Wednesday, November 5, 2014

ADA APA DENGAN KOLAGEN?

Apa itu Kolagen ?

Kolagen adalah protein utama bagi tisu sokongan dalam badan manusia. Kewujudannya merangkumi 30% daripada keseluruhan protin di dalam badan.. Ia  menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan.

Kolagen disusun tiga rantai polipetida (monomer protein) yang terpilih membentuk rangkaian triple helix (pilihan ganda tiga). Segmen kecil dari tiap rantai mempunyai panjang asid amino sebanyak 1.000-an dan ini merupakan penemuan terpenting abad ini.

Kolagen terdapat pada,kornea, kanta mata. kulit, salur darah, keratin (rambut, kuku), tulang, tendon, rawan sendi,  dan gigi,hati,tulang sum-sum dan tisu dan organ seperti  buah pinggang,jantung serta sistem limfatik.

Terdapat  29 jenis kolagen namun 90% adalah dari jenis kolagen I, II, III dan 1V.

Kolagen I terdapat pada kulit, tendon, pembuluh darah, ligatur, organ, tulang (komponen utama tulang) dan gigi.

Kolagen II: tulang rawan (komponen utama tulang rawan) ,mata

Kolagen III: reticulate (komponen utama retikuler serat). Rangkaian ini bertindak sebagai penyokong dalam tisu lembut seperti hati,jantung, tulang sumsum,arteri,kulit,usus,rahim

Kolagen IV: membentuk asas kepada sel membran dasar (serat yang melapisi permukaan rongga dan organ seperti buah pinggang ) kanta mata, atau endothelium yang melapisi permukaan interior pembuluh darah.

Kolagen V: permukaan sel, rambut dan uri.


FUNGSI KOLAGEN

Menghasilkan asid amino  penting seperti :
lysin,prolin dan glysin yang secara khusus diperlukan oleh tubuh untuk membina struktur tisu penyokong, dan untuk mengawal fungsi sel.
hydroxyprolin-memberi kekuatan dan keanjalan pada tisu penyokong dan     tulang glisin -melembapan kulit.
alanin, prolin  dan asparagin -menstabilkan struktur,melembap, menegang dan menganjalkan  kulit   lantas mengekalkan kulit cantik serta menghalang penuaan.
arginin

  • memudahkan  tidur nyenyak, menghasilkan pola tidur.
  • mengawal metabolisme tubuh dengan mencerna secara enzimatik.
  • melindungi tulang rawan pada sendi daripada enzim dan kerosakan oksidatif .
  • menegang,menganjal dan melembapkan kulit.
  • menampung air dalam tubuh.
  • meningkatkan penyerapan kalsium.
  • menguatkan salurdah dan melancarkan pengaliran darah di bawah lapisan kulit
  • meningkatkan isyarat induksi
  • menghasilkan kualiti rambut dan kuku yang baik


KESAN KOLAGEN KE ATAS BADAN

memelihara ketegangan dan keanjalan kulit
memelihara kelembapan kulit
menyokong baikpulih tisu dari kecederaan otot dan tulang
menguatkan otot dan tulang
membantu hati dalam proses detoksifikasi(buang toksin)
memelihara  kelenturan sendi
mengurangkan keradangan(inflammation)
memberi tenaga
membantu pola tidur
memulihkan penyakit saraf dengan membina semula lapisan protin pada saraf

KESAN KEKURANGAN KOLAGEN DALAM BADAN

Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun.Kesan penurangannya mula dirasai lebih kurang 10 tahun kemudian. Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi, semakin tua, semakin berkurangan kolagen dalam badan.

Oleh itu kolagen diambil sebagai makanan kesihatan untuk pelbagai penyakit seperti osteoarthritis(sakit sendi), osteoporosis, arteriosclerosis selain untuk kegunaan kosmetik dan pelembab kulit.


