Thursday, December 1, 2016

DETOKS.. PERLU ATAU TIDAK?

Detoks atau detoksifikasi adalah suatu proses pembersihan dari segala macam kotoran dan racun-racun yang secara tidak sengaja atau tanpa kita sedar telah masuk di dalam badan kita dalam jangka masa yang lama.

Perlu tak kita detoks badan kita? Of course.. Tanda2 kita perlu detoks tengok kat gambar. Rasa-rasanya memang banyak toksin dalam badan kita kan?



Banyak faedahnya tau bila kita detoks badan kita. Antaranya dapat menurunkan berat badan, mencantikkan kulit, menjadikan pemikiran lebih fokus, menjadikan tubuh lebih sihat. Pendek kata, detoks mampu menjadikan kehidupan kita lebih baik, insya Allah.

Nak tips2 detoks dari #shaklee, boleh PM saya atau whatsapp je 0136014583. Saya bantu anda!
Share:

Wednesday, November 30, 2016

SAHUT SERUAN KERAJAAN


Once dah decide nak kembali kepada biz Shaklee, tinggi la harapan kita nak success dalam biz ni, Insya Allah.. Sekarang ni pun kita still dalam proses nak manage masa betul. Almaklum, nak keluar dari zon selesa memang payah. Tapi #akakcuba jugak..

Kita target nak dapatkan extra income minimum empat angka setiap bulan. Nak lebihkan memberi.  Family & friends, tolong doakan ye...

 Zaman sekarang ni gaji hakiki tu cukup2 je kan. Kerajaan pun suruh buat 2 3 kerja nak tampung kos hidup. Nak buat UBER kang, tak terdaya plak kan... hahaha.. nak g toilet pun, ada askar yang ikut... So, kita pilih Shaklee la sebagai medium nak carik extra income.. Family friendly business..

Kalau ada sesiapa nak join kita cari extra income, boleh la hubungi saya. Insya Allah dalam masa 6 bulan nanti, saya akan bersama dengan lebih 6 orang downline yang sama2 nak financial freedom dengan kita.. Jom2 together 💪💪💪💪💪💪💪💪💪💪

Whatsapp kita kat 0136014583 tau...
Share:

Tuesday, November 29, 2016

'ME' TIME

This is how ummi having my 'ME' Time..



Kpop joget2 tu sume mak tak minat ye.. RUNNING MAN dgn citer korea terpilih je ummi layan.. SCARLET HEART ni ummi terlayan sebab kelakar awal2 tu plus hero dia hensem... kuikuikui..

Hobi ni boleh layan waktu anak2 tido je tak pun time dorang busy dengan aktiviti diorang...nasib baik astro suka ulang2 cerita... pffff...

Cerita tu dah lama habis dah. Sekarang layan Legend of the Blue Sea pulak... kelakar.. memang boleh layan.. hehehe...

#tsunamishaklee
#landmarkstudy
#shakleeeffect
#liveamazing
#2wave
#pengedarsahshaklee
#pengedarsahshakleen9


Share:

Sunday, November 27, 2016

SUMBER KALSIUM PILIHAN IBU MENYUSU

Dalam banyak2 produk #shaklee, yang mana satu u ols paling suka?  Kalau kita la, kita paling suka dengan OsteMatrix.

Kenapa? Hmmm... Actually, kita start amik OsteMatrix ni lepas bersalinkan kembar. Normal la kan, bila menyusu badan, akan alami sakit2 belakang, sakit pinggang... Nak2 pulak,  hampir sepanjang masa kena tandem nursing dorang.. So memang kena adjust position yang betul2 selesa untuk ummi & kembar.. Tapi selesa2 pun, kalau satu sessi dah dekat sejam, mau kematu jugak bon2 ummi.. 😂😂

OsteMatrix ni kan membekalkan nutrien harian termasuk KALSIUM yang membantu meningkatkan kesihatan tulang dan gigi. Kita pulak bukan jenis minum susu.. So kita amik OsteMatrix je la sepanjang 5 tahun ni. Mak kita pun kita supply dengan oste ni untuk kesihatan tulang.



