Wednesday, October 15, 2014

5 NUTRISI PENTING UNTUK SI MANJA

Adakah anda yakin makanan yang anda sediakan untuk si manja mampu memberikan mereka khasiat yang secukupnya? Cuba semak kembali. Pastikan 5 nutrisi ini ada dalam menu yang anda hidangkan untuk anak anda setiap hari agar tumbesaran mereka tidak terjejas.

KALSIUM
Kalsium sangat baik untuk tubuh kerana berfungsi untuk menguatkan otot, mengekalkan penghasilan tenaga dan menguatkan jantung. Selain itu, kalsium juga dapat menguatkan tulang dan mengelakkan anak daripada risiko tekanan darah tinggi. Kalsium juga boleh didapati daripada susu, produk tenusu, buah-buahan dan sayur-sayuran.

MAGNESIUM
Sebagai salah satu nutrien yang penting, pengambilan magnesium yang mencukupi banyak faedahnya. Antaranya ialah memperbaiki kemampuan jantung, mengekalkan sistem imunisasi tubuh, meningkatkan penghasilan tenaga dan membina tulang yang sihat. Untuk memastikan anak mendapat magnesium yang mencukupi, berilah mereka makanan sayuran hijau, kekacang dan gandum.

SERAT
Pengambilan makanan yang kaya serat baik untuk membantu sistem penghadaman anak. Bukan itu sahaja, malah serat dapat membantu mengelakkan anak daripada serangan penyakit jantung, masalah kolesterol, tekanan darah tinggi dan memastikan berat badan anak berada dalam lingkungan yang sepatutnya. Antara makanan yang tinggi kandungan serat ialah bijirin sarapan pagi, sayur-sayuran dan buah-buahan.

VITAMIN D
Vitamin D sangat baik untuk sistem imunisasi anak agar dia tidak mudah dijangkiti penyakit. Vitamin D juga membantu meningkatkan pertumbuhan dan kekuatan tulang anak. Vitamin jenis ini boleh didapati dengan mudah daripada ikan dan susu.

VITAMIN E
Untuk mengelakkan daripada serangan radikal bebas, pastikan anak mendapat vitamin E yang secukupnya. Vitamin ini juga membantu membina sistem imunisasi badan dan mengekalkan metabolisme. Vitamin E terdapat dalam makanan sayuran hijau seperti bayam.

Sebagai ibu, saya juga risau tentang pemakanan anak saya. Saya tetap masak untuk anak-anak walaupun kadang2 ada juga sesekali makan di luar. Tapi untuk menjamin kesihatan anak saya, saya campurkan MEALSHAKES dalam susu si kembar dan si baby mengikut dos yang sesuai.

Asalnya jodoh saya dengan Mealshakes adalah ketika si kembar berumur setahun lebih. Kerap sangat sembelit dan sangat cerewet bila tiba waktu makan. Buntu. Saya mulakan pencarian melalui Google cara untuk mengatasi masalah ni. Sampailah saya jumpa blog tentang Mealshakes dan nekad je lah nak cuba..

Alhamdulillah, lepas seminggu si kembar consume Mealshakes, memang ketara sangat perubahan. Yang penting lawas je bila masa diorang membuang tu. Selera makan pun bertambah. Suap apa pun, makan je.. Alhamdulillah.. Saya tau saya dah buat pilihan yang tepat..

Tapi, ingat ye.. Saya tak bergantung semata-mata dengan suplimen tau. Saya tetap jaga pemakanan anak saya. Saya cuba untuk masak sendiri makanan anak2.. kadang2 lah makan luar.. hehehe.. Junk food pon saya hadkan untuk anak2 saya..Kalau anda juga punya masalah macam saya ni, meh hubungi saya untuk kongsi pengalaman. Saya cuba sedaya upaya membantu anda. Insya Allah.

SMS/WHATSAPP 013-6014583
Share:
Location: Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Malaysia

0 comments:

Post a Comment

Saya Azura

Bonjour & Welcome

Saya ibu kepada 3 orang putera dan seorang puteri. Menyertai Shaklee sejak tahun 2013 dan berada dalam rank Supervisor. Saya bersedia memberikan perkhidmatan terbaik untuk anda..

Follow Azura

Paling diminati