TANDA TANDA PENUAAN

kulit kusam
tak bermaya
tiada seri
kulit kedut dan mula kendur
pigmentasi kulit
cepat letih dan lesu
sakit badan dan sendi
mudah lupa
kurang penglihatan

KOLAGEN YANG DIAMBIL SEBAGAI SUPLEMEN MAKANAN

Kolagen ikan dihidrolisis adalah yang terulung
Ia dianggap satu penyelesaian yang mudah, selamat dan ideal bagi membantu merangsang pertumbuhan kolagen dalam kulit
Kolagen hidrolisis adalah suplemen pelbagai fungsi yang berpotensi untuk meningkatkan pengurangan pelbagai penyakit dan mengatasi masalah fizikal Ia adalah dari jenis kolagen1.
Berat molikul rendah daripada 1000 adalah  lebih mudah dicerna dan cepat diserap ke dalam usus berbanding dengan kolagen kompleks dari kambing,lembu atau babi seberat 400 000.
Menyediakan  predigested collagen  telah dicernakan dahulu dan cepat diserap.
Kolagen ikan  dapat mempertahankan bentuk struktur asalnya iaitu rangkaian `Triple Helix', struktur bentuk yang sama terdapat pada kolagen manusia. Ini merupakan penemuan terpenting abad ini .
Memperbaiki konsentrasi hydrooxyproline (HyPro).
Menyediakan asid amino yang penting yang sering tiada dalam pemakanan.Ia mengandungi 20 asid amino, termasuk 8 daripada 9 asid amino essential (tidak ada tryptophan).
Memberikan nisbah asid amino yang diperlukan untuk  pembentukan kolagen dalam badan.Menyediakan asid amino bebas dan peptida.
Menyediakan prolin yang secara khusus diperlukan oleh tubuh untuk membina struktur tissue, dan untuk mengekalkan fungsi sel..
Mengandungi arginin yang membantu tidur dan meningkatkan prestasi bersukan
Mengandungi asid amino yang menggalakkan tubuh untuk meningkatkan pembentukan otot.Lebih banyak otot tanpa lemak meningkatkan kadar metabolisme .Ini mencepatkan kadar pembakaran lemak .
Lemak yang terbakar daripada peningkatan otot tanpa lemak  diubah menjadi tenaga. Akibatnya, ramai orang merasai peningkatan tenaga sepanjang hari kerana tubuh mereka dengan cepat menggunakan lemak sebagai sumber tenaga.
Mengandungi glucosamin dan asid hailuronik semulajadi yang menyokong baikpulih tissue penyokong terutamanya pada sendi.
Menyediakan penampungan air badan dan mengoptimakan penghidratan. Kesannya meleBmbapkan dan meningkatkan kekenyalan serta ketegangan kulit.
Merupakan bahan yang baik untuk pemakanan ahli sukan.Ini penting bagi olahragawan untuk memulihkan kadar protein selepas latihan.
Mempercepatkan process pemulihan kecederaaan
Meningkatkan kewaspadaan mental, kejernihan mental, konsentrasi.
Ia boleh membentuk dan menegangkan badan.
Peningkatan tahap tenaga sesuai untuk pelan penurunan berat badan.
Memelihara dan menguatkan rambut dan kuku.
Ia membantu menegang kulit dalam  melambatkan penuaan. Ia memberikan keseimbangan nitrogen positif yang penting dalam menyokong nutrisi bagi generasi usia seperti hilangnya kolagen dan kerosakan tulang rawan
Hati manusia juga memproses kolagen hidrolisis sebagai karbohidrat kompleks, yang mengimbangi gula dalam darah dan meningkatkan tahap tenaga.
Kajian klinikal awal menunjukkan pengambilan kolagen ikan pada sukatan yang betul selama 66 hari mampu memperbaiki penuaan kulit sebanyak 80%.

Tingkatkan kolagen dalam badan anda dengan Collagen Powder Shaklee & Sustained Release Vita C Plus. Anda pasti teruja melihat apa yang produk ini akan buat kepada kulit anda.