Sepanjang kita makan oste ni, Alhamdulillah takde masalah sembelit. Susu badan tu maintain ada je walaupun dah tak mengepam. Jarang jugak sakit2 pinggang atau sakit belakang.. mungkin Oste memang serasi dengan kita.. Apa pun, segala nikmat tu Allah yang bagi..

Alhamdulillah masih mampu lagi nak main kejar2 dengan anak2, masih boleh nak angkat barang berat2, masih berdaya dukung aysar 15kg tu... Semoga oste ni terus serasi dengan kita.. Lama lagi nak pakai badan ni... 😅😅😅


Share:

KEMUNCULAN SEMULA SID 930120

Assalamualaikum semua. Lama saya tak bersiaran.. Maaf ye... Baru dapat hidayah nak update semula blog ni.. hehehe..

Sebelum ni saya stop sekejap buat shaklee ni tapi tak pernah berhenti. Sekarang ni nak aktif balik betul2..

Kenapa tiba2 je nak buat Shaklee balik?

Haihhh... bukan tiba2.. sebenarnya dah lama  pikir nak buat come back ni.. tapi diri sendiri tangguh2..

Tak pernah pun tinggalkan vitamin Shaklee.. Masih consume Ostematrix, SR  Vitamin C dll sebab badan sendiri memang dapat banyak manfaat dari vitamin2 tu semua.. Kenapa nak berhenti consume? Ye tak?

Kos sara hidup makin tinggi pun salah satu sebab nak kembali berbisnes.. Selalu doa kat Allah mintak Dia tunjukkan jalan macam mana nak bebas dari belenggu loan sekian sekian...

Dan selang sehari atau 2 hari, mesti ada customer yang wasap tanya pasal Shaklee.. mungkin ke tu petunjuk dari Allah? Wallahualam...

Buat dan doa yang terbaik je lah..

Sharing dari hati,
Puan Seri Azura
0136014583

#tsunamishaklee
#lifeisamazing
#shakleeeffect
Share:

Friday, January 2, 2015

PROMOSI TAHUN BARU SHAKLEE

GEMPAK!! Promosi Shaklee bulan Januari 2015 memang gempak! Promosi berganda-ganda bulan ini untuk tiga produk gempak Shaklee iaitu Vita-Lea for Children, Vivix dan Alfafa- Complex.. Semakin lama semakin hebat pulak promosi rasmi Shaklee ..

Kalau anda nak tau, ada 7 promosi membabitkan produk-produk di atas tau. Check this out ;

ALFAFA COMPLEX (Saiz S)
♚Beli 6 Percuma 1
♚Beli 2, Diskaun 5%

ALFAFA COMPLEX (Saiz L)
♚Beli 6 Percuma 1
♚Beli 2, Diskaun 1%

VIVIX
♚Beli 6 Percuma 1
♚Beli 2, Diskaun 5%

VITALEA FOR CHILDREN
♚Beli 3 Percuma 1

Haaa..nampak?? Sampai 7 promosi sekaligus untuk bulan Januari 2015 ini sahaja. Memang sesuai sangat untuk satu keluarga tau.

Vitalea For Children memang dah lama takde dalam pasaran tau. Kini kembali dengan rumusan baru yang diperhebat untuk si manja anda. Vitalea FC ini adalah multivitamin yang sangat bagus dalam membantu meningkatkan kesihatan si manja.

VIVIX dan Alfafa Complex, seperti yang anda sedia maklum, mempunyai kelebihan dalam cara tersendiri. Kalau anda tak pernah mencuba produk-produk di atas, inilah masa yang sesuai untuk mencubanya sebab boleh beli dengan harga promosi. pastinya, belian yang berbaloi dan menjimatkan.

Nak cuba sebotol je dulu? Boleh saja. Takde masalah. Sila hubungi saya untuk tawaran hebat dan konsultasi percuma. Hanya perkhidmatan yang terbaik untuk anda. Insya allah..


Puan Seri Azura
013-6014583
Share:

Thursday, January 1, 2015

14 SEBAB SUAMI ANDA PERLU BERHENTI MEROKOK

Adakah suami anda perokok tegar?Adakah anda rimas dengan asap rokok yang berkepul-kepul dalam rumah anda? Adakah anda risaukan kesihatan diri anda dan anak-anak?

