub. Itu pun budak berempat tu dah excited sangat main air dalam tu. Jadilah daripada takde. Malam ada slot juga. Lepas bagi anak makan mandi apa semua, kak Z tinggalkan diorang lagi sekali.
Habis slot malam dalam pukul 10.00 malam, balik bilik, semua dah tidur. Penat agaknya. Kak Z pun sambung buat kerja sikit, wi fi hotel pun not bad lajunya. Pagi esoknya, breakfast di hotel. Makanan tak berapa banyak pilihan tapi kira okey lah.
Slot kursus habis tengah hari. Lepas check out, kak Z tanya anak, nak pergi mana? Semua cakap nak ke Zoo. Okaylah, Zoo Melaka pun memang dah dekat. On the way balik je. Jadi singgahlah di Zoo Melaka.
Tiket masuk ke Zoo Melaka:
Kanak-kanak (4-12 tahun) = RM 7.10
Dewasa = RM 17.80
Warga Emas = RM 7.10
OKU = RM 7.10
Kanak-kanak bawah 4 tahun = PERCUMA
Rasa macam harga tiket dah naik daripada sebelum ni kak Z pernah datang. Lama dah kot. 2 tahun lepas tak silap. Tapi takpelah. Asalkan anak-anak seronok tengok binatang. Dalam Zoo Melaka ni banyak juga binatang. Tapi tak banyak sangat binatang yang baru rasanya.
Zoo Melaka ni agak luas juga kalau nak berjalan. Mujur ada disediakan perkhidmatan TRAM untuk mengelilingi kawasan zoo ni. Nak naik tram ni, kena bayar. Dewasa RM5, kanak-kanak RM3. Okay la tu kan. Daripada penat berjalan, lebih baik bayar je. Hihihi.
Dah puas berjalan di Zoo Melaka, gerak balik Kuala Pilah. Dalam perjalanan singgah RnR Ayer Keroh untuk makan. Bagi anak makan kenyang-kenyang, uruskan diorang ke tandas. Dah selesai semua, baru lah teruskan perjalanan.
Alhamdulillah, perjalanan pergi dan balik memang lancar. Semua urusan juga dipermudahkan. Kursus boleh ikut, anak pun seronok dapat bercuti. Dah lama sebenarnya diorang ajak tidur hotel. Cuma masa je yang tak mengizinkan. Dah dapat peluang macam ni, memang bersyukur lah.
Menguruskan anak semasa berkursus memang bukan mudah tapi taklah sukar. Yang penting kita minta tolong orang yang boleh dipercayai untuk menjaga anak. Haaa.. jangan lupa juga ye sentiasa bawa suplimen Shaklee bersama supaya badan maintain cergas dan jiwa tetap tenang.
Kak Z bawa bersama Ostematrix, Sustained Release Vita C Plus, Vita E Complex dan Shaklee Collagen Powder semasa kursus dan percutian ad hoc ni. Hihihi. Tetap cool walaupun anak jenis tak duduk diam.
#makanak4

0 comments:
Post a Comment