Puan Seri Azura
013-6014583
mysuperhealth@yahoo.com.my
Share:

Saturday, November 1, 2014

MAMA GOJES TANPA ANEMIA

Anemia merupakan keadaan di mana berlakunya kekurangan hemaglobin di dalam sel darah merah.
Hemoglobin merupakan pengangkut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan. Oleh itu, apabila anda mengalami anemia, tisu seluruh badan menjadi hipoksia  (kurang kandungan oksigen) dan kurang tenaga.

Anemia sangat bahaya kerana boleh menyebabkan ;
Tumpah darah semasa dan selepas bersalin
Tekanan darah tinggi (eklampsia)
Keguguran
Kematian
Kematian janin
Kelahiran bayi tidak cukup bulan
Kelahiran bayi kurang berat badan

Anemia dikesan melaluiujian darah iaitu apabila paras hemoglobin (Hb) dalam sel darah merah
kurang daripada 11 g/dl.

Terdapat 2 cara untuk mengatasi masalah anemia

CARA 1 : Tambah Darah dengan Makan Makanan Kaya Zat Besi
CARA 2 : Tambah Darah dengan Suplimen yang Sesuai Untuk Kehamilan

CARA 1
TAMBAH DARAH DENGAN MAKANAN KAYA ZAT BESI


Terdapat banyak makanan yang mengandungi zat besi. Sumber makanan kaya zat besi yang baik adalah daripada sumber haiwan, dan sayur-sayuran. .

Zat besi dalam sumber haiwan termasuklah,
hati ayam
hati lembu
paru
lala
kerang rebus
ikan bilis
sardin
ikan cencaru


Zat besi dalam sayur-sayuran antaranya
peria
pegaga
kangkung
bayam
pucuk paku
ulam raja
bawang besar
taugeh

Kandungan vitamin c dalam buah-buahan
jambu batu
betik
limau
belimbing
durian
mangga
nenas
pear


CARA 2 : TAMBAH DARAH DENGAN SUPLIMEN YANG SESUAI UNTUK KEHAMILAN 

Pil atau suplimen yang sangat penting kepada ibu hamil ialah pil zat besi, pil asid folik, pil vitamin C dan pil vitamin B kompleks.

Kandungan zat besi, B kompleks dan Asid Folik diperlukan untuk membentuk sel darah merah.
Pil vitamin C membantu untuk meningkatkan penyerapan zat besi.

Suplimen ini boleh juga didapati daripada Shaklee. Kami mempunya Vita-Lea sebagai sumber zat besi, B Complex sebagai sumber b kompleks dan asid folik serta Sustained Release Vita C Plus sebagai vitamin C.

Tiga produk ini adalah asas kepada set kehamilan Shaklee. Anda juga digalakkan mengambil Ostematrix dan ESP sebagai sumber kalsium dan mencantikkan kulit  sepanjang dan selepas kehamilan.Omega Guard pula berfungsi membantu pertumbuhan seimbang dan perkembangan otak janin.

Suplimen kehamilan membantu ibu-ibu pulih cepat dan janin membesar dengan sihat. Ia tidak menyebabkan saiz bayi besar. Berat yang normal bagi kelahiran seorang bayi adalah di antara 2.5 kg sehingga 4.0 kg.

Jangan abaikan pengambilan vitamin sepanjang kehamilan tau. Mungkin pemakanan sahaja tidak mencukupi kerana ibu perlu memberikan penekanan terhadap nutrisi anak dalam kandungan juga.

Sila SMS/WHATSAPP saya untuk konsultasi dan pesanan produk. Simpan tau nombor telefon saya ni. 013-6014583 dan hubungi saya sekarang untuk tawaran menarik. Salam sayang semua.