Dah tiba masanya suami anda berhenti merokok. Merokok bukan sahaja membahayakan kesihatan suami anda malahan juga membahayakan anda dan anak-anak. Kenapa? Kerana anda dan anak-anak adalah perokok pasif. Perokok pasif adalah orang yang tidak merokok tetapi terdedah dengan asap rokok untuk jangka masa 15 minit dalam masa 2 hari seminggu. Bayangkan berapa lama anda terdedah kepada asap rokok dalam sehari?

Perokok pasif mempunyai risiko yang tinggi untuk diserang penyakit seperti kanser paru-paru dan penyakit jantung. 

Suami anda perlu BERHENTI MEROKOK!! Kenapa suami anda perlu berhenti merokok? Ini sebabnya ;

✔menghentikan bahan kimia beracun dari memasuki badan
✔mencegah penyakit
✔meningkatkan kesuburan
✔mengatasi mati pucuk
✔membina stamina
✔meningkatkan deria bau dan rasa
✔hidup lebih aktif
✔kulit lebih sihat
✔nafas berbau segar
✔gigi yang lebih bersih
✔lebih sihat
✔melindungi kesihatan orang lain
✔menjimatkan wang
✔persekitaran yang lebih bersih dan bebas asap rokok

Dah tiba masanya para isteri membantu suami untuk berhenti merokok. Kalau sayangkan suami, paksa lah dia berhenti. Kalau suami sayang anda dan anak-anak, pasti dia akan paksa diri untuk berhenti merokok kan?

KLIK SINI UNTUK TIPS BERHENTI MEROKOK

VIVIX  merupakan salah satu produk SHAKLEE yang boleh membantu mengurangkan rasa ketagihan nikotin. Sesuai sangat untuk suami anda yang kaki merokok tu. Lagipun, Vivix membantu membina sel -sel baru dan membaiki sel rosak dalam badan akibat bahan beracun dalam rokok.


KLIK SINI UNTUK MANFAAT LAIN VIVIX

Jangan biarkan keluarga anda terkorban hanya disebabkan rokok. Rokok mampu membunuh kehidupan anda tau. Jangan main-main...

Sila hubungi saya untuk info lanjut. Bertindak sekarang demi masa depan anda dan anak-anak anda.

Puan Seri Azura
013-6014583
mysuperhealth@yahoo.com.my
Share:

Wednesday, December 31, 2014

WELCOME 2015!

Salam akhir tahun semua.. Insya Allah, dengan izin-Nya, kita akan melangkah ke tahun baru 2015 esok, 1 Januari 2015.. Selamat Tahun Baru semua pembaca..

Tahun 2014 menyaksikan pelbagai peristiwa sedih dalam dunia, amnya dan di Malaysia sendiri khasnya. Paling saya ingati adalah kehilangan pesawat Malaysia Airlines, MH 370, MH 17 yang ditembak jatuh, kejadian banjir yang berlaku di hampir semua negeri di Malaysia juga kehilangan pesawat Air Asia Indonesia QZ8501.

Keluarga saya sendiri diuji dengan pemergian Allahyarham abang sulung saya, Mohd Asri Yaakob yang terlibat dengan kemalangan jalan raya. Al-Fatihah..

Pastinya setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Pastinya Allah sedang mengingatkan kita tentang segala kesilapan yang manusia lakukan. Allah Maha Mengetahui. Apa pun, jom kita sama-sama kembali kepada Allah. 

Semoga tahun 2015 menjadi tahun yang cemerlang untuk saya dan anda semua. Semoga 2015 lebih baik dari 2014 dan semoga tahun 2015 kita lebih dekat kepada Pencipta.

Selamat Tahun Baru Pembaca semua!! ❤❤❤

Share:

Saya Azura

Bonjour & Welcome

Saya ibu kepada 3 orang putera dan seorang puteri. Menyertai Shaklee sejak tahun 2013 dan berada dalam rank Supervisor. Saya bersedia memberikan perkhidmatan terbaik untuk anda..

Follow Azura

Paling diminati