Puan Seri Azura
SID Kuala Pilah
013-6014583
mysuperhealth@yahoo.com.my
Share:

Monday, October 20, 2014

ZINC COMPLEX BUKAN SEKADAR VITAMIN CINTA

Kalau sebut tentang Zinc Complex, mesti akan dikaitkan tentang vitamin cinta khas untuk lelaki. lebih kurang macam vitamin 'power' la gitu. tapi sebenarnya Zinc Complex bukan sekadar untuk itu tau. Meh baca sedikit info tentang Zinc Complex ye..

Zinc  complex dihasilkan daripada zinc glukonat, bes alfafa dan barli panggang. Ianya berasaskan sayuran dan tiada masalah untuk diamalkan oleh vegetarian. Badan kita memerlukan 4-14 mg zinc sehari. 1 tablet Zinc Complex mengandungi 15 mg zinc.

Kepentingan Zinc
Kekurangan zink dalam badan akan menyebabkan
   kuku pecah
       jerawat
 eczema
 sopak
 mati pucuk

Kegunaan Zinc
 memperbaiki sel
     mempercepatkan proses pemulihan luka
 membantu penghasilan enzim untuk metabolisme badan
 membantu pembentukan protein dan kolagen
 membantu mengurangkan 70% pembengkakan prostat
 membantu penguncupan uterus untuk mengembalikan daya ketahanan
 mempertingkat sistem imunisasi
 membantu mencegah kanser
 menormalkan jumlah minyak pada kulit

 mengurangkan rambut gugur

Siapa yang perlukan zinc?
 Ibu mengandung (zink penting untuk pembentukan genetic)
 Pesakit diabetes
 Ibu menyusu
  Ibu berpantang
 Orang yang baru lepas dibedah
 Vegetarian
 Alcoholic
 Pasangan yang kurang subur
  Keguguran rambut
 Rabun malam
 Penghidap buasir

Orang yang tidak boleh ambil Zinc : Pesakit Talasemia

Jadi macam mana? Anda rasa anda perlukan ZINC COMPLEX dalah kehidupan seharian anda? Boleh sms atau whatsapp 013-6014583 untuk tempahan. Kalau anda nak tau, ZiNC COMPLEX adalah antara vitamin Shaklee yang termurah di pasaran. Walaupun murah, tapi tetap berdiri dengan kualiti dan kekuatan tersendiri tau..

Roger-roger lah saya ye...


Puan Seri Azura
013-6014583

Share:

Saturday, October 18, 2014

10 TIPS BERCERAI SUSU

Bercerai susu terjadi apabila kita menghentikan penyususan susu ibu apabila tiba masanya. Ada ibu dan anak yang sukar melalui proses bercerai susu. Mungkin tips berikut boleh membantu.

10 TIPS BERCERAI SUSU

JANGAN TAWAR DAN JANGAN TOLAK
Berikan susu apabila anak minta dan jangan sesekali menolak jika anak mahu menyusu. Jangan paksa dan ambil masa perlahan-lahan.

MENGUBAH RUTIN HARIAN
Anak kita pasti mempunyai rutin harian untuk menyusu. Contohnya dia akan menyusu jika kita berada di sofa yang selalu diduduki. Oleh itu, elakkan diri daripada duduk di sofa itu.

PERTOLONGAN DARIPADA AYAH
Ayah (suami kita) perlu mengalihkan perhatian anak yang mahu menyusu dengan melakukan aktiviti lain seperti menonton TV, bermain permainan kesukaannya, membaca buku atau apa sahaja aktiviti lain yang si anak mahu buat.

ALIHKAN PERHATIANNYA
Apabila si anak leka bermain, adakala nya dia terlupa meminta susu. Gantikan sessi penyusuan yang patut dia terima dengan snek berkhasiat seperti buah-buahan atau roti. Boleh juga ajak dia lakukan aktiviti yang lain pada waktu kebiasaan dia meminta susu.

LENGAHKAN SESSI PENYUSUAN
Melewatkan penyusuan adalah efektif jika anak lebih berusian dan boleh memahami penerangan kita. Tangguhkan waktu menyusu iaitu memberitahunya untuk menunggu sebentar. Gantikan dengan aktiviti lain yang boleh menjadi cara yang berkesan untuk menghentikan penyusuan.

MEMENDEKKAN TEMPOH PENYUSUAN
Cara ini berkesan untuk anak berusia dua tahun ke atas. Memendekkan tempoh penyusuan dengan cara memberitahunya, "Sedikit sahaja mama beri ya sebab abang/kakak sudah besar". Sedikit demi sedikit akan mengurangkan kebergantungannya kepada susu ibu.

MEMBERITAHU SECARA BERHEMAH
Bagi si kecil yang berusia setahun ke atas sudah boleh memahami arahan yang diberikan. Jadi tunjukkan contoh-contoh orang dewasa tidak minum susu ibu. Dia pasti teruja apabila diberi kesempatan menjadi orang dewasa.

KURANGKAN PENYUSUAN
Dalam sehari mula kurangkan sessi penyusuan terutamanya di waktu malam. Ini membolehkan penghasilan susu ibu berkurangan secara semulajadi dan pada masa yang sama membolehkan anak anda menerima perubahan itu.

JANGAN MENGHENTIKAN PENYUSUAN SECARA TIBA-TIBA
Hal ini akan menggangu emossi anak malah menjadikan diri kita sendiri tidak selesa. Kita mungkin mengalami masalah seperti bengkak susu atau mastitis sebab susu ibu tidak dikosongkan. Jadi lakukan secara berhemah dan ambil masa.

PETUA LAMA-LAMA
Terdapat banyak petua lama yang membolehkan anak bercerai susu.Apa pun, dapatkan pandangan pakar supaya cara yang kita gunakan tidak memudaratkan kita mahupun si anak.

Pengalaman saya bercerai susu dengan si kembar? Alhamdulillah sangat dipermudahkan oleh Allah. Kebetulan pulak masa tu saya mengandung. Saya masih menyusukan si kembar sampai umur mereka setahun 11 bulan dan kandungan saya 4 bulan. Saya pun tak ada niat nak berhenti menyusu ketika itu, tau-tau je kembar dah berhenti menyusu. Mungkin jugak perubahan hormon ketika hamil menyebabkan susu badan tu rasa lain dan kembar tak berapa suka kot? Hehehe..

Apa pun, jangan memaksa diri dan anak. Just go with the flow. Saya memang kurang percaya petua macam contoh letak asam jawa pada puting dan lain-lain. Tapi tak tau lah nanti nak wean off Aysar besok-besok macam mana. Yang pasti, saya tak meletakkan target bila Aysar patut berhenti menyusu badan. Just go with the flow lah..

Selamat mencuba kepada ibu-ibu yang sedang berusaha bercerai susu. Kuatkan semangat. Chaiyokk!!
Share:

Wednesday, October 15, 2014

5 NUTRISI PENTING UNTUK SI MANJA

Adakah anda yakin makanan yang anda sediakan untuk si manja mampu memberikan mereka khasiat yang secukupnya? Cuba semak kembali. Pastikan 5 nutrisi ini ada dalam menu yang anda hidangkan untuk anak anda setiap hari agar tumbesaran mereka tidak terjejas.

KALSIUM
Kalsium sangat baik untuk tubuh kerana berfungsi untuk menguatkan otot, mengekalkan penghasilan tenaga dan menguatkan jantung. Selain itu, kalsium juga dapat menguatkan tulang dan mengelakkan anak daripada risiko tekanan darah tinggi. Kalsium juga boleh didapati daripada susu, produk tenusu, buah-buahan dan sayur-sayuran.

MAGNESIUM
Sebagai salah satu nutrien yang penting, pengambilan magnesium yang mencukupi banyak faedahnya. Antaranya ialah memperbaiki kemampuan jantung, mengekalkan sistem imunisasi tubuh, meningkatkan penghasilan tenaga dan membina tulang yang sihat. Untuk memastikan anak mendapat magnesium yang mencukupi, berilah mereka makanan sayuran hijau, kekacang dan gandum.

SERAT
Pengambilan makanan yang kaya serat baik untuk membantu sistem penghadaman anak. Bukan itu sahaja, malah serat dapat membantu mengelakkan anak daripada serangan penyakit jantung, masalah kolesterol, tekanan darah tinggi dan memastikan berat badan anak berada dalam lingkungan yang sepatutnya. Antara makanan yang tinggi kandungan serat ialah bijirin sarapan pagi, sayur-sayuran dan buah-buahan.

VITAMIN D
Vitamin D sangat baik untuk sistem imunisasi anak agar dia tidak mudah dijangkiti penyakit. Vitamin D juga membantu meningkatkan pertumbuhan dan kekuatan tulang anak. Vitamin jenis ini boleh didapati dengan mudah daripada ikan dan susu.

VITAMIN E
Untuk mengelakkan daripada serangan radikal bebas, pastikan anak mendapat vitamin E yang secukupnya. Vitamin ini juga membantu membina sistem imunisasi badan dan mengekalkan metabolisme. Vitamin E terdapat dalam makanan sayuran hijau seperti bayam.

Sebagai ibu, saya juga risau tentang pemakanan anak saya. Saya tetap masak untuk anak-anak walaupun kadang2 ada juga sesekali makan di luar. Tapi untuk menjamin kesihatan anak saya, saya campurkan MEALSHAKES dalam susu si kembar dan si baby mengikut dos yang sesuai.

Asalnya jodoh saya dengan Mealshakes adalah ketika si kembar berumur setahun lebih. Kerap sangat sembelit dan sangat cerewet bila tiba waktu makan. Buntu. Saya mulakan pencarian melalui Google cara untuk mengatasi masalah ni. Sampailah saya jumpa blog tentang Mealshakes dan nekad je lah nak cuba..

Alhamdulillah, lepas seminggu si kembar consume Mealshakes, memang ketara sangat perubahan. Yang penting lawas je bila masa diorang membuang tu. Selera makan pun bertambah. Suap apa pun, makan je.. Alhamdulillah.. Saya tau saya dah buat pilihan yang tepat..

Tapi, ingat ye.. Saya tak bergantung semata-mata dengan suplimen tau. Saya tetap jaga pemakanan anak saya. Saya cuba untuk masak sendiri makanan anak2.. kadang2 lah makan luar.. hehehe.. Junk food pon saya hadkan untuk anak2 saya..Kalau anda juga punya masalah macam saya ni, meh hubungi saya untuk kongsi pengalaman. Saya cuba sedaya upaya membantu anda. Insya Allah.

SMS/WHATSAPP 013-6014583
Share:

Tuesday, October 14, 2014

5 CARA TINGKATKAN SISTEM IMUNISASI IBU HAMIL

Lazimnya, ibu hamil sangat mudah diserang demam atau selsema. Kenapa? Ia adalah kerana sistem imunisasi ibu hamil adalah rendah. Ini salah satu faktor kenapa ibu hamil tidak digalakkan melawat pesakit berpenyakit (berjangkit) di hospital dan juga todak digalakkan menjalankan sesetengah jenis rawatan. 

Jadi, penting sangat untuk kita jaga kesihatan untuk meningkatkan sistem imunisasi ketika hamil. Ikuti cara tingkatkan sistem imunisasi ibu hamil ini.

MAKANAN ELAK DEMAM
Makan lebih banyak bawang putih segar, sayur-sayuran berdaun hijau, buah sitrus segar dan minum banyak air kosong.

MAKANAN TAMBAHAN
Amalkalah pemakanan suplimen tambahan khusus untuk ibu hamil mengikut dos yang disarankan oleh doktor.

BERSENAM
Mengamalkan senaman secara tetap memperbaiki sistem kardiovaskular, aliran darah, menyingkirkan toksin, merangsang antibodi dan memastikan sistem endokrin berfungsi dengan baik.

BEREHAT
Mengelakkan tekanan perasaan dan sentiasa berfikiran positif membantu anda merangsang sistem imunisasi yang baik.

VAKSIN
Jika anda terlalu kerap mengalami demam ketika hamil, anda berisiko tinggi mengalami komplikasi. Jadi, anda digalakkan untuk mendapatkan vaksin bersesuaian. 


Puan Seri Azura
013-6014583
Share:

Friday, October 10, 2014

13 RESEPI ESP PART 2

Sebelum ni ada saya senaraikan resepi esp di sini.


Hari ni nak sambung lagi senarai resepi esp yang sedap dan membangkitkan selera anda.

1. esp+yogurt drink +mealshakes
2. esp+mealshakes+vico
3. esp+nesvita
4. esp+sirap bandung
5. esp+mealshakes+madu
6. esp+oat+milo+banana
7. esp+oat+kurma+madu
8. esp+horlicks
9. esp+susu dutch lady strawberi/coklat
10. esp+performance drink
11. esp+nestum
12. esp+vitagen
13. esp+vivix

Ha... boleh la cuba kalau rasa dah jemu dengan resepi esp yang anda minum sekarang. Masih tak ada lagi ESP? Berita baik untuk anda!!

Sepanjang bulan Oktober 2014 ni, promosi ESP beli 6 percuma 1 akan berlangsung. Beli 6, dapat 7, dapat pulak keahlian percuma dan bulan depan confirm akan dapat bonus RM. Boleh share beli dengan kawan2. Nak beli untuk stok sendiri selama setahun pun boleh kan?


Sila sms/whatsapp 013-6014583 untuk reply pantas.

Share:

Thursday, October 9, 2014

NON GMO ESP? APA KEBENDA NON GMO TU?

Non GMO ESP? Mesti kita selalu terdengar atau terbaca tentang non GMO Energizing Soy Protein kan? Apa maksudnya non GMO tu? Haaa.. hari ni saya nak ceritakan sikit tentang non GMO ESP.

Non GMO atau non Genetically Modified Organism di mana soya diproses pada suhu yang rendah. Soya yang menjadi bahan utama dalam ESP tidak dihasilkan secara genetik. Kerana pada umumnya, soya dari jenis genetik adalah murah dan tidak bermutu. Kebanyakkan syarikat menggunakan soya yang dihasilkan secara genetik untuk menjimatkan kos. Menurut seorang saintis Brazil, Dr. Louis J. Pribyl, toksin akan dibina tanpa disedari apabila gen baru dimasukkan di dalam sel tumbuhan.

Energizing Soy Protein ini diiktiraf seluruh dunia dengan mempunyai kajian klinikal yang sangat ekstensif dan komprehensif serta memiliki kualiti protein yang tinggi yang pernah dihasilkan.  Setiap 850g (1 canister ESP) dihasilkan daripada 30 kg kacang soya bermutu tinggi dan memberikan sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama.

ESP merupakan satu-satunya produk di dalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Ia turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. Sangat sesuai untuk semua peringkat umur tua dan muda. Kandungan Indeks Glisemik (GI) yang rendah iaitu 39, menjadikan ianya sesuai untuk penghidap diabetes.

Satu hidangan ESP bersamaan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu, rendah lemak, tiada kolesterol, tiada asid uric dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia.

Apa bezanya ESP dengan soya kotak? Dah tentulah kuliti nya yang sangat jauh berbeza. Produk soya yang menggunakan soya yang diproses secara genetik (GMO) hanya akan memudaratkan kesihatan dalam jangka masa yang panjang. 

SMS/WHATSAPP 013-6014583 untuk info lanjut.
Share:

Saya Azura

Bonjour & Welcome

Saya ibu kepada 3 orang putera dan seorang puteri. Menyertai Shaklee sejak tahun 2013 dan berada dalam rank Supervisor. Saya bersedia memberikan perkhidmatan terbaik untuk anda..

Follow Azura

Paling